Plan asal cuma nak balik Ipoh je cuti raya haji ni, tapi mengenangkan aku tak dapat join Biqque ke Penang end November ni, dan dah alang-alang distance Ipoh ke Penang tu macam sepelaung jek, so terpaksa la aku MEMAKSA Cawan pegi ke Penang jugak, demi melangsaikan hutang (hutang makan) yang dah simpan sejak beberapa bulan-bulan yang lepas hehehe...Misi ke Penang disertai oleh Muni , Adib , Icam, aku, Cawan dan Aqilah, ngam-ngam sebijik kereta Chawanna hehehe..
Aku malas nak story panjang, so layan je la kronologi gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika ke Penang hari tu ok...
Naik ferry, almaklumlah dah lama tak naik...sebuah kereta cuma perlu bayar RM7.70 jek..
Naik dek atas konon nak tengok view..hmmmm
Penang/Pulau Pinang, atau nama glamer lain, Pulau Mutiara..ewahhhhhh
Blue mansion..nak masuk kena bayar la pulak, sebabkan tiada dalam agenda, kitorg amik gambar bangunan dari luar je.. Nak masuk kena ikut tour, jam 11 pagi atau 3 petang..
Dekorasi luaran yang ada di Blue Mansion @ Cheong Fatt Tze Mansion. Blue Mansion ni sebenarnya boutique hotel, dan pernah memenangi macam-macam award, antaranya UNESCO 'Most Excellent Heritage Conservation' award. Masuk filem dan tv pun pernah Blue Mansion nih, terer kan?? hehehe
Khoo Kongsi, antara Chinese clan yang terkenal di Malaysia dan di dunia. Kalau tak silap aku, clan diorg ni boleh trace back balik diorgnye origin sejauh 650 tahun dahulu..menarikkan? aku baca history diorg ni pun cam pening-pening lalat, byk sangat citernye. Nak masuk dalam kongsi, sorang cuma bayar RM10. Aku tak masuk, saja je amik gambar depan tu hehehe...
Salah satu temple di Penang, berdekatan dengan Khoo Kongsi tadi..
Bangunan lama di sekitar Georgetown, Penang..sungguh nostalgik..
Rasanya tak perlu introduce yang ni, semua orang tau ni KOMTAR kan? hehehe..
Artistic jugak orang-orang kat Penang nih.. agak-agak korang ni mural kat dinding ke?? cer tengok betui-betui. ish ish.. Tau tak kat mana ni? Ok la meh aku kasi tau, katTransfer Road - UNESCO World Heritage Site. Sebab apa nama dia Transfer road, mungkin sebab nama jalan kat sini asyik bertukar je, kejap english, patu tetibe melayu, jawi, pastu ada chinese plak..
Pi pekena nasi kandar Line Clear plak. First time cuba ni.. akunya verdict untuk Line Clear ni biasa-biasa jek. Aku rasa sama macam mamak Deen kat bawah rumah aku ni hehehe.. so time makan, aku cube menikmati, sebab aku pelik napa orang kata sedap, tapi aku rasa biasa je, Cawan lagi la takde perasaan, dia kata cam mamak biasa jugak, mungkin sebab popular sangat, so semua orang pun kata sedap, entahlah..tapi harga agak munasabah la..
Tokeh Line Clear..
Laksa Tanjung Bungah pulak. Ni recommendation dari Biqque, kata dia sedap. Aku dah rasa, emm boleh tahan. Bunga kantan sila tabur sendiri mengikut citarasa masing-masing hehehe.. Yang ni makan kat tepi laut, memang layannnnnnnnnn..so kalau sapa-sapa gian nak mandi laut, pas makan laksa, terjun je dari lori makcik laksa ni ok?? hehehe
Pasar Chowrasta..tak sah kalau tak ke sini. Sapa yang suka makan asam jeruk bagai, memang syurga lah, aku cuma tolong belikan untuk mak aku je, sebab aku memang tak layan jeruk asam nih..Kata penjual kat sini, asam jeruk ni ada macam-macam gred. Aku pun tak tau apa beza, belasah je la, masuk perut nanti kuar balik gak kan hahahaha..
Ha jangan terkejut, pas pekena laksa Tg. Bungah tu, kitorg merehatkan diri kat Masjid Terapung kat area Tg.Bungah tu, (masjid tu nampak terapung time air naik je tau!), lepas kosongkan tangki masing-masing dan selesaikan tangungjawab apa yang patut, kitorg sambung makan lagi.. nun kat Padang Kota, makan pasembor pulak!!! Tapi yang ni aku tak puas hati sikit, sebab harga macam tak masuk akal!! Tapi tak leh nak marah, sebab yang ni memang aku punya feveret, so bayor je la... (sori gambar ni je yang ada, sebab tukang amik gambo sibuk makan char kuew teow hehehe)
Dah senja pun, kali ni balik ikut Penang bridge plak. Baru aku tau rupa-rupanya kalau nak keluar dari Penang island, sama ada melalui jambatan atau naik ferry, percuma jek, tak perlu bayar RM7 lagik. (Maybe harga yang dibayar masa masuk tadi, adalah untuk harga balik skalikan!!)
Hmm selesai sudah aktiviti makan-makan kami di Penang, tu pun ada suara-suara sumbing ajak stop kat Taiping, sebab nak tibai yong tau fu plak. Tapi sebabkan purse aku pun dah nipis, aku kata TAK BOLEH je kat diorg.. mungkin next time je la yek hehehe...
Nota kecik: Hari raya korban kat Ipoh, rasa macam tak raya ok! Dah la tu, harapan aku dapat la makan sup tulang mak aku tengahari tu, tergendala, sebab jemaah taman tu, nak korban kan lembu-lembu tu esok plak!!!! Confirm la aku tak dapat makan daging korban tu nanti, sebab aku balik KL hari ni!!! apatah sup tulang mak aku!! hampeh.com la...















