Friday, November 18, 2016

Jejak Seribu Satu Malam: Persepolis & Necropolis, Syiraz


Jam 6 AM, matahari sudah mula terbit. Kami masih lagi di dalam bas. Dijangka tiba di Shiraz, lebih kurang jam 9.30 AM (pengiraan sendiri). Lenguh jugak duduk lama-lama macam ni. Langit mula cerah, view di kiri dan kanan jalan mula kelihatan. Tandus! Tapi untuk kami yang tak biasa tengok view seperti ini, memang teruja jadinya. Bas yang penuh malam tadi dah mula kosong, sebab ada yang dah turun di setiap bandar-bandar kecil yang dilalui oleh bas ini. Jadi mudahlah kami nak ambil gambar scenery yang tak biasa kami tengok di tanah air sendiri.
Sementara travel buddy aku berdua, sibuk bergambar, aku pula sibuk refresh handphone dan cari signal untuk data. Sebab malam tadi aku dah letak “travel plan” aku di Couch Surfing. Saja nak tengok apa respond yang aku terima. Ada beberapa offer yang ajak duduk di rumah mereka, tapi aku tolak, sebab aku memang nak duduk hotel, lebih privasi katanya. Aku lebih tertarik dengan offer dari mereka yang nak bawa kami berjalan-jalan (dengan sedikit bayaran) ke Persepolis dan sekitar Shiraz berbanding untuk duduk di rumah mereka. Aku filter setiap notification yang aku terima dari apps CS tu, last-last ada sorang ni offer untuk bayar total 600,000 rial untuk half day trip ke Persepolis & Necropolis untuk kami bertiga. Lebih kurang RM83, sorang jatuh RM27. Haish murah sangat ni, tak payah pikir panjang, aku reply Yoones dan setuju dengan harga yang ditawarkan. Aku suruh dia pick up kami di hotel jam 1 tengahari. Dia tanya lokasi hotel di mana? Aku jawab, belum tahu lagi, sebab kami pun nak walk in je, once dah check in nanti, baru aku share location. Yoones cakap okay! So settle satu bab transport untuk ke Persepolis & Necropolis untuk hari ini. Kalau suruh hotel yang arrange memang harga nya lagi berlipat ganda. Syukur sekali lagi dipermudahkan.



Sebaik tiba di terminal bas Syiraz, tanpa berlengah, aku terus menuju ke kaunter teksi, dan tunjuk alamat Nieyesh hotel dalam Bahasa Parsi, yang aku dapat dari website hosteliniran.com. Aku tak tau ada vacancy ke tidak, main rembat je mana-mana hotel yang listed dalam tu, untung nasib, adalah kosong, kalau tak untung, kita pegi hotel lain pulak hahahah. Dah deal harga teksi yang bernilai IRR 100,000 (RM14), so kami pun sampai la kat hotel tu. Tanya reception ada bilik triple ke? Dia cakap ada, tapi yang mahal sikit, USD 68, yang murah tu dah habis. Lepas tanya travel buddy semua, diorg setuju nak ambik bilik ni, sebab share 3 orang, still murah lagi, siap dengan breakfast dan private bathroom. Dan yang paling untung sekali, hotel yang kami bakal duduki ini adalah boutique hotel, iaitu rumah traditional yang diubahsuai menjadi hotel! Ya ampun, super excited, sebab dalam gambar dia pun lawa gila!
 Rupa bilik kami dari dalam, memang warna warni.

Sementara nak tunggu pukul 1, kami melepak dan baring-baring sambal makan meggi kari yang dibawa dari Kuala Lumpur. Nikmatnya tuhan yang tahu hahaha. Aku whatsapps Yoones, dan share location dengan dia. Sementara Mas sibuk try baju mana yang lawa untuk sessi fotography di Persepolis petang ni..ecehhhhh.

Zohor masuk awal di sini, so by 11.30 AM, aku dah settle kan tanggungjawab, sekali dengan Asar. Walaupun namanya travel ke negara “Islam”, tapi sebenarnya, nak jaga solat kita, agak mencabar. So please plan masa korang untuk solat di Iran ni, diorg pun bukan berjenis yang jaga solat jugak, selagi kita tak mintak berhenti solat, selagi tu la depa tak berhenti. Tapi aku tak mo sentuh sangat bab-bab solat ni, sebab memang tanggungjawab sendiri, ko kena keras hati dan tebal muka je, atau pun ko plan awal-awal untuk jamak bila perlu. Paham-paham la Islam diorg pun agak berlainan dari kita sikit, dari segi solat dan sebagainya. Kita solat kat masjid Syiah diorg pun kena tenung lain macam, nasib takde yang sua batu Karballah tu muahahaha.

Yoones tiba awal di hotel kami. So lepas berkenalan dengan dia, terus dia bawa kami ke kereta dia, dan gerak ke Persepolis. Perjalanan ke Persepolis mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Keadaan traffic di Syiraz, boleh tahan juga sibuknya. Orang kat Iran bawa kereta lebih kurang macam di Ho Chin Minh. Berdoa je la bebanyak yang korang selamat dalam perjalanan pergi dan balik huhuhu.

Persepolis (Takht-e-Jamshid)

Tak sah kalau ke Syiraz jika tak melawat Persepolis. Persepolis merupakan salah satu tempat menarik yang aku recommend sangat jika di Syiraz. Harga tiket Rial 200,000 (RM 28). Kawasan ni besar. Sangat besar, so memang eloklah diperuntukkan sekurang-kurangnya separuh hari untuk melawat Persepolis sahaja. Tapi untuk orang yang tak minat pasal history, mungkin korang rasa bosan la kot tengok tiang-tiang tu je, tapi aku personally sangat suka kat tempat ni. 

Persepolis ini juga merupakan salah satu tapak arkeologi yang kaya dengan artifak, sehingga ke hari ini, masih ada lagi kerja-kerja mencari bahan artifak dan kawasan ini makin lama makin luas dengan penemuan baru dari semasa ke semasa, dan of course, iaiya juga mengambil masa juga untuk dijumpai. Itulah sebabnya kenapa aku cakap wajib datang sini, dan tengok sendiri, baru tau best ke tidak hehe.

Belum sampai lagi atas tu, kitorg dah start bergambar macam nak rak, yang penting, mesti dapatkan gambar profile yang cun melecun hahahaha..Cuaca agak panas petang tu, tapi lantaklah!


 Libasan maut katanya hahahaha..untungla boleh libas-libas dengan skirt tu hahaha.

Okay ayuh la kita memulakan explorasi Persepolis. Dalam bahasa Greek, Persepolis bermaksud City of Persian (source wiki).

Gate of all nations. Mengikut sejarah, tempat ini telah ditemui oleh Cyrus the Great, iaitu salah satu pemerintah yang hebat zaman empayar Achaemenid. Tapi yang bina Apadana dan semua benda-benda dalam ni adalah Darius I. 

Kami bernasib baik, sepanjang kami di Persepolis, Yoones banyak bercerita tentang sejarah tempat ni, tentang kebangaan mereka terhadap ancestor mereka, dan juga kisah-kisah lain yang aku sendiri pun dah tak ingat apa yang dia cerita. So ktorg sangat-sangat bersyukur sekali lagi, sebab trip separuh hari ke Persepolis penuh dengan maklumat yang ktorg sendiri rasa balik nanti nak sambung baca sendiri tentang tempat ini.

Apadana. Ini dulu adalah main hall, dan merupakan bangunan pertama yang di bina di komplex Persepolis ni. Selepas kedatangan Alexandar the Great, habis semua musnah. 

 Tengok apa tuuu?


Ruins of Tachara, dari belah tepi. Katanya dulu yang ini adalah palace untuk Darius I the Great, tapi tak sempat siap, beliau dah meninggal, so anak dia Xerxes sambung bina dan last-last anak Xerxes pulak akhirnya yang sempat guna palace ni.


Ketika ini, Yoones mula buka cerita, katanya dalam cerita-cerita Hollywood, macam movie 300, tu, Persian King yang nama Xerxes tu, watak jahat, tapi sebenarnya tak pun, diorg dah ubah-ubah jalan cerita. Konon-konon semua lah Persian yang jahat. Aku gelak. Dan aku cakap, biasa la Hollywood, memang kerja diorg putar belit cerita pun hehehe.

Kata Yoones lagi, sejarah-sejarah yang dicanang oleh orang-orang Greek pun, memang bertentangan dengan cerita sebenar. Walahualam. So terpaksa la sendiri pegi google dan cari info pasal Persian-Greek War ni. Tapi tak dinafikan empayar Achaemid ni memang besar pengaruhnya, dengan kehebatan Cyrus sendiri yang berjaya conquer Babylon, dan dikembangkan lagi empayar ini oleh successor beliau seperti Darius dan cucu cicit beliau, jadi perlulah berperang dan cuit-cuit mana perlu, kalau tak perang cemana nak conquer, tak gitu? kekekeke.. 

Tapi sebenarnya memang boleh leka dengan Yoones bercerita tentang tempat ni, best gila kot, betul atau tidak, itu belakang kira, yang penting, kami rasa puas hati sangat, sedikit sebanyak dapat tahu history lama Persia dari mulut Iranian sendiri hehehe.


Yoones terus bercerita, Iranians sangat menyanjungi Cyrus, dia digelar Father of the Iranian Nation, dan diorang ada hari khas untuk memperingati Cyrus, iaitu pada setiap 29 October. 

Faravahar, simbol paling terkenal sejak zaman purba Persia, dan Zoroastrianism. Katanya simbol ni simbolik untuk good thoughts & deeds, dan immortality. Zoroastrian tu sebenarnya agama purba kala orang Persia sebelum kedatangan Islam. Dan sekarang, masih ada segelintir Iranian yang masih beragama Zoroastrian ni. 

Relief di Tachara (Winter palace of Darius I). Yang gambar orang naik tangga bawa barang tu, adalah Gift Bearer, konon-konon bawa hadiah la untuk king mereka. Yang relief binatang tengah fight tu pula, adalah lion vs bull. Aku pun tak ingat dah untuk apa kisahnya. Yang pastinya, ada banyak lagi relief kat seluruh kawasan ni, dan setiap satu ada ceritanya sendiri.

 Yoones cakap ni tempat simpan harta! Masnona pun cakap dia ada simpan harta kat sini hehehe..dasar!

 Makam kepunyaan Artaxerxes III, anak kepada Xerxes. Tengok aku pun dah terer kan tau sapa anak kepada sapa! hahaha

Aku tinggalkan sekejap Yoones dibawah, kalau layan dia sembang alamatnya tak bergambar la aku. So aku pun naik atas, dan posing depan kubur satu kali huhuhu ;p

 Alahai comelnya dua orang ni..(jangan cerca please!kasi chance la kat orang yg tulis blog 3x setahun ni hihihi)

Lepas tengok tomb tadi kami turun semula ke bawah, hari dah lewat petang, Yoones nak bawa kami ke Necropolis pula, yang terletak lebih kurang 10 KM dari sini.

Necropolis (Naqsh-e Rustam)

Kami sebenarnya tak masuk, sebab tempat ni dah nak tutup, so dapat ambil gambar di luar saja. Lagi pun malam awal kat sini, 5.40 PM dah gelap. Bayaran masuk ke sini sama juga macam Persepolis, IRR 200,000.

Tengok dari luar, cun juga tempat ni, dengan suluhan matahari yang dah nak terbenam, semakin memancar-mancar tempat ni. Necropolis ni sebenarnya tempat persemadian raja-raja Achaemid dulu. Ada 4 makam di sini.

Tidak pasti makam yang mana untuk siapa, tapi sumber dari wiki cakap, dari kiri ke kanan adalah, Darius IIArtaxerxes IDarius IXerxes I.


 Pelawat-pelawat sudah mula keluar, sebab nak tutup dah tempat ni.

Yoones berbaju hitam. Baik orangnya, banyak cerita! Di kiri kanan beliau tak kenal siapa, tapi Yoones cakap, mereka ni Lurs. Orang Iran yang duduk di belah barat selatan Iran. Diorang ni dianggap macam orang asli Iran la lebih kurang. Baju yang diorg pakai tu, macam baju tradisi mereka. Aku tengok macam piano pun ada hehehe. Yoones cakap diorg ni kalau ada peristiwa penting, memang akan pakai macam tu, dan dia cakap, hari ni di Persepolis ramai orang-orang Lurs ke sini, sebab esok nak celebrate Cyrus Day!

 Jom balik!


On the way balik, Yoones berhenti di kedai runcit, dan belikan makanan dan minuman ringan untuk kami. Setibanya di bandar Syiraz, kami mintak Yoones dropkan kami di mana-mana restoran yang berdekatan dengan hotel kami. So malam tu kami makan pizza, sebab tak lalu dah tengok nasi dan roti diorg yang serba membosankan tu. Maka tamatlah aktiviti hari ni, puas rasanya dapat tengok sendiri Persepolis, dengan cerita-cerita yang sarat dengan info dan sebelum mengucapkan selamat tinggal pada Yoones, kami sempat follow dan share IG accout masing-masing hehehe.


19 comments:

Biqque said...

boleh masuk tak 4 makam tu?

aaaaa i suka la ruins...i mesti akan pegang patu kembang2 hidung dpt sentuh hahaha!

Zilla said...

Best giler..aku suka tmpt2 mcm ni, blh hilang akal dibuatnya hehhe..

Untung dpt tiket murah ke iran..aku asyiklah dah usha tix ke sana, tapi nan adolah nk dpt semurah yg ko dpt huhuhu

agip roslan said...

waaa...best beb tgk iran neh.x sangka korg dh jengah...aku br masuk wishlist 2017. hehe polis2 tu tak crowded ke? aku suke g tempat2 cenggini and lagila kalau x crowded.

Muhamad Fairuz said...

Akhirnya jumpa juga anda di sana.....

Hafirdaus said...

plan saya nak skip ja tempat ni tapi bila baca ni, mula kena buat semula iti ni. Rasa rugi pula kalau tak singgah. Tapi saya nak pi bulan January agak2 tempat ni bersalji tak nanti?

Ren said...

Wowowow model tangga! Hebat!.
Jom Pakistan Next!

Unknown said...

assalam awak, boleh bg contact no tuk yoyones neh x?sbb saya dpt half day tour agak mahal jugak...tuk 2 org

zarinamaarip@gmail.com

Unknown said...

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Saya siti ingin berbagi kpd teman semua…tentang Angka Togel Yang Di Berikan Ki HAJAR DEWANTORO, Awalnya saya sedikit ragu tetapi saya sangat membutuhkan bantuan, dan saya coba hub ki HAJAR DEWANTORO
Alhamdulillah saya bisa di bantu oleh beliau, pertama beliau memberikan angka 4D kpd saya, dan angka itu saya pasang,, awalnya saya tidak percaya ketika teman saya memberikan kabar, kalau angka yg aku pasang benar-benar keluar, dan saya menang 97 juta, berkat bantuan ki HAJAR DEWANTORO.,
Saya ucapkan banyak terima kasih kepada ki HAJAR DEWANTORO yang telah meluangkan waktunya untuk saya, konsultasi dengan ki HAJAR DEWANTORO selama ini benar benar sangat luar biasa…. Selain hebat, ki HAJAR DEWANTORO juga punya keahlian banyak. seperti, minyak penarik uang Pesugihan,, Santet,, Penarikan dana ghaib,, Pelaris,, dan Pelet,,
Info: Buat Teman yang Pengen Merubah Nasib Silahkan..
Hub: Ki HAJAR DEWANTORO Di:082-188-463-467
Line:ahli spiritual pesugihan Atau kLIK DISINI

taag company said...


توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
شركة تنظيف منازل بالجبيل
وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف سجاد بالجبيل
شركة تنظيف شقق بالجبيل
شركة تنظيف فلل بالجبيل


شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف منازل بالقطيف
شركة تنظيف مجالس بالقطيف
شركة تنظيف سجاد بالقطيف
شركة تنظيف شقق بالقطيف



James Miller said...
This comment has been removed by the author.
Hassan said...

Lovely Pictures <3.
Regards.
couponsvolcano.com
codeswodes.com
Mallofdiscount.com

محمد على said...


افضل شركة رش مبيدات بالرياض
افضل شركة مكافحة حشرات بالرياض
افضل شركة مكافحة النمل الابيض بالرياض
افضل شركة مكافحة النمل الاسود بالرياض
افضل شركة مكافحة الفئران بالرياض
افضل شركة مكافحة الصراصير بالرياض
افضل شركة مكافحة بق الفراش بالرياض

NADER GLAL said...

يمكنكم أن تقوما بالاتصال بنا عبر الأرقام الموضحة لديكم وذلك على مدار اليوم، كما يمكنكم أن تقوموا بالتواصل معنا عبر مواقع التواصل الاجتماعي مثل الفيس بوك وتويتر والانستجرام،
وقد أتاحت الشركة خدمة التواصل عبر تطبيق الواتس أب وذلك حرصا على سهولة التواصل مع العملاء، ويقوم فريق متخصص بالرد على كافة استفسارات العملاء على مدار اليوم وطوال أيام الأسبوع،
وكل ما عليكم هو الاتصال بنا لنصلكم أينما كنتم في الرياض، نحن نقوم بخدمة كافة أحياء الرياض سواء شمال الرياض أو جنوب الرياض
أو منطقة الوسط، وعقب الاتصال يصلكم فريق من عمالتنا المتخصصة لنقل السجاد إلى مغاسلنا المنتشرة في كافة مناطق الرياض .

شركة الصفرات لتنظيف المنازل بالرياض
شركة الصفرات لعزل الاسطح بالرياض
شركة الصفرات لتنظيف المجالس بالرياض
شركة الصفرات لتنظيف السجاد بالرياض
شركة الصفرات لنقل الاثاث بالرياض
شركة الصفرات لمكافحة الحشرات بالرياض
شركة الصفرات لكشف التسربات بالرياض
شركة الصفرات لتنظيف المسابح بالرياض
شركة الصفرات لتنظيف الخزانات بالرياض
شركة الصفرات لتسليك المجاري بالرياض

Shaimaa Elsadek said...

نجار بجده
كهربائي بجده
سباك بجده
شركة تنظيف مداخن المطاعم بجدة
شركة تركيب عشب صناعي بجدة
شركة تركيب شبكات الري بجدة
شركة تكريب نخيل بجدة
شركة تصميم شلالات بجدة
فني تركيب دش بجدة
تركيب اثاث ايكيا بجدة

amelia jac said...

I just added this page to my favorites. I enjoy reading your posts. Tyvm!
To the point and well written, I appreciate for the info
I have been meaning to post about something like this on one of my blogs and this has given me an idea. Thanks.
Soft Trending

Mike Great said...

Great informative post, I'm very much impressed.
Thank you for sharing such good information. Very useful and impressive post.
Keep it up!

My Interests:
Anycubic 3D Printer

Anycubic photon mono x

Anycubic photon mono fep

Anycubic wash and cure 2.0

thotha said...

best replica bags online 2018 replica bags in london replica bags ru

Anonymous said...

supreme
bape clothing
supreme clothing
jordan shoes
supreme

whoaseigh said...

replica ysl handbags w54 h8a06i1s46 Louis Vuitton replica Bags k16 b1b97u4q92 replica wallets x01 o0q29a7p04