Trip ke Tehran ni, langsung tiada dalam list untuk tahun ni, rancangan awal tahun haritu, hujung tahun ni nak follow Pae dan Masnona yang konon-konon nya nak jumpa Song Joong Ki, jadi haruslah ke Korea, tapi bila keluar tiket murah AAX ke Tehran ni, terus rasa mengigil-gigil jari ni nak beli. Murah sangat, sampai rasa macam tak perlu fikir dah! Dengan RM404, kami pun beli tiket ke Tehran. Ye la dah masing-masing dintis tak berduit, jadi dengan harga yang murah macam ni, memang berbaloi sangatlah.
Pejam celik, pejam celik, dua bulan selepas beli tiket, kami dah berangkat nak ke Tehran. Dengan segala info yang aku dah study, dan bertanya kan member yang pernah ke Iran, maka sedikit sebanyak dapat la aku info penting, yang tiada di internet.
Tempahan hotel/hostel semuanya di buat di Iran, secara walk in, kecuali penginapan di Tehran. Begitu juga dengan booking tiket bas dari bandar ke bandar, pertukaran USD - Iran Rial dan mencari transportation untuk day trip dari bandar yang kami lawati. Benda yang paling kami prepare banyak-banyak selepas beli tiket haritu, adalah duit! Sebab di Iran ni, diorg tak accept credit card mahupun debit card dari luar Iran, melainkan credit/debit card dari negara Iran sendiri, ini gara-gara sanction yang masih berlaku ke atas ekonomi Iran.
First thing first! Ramai yang tanya... Selamatkah Iran? Selamat kengkawan..tak perlu takut..sepanjang kami di sana, tiada apa pun yang luar biasa, tengok orang pegang senapang pun tidak, kecuali di cek point setiap state yang kami lalui, di bandar-bandar seperti Tehran dan Shiraz, semuanya normal macam di Kuala Lumpur, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, takde pasai nak bawak senapang, bom bagai nak bom sana sini.
First thing first! Ramai yang tanya... Selamatkah Iran? Selamat kengkawan..tak perlu takut..sepanjang kami di sana, tiada apa pun yang luar biasa, tengok orang pegang senapang pun tidak, kecuali di cek point setiap state yang kami lalui, di bandar-bandar seperti Tehran dan Shiraz, semuanya normal macam di Kuala Lumpur, masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, takde pasai nak bawak senapang, bom bagai nak bom sana sini.
Kami tiba di Imam Khomeini International Airport lebih kurang jam 11.20 PM. Agak lewat dari jadual asal. Setibanya di sana, kami terus melalui kaunter untuk buat insurance. Mostly semua foreign visitor kena buat insurance dulu, if dah buat dari Malaysia, kena bawak salinan insurance yang korang dah beli kat Malaysia, kalau tidak, kena beli lain. Harga yang kami bayar untuk travel insurance ni adalah USD 16 atau pun EU 10. Boleh dibayar dengan salah satu currency ni, atau pun dalam bentuk IRR (Iran Rial). Insurance ni ada yang aku baca kat forum-forum LP dan TA, katanya wajib ada jika travel ke Iran, sebab public liability dan process evacuation di Iran agak komplex dan mungkin memerlukan cost yang besar. Tapi kalau korang tanya aku, memang selama aku travel ni, aku amik insurance, tak kisah la yang murah ke mahal ke, janji ada coverage, if jadi apa-apa, takde la menyusahkan orang kampung sekalian. Orang kata beringat sebelum kena, bukan sebab tak caya tuhan ke apa, tapi perlulah ada persediaan awal..(saya bukan agent insurance yang pastinya)
Make sure simpan slip insurance ni elok-elok.
Okay, process buat insurance ni kejap je. Lepas tu, kami terus ke kaunter immigration pulak.
Visa.
Sebelum fly ke Iran ni, aku dah bertanyakan pada kawan-kawan yang pernah ke Iran, sebabkan kawan aku pergi selama sebulan, so obviously dia memang perlukan visa, kemudian aku bertanyakan orang lain yang pergi seminggu pula, katanya tak perlu visa. So aku ni kan ke rajin sikit, pegi la google pulak, tapi tak jumpa information yang konkrit sama ada Malaysian perlu kan visa atau tidak, mengikut kata wiki, Malaysian tak perlukan visa untuk stay 15 hari, if lebih, memang perlulah ada visa. Jadi sebabkan aku agak confuse entah mana satu yang betul, last-last aku call embassy Iran, dan bercakap sendiri dengan officer tersebut.
"Hi, I would like to confirm if I need visa for a stay less than 2 weeks in Iran?"
"Yes you need visa"
"Oh are you sure?" aku tanya lagi..
"Yes". Officer tu jawab
"Okay, let me rephrase you, I will still need a visa even for a 7 days traveling in Iran? yes? no? I'm Malaysian by the way.." saja bagitau citizenship hehe
Officer to dengan confident nya sekali lagi jawab, "yes, you are right, you need a visa".
So I rest my case. Tak kisah la mana satu yang betul, tapi last-last, kami bertiga pergi jugak buat visa Iran tu, harga visa RM23 je.
So lepas dah buat insurance tadi, kami terus di suruh ke kaunter immigration, tapi passenger-passenger lain dibelakang kami yang bukan Iranian, lepas buat insurance tadi, semua di suruh ke kaunter lain, untuk buat visa on arrival. Dan diorang ni sangat slow buat kerja. Dah la memang dah lewat malam, nak beratur untuk VOA tu satu hal lagi, kus selamat kitorg dah buat sesiap dari KL. Process immigration cepat je, takde tanya banyak pun, reservation hotel semua pun dia tak mintak nak tengok.
Lepas deal taxi dengan pakcik ni, kami dapat sebijik taxi USD 25 untuk ke Tehran city, share 3 orang, murah la jugak. Dah lewat-lewat macam ni, memang tak kuasa nak naik bas bagai, mata pun tak boleh celik dah. Jauh airport ke bandar Tehran lebih kurang 50 minit perjalanan je (tapi kalau siang, ko berdoa je la banyak-banyak, sebab traffic kat Tehran ni antara traffic terlaknat di dunia, so plan your time to or from airport wisely if nak ke city/airport waktu siang)
So next day, awal-awal pagi, kami dah mintak map kat reception hostel. Oh by the way, kami menginap di Tehran 7 hostel, bilik dorm USD 15, breakfast inclusive. Reception dia boleh cakap English, so lepas tanya dia nak booking, dan collect tiket bas kami ke Syiraz malam ni, dia tunjuk pulak kat mana station train berdekatan dan tempat tukaran wang.
Kita makan dulu..
Breakfast free..roti, jem, air teh free flow. Hari pertama memang bersemangat makan..
Gigih kami berjalan kaki, dari hostel, nak ke Ferdowsi, katanya kat situ ada banyak tempat tukaran wang! Ya ampun, jauh gila menapak!
Nak tanya orang, tapi diorg macam tak tahu sangat, bila kita tanya "money exchange, money exchange" pun tak paham, bila dah tunjuk duit, baru diorg tau, pastu suruh jalan ke depan lagi, sampai la kami disapa oleh uncle Korean ni. Dia paham bahasa parsi dan english, so dia lah tolong kami pegi tukar duit! Rupanya nak tukar duit, bukan dekat bank, kat bank memang takde servis forex ni. Aduhai.
So bila dah sampai area Ferdowsi tu, dah mula nampak orang duk pegang-pegang duit, duk tanya nak tukar duit ke tak (dalam parsi), so aku cuak kejap. Tak kan la tepi jalan macam ni kan, so korean ni explain la, cakap kat sini memang macam tu, kedai-kedai forex tu selalunya dalam bangunan dan orang-orang yang duk pegang duit ni, memang ni keja diorg, dan boleh dipercayai. So aku dan geng semua memang tawakal la, luckily, uncle Korea ni memang memahami kegusaran di hati kami, sebab ya le kan, dah la currency note diorg byk zero, so nak kira satu-satu dan tengok and compare cheat sheet yang aku dah buat tu, memang tak mampu la. So dia cakap, "it's okay, don't worry, I'll help you count"..so uncle ni count satu-satu, depan kitorg, siap amik calculator dia, tekan-tekan kira. Sampai aku puas hati, baru dia serahkan duit Rial kat aku, pastu baru dia amik USD aku dan kasi kat mamat forex tu. Untuk pertama kali exchange ni, kami tukar 100USD je setiap sorang.
Tak tau la nak cakap macam mana, memang syukur sangat la, sebab pakcik ni berjalan dari hostel kami tadi, sampai le ke sini, semata-mata nak tolong kami. Dia cakap dia dah kerja kat Iran 2 tahun, sebab tu fasih berbahasa parsi. Dan dia memang nak tolong. So selepas selesai tukar duit, kami ke Tehran bazaar dan Golestan palace pulak.
Proses pertukaran USD-IRR sedang berlaku, aku punya peluh time tu, aduhaii..uncle Korean tu, yang berjacket biru :)
Lega dah tukar duit, sekarang beli tiket ke Panzdah Korhdad Metro. Tiket dia murah gila, lebih kurang 30, 000 rial untuk kami bertiga, one way trip.
Matawang
Sebelum aku teruskan cerita aku ni, aku nak share satu benda penting lagi, iaitu matawang Iran. Matawang official Iran ialah rial, tapi most Iranian selalu gunakan toman. Walaupun diorg sebut toman, tapi matawang yang digunakan, adalah duit yang sama digunakan sebagai Rial. Apa bezanya? Teruskan membaca hehehe..
Contoh, 5000 Toman adalah bersamaan dengan 50,000 Rial. Kalau 10,000 toman, korang kena tambah lagi zero (0) kat belakang dia, jadikan 100,000 Rial. So cara yang paling mudah ialah, dengan mengeluarkan calculator, dan suruh dia tekan berapa amount, DAN lepas tu kena tanya KUAT-KUAT, sambil tunjuk amount kat calculator tu RIAL? atau TOMAN? bila dah confirm, itu adalah amount RIAL/Toman, baru la kasi duit kat diorg hehehehe.. Takut kang terexcited tengok 5000 toman, paduhal rial.
Satu lagi boleh guna common sense la, contohnya sebotol air minuman coke 500ml tu, harga kat Malaysia dalam RM3.50, so kat sana lebih kurang RIAL 30,000. So if tanda harga 3000, kan ke tak logic, sebab bila convert RIAL 3000, baru RM 0.35 duit kite! gile ke apa air coke rege tu kan, kot ye pun murah hahaha.
Posing dulu, selepas berpenat lelah jalan cari tempat nak tukar duit, dan beli sim card Iran.
Golestan palace belah luar. Masuk sini pre-entry fee Rial 150,000 (RM20 -+), lepas tu nak masuk dewan-dewan lain, kena bayar harga lain lagi. So sebabkan kami ni masa pun tak banyak, miskin pun iya jugak, so kami cuma masuk main hall saja. Total damage untuk Golestan palace setiap seorang adalah Rial 300,000 (RM40-+)
Marble throne ataupun Takht e Marmar.
Travel buddy untuk trip kali ni hehehe.
Dalam palace ni, yang tak bestnya tak boleh amik gambar. So gambar-gambar bawah ni, semua gambar curi yang aku berjaya amik sepanjang berada dalam palace tu. Guard pun tak lepas duk usha je kami sebab takut kami amik gambar, haish, sabar je la kan.
Menuju entrance untuk melawat Mirror hall, dalam ni nanti, kena tunjuk tiket dan kemudian, kena pakai sarung kasut yang disediakan. Kalau tengok dari luar, rupa bentuk bangunan ni nampak macam biasa je, memang tak perasan dari luar yang ini dulu adalah istana, sebab dia tak macam istana yang ada kubah bagai macam kat Malaysia, atau pun tak macam palace-palace lain yang penah aku tengok. But once dah masuk dalam, memang terus terkesima, sebab lawa dia, memang setaraf istana-istana hehehe.
Mirror hall, hall paling terkenal di Golestan Palace ni. Lawa macam ni, tapi tak leh amik gambo..ya ampun nak nangis aku rasa...sobs
Ada orang tu, tema kawin dia nanti, nak color theme macam ni..untungla sangat boleh berangan nak kawin huhuhu.
Tu bukan guard sebenar, patung je, mula-mula pun aku ingat guard betul..hehehe
Exhibition hall yang display segala jenis pingan mangkuk zaman dulu kala. Rasanya tadi macam kena bayar lain, tapi takde orang jaga pulak, so kitorg lalu je la tanpa rasa was-was huhuhu..
Semua pun cermin, cermin dan cermin! Kagum jugak tengok tempat ni. Lawa usah cakap la, memang lawa! Dibina pada zaman Qajar, bermotifkan Persian architecture dengan sedikit gabungan dari western architecture katanya, dan sekarang ni merupakan salah satu komplex istana tertua di Iran.
Belah luar istana, banyak tile-tile cantik macam ni. Yang dilukis khas oleh designer, dan pelukis dari Iran sendiri.
Gabungan warna-warna ceria yang digunakan, telah menaikkan lagi seri istana yang nampak biasa je dari belah luar. Memang bijak! hehehe
Dua jam juga kami habiskan masa dalam ni, lepas tu apa lagi, perut pun dah lapar, so kitorg makan je kebab kat bazaar tu, distance bazaar dengan Golestan palace ni, dalam 10 minit berjalan kaki je, or maybe less.
Makcik ni cuit-cuit aku dari belakang, lepas tu kami bercakap dengan sign language je, sebab masing-masing tak paham. Dia tanya aku dan Cawan dah nikah ke, sambil buat tangan together-gether tu hahaha..aku angguk cakap sudah. Lepas tu dia tunjuk bagus, terus sua aku coklat..terasa diri ni macam besar Aqilah pulak hehehe.
Kekacang dan manisan banyak di bazaar ni, kami beli sikit untuk jadikan kudapan dalam bas nanti. Harga agak murah.
Just random faces yang kitorg berjaya amik, diatas permintaan mereka sendiri! Orang-orang Iran ni memang peramah habis, suka bertanya kita dari mana, diorg akan cuba jugak cakap english, yang penting sekali diorg suka Malaysia! Bila dengar Malaysia je, terus diorang cakap ähhh Malaysie?! Good! Mahathir Mohammed!" bangga kejap aku..
Ada juga yang bertanya, Mahathir Mohammed still alive? Aku jawab, yes, alhamdullilah still healthy and alive! Happy gila diorg bila aku jawab macam tu.
Dalam jam 6.30PM, kami naik metro semula dan balik ke hostel, untuk collect tiket bas dan ambil bag. Tiket bas ni aku book online via website Ticket Bus in Iran. Booking ni aku hanya buat ketika di Tehran, sebab segala payment melalui credit card dari Malaysia memang tak boleh dibuat. So hostel yang kitorg duduk ni, banyak sangat membantu, diorg tolong collectkan ticket, dan bayarkan dulu, dan kami akan bayar kemudian kat reception hostel ni. Total tiket dari Tehran ke Shiraz, dengan menggunakan VIP bas adalah USD 25 seorang.
Bas kami akan berlepas dari Terminal-e-jonoob. Dari hostel kami dah mintak tolong reception call kan taxi, untuk bawa kami ke sana. Taxi kat sana agak murah la, lagi pun sebab kami share bertiga, so setakat sorang nak keluarkan duit untuk kemudahan sendiri memang tutup mata je la hihihi. Harga taxi ke terminal bas dari hostel kami lebih kurang RM15 je.
Sebaik tiba di terminal, lepas dah turun tu, pakcik taxi tu mintak bergambar pulak dengan kami! Ya ampun terkesima kejap aku, di celah-celah bas ni pun nak selfie lagi? kekekeke..kan aku dah kabor tadi, diorg suka orang Malaysia, spesis rare agaknya kita ni lols!
Ni la rupa terminal bas tu, ala-ala KL sentral la. Besar, dan macam-macam kedai ada kat sini. Toilet pun agak bersih. Dalam ni ada banyak syarikat bas. Aku pun tak sure naik bas yang mana, tapi diorg cakap suh pegi kaunter yang ni je, dan tunjuk tiket yang hostel kasi tadi, dah diorg akan print kan tiket bas yang sebenar.. ala-ala macam tiket flight pun ada.
Tempat menunggu, dah sampai waktu, nanti dia jerit la panggil. Tapi aku suggest, korang pegi la jenguk-jenguk dan tanya sendiri bas dah sampai ke belum. Tapi orang Iran ni memang baik-baik, diorg once tau je ada kita yang bukan local, diorg akan prihatin sikit, diorg akan cari ko, dan tanya semua okay ke, bas dah sampai la, dan sekian-sekian, walaupun tak paham, nanti otomatik la akan paham hihihi.
Ni la rupa bas tu, sangat selesa, Seat leh recline ala-ala premium seat macam dalam AAX. Untuk perjalanan 13-14 jam ke Shiraz ni, memang berbaloi dan sangat-sangat perlu la bas macam ni. Jimat penginapan malam ni sebab tidur dalam bas je, semoga pagi esok sampai dengan selamat ke Shiraz.
Sedang kami menikmati tidur yang enak, 2 jam kemudian, lebih kurang jam 11 malam, kami dikejutkan dengan driver bas. Dia suruh turun makan. Bas ni berhenti di RnR, tapi tak sure kat mana. Aku ni terpingga-pingga kejap. Aku cakap "no, i'm fine, we just want to sleep...tapi dia still berdiri depan aku, ajak turun, sambil buat tangan suap ke mulut, ajak makan. Ya Allah, kami nak tidur kot, penat dah seharian, makan tu takde dalam kepala pun dah lewat macam ni. Lepas tu dia turun ke bawah. 10 minit kemudian, dia bawak 3 bungkus makanan, siap sekali dengar air. Ha sudah...kena bayar ke niiiiiiii? waaa nak nangis..
Dia paksa amik jugak..aku ni serba salah..pastu aku dan geng pun amik makanan dan air tu, driver tu terus berlalu pergi dan tak minta duit pun. Aduhai, terharu betul. Memang ada makanan disediakan untuk vip bas, tapi masa beli tiket tu, takde pun diorg cakap ada dapat makanan ke tak, so aku assume, ni dah masuk dalam harga tiket la kot. So kami pun gembira la sebab tak payah bayar dah, dan terus sambung tidur semula..hehehe...
12 comments:
Alhamdulillah jumpa blog ni sangat membantu bagi perjalanan saya ke Tehran January ni. Sebelum ni selalu baca dlm blog ada Aqilah, dia besar mana dah sekarang.
Noor Hafirdaus: Aqilah dah 6 tahun dah, tahun depan nk masuk sekolah rendah dah hehehe.. sama tinggi dengan saya dah.
Cantiknya kek kawen aku nanti... miahahahhahaa...
Thanks kak for sharing. Lawa gle. Puas hati baca ada maklumat skali.
tq cepat sambung. aku nak menyusul
bestnye pergi tmpt luar dan rg sgt baik dgn kite...xde la rasa 'lost' sgt..hehehe
nak gambar cantikkk lagi xpuas tgk kt ig;)
Fuh! Mmg ter-excited lebih nak baca pasal Iran nih!
tolong bleh? tolong la abiskan post trip iran ni sampai abis ok! i nak baca! hahahaha...
patung tu serius sebijik mcm manusia!
part kena cakap kuat2 toman ke rial tu lawak...usaha nak kasi paham kan haha...
ngadap roti ke hari2? uih i bukan pemakan roti, jenuh makan maggie camni...
tukar duit tepi jalan tu kira mcm ulat la eh? tapi urusniaga secara betul la? wah gempak!
makcik tu kasi coklat dia suh korang branak lagi tuuuuu hahaha!
diorang tau mahathir, diorang tau tak skang ni najib yg berkuasa?
sekian soklan utk post ni hahaha!
hensemnya budak tu!! hahahaha
APA BILAH BERMINAT ANGKA TOGEL JITU DI JAMIN TEMBUS MULIA DARI ANGKA 2D,3D,4D,5D,6D,6D..HBG NO INI 085-256-133-981-MBAH SORE PASTI MEMBANTU
Hey, You look really pretty in all the pictures! My husband and I are planning to visit here one day. I found your itinerary really helpful for me in planning for our trip! Thank you for sharing.
Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
http://www.okcheori.com
Mantap sangat.
Post a Comment