Sunday, January 22, 2012

Poskad Icam

Semalam lepak di Murni Discovery dengan travelholics semua, dan Icam telah jadi bahan diorg hahahahaha. Dan atas request ramai, aku gigih amik gambar dan buat entry ni, supaya korang boleh gelakkan dia puas-puas di *** nanti hehehehe

Poskad pun dia nak suruh aku balas!!

Ha amacam? Kelas tak poskad dia? Siap ada stem muka dia lagi hahahah. Korang MAMPU??.. Dia memang gemar main antar-antar surat kat aku, sejak dia reti menulis, ada je surat dia nk kasi, tapi semua by hand, tapi yang aku paling mushkil sekali bila dia letak stem muka dia (gambar diatas) hahahahha, memang tak boleh blah! Aku tak pasti apa motif dia hahahaha..

Satu lagi, dia ni memang patriotik, orang tak boleh kutuk negeri Perak, habis la dia pertahankan tanah tumpah negeri dia tu hahaha. Cawan kutuk signboard IPOH yang tulisan sebesar alam kat tepi highway tu pun dia bengang weh, dan korang kena tengok muka dia, bila Cawan, cakap Sungai Pahang adalah sungai TERPANJANG di Semenanjung Malaysia (motifnya sebab Cawan asal Pahang), dia memang tak boleh terima fakta tu, dia tetap pertahankan Sungai Perak adalah yang terbaik dan tercantik, katanya tak panjang sekali pun tak pe, tapi cantik blah blah blah..Ha dasyat tak?? Budak-budak sekarang ada amik kisah Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?? Ada? Ada? hahahahaha Icam ADA!!

Nota 1: Dia tengok *warta berita** tau!!! (aku pun tak pasti napa dia gunakan ayat WARTA BERITA tu, memang old skool sungguh!!)

Nota 2: Ingat pesanan Icam, jangan gelak guling-guling!


Friday, January 20, 2012

Danbo & Warts (Kutil/Ketuat)

Hmm tak glamour langsung tajuk entry aku kali nih..tapi tak pe la!! Janji ada tajuk heheheh..

Mula-mula dulu, ingakan kaki aku yang pernah luka tu, masuk batu. Sebab masa pijak lantai, rasa macam ada benjolan. Gigih setiap hari aku korek dengan jarum, dengan harapan, bolehlah korek batu tu keluar, Icam pun tolong jugak, tiap-tiap malam masa dia kat sini, dia pegang jarum nak keluarkan batu tu hahaha. Tapi aku give up, sebab aku rasa macam batu tu tak nak keluar! 

Benjolan kecil ditapak kakiku yang suci itu...hehehe..abaikan kulit kering disekeliling tempat tersebut..(aku memang tak pakai lotion2 nih hahaha)

Sejak 2-3 hari sudah, tempat yang ada *batu* tu makin sakit setiap kali aku berjalan, rasa berdenyut-denyut, so aku pun pegi la google nak cari solution lain supaya batu tu keluar heheheh.. Tapi benda lain yang dicari, benda lain pula yang keluar..tetiba ada pasal ketuat/kutil/warts..huhuhu..so aku pun google la pasal 3 menatang tu..DAN KINI, AKU YAKIN sesangattttttttttttttt..batu yang ku sangkakan tu, tidak benar sama sekali, tetapi kemungkinan besar adalah ketuat/wart gagagaga! Hmm nampak gayanya, aku terpaksa la menghentikan aktiviti kapal korek-korek tu, baik ke doctor saja terus...

Dan semalam aku terima email dari AAX antara point-point yang penting adalah seperti berikut..

"We have block-booked seats with other airlines to cater for this. However, as we are dealing with other airline’s reservation systems, our call centre operators and sales office staff do not have access to their reservation systems, and cannot process bookings.

As such, we respectfully request that you do not call our call centre or visit our sales offices to book alternative flights.

A separate team is liaising with other airlines to send our passenger details to them, for them to complete the booking. This has to be done in batches, by flights. If we were to do individual bookings, moving from different travel dates, it will take even longer.

The alternative flights from London will be from Heathrow and Paris will be from Charles de Gaulle. You should expect the emails with details of the alternative flight bookings two months before your scheduled flight date. We are working to ensure we can do it even faster than that, but we have to work within the parameters of other airlines’ systems and processes."


Kebetulan si Danbo ada di rumah tadi, jadi sama-sama la kami study negara idaman hasil dari rembatan buku dari MHP clearance sale ari tu..dan kebetulan pula terbeli buku ke negara yang menjadi sebutan ramai ketika ini..uhukss..

Emm Danbo tengah study map, senang nak buat plan untuk 2013 nanti, esok kuar tiket rembat terus..bilakah itu??



Tuesday, January 17, 2012

Alamak! Terbeli lagi...

Alamak aiiiiiiii...dalam tak nak beli dan tension-tension dengan AirAsia, aku tertekan jugak..tak leh tahan sebab murah gila...huhuhuh jangan jaki yaaaaa...



Acah je..aku cuma tolong beli untuk Biqque tadi, dia yang nak pegi, aku super excited tolong cari tarikh dan tolong bookingkan untuk diorg huhuhuhu (aku pun dah macam travel agent, gigih cari date dan tiket rege murah isk isk..).. Aku telan air liur je la..kalau aku tak penah jejak kaki sini, confirm aku pun join the club gak nih..kussss selamat!!


Selamat bercuti ye kawan-kawan..jangan lupa kempiskan perut demi Bondi Beach!! :)) hehehehe

Monday, January 16, 2012

Butterfly Park Kuala Lumpur

Pagi Sabtu kelmarin sepatutnya destinasi kami ke Taman Rama-Rama, tapi memandangkan cuaca yang agak mendung, hasrat pagi tu terpaksa dibatalkan, dah alang-alang dekat dengan Mid Valley, kitorg singgah untuk ke MPH sebab ada clearance sale sempena MPH Relocation, dalam tak nak beli tu, kitorg terbeli juga beberapa buah buku travel yang berkenaan. Dapat 70% discount on each item. Memang berbaloi-baloi :)

Selesai saja bershopping, perut pun dah berkeroncong, dah memang waktu lunch pulak, kami terus tuju ke Food Garden di The Gardens untuk makan korean food di  SAM - SAM Korean. Macam biasa, aku mesti order Kimchi beef soup, Cawan kadang-kadang order BBQ chicken, tapi hari ni menu kitorg sama pulak..hehehe..masing-masing mengidam nak makan kimchi..


 Lokasi tempat ni di Food Garden, bersebelahan Borders di level 3, kedai no 12.

 5 minit dah siap makanan kami..nyam-nyammmmm

Hmm Aqilah pun makan kimchi tu, dalam pedas-pedas tu dia layan jugak, tau-tau berair je mata dia..tapi dia mintak jugak nak makan lagi.. so aku sumbat je le.. Bagus kan Aqilah, senang idup aku hehehe

Lepas makan, kitorg sambung balik misi nak ke Taman Rama-rama, waktu tu dah pukul 2 lebih, nampak gaya kat luar cuaca dah cerah dan panas. So apa tunggu lagi, terus ke sana.

Aku memang tak pernah pegi Taman Rama-rama KL ni, konon first time gitu hahaha.. Sampai je sana, aku sedikit terkesima (cewah terkesima!!), sebab bangunannya macam rumah batu zaman dulu-dulu je, dari tepi jalan, memang ko tak expect pun tu Taman Rama-rama, aku sumpah ingat Cawan memain ke apa ke, sebab tak nampak langsung ciri-ciri TAMAN tu hahaha.. Parking kereta pun ciput je, tapi nasib baik tak ramai orang.. Lokasi taman ni berdekatan dengan Taman Tasik Perdana dan Masjid Negara.

Bayaran masuk RM 10 untuk dewasa (yang ada Mycard), kanak-kanak RM 5 (5 tahun ke atas kalau tak silap aku). NOTA PENTING: Kawasan ni tak stroller friendly. So sesiapa yang berangan nak pegi sini bawak anak kecik naik stroller, sila guna stroller yang ringan ye, takde la lenguh tangan korang nak angkut2 hehehe)

Secara terus terang (hehehe) kawasan Taman Rama-rama ni kecik je, aku rasa 1 jam pusing dah boleh abis, melainkan korang memang pegi dan study sekor-sekor jenis rama-rama tu, kalau buat macam tu, aku YAKIN korang boleh spend sampai berjam-jam hahahah. Macam kitorg, tujuan UTAMA hanyalah untuk fotografi saja. 

 Eh ini bukan rama-rama, tapi dragonfly..dragonfly dalam bahasa melayu apa ek? Tapi memang banyak dalam taman ni

Ha ini baru rama-rama..tapi sayang, aku tak tau yang ni jenis rama-rama apa, sebab kawasan ni bukan macam zoo, boleh letak signboard singa ke, gajah ke, rama-rama di sini semua bebas, jadi nak letak signboard mungkin tak practical, so aku memang clueless heheheh..


Memang tak sia-sia pegi sini, walaupun aku tak tau jenis-jenis rama-rama ni semua, yang aku pasan memang ada macam-macam jenis..

Dan sebenarnya bukan mudah juga nak ambik gambar rama-rama ni, sebab diorg asyik terbang sana sini, kalau bernasib baik, dia duk landing tang mana-mana yang kebetulan kat depan mata, memang rezeki la nak amik macam ni hehehe..kalau tak, kirim salam je le..

Dan aku memang takde luck dengan binatang atau serangga, bila aku pegi dekat je dengan diorg nak amik gambar, mesti diorg cabut, so aku terpaksa serahkan camera pada Cawan, sebab Cawan memang mesra alam dengan semua binatang dan serangga heheheh..

Ha yang ni aku rase agak unik, sebab rupa dia macam daun kering, tapi Cawan cakap yang ni bila dia kembangkan sayap dia, warna purple terang dan sangat cantik. Pandai dia camouflage.

 Satu lagi spesis yang tidak dapat dikenal pasti huhuhuhu.. Ada lebih kurang 120 spesis rama-rama dalam taman ni dan 6000 rama-rama. Banyak jugak kan?

Rajah Brooke yang sangat famous di Malaysia. Dan antara spesis paling banyak di negara kita, DAN YANG PALING PENTING SEKALI, aku kenal spesis dia nih hahahahahah..

 Cantik kan??

 Alaaa dah terbang pulak..

Yang ni pula dibahagian koleksi rama-rama seluruh dunia, tapi yang dalam gambar ni koleksi rama-rama dari South America, memang without doubt antara kumpulan butterfly tercantik di dunia!! 

Dalam galeri ni juga ada display pelbagai jenis serangga yang biasa kita tengok dan yang pelik-pelik serta tak penah dilihat oleh aku langsung. Aku memang tak berminat pegi bahagian serangga, sebab aku geli nak tengok segala sesungut bagai..bayangkan ada bettle sebesar tapak tangan aku!! huihhh serammmmm..

Ini pula koleksi rama-rama di seluruh Malaysia..walaupun tidak secantik rama-rama South America tadi, bagi aku cun jugak la, mana la tau kot-kot rama-rama south America tu buat plastic surgery kasi cun gak macam ratu-ratu cantik dari South America tuh hahaha (acah je!)

Lepas keluar dari galeri ni, terus jumpa souvenir shop, macam-macam ada jual, fridge magnet pun ada, tapi harga mahal nak mampus RM 9.90! Kalau ikutkan hati macam tak nak beli, tapi sebabkan dia cantik, aku beli jugak la.. so ke mana lagi kita? panas-panas ni sedap gak minum-minum petang..tanya Cawan.. aku terus ajak..Jom cendol!! 


Wednesday, January 11, 2012

Teman Baru: Nikkor 18-200mm

Perkenalkan teman sepermainan D90 kami yang baru...Nikkor 18-200mm. Hampir beberapa bulan menanti, akhirnya dalam genggaman. Target asal nak beli before pergi NZ hari tu, tapi budget non cukup waktu tu, so terpaksa postponed beli.

Pagi tadi pegi 3 kedai, termasuk la FotoEdar di Sg Wang Plaza tu, tapi semua stock habis, diorg telephone semua branch FotoEdar takde stok, call Nikon pun kata takde stok, tak tau masuk bila katanya. Humm frust menonggeng kitorg time tu, nak pakai lens apa plak kan, 50mm yang sedia ada cam kurang sesuai sangat, buat potret boleh la, yang ada dulu dah jual kat John.. Hmm tak kan pegi Singapore nak pinjam lens John plak?!!! hahahahaha..apa cer..

Last kedai yang kitorg pegi, Bintang Maju, stock ada, harga lebih kurang macam FotoEdar, murah dalam RM70 je kat Bintang Maju, lepas tu terus test dekat body, snap, snap, snap, picit sana sini, tekan sana sini, zoom in, zoom out 15 kali, Cawan terus withdraw duit di mesin ATM sebelah Watson tu, cina tu bungkus-bungkus, keluarkan resit, maka selesai la urusan jual beli lens tu..

Masih fresh dari oven..baru la dapat tidur lena, selagi tak dapat, mengigau tiap malam hahaha ;p
Sempat tembak gambar kotak lens je baru...


Sunday, January 8, 2012

Visa Jepun: Isyarat Hijau Sudah :p

Dah submit visa application untuk ke Japan hari Rabu sudah. Cawan pergi sorang, sebab aku malas nak ikut, sebab Cawan nak merempit, katanya parking keta susah kat Embassy Japan terletak di Persiaran Stonor tu. So aku cuma tolong sediakan document semua, dan pastikan semua complete. Application form dan itinerary template boleh download dari intenet je.  Selalunya memang itulah kerja aku setiap kali nak apply visa ke mana-mana pun hehehe

Itinerary sebenar belum siap, jadi aku cuma copy paste dari Internet dan letak dalam template ni, malas aku nak beria-ia. Masa submit itinerary ni dekat embassy hari tu, dia cuma tengok sepintas lalu je, lepas tu dia pulangkan balik..emm rugi kertas aku print tau! tak baik membazir! Bak kata Janggel, let's save the environment!! hehehe

Pasti ramai yang tertanya-tanya, dan aku yakin isu pasal bank statement ni lah yang buatkan ramai yang agak keberatan nak ke Jepun kan? Sebenarnya sesiapa yang memang ada pekerjaan dan dapat gaji bulanan tetap tu (info ni aku dapat dari forum Lowyat), insya Allah akan senang lulus, dan satu lagi officer tu cakap, kalau takde rekod jenayah di Jepun pun senang nak dapat visa. Dan dari pengamatan aku, dan dari pengalaman beberapa kawan aku yang dah pergi ke Jepun, termasuklah Cik Maimon, bank statement yang 7k and above kira macam dah cukup syarat dah (tapi ini tertakluk pada budi bahasa officer yang process document korang la yek). Macam kitorg, officer tu cuma ambil bank statement yang berjumlah 4 angka saja, statement yang 5 angka, dia cuma lihat sepintas lalu je dan pulangkan balik.

Process submit visa form tu sekejap sangat (kalau semua document dan form lengkap la), bila sampai turn dia, officer tu tengok semua document yang berkaitan, dan dia pulangkan balik birth cert Aqilah dan marriage cert kitorg (walaupun dalam website ada tulis cakap nak! kan dah membazir lagik!). Lepas tu dia kasi resit (gambar di atas) untuk collect visa pada hari yang ditetapkan. Masa untuk process visa ni 3 hari saja, dan paling best sekali sebab visa Jepun ni PERCUMA! So kalau visa tak approved pun, takde la menonggeng frust sangat (melainkan memang dah beli tiket dan sebagainya la kan! hahahah)

Yeay..visa dah approved, nak ambil visa pun kejap je, tak payah tunggu turn lama sangat pun, memang efficient la diorg ni buat kerja! Nampak gayanya harapan kitorg nak ke negara matahari terbit ni dah lampu HIJAU la, melainkan ada kejadian gempa bumi/tsunami waktu nak pergi tu, maybe terpaksa cancel. (harapnya takde la ye...amin)

Aku malas nak tulis cara-cara nak buat visa jepun ni sebab cik Maimon ada buat kat blog dia, so aku refer kan ke blog dia saja lah ye..sila click link berikut untuk segala proses lanjut dan SELAMAT BERJAYA kepada yang nak apply visa tu ye :)


Oh satu lagi, visa Jepun ni valid selama 3 bulan dari tarikh dia dikeluarkan, so korang cek dulu bila date korang nak pegi, baru buat okayy..

Friday, January 6, 2012

SOLD OUT - Entry Khas Untuk Yang Berminat

OK ENTRY NI DAH TUTUP. LENS DAH DIJUAL KE ABANG LEMAN YUSOF!!  YABEDA BEDUUU. I LOVE U ABANG LEMAN YUSUF!!!! kiss2 sikit :p (aku nak pergi wrapping sekarang jugak hehehe)

 

Kepada: John @Leman Yusof/ pengemar fotografi/ atau sesiapa saja diluar sana yang saja-saja nak beli lens untuk dijadikan mainan/koleksi/lens basahan (eh ada ke?)/ lens utk apa2 je la, dan mahukan lens secondhand tapi berquality untuk merakamkan moment-moment indah anda, sila baca entry ini sehingga ke penghujungnya, kerana anda mungkin berminat hehehehe..

Aku nak jual lens ni (jika ada buyer la :p), Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 VR lens, aku dah pakai since August 2010, so far aku rasa ok je lens ni, takde sebarang masalah yang luar biasa, yang biasa-biasa pun tak ada lagi.

Sedikit info pasal lens kitorg ni, dia ni pun kaki travel gak, HK, Macau, China, India, NZ, dan merata-rata dia dah jalan, jadi nak let go dia ni bukan senang, sebab ada sentimental value jugak, dah beberapa kali kitorg ada terpikir nak jual, tapi macam sayang, tapi sebabkan tadi macam ada dengar gosip yang dibawa angin sepoi-sepoi kata seseorang tu tengah meroyan mencari lens, so kitorg nak cuba nasib la, kot-kot orang tu berminat hehehe.. Kalau ada rezeki kitorg kali ni, boleh la merasa pakai yang lain pulak :)

Ok meh review sikit pasal lens Nikkor 18-105mm ni. Ni sebenarnya dia berada dalam kategori standard zoom, ada VR (Vibration Reduction) yang ni untuk avoid motion movement pada camera (contohnya tangan korang terketar2 masa nak amik gambar), focal length nya pula 18-105mm, dia juga compatible pada body Nikon yang jenis DX macam D3000/D5000/D90/D7000 dan yang seangkataan dengannya (sila cek website Nikon). Pada pandangan aku, performance lens ni memang tidak menghampakan dan aku amat berpuas hati dengan gambar-gambar yang dah diambil dengan lens ni (mungkin sebab aku amateur, bukan pro, so aku mebi tak pasan detail-detail yang lain) - dan contoh gambar ada pada entry NZ, India, HK, Macau, dan semua entry selepas August 2010 hehehe

Ok jom kita lihat rupa bentuknya pula..

Rupa lens ketika zoom in. Aku kasi dengan lens hood sekali ni tau..

Lens 18-105mm dalam keadaan tidor..kitorg jaga dia seperti macam anak sendiri, tiada cacat cela lagi setakat nih..

Ini pun inclusive dalam harga jualan, satu UV filter, dan satu lagi CPL filter brand Hoya, slim frame. CPL filter tu aku baru je beli sebulan before pergi New Zealand hari tu, memang masih baru. Tak tahu pakai CPL filter? jangan risau, Cawan akan demo nanti masa hantar barang kat korang hehehhe..

Dah kasi lens, mesti la ada pouch untuk simpan lens kan? Ini pun aku sertakan sekali, so jangan risau nak simpan lens korang dimana nanti ok? Brand Nikon, memang ada sekali dalam kotak camera aku beli haritu.


Amacam? berminat? tak minat? Takpe, apa-apa soalan tentang lens, dan harga, atau apa-apa saja berkaitan ini, sila email blue_oct@yahoo.com/cawanz@yahoo.com.sg, atau tingalkan komen korang di entry ni, insya Allah akan dibalas..


p/s: sorry la, aku memang tak reti nak jual-jual barang ni, sebab tu aku tak buat sales, kena mintak ilmu dari cik Maimon nih hahahah...

Tuesday, January 3, 2012

Explorasi Gua Tempurung

Last sekali balik Ipoh bulan 11 hari tu, macam la jauh sangat KL-Ipoh, tapi maklum saja lah, Chawanna busy memanjang, ada saja aktiviti setiap minggu. Jadi dah alang-alang nak sambut new year, dan kesanggapan yang teramat dewa rindukan masakan mak di Ipoh, dan nak menghantar si Pengembara Tumpangan tu balik ke sana, petang Jumaat lalu, Chawanna telah berangkat ke Ipoh.

Jadi untuk mengisi masa lapang aku di Ipoh, dua hari sebelum balik, aku dan Biqque+Sharul, telah berbincang akan destinasi terjah kami di Ipoh. Lokasinya tidak jauh dari bandaraya Ipoh sendiri, cuma 37KM, lebih kurang 30 minit melalui Lebuhraya Utara Selatan, exit tol Gopeng, dan ikut saja signboard ke Gua Tempurung..dan tadaaaaaaaaaaaa.. (oh ye, sebelum tiba di Gua Tempurung tu, telah terjadi satu perjumpaan bersama sekumpulan traveler yang sedang menuju ke utara, tapi tak pe, nanti karang aku citer kat bawah! hahaha)




Perjalanan ke Gua Tempurung kami tanpa sebarang masalah. Tak sempat nak panas bontot, dah sampai ke lokasi.

Cuaca hari ini sangat baik, langit biru, tapi sayang, kami akan menghabiskan masa di dalam gua saja hari ini, dan aku berani potong jari, petang nanti mesti hujan, jadi cuaca cantik ini hanya bertahan cuma beberapa jam saja nanti..

Jam 1.40 PM, kami telah ke kaunter tiket untuk booking tour package 2, iaitu Top of The World (gempak betul kan nama tour yang kitorg pilih ni) yang cuma berharga RM9 (dewasa) dan RM 4.50 (kanak-kanak). Murahkan? Heheheh.. Tour yang kitorg ambil ni cuma mengambil masa lebih kurang 2jam.

Sebenarnya ada 4 jenis tour yang disediakan mengikut kemampuan fizikal masing-masing. Sila layari Jenis Tour di Gua Tempurung ni. Dan memandangkan kitorg masing-masing bawak camera besar gedabak dan bukan waterproof, jadi amatlah tidak sesuai untuk memilih tour 3 dan 4, kerana kitorg tidak sanggup menanggung akibat kamera masuk air dan tiada camera untuk trip-trip kitorg akan datang, so kitorg stick dengan tour 2 sahaja heheheh.

Pintu utama untuk masuk ke Gua Tempurung. Mengapa kami pilih Gua Tempurung? Sebab kami berlima memang tidak pernah jejak kaki ke sini lagi, jadi apalah salahnya spend 2-3 jam nak menerokai tempat ni kan. Expectation? Langsung tiada. Aku memang tak expect apa-apa, sebab takut frust menonggeng nanti ihiks..

Tepat jam 2 petang, ranger guide kitorg (Aril), telah memberi sedikit taklimat before meneruskan perjalanan ke dalam Gua Tempurung...

Sebaik melangkah masuk ke dalam gua, kami di*sambut* dengan suasana yang sedikit dingin, berserta bunyi air dari sungai yang terdapat di bawah laluan ini (gambar di atas). Sungguh tenang sekali. Laluan pejalan kaki yang disediakan memudahkan para pengunjung ke gua ni, tapi untuk pejalan kaki saja, sini memang tak baby-friendly, wheelchair pun susah jugak masuk sini. 

Disebabkan 'kumpulan' tour kami turut disertai oleh orang lain, jadi kami mengambil keputusan untuk berada di belakang sekali, sebab senang nak ambil gambar, tanpa sebarang gangguan. Dan kali ni Cawan telah memberhentikan perkhidmatan fotographinya, sebab bengang kat aku sebab aku tertingal tripod kat umah hehehe..Jadi dia malas nak pegang camera. Mahu tak mahu, aku terpaksa mengalas tanggungjawab mengambil gambar hehehehe..

Yang menariknya tentang fakta Gua Tempurung ini, ia adalah merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia, dan berusia lebih dari 400 juta tahun. Dan ia juga memegang rekod sebagai gua batu kapur terpanjang di Semenanjung Malaysia, lebih kurang 1.9KM. Kami bernasib baik, kerana ranger kami Encik Aril, sangat berinformatif orangnya, segala detail tentang Gua Tempurung, habis diceritanya, sehinggakan aku sendiri dah tak ingat yang mana satu sebab information dah overloaded!

Amacam tinggi kan? Penat seh panjat tangga2 nih. Sewaktu memanjat tangga disini, kami diberitahu, bahawa tarikan graviti semakin kuat, sebab itu adalah kawasan gunung berapi.  Jadi sapa yang berat 50 kilo, akan tambah 10 kilo lagi, dan korang memang akan rasa pening-pening lalat dan kalau yang tak kuat tu, mungkin boleh pitam, jadi kami digalakkan berjalan berdua-duaan, supaya ada kawan, kot-kot la jadi apa-apa hehehe..

Belum lagi half way ok..aku dah termengah jugak masa mendaki tangga-tangga ni, tapi view dalam ni sungguh tidak mengecewakan. Dan aku sangat gembira sebab memang cun tak hengat, aku sanggup tahan nafas, tahan kentut, tahan nafas termengah-mengah tu, sebab tak nak kasi camera goyang masa amik gambar hahahaha (gara-gara tak bawak tripod!)

Gua ni nampak cantik dalamnya, sebab ada banyak tiang lampu yang menyinari, so memang dramatic gila! Dan nampak anak-anak tangga yang tinggi nunnnnnn? Gayat jugak rasanya hehehe

Kami juga diajar oleh Encik Aril, bagaimana stalagmites (yang ni yang jenis berkumpul dan terus meninggi ke atas) dan stalactites (jenis yang akan terus memanjang ke bawah) terjadi, serta bagaimana nak membezakan sama ada stalagmites, stalactites itu masih hidup atau sudah mati. Katanya kalau yang hitam tu, dah arwah la, so segala pembesaran akan stop di situ. Mana-mana yang masih putih, dan masih ada air menitis tu, tandanya masih hidup dan akan membesar dengan jayanya :)

Berikutnya, kami dibawah melalui Wind Tunnel. Ni yang paling best sekali, sebab ada angin kat sini. So habis peluh-peluh yang ada kering. Yang uniknya, angin ni ada cuma dikawasan tu je, kalau korang pegi luar sikit dari kawasan tu, korang tak kan dapat rasa angin tu. Angin ni tidak akan pernah berhenti. Kata Encik Aril, kawasan tunnel ni adalah di center Gua Tempurung, jadi pertembungan angin yang datang dari arah belakang dan depan gua, telah menyebabkan angin tu cuma berpusing-pusing di kawasan tu saja..sungguh nikmat tau time nih hehehe..

Yang batu nampak macam biru+putih tu, adalah marble. Mengikut kata Encik Aril, marble ni lebih padat kandungannya berbanding batu kapur. Ini kerana marble lebih banyak simpan air, dan dah cambur dengan marble2 tu semua, dia akan jadi lebih padat. Dan katanya lagi (eh banyak pulak kata dia kan hahaha), satu hari nanti, marble yang dalam gambar ni, akan runtuh, sebab dah terlalu berat, tapi bukanlah dalam masa setahun dua, mungkin akan ambil masa beribu atau beratus tahun lagi. Dan marble yang berwarna biru gelap adalah lebih mahal dari batu marble yang berwarna putih atau pun yang berbelang-belang :) Jadi, sapa yang dekat rumah dia pakai marble warna hitam, korang memang kayasssss! hahahaha
  
Baru saja melepasi kawasan tertinggi di Gua Tempurung, iaitu setinggi 126 meter dan dikenali sebagai Top of The World hehehe..

Di Golden Flowstone pula ada banyak jenis batu-batu antaranya kristal dan bijih timah. Bila torchlight disuluh di dinding gua, akan nampak la kristal-kristal tu duk lip lap lip lap. Dan di Tin Mine Cavern korang boleh melihat ada sedikit peninggalan sejarah dahulu kala, (aku tak ingat tahun berapa), ada pelombong yang masuk dalam gua ni, konon nak mencari bijih timah, tapi sayang, kebanyakkan mereka terkorban, kerana structure batu, dan tanah di sini tidak stabil telah menyukarkan kerja-kerja pelombongan dilakukan.
  
Dan sepanjang explorasi kami di dalam Gua Tempurung ni, percaya ataupun tidak, terdapat banyak sangat formasi, ada yang menyerupai Monalisa, Casper, Osama bin Laden pun ada! (betul aku tak tipu) dan paling meremang sekali rupa perempuan berambut panjang sedang duduk di dinding gua hehehehe. Formasi rupa haiwan seperti arnab dan naga pun ada.

Lukisan di dinding gua oleh Komunis pada zaman-zaman Jepun dahulu. Antara pemimpin Parti komunis Melayu yang terkenal yang duduk di sini ialah Rashid Maidin. Di dalam ni penuh dengan lukisan dan coretan plan-plan komunis untuk melawan *musuh* mereka hihihi..Ni part yang paling tak disangka-sangka sekali, DANNNNN bukan semua ranger berbaik hati tau nak ceritakan benda-benda macam ni, ni kiranya kami beruntung sangat, sebab Encik Aril tu memang sangat baik hati, abis diceritanya ;)
FYI, lukisan ni korang tak kan perasan tanpa diberitahu dan disuluh oleh ranger Gua Tempurung ni, kami cuma nampak ketika on the way nak keluar dari gua je.

Penat lelah kami sepanjang berada di dalam gua sangat berbaloi, sebab ada banyak info yang kami tak pernah tau, sekarang dah jadi tau! dan kami juga berjaya mendaki sebanyak 640 anak tangga semasa di dalam ni heheheh.. (cer aku panjat tangga kondo umah aku ni, agak2 sukses ke? hua hua hua hua! sendiri mau ingat!!)

Pintu masuk dan pintu keluar ke gua ini adalah laluan yang sama, so korang kena patah balik. Gambar ni adalah satu lagi pintu masuk gua, tapi tak sesuai untuk orang ramai, so diorg buat pintu lain dibelah bawah, yang lebih mudah orang nak access. Kecuali yang amik tour 3 dan 4, tak silapnya, korang akan keluar ikut laluan air, aku pun tak pasti kat belah mana :)

Jadi untuk korang yang berminat nak melawat Gua Tempurung, jangan lepaskan peluang yang ada, pergilah sebelum dia runtuh ke, kena tarah ke, memang berbaloi sangat bayar RM9 (tour 2), tapi ilmu yang kami dapat sungguh tak terkata. Secara overall aku memang berpuas hati, kawasan ni pun nampaknya dijaga rapi oleh pihak berwajib, cuma adalah sedikit sampah sarap di ceruk-ceruk yang dibuat oleh manusia tidak bertamadun yang tidak tahu nak menilai *harta* yang ada di dalam gua ni. Korang juga tak perlu risau pasal terpijak tahi kelawar dan sebagainya, sebab semua kelawar dah migrate ke gua lain yang lebih sepi dan gelap :p

Untuk korang yang sangat sukakan cabaran dan bermain dalam air dan slides bersama mites dan apa jua serangga kecil, dan tidak kisah nak bawak camera masuk air, boleh la cuba tour package 3 (RM11) dan tour package 4 (RM22), pasti korang lagi puas hati dengan pengalaman yang bakal korang rasai.

Akhir kata, Majulah Tourism Perak Demi Kesejahteraan Semua..

Aku bangga at least ada benda aku boleh brag tentang Perak, sebelum ni orang tanya aku tak tau nak jawab apa, tak kan zoo Taiping kot!!!! hahhahah (orang Taiping jangan marah, korang warga Perak jua :p)

Oh ya, seperti yang dijanjikan diatas, sebelum kami tiba di Gua Tempurung, aku dan Biqque, mendapat SURPRISE yang tidak disangka-sangka apabila pagi-pagi buta lagi dah dapat panggilan telephone dari John yang mengatakan diorg berada di Tapah! Apa kejadahnya tah diorg buat kat situ, aku ingatkan diorg main-main, tak pun aku ingat diorg nak ikut misi explorasi aku dan Biqque ke Gua Tempurung (haihhh kaco daun betul! hahaha), rupe-rupenya meleset sama sekali.. (ok aku tak mo cakap misi mereka, biar lah rahsiaaaaaa). Akhirnya kami melepak dan minum-minum sambil bercerita macam-macam kisah (macam lama benor tak jumpe), dekat sejam lebih, baru angkat bontot masing-masing dan menuju ke destinasi impian.


Muka John mesti ada di mana-mana ish ish..