Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Di Ipoh

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Jam 10.30 malam, kami selamat sampai ke Ipoh. Icam memang langsung tak menyangka yang kitorang akan balik Khamis malam tu. Sebab mengikut perjanjian, nak balik Jumaat malam jek..Memang tersengih cam kerang busuk la dia, bila kitorang call suruh dia bukak pintu gate.

Icam bukan main excited bila tengok cupcakes dia, tapi sayang seribu kali sayang, gambar Hagemaru dan Hotwheels yang aku request tu, kakak tu tak dapat buat, sebab ada masalah teknikal. So dia lukis gambar Ben 10 dan Ultraman jek. Bagi aku biasa je la hasil kerja kakak tu, kek pun tak sedap, apatah lagi icing dia. Yang aku tempah dari Anis hari tu lagi best. Kerja dia pun lebih cermat dari yang ni. So lepas ni gerenti aku tak tempah dah kat Ayu tu, tak kisah la murah mana pun hahaha.. Tapi Icam belasah je cupcakes tu, dia cakap sedap..hahaha..

Malam tu, Icam mintak permission dari Cawan untuk tidor sebilik dengan kitorg. Cawan pun ok je la, pas tu siap ajak Icam tidur atas katil sekali. Emm Icam apa lagi, orang dah ajak kan, dia join je la.

Keesokan harinya, Cik Muni pulak sampai dari Penang. Dari pagi sampai ke tengahari, kitorang tak pergi mana-mana, sebab cadang nak pegi beli barang-barang mentah kat Tesco petang nanti untuk masak berbuka esok. Untuk hari ni, kami bercadang untuk berbuka puasa di luar je. Icam suggest untuk makan Pizza Hut. Tapi Muni pulak tak nak, sebab baru makan katanya. Setelah penat berpikir kat mana nak berbuka puasa, akhirnya, semua setuju nak makan dekat Secret Recipe @ Kinta City.

Sampai je sana, terus reserve meja dan order sekali. Untuk membazirkan masa yang tinggal 1.5 jam dari waktu berbuka, kami pun pusing-pusing la kat dalam tu, cuci-cuci mata. Dah tak larat jalan, kitorg pun duduk dekat bench yang disediakan kat tepi-tepi tu, sambil amik-amik gambar..

Kasut warna warni. Aku, Icam dan Muni memperagakan kasut baru.

Pukul 7.05 Malam, baru kitorg duduk kat Secret Recipe, dah bersedia untuk berbuka puasa. Icam la yang paling excited sekali. Makanan pilihan kami untuk berbuka puasa adalah, Fish n Chips, Japanase Soba Noodle, Tom Yam Kung Noodle, Black Pepper Chicken with Rice dan paling special sekali dari resepi Chef Wan, Ayam Asam Berempah, yang ni Cawan yang order. Memang sedap!!! Tapi kesian kat Icam, makanan dia macam tak cukup je, siap nak mintak nasi tambah, so aku pun sacrifice la fish n chips aku, kasi kat dia kan, maklum la budak tengah kuat makan, puasa pulak tu. Aku lain la kan..hahaha

Brownies ni la yang paling sedap sekali huhuhu...

30 minit kemudian, selesai aktiviti makan-makan. Tanpa berlengah, kami terus balik ke rumah. Malam tu kitorang layan tengok tv sambil tolong-tolong mak buat kuih untuk esok. Dah lewat malam sikit, aku masak sup ayam, untuk bersahur esok, dibantu oleh Muni. Tak sempat tunggu sahur, Cawan dan Icam request untuk makan awal!! Sedap sangat kot air tangan Muni masak hahahah..

Jam 1.30 pagi, baru kitorang masuk tidur, itu pun aku dan Cawan tak leh tidor lagi, sebab kena layan Icam bersembang, aku pun tak tau apa yang dicakapkan, sampai terlelap la kitorg dengar dia bercakap, tau-tau je mak dah kejutkan untuk bangun sahur..

0 comments: