Tuesday, August 4, 2009

Pelik Sangat Ke?

Pelik ke kalau lelaki buat kerja rumah?
Pelik ke kalau suami rajin nak tolong isteri di dapur?
Pelik ke kalau isteri malas nak masak, suami yang masak?
Pelik sangat ke kalau si suami ambil alih kerja2 si isteri di rumah sekali sekala??

Apa yang pelik nya? Sejak bila kerja-kerja rumahtangga ada jantina? Adakah kerja2 dirumah dibahagi mengikut jantina, memasak kerja perempuan, sapu daun kering kerja lelaki? Bukankah perkahwinan tu, satu perkongsian? Kalau dah nama perkongsian,harus la sama-sama suami isteri saling tolong menolong kan?, isteri masak, suami basuh periuk, isteri basuh kain,suami sidai kain, dan etc etc..

Jadi apa yang peliknya? Sejak bila kaum lelaki diberi keistimewaan untuk lepak terkangkang kat rumah, dan tunggu semua disediakan untuk dirinya?? Heheheheh...sapa nak jawab tu? Inilah dia pendidikan informal dari masyarakat melayu kita,semua kerja rumah, perempuan yang buat,lelaki jadi big boss..

Berdosakah kalau isteri benarkan si suami buat semua kerja2 tu? Kurangkah pahala isteri kalau biarkan suami buat kerja2 rumah tu? Personally, rasanya tak kurang pahala pun kalau isteri tak buat kerja2 rumah tu. Masih boleh lagi dapat pahala dari cara lain kan? Si isteri senyum pada suami pun dapat pahala gak kan, isteri usap2 rambut suami pun dapat pahala gak kan?

Orang selalu cakap "jagalah perut suami, nanti tak la cari yg lain, nanti lagi suami sayang kat awak" Ha betul ke? Aku tak caya benda nih, cam mana?? Berdasarkan pengalaman dari kawan-kawan yang pernah melalui incident suami tercurang, makan dan pakai suami, tidak pernah diabaikan, tapi suami tercurang jugak..Apa kes kan?

Mengikut kata seorang teman lelaki, ketika berbicara tentang isu nih, katanya, "kalau laki nk curang, dia curang jugak, tak kisah la ko jaga perut ke, baju suar ke, tempat tidor ke..kadang2 dia saja je nak curang, sebab ada benda lain yang dilihat pada perempuan lain..bukan sebab jaga perut pun.." Emm ada betulnye cakap mamat nih!! So conclusion nya, slogan "jaga perut suami" memang tidak boleh diterima pakai utk zaman ini.

Secara peribadi, aku antara perempuan/isteri yang bernasib baik kerana suami aku seorang yang ringan tulang, tak kisah la apa kerja rumah pun, mesti dia tolong sama, kecuali cuci bilik air!! Tapi tak pe la, janji yang lain2 dia tolong, termasuk la memasak :) Dan aku tau ada antara kawan2 kitorg pun yg macam tu jugak, laki bini saling tolong menolong..bukan kah aman mcm tu kawan-kawan??

Kepada si Cawan, muahs..

2 comments:

Biqque said...

yea, some wives are so darn lucky to have husbands like this (too bad, sape suh cari laki yg betul2 'manly' at the first place). for me, ni sume stigma masyarakat melayu yg tak reti nak bertamadun. yg tak penah kaji sejarah dan juga tak penah rasa nak berubah. tak nak buat keje rumah? itu sume keje isteri? boleh! isteri tak perlu keje, cari duit, tlg suami sara keluarga, kongsi kesusahan dan kepayahan. mampukah suami? sanggupkah suami? tepuk dada tanya selera. ni baru betul selera suami! bukan perut suami!

orang tak kutuk if laki masuk dapur. takde sape yang rugi, kecuali orang2 laki yg bodoh dah belagak hebat je sebab diorang yg sebenarnya tak ada KELEBIHAN lain selain menjadi lelaki. women can do men's job...but can men do women's job? tepuk dada tanya lagi lah selera.

Unknown said...

oh Puan Biqque, saya teramat la setuju dengan kenyataan diatas. Kita antara isteri2 yang bertuah, walaupun suami2 kite tak de 6packs dan otot berkilo2, tapi suami kite tetap macho dimata kite, tambah macho bile diorg join skali buat kerja umah..

Memang lagi SEKSI diorg nih..phewit...

Kepada sang2 suami yg berat tulang tu, kasihani la isteri2 korang, tak hilangnye ke'macho'an korang tu kalo masuk dapur atau pun angkat kain dijemuran...