Monday, September 10, 2012

Holland: Zaanse Schans


Dari Keukenhof garden yang dipenuhi tulips tadi, kami sambung lagi aktiviti hari itu dengan melawat satu lagi ikon utama yang paling terkenal di Holland, kincir angin (windmills) di Zaanse Schans. Ok sebelum tu, nak imbas kembali pasal kes rental car yang disewa dari airport Schipol. Disebabkan kami tak bawak GPS dan aku pun tidaklah rajin sangat nak print google map, jadi kami tekad nak sewa GPS dari Avis saja, tapi  malangnya, semuanya dah habis disewa orang lain. Hmm ok takpa. Mengikut kata officer Avis tadi, dalam kereta ada disediakan map. Selamat! 

Tapi sekali lagi malang datang menimpa, map yang disediakan hanyalah sehelai kertas sebesar saiz A3, yang hanya mempunyai garisan bengkang bengkok sebesar tulisan tangan yang sungguh halus (konon-konon tu jalanraya la, eh apa pulak konon, memang jalan raya pun!) dan beberapa landmark utama di seluruh Holland, serta nama seluruh daerah-daerah di Holland. Dah la nama jalan pun takde..apakah ini semua?? Jadinya, terpaksalah memandai sendiri dan mengharapkan signboard di jalan raya sahaja. Dan alhamdullilah, setelah penat merempuh kesesakkan dan beberapa kali tersalah masuk jalan ketika memasuki kotaraya Amsterdam, akhirnya kami tiba di destinasi lebih kurang jam 6 petang.

Map ni dicilok dari website Zaanse Schans, betapa besarnya kawasan yang nak kami jajah di petang yang dingin tu. 

Dari parking kereta kami terus berjalan ke arah kedai-kedai souvenir bersebelahan, tapi nampak gayanya bukan rezeki kami petang itu, kerana semua kedai-kedai souviner dah tutup, oh ya, opening hours di sini dari 9.00 am hingga 17.00 pm. Patutlah tak nampak ramai orang, nampaknya kami saja tourist pada petang itu yang gigih nak melawat Zaanse Schans, dan kelihatan juga beberapa penduduk tempatan sedang melawat windmills yang berderet di sepanjang sungai kecil tu. Emm bagus juga takde orang, senang nak amik gambar hehehe..

Ini salah satu kedai souviner di kampung Zaanse Schans ni. Sorrylah sebab gambar ni senget, tak muat masuk frame sebab aku pakai 50mm, Cawan pula entah ke mana menghilang hehehe.

Zaanse Schans ni sebenarnya adalah tempat conservation area yang terletak dekat dengan Zaan river di kawasan utara Zaandam. Untuk akses ke sini, korang boleh menaiki train dari Amsterdam Central iaitu station train utama di Amsterdam dan berhenti di station Koog-Zaandijk, yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit. Dari situ kena berjalan kaki lagi lebih kurang 10-15 minit untuk ke sini. 

Ini pula salah satu kincir angin yang terdapat di Zaanse Schans, iaitu Sawmill, sejenis kincir angin yang terdapat di Holland atau namanya yang susah aku nak sebut De Gekroonde Poelenburg. Katanya kincin angin Sawmill ini antara 200 sawmill yang terakhir yang ada di Zaan. Bayaran sebanyak Euro 3 dikenakan kepada pengunjung yang ingin masuk ke dalam kincir angin di sini. Tapi aku tak masuk lah, sebab dah tutup.

Sungai Zaan

Rumah-rumah tradisional masih lagi dikekalkan di sini, memang comel-comel belaka. Untunglah siapa yang duduk disini. Oh ya, perasan tak kebanyakkan gambar rumah atau pun kedai cenderamata semuanya berwarna hijau? Sebenarnya itulah ciri-ciri rumah kayu tradisional di Holland. Setakat aku berada di Zaanse Schans memang tak jumpa yang berwarna biru, merah mahupun kuning! Untuk pengetahuan semua, rumah-rumah tradisional di sini adalah rumah orang yang masih didiami mereka, bukan sekadar hiasan okay!

Kedai bakery yang dah tutup pada hari itu



Ini pula adalah deretan rumah-rumah dan kawasan industri yang terdapat di seberang sungai Zaan. Setiap rumah yang ada di sini mempunyai karekter menarik masing-masing, yang aku sendiri tak tahu, sebab aku tak naik boat tu..ah rugi betul. Jika kami sampai awal tadi, bolehlah menaiki boat untuk melawat yang belah sana. Bayaran untuk boat trip berharga Euro 6. 

Salah satu bangunan yang tidak dapat dikenal pasti tapi masih lagi mengekalkan tingkap gable itu.

Bukti nak tunjuk kami berada di sana hehehe #motif sungguh

Deretan kincir angin di sepanjang sungai Zaan, dari kanan Saw Mill De Gekroonde Poelenburg, Paint Mill  De Kat, Oil Mill De Zoeker dan Oil Mill De Bonte Hen. Ada satu lagi, tapi tak muat masuk dalam frame. 

Setiap kincir angin di sini menpunyai fungsi yang berbeza. Paint Mill De Kat (no 2 dari kanan) berfungsi sebagai membuat cat manakala Oil Mill De Zoeker (no 3 dari kanan) digunakan untuk mengisar dan menghancurkan pelbagai jenis kacang dan bijian untuk dijadikan minyak. 

Cantik sangat pemandang di sini, bagai pakej lengkap, bunga-bunga liar di sekeliling rumah-rumah tradisional, langit yang biru dan rumah-rumah hijau yang comel, udara yang segar dan dingin, dan sungai Zaan yang kecil di antara rumah-rumah ini, ahh perfect sangat la! 

Zaanse Schans ni sangat sesuai untuk pengemar sejarah dan alam sekitar sebab kat sini semuanya tradisional, dan terdapat juga muzium kincir angin yang akan buatkan korang leka jika korang benar-benar taksub sangat dengan kincir angin tadi tu hehehe, selain muzium kincir angin, ada juga muzium jam Dutch. Oh lupa nak kasi tau, kincir-kincir angin tadi tu semuanya masih berfungsi lagi sehingga hari ini..hebatkan?


Cheese farm De Catharina Hoeve. Pelbagai jenis cheese dibuat disini, jadi sesiapa yang berminat nak tengok macam mana cheese dibuat, boleh lah singgah di sini. Tak silap masuk ke sini free je.


Kincir angin ni tak dapat dikenal pasti hehehe

Secara peribadi aku suka sangat tempat ni, mungkin kerana tempat ni nampak macam 'kampung' sangat, ditambah lagi dengan rumah-rumah tradisional yang terdapat di situ, dengan bau coklat yang menusuk-nusuk hidung kami, tercari-cari juga dimana kilang atau kedai coklat tapi tak nampak pula. 

Tak sah rasanya Aqilah tak bergambar dengan kasut kayu tradisional nih..BESARRRRR punya hehehe, kat belakang tu kedai membuat kasut kayu ni, sesiapa yang berminat boleh la tempah.

Satu lagi kincir angin jenis Sawmill, namanya Het Jonge Schaap


Tengok dari luar saja..

Dengan melawat Zaanse Schans maka tercapai sudah impian aku nak lihat kincir angin yang authentic di Holland. Dan tempat ni sangat DUTCH, jika korang berkesempatan untuk ke sini, silalah cuba masuk ke dalam kincir angin tu, dan melawat muzium-muzium yang ada di situ, aku rasa sangat berbaloi kot. Tapi kalau enjoy scenery saja pun boleh, sebab memang lawa sangat.

Selain Zaanse Schans, korang juga boleh ke Kinderdijk yang terletak di sebelah selatan Holland. Di situ juga terdapat kincir angin dan juga merupakan salah satu tapak UNESCO yang terkenal di Holland.

Dah puas di Zaanse Schans, tanpa sebarang cenderamata untuk dibawa pulang, kami balik semula ke Amsterdam, dengan harapan tidak sesat nak mencari hotel kami, Remco Hotel City West. Harga hotel agak mahal, sebab tengah peak season ketika itu, tapi nak buat macam mana, bukan selalu dapat ke Amsterdam, tutup mata je la, tapi sayang, harga mahal-mahal cerek masak air pun takde!! Sentap kejap. Tapi yang paling best, di kawasan hotel kami ada banyak sangat kedai makanan halal, so on way the nak ke hotel tu, kitorg stop kejap beli falafel dan kebab untuk makan malam itu.



26 comments:

Ren said...

Omaiiii canteknya deretan rumah2 dan kincir angin tu!

just.HY said...

Omaiiii canteknya deretan rumah2 dan kincir angin tu!

geng kami suka komen sesama sendiri. pedulik ape kami! choyyy. nk baca sat

just.HY said...

okeh dah abes baca! cantikkkknyaaa tempat tu. kalo langit membiru lagi cantik kannn!!! ish, tak sabar mau ke sana nanti! terpaksa pakai baju yg ade skirt tu. eh eh? hahah ;p

we want more!!!

Rozita said...

Wahhhhh cantiknya windmill tu...

#Hari jumaat tu ternampak chawanna di matta fair. Masa tu kat atas jambatan nak ke seberang hall, chawanna pulak nak balik dah kot...hehehe..kita opposite direction, malu pulak nak tegur !

Unknown said...

Janggel & Danny: YE MEMANG CANTIK.. sekian terima kasih!

Rozita: Napa tak tegur je, saya tak makan org pun hehehe, lagi pun siapalah saya nk sombong2,bukan artis tersohor pun..cewahhhh

Naramas Aman said...

Cantik cantik cantik...

Apakah sebabnya rumah tradisional mereka warna hijau ek?

niL said...

Wahh..kincir angin 4 bijik...mcm drawing ler!!!!!

Biqque said...

cantiknyer aqilah dalam kasut kuning tu hehehe!

mcm takde org jer kat kawasan ni, best gile kot jalan2 dgn tenang kan?

serius gambar cantik mcm bleh buat wallpaper!

ps: wah glamer youuuuuuu!

Anash said...

gambo macam dalam poskad

eh
kalah poskad

baju qillah warna pink dgn kasut warna kuning..sangat cantik kombinasi warna

waaa....macam nak buat satu jambatan ikut design derang nih...sangat kampung...suka...

Anonymous said...

kelass aqilah nye pose complete dengan rambut yg terbang2 ditiup angin.

Kilang coklat tu aku ada tersempak masa jalan kaki dari train station ke kampung ni

f i d a j a c o b said...

Ni one of my fav place kat Holland. Hehe... Zaanse Schans... Sbb dia tenang. Hehe. And sejuk2 light2 yang sgt nyaman. hahaha.

I beli syrup waffle cookies holland tu kat kedai bakery dia kot.. dapnye! Haha.. Teringat plak. Nak beli banyak duit takdek. So beli sebungkus jer. Huhu.

And i sent postcards gak kat diri sendiri kat sini.. hehehe...

rindunya!

MasZuber said...

Na, nak masuk kawasan nie ada entrance fee dak?

Unknown said...

Naramas: Saya pun tak pasti pasal warna hijau tu, actually ada warna lain cam dark brown dan hitam juga, cuma kt sini lebih byk hijau :)

Nil: ha a..drawing la sangat

Biq: Ha a..tenang je, takde org lain, tak yah berebut2 nk amik gambar windmills tu semua..

Kak Anash: Saya pun nk buat jambatan tu mcm tu..emm tp nk buat ke mana?

Ross: Oh ye ke..aku tak nampak sebab nak keta kot! cissss

Fida: Ye memang pun kan, tenang je, sesuci lebaran gitu..heheheh tetibe je.. jgn ckp pasal ko beli waffle tu semua leh tak, sb aku tak berpeluang langsung!! #nyampah sungguh la (tp aku beli waffle yg sedap dan lazat tu kt tempat lain heheh)

Maszuber: Ko tanya pasal entrance fee ni, mcm nk pegi je dlm waktu terdekat nih? Jawapan nya takde, parking kereta 7euro je kot, kalau naik train foc je, cuma nk masuk windmills, atau muzium tu adalah dikenakan bayaran, tp kalau setakat amik gambar cam aku nih, memang free je..hehehe

Mulan said...

cool one...!!! kami di sana july 2011.. best kan..!!

Almiraz said...

Na...

Cantiknya gambar Sg Zaan yang you amik tu...(actually benda merah tu...apa tu?)....your pics never fail to mesmerize me..chewah.....bila kita nak dating ni?

Unknown said...

Mulan: :)

Almiraz: Benda merah tu mcm pam air kalau i tak silap la.. wah mesmerize la sangat tuuuu... hmm bila yek..cer kabor, kot2 next week ke? amacam? nanti kite twit2 la yek..hahahha

An said...

been there last year tp pic chawana mmg superb!!! kiri kanan dpn blkg sume lawo jer..x puas tgk kan..(^_^)

Ramble and Wander said...

Awesome pix! Rasa nak cilok letak watermark sendiri je esp gambar yg ada 4 windmills tu! ;-D

Lily Riani said...

i like the town there... quaint giler.... did you walk my the housing area... its a UNESCO site.

Unknown said...

An: Wah kiri kanan dpn blkg semua ye hahahaha.. ok tak tau nk respon cam mana nih... (garu pala)

R.A.W: Boleh cilok, janji bayar royalti sket je, buah kurma selori pun ok hehehe

Lily: Kannn, i tak jalan kat housing area sberang sungai tu, sb boat ke sana dh abis waktu dah, maybe next time.. (alasan nk repeat amsterdam, sb best kot! hahaha)

Irfa said...

mmg masuk free kalau 'tak kisah' boleh ke rasa semua jenis cheese dalam tu.hehe

kami ke sana pakai pakej dr pagi smpai malam so takde kes sesat jalan

arghhhhhhhhhh rindu nk ke sana lagi

Unknown said...

Irda: Hehehehe agak mustahil utk diorg tak kisah kalau nk merasa cheese tu..

saerah80 said...

Serious cantiknya Amsterdam...tak sabar nak pergi tahun depan...

Unknown said...

Saerah: Go! Go! Go! :)

afina rahmat said...

Netherland, Belanda dan Holland itu negara yang sama kan?

Anonymous said...

hermes outlet
golden goose
hermes
goyard outlet
golden goose sneakers
bape hoodie
goyard bag
kawhi leonard shoes
jordan 1 mid
kyrie irving shoes