Entry kali ni hanya nak berkongsi pasal tempat-tempat membeli belah di sekitar Amsterdam. Teruja? Tak? Ok takpa, kita tengok dulu..
Damrak
Bloemmarkt Amsterdam (Floating Flower Market)
Kalverstraat
Damrak
Terletak berdekatan dengan Amsterdam Central, iaitu stesen keretapi utama di Amsterdam, hanya perlu bejalan lebih kurang 300-400 meter untuk sampai ke sini. Damrak merupakan jalan utama dari Amsterdam Central ke Dam Square, suatu ketika dulu Damrak adalah sebuah canal, tapi kini telah ditimbus dan dijadikan jalan raya dan juga laluan untuk tram.
Damrak dipenuhi dengan hotel budget dan mahal, begitu juga dengan hostel untuk backpacker, memang mudah untuk dijadikan port di Amsterdam, kerana pengangkutan awam juga mudah di sini. Tram bernombor 4, 9, 16, 24 dan 25 melalui Damrak dan masing-masing menuju ke destinasi berasingan. Map tram GVB boleh dilihat di sini --> Map Tram Amsterdam.
Boleh dikatakan Damrak adalah salah satu tempat pelancong yang popular di Amsterdam, bukan sahaja mempunyai pelbagai jenis hotel yang sesuai untuk semua peringkat dan kategori pelancong, malah Damrak juga dipenuhi dengan pelbagai bar dan restauran yang menyediakan bermacam-macam pilihan kepada pengunjung. Makanan India, Indonesia, Lebanese, Turkish dan yang lain-lain boleh didapati di sini. Jadi soal mendapatkan makanan bukan masalah utama. Dan sebab itu juga lah aku tak turun berat badan dah mudah sangat nak dapat makan kat europe nih heheheh
Pelancong muslim juga tidak susah untuk mendapatkan makanan di Amsterdam, kerana restoran halal memang banyak di sini, dan harga yang ditawarkan agak murah. Jadi tak perlulah mengikat perut untuk menjimatkan wang, sebab memang murah mengikut standard european. Oh ya, saiz makanan yang dihidangkan juga agak besar, sepingan nasi arab atau doner kebab boleh dikongsi dua orang! Baguskan? ;-D
Diantara deretan hotel dan restoran tadi, kedai cenderamata juga ada banyak di sini. Kalau rajin bolehlah masuk ke setiap kedai cenderamata yang ada di sepanjang jalan Damrak ni. T-shirt, fridge magnet, poskad, shot glass, wooden shoes, ceramic Royal Delft Blue, dipendekkan cerita bermacam-macam jenis cenderamata yang dirasakan sesuai untuk dibawa balik boleh dicari di sini.
Bagi yang sukakan kelainan boleh la membeli coklat ganja ni untuk dibawa balik, tapi tak tahu la Halal ke tidak, sendiri tanggung ok? Aku tak cuba, jadi tak tau la rasanya macam mana.
Bermacam-macam jenis gula-gula, coklat dan kudapan yang berasaskan ganja boleh didapati di kedai-kedai cenderamata di Amsterdam. Jika perasaan ingin cuba dan ingin tahu korang terlalu tinggi, boleh la cuba kot, maklumlah kat tempat lain susah kot nak dapat benda-benda ni, rasanya di Amsterdam saja yang berleluasa jual benda-benda macam ni.
Dam Square
Dari Damrak tadi, akhirnya korang akan berjumpa dengan Dam Square. Di sinilah terletaknya Royal Palace Amsterdam, Madame Tussauds dan beberapa shopping complex terkemuka di Amsterdam. Boleh dikatakan tempat ini juga sebagai tempat lepak dan bersantai untuk penduduk tempatan dan pelancong yang kepenatan bershopping sepanjang Damrak tadi. Untuk yang gemarkan aktiviti melihat gelagat orang, di sinilah juga tempatnya, sebab macam-macam jenis orang ada.
Cawan menghabiskan masa dengan mengambil gambar di sekitar Dam Square sementara menunggu aku shopping di H&M di seberang jalan hehehe (ok sabar, aku akan ceritakan pasal H&M di akhir entry ni nanti, khas untuk pengemar H&M)
Tidak jauh dari Dam Square tadi, terdapat satu lagi tempat menarik untuk menghabiskan duit, iaitu Bloemmarkt atau nama inggerisnya Floating Flower market, juga merupakan salah satu tarikan utama di Amsterdam. Market ini bukan sekadar menjual bunga, malah ada juga menjual pelbagai jenis cenderamata, sama seperti di Damrak tadi.
Jarak dari Dam Square ke Bloemmarkt hanya 1 kilometer saja. Kalau berjalan kaki lebih kurang 15-20 minit saja. Floating market ini terletak di Singel, iaitu salah satu canal penting di Amsterdam
Fridge magnet juga banyak di jual di sini, harga lebih kurang sama macam di Damrak tadi. Untuk para collector magnet, pastinya korang akan rasa nak beli semua magnet berbentuk rumah-rumah canal Amsterdam ni, sebab memang lawa sangat..aku pun tidak terkecuali, ingat nak beli untuk kawan-kawan sekali, tapi last-last semua untuk aku hehehe (sorry geng, sila pergi beli sendiri kekdahnya huhuhuhu)
Bermacam jenis tulips ada dijual di sini, dan benih-benih bunga tersebut akan dipek siap oleh pengusaha kedai demi memudahkan pembeli membawa balik benih-benih tersebut. Waktu operasi market ini adalah dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang (Isnin-Sabtu), manakala 11.00 pagi hingga 5.30 petang pada hari Ahad.
Albert Cuyp Market
Kami hanya tahu tentang Albert Cuyp Market hanya ketika berada di Amsterdam, jadi terpaksalah pergi jugak, sebab Cawan memang suka pergi street market macam ni. Katanya best nak tengok gelagat orang dan ambil gambar..hmmm
Pasar ini ala-ala macam pasar tani + pasar malam. Katanya, pasar ini adalah pasar siang terbesar di seluruh Europe (Wikipedia).
Bermacam jenis product ada dijual di sini, product tempatan Holland dan juga product luar negara seperti gambar di atas ni. Korang kenal tak buah apa dalam gambar ni? Ya..itu buah rambutan. Aku pun tak sangka boleh ada buah rambutan di Amsterdam, memang dunia tanpa sempadan sungguh hehehe.
Wafer coklat yang baru saja di masak, nampak sedap sungguh, tapi tak pasti status halalnya. Jadi cuci mata saja cukup.
Baju-baju juga ada dijual di sini.
Di sekitar kawasan pasar ini juga terdapat banyak sangat kedai makanan Indonesia, Turkish dan Moroccan. Jadi sambil-sambil shopping tu, boleh la isi perut sekaligus hehehe.
Kalverstraat
Satu lagi tempat membeli-belah yang paling best di Amsterdam. Sebab apa aku kata best? Sebab di sinilah aku menghabiskan berpuluh-puluh euro membeli baju Aqilah di H&M. Sebab murah sangat walaupun dah convert ke RM..yabedabedeuuuuuuuu.
H&M memang bersepah-sepah di sepanjang Kalverstraat, memang sangat la tempting untuk masuk dan membeli. Selain H&M, brand-brand lain pun ada, macam ZARA, Mango dan yang seangkatan dengannya. Tapi yang paling murah adalah H&M, dan boleh gila duduk kat dalam tu memilih baju untuk Aqilah. Harga baju baby & toddler adalah semurah EU 3 sehelai. Dress yang cantik-cantik bermula dari harga EU 4.95, mau tak pengsan kalau tak beli? kekekekeke.. oh ya, kasut untuk budak-budak pun murah sangat, semuanya kurang dari EU 10!!
H&M memang bersepah-sepah di sepanjang Kalverstraat, memang sangat la tempting untuk masuk dan membeli. Selain H&M, brand-brand lain pun ada, macam ZARA, Mango dan yang seangkatan dengannya. Tapi yang paling murah adalah H&M, dan boleh gila duduk kat dalam tu memilih baju untuk Aqilah. Harga baju baby & toddler adalah semurah EU 3 sehelai. Dress yang cantik-cantik bermula dari harga EU 4.95, mau tak pengsan kalau tak beli? kekekekeke.. oh ya, kasut untuk budak-budak pun murah sangat, semuanya kurang dari EU 10!!
(Maaf tiada gambar pun diambil di sini, kerana sibuk shopping dan satu lagi sebab hari hujan ketika kami di Kalverstraat, jadi simpan je la camera)
Bagaimana nak cari tempat ni? hmm mudah saja, refer saja pada map Amsterdam dan cari nama jalan Kalverstraat, di situlah tempatnya, memang berdekatan sangat dengan Dam Square tadi.
Puas hati dapat shopping macam orang *kaya*, walaupun sebenarnya tak hehehe.. dan rasanya ni first time Chawanna shopping kat oversea macam nak rak kekekeke..
31 comments:
banyak gak tpt you cover tuk shopping. i kat volendam tuh sapu byk, sampai town, beli cekelat jek.
Bestnya shopping kat sini..coklat ganja tu kalau makan, boleh khayal kot..rambutan tu ada ke org beli, nampak kecut je...di Australia pun macam tu ada jual rambutan kecut tu..FM tu pun saya gila tengok..saya pun jadi mcm awak juga kot kalau saya ke sana..kekonon nak beli utk org tapi last2 macam awak jugak beli utk diri sendiri ha ha ha..teringinlah nak pergi :)
Wow ada jual benih tulips! Bawak balik tak?
baju budak pompuan memang heaven & santek2 kan. Bestnye jadi aqilah
Lily: Semua tempat ni i pegi hari yg berlainan, tapi saja letak 1 entry hehehe. I tak pegi Volendam, niat di hati akan dtg sini lagi..cewahhh
Naramas: Teringin gak nk try coklat ganja tu, tapi tak berani, kang Aqilah heran tgk mummy & daddy tongang langang khayal kekekek
Janggel: Idak la aku beli pun, nk tanam kat mana? Taman Tasik Perdana? hahahaha
Ross: Ha a, untung sgt jadi budak pompuan ni kan..hehehe
all da picture sgt2 awesome!!!!
like it very much! =D
Stress tgk FM lawa2. Been to AMS 3 times before but never thought of getting one. Belum terbuka hati lagi waktu tu... hahaha!
*tgh tunggu entry pasal daerah lampu trafik merah pulak ni* heheh
Best kan shopping kat sana. Amsterdam kira kita mampu skit nak shopping compare europe country lain.
Tak singgah red light district ke? ahakss
Kalau ada rezeki memang nak repeat amsterdam lagi...hehehe
YA ALLAH CANTIK GILE KOT GAMMBAR2 PROFILE TU! TALENTED LA! NAK2 MENDUNG LAK TU, CUN JER GAMBAR.
bestnyer shopping...so far yg i shopping teruk masa kat US la. haih abih duit! so i rasa if i gi EU pun sah2 abih duit...
sukanya masuk blog ni krn gambar2nya sgt cantik.penah ke sana lama dulu tapi masa tu xde blog..so gambar simpan dalam album je.hehe
ohmaiiii!!! cantiknyaaa tak sabar nk dtg sini bersama isteri utk abeskan duit bereuro-euro nnt. psst, kawan aku suh try weed nnt kat sana. hhigh ramai2. hahaha
teringin nak shopping kat H&M. Kat msia dh bukak...jom! hahah
wohhooo... rasa nak pi lagi..
tqs for sharing..!!
Nur: Terima kasih ;)
R.A.W: Itu bermakna u kena repeat lagi dan beli FM berbakul2. Entry daerah lampu merah? hmmm pegi kejap je, tak sanggup rasanya nk lebih2 sb bawah Aqilah huhuhu (segan yakmats)
Leez: Ha a..memang best kan, sebab tetiba je rasa cam mampu nk beli mcm2 hahaha. Ada singah red light district tu, tp kejap sgt, tak masuk jln abis pn.
Biq: Dah mendung pasrah je la, nk tak nak kena gak amik gambar.. Kalau u pegi, sah2 la abis duit kt sopink gak, nanti nk jubah cam org turkey la, shawl cam org morocco la hehehe
Irfa: Boleh scan gambar lama, masuk kt blog buat tatapan masa2 bosan di opis kekekek
Danny: Dah ada calon ke? Kt msia nye H&M murah ke ek?
m.u.l.a.n: Pergi laaa
hai chawanna,
I baru jumpa yg blog masa cari info pasal seoul. Seronok sgt baca your travelling experiences and gambar2 semua mmg superb!! Aqilah sangat2 comel.
Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya ttg yr europe trip
Menyesal tidak beli FM masa pergi Amsterdam. Sekarang tengok gambar yang Chawanna ambil betul-betul menyesal gila!
Naa...
Lovely pictures!...eh magnet tu semua kiranya bersambung2 ke?..cool gile ok...memangla kekdahnya beli untuk sendiri!!...hahaha...gambar waffles sgt menggiurkan....heiii bilalah i nak gi Holland ni.....love n like your pictures...and your followers from 80 now dah 200+....its totally because you have a great blog....heheheh..keep it up...(does the readers know u also bake?...hmmm..better start taking food pictures...i know u can do it)...
whyda: Hahaha macam mana leh tersesat sampai masuk blog i plak ni, Seoul pn i tk penah sampai hahahah.. Insya Allah cerita EU akan terus bersambung, cuma malas sikit je nih..sila bertabah hahaha
Diana: It's ok, next time i tau u mesti repeat Ams lagi, nanti borong 13 bakul ok?
Almiraz: Magnet tu tak sambung pn, tapi diorg susun rapat2, so nampak lawa la kan.. ye waffles tu amat mengiurkan,balik msia takde plak jumpe yg cam tu, nk buat sendiri kekdahnya tak jadi la.. Terima kasih sebab masih mengikuti blog i, sungguh terharu :)
Ala malu la nk citer pasal baking, skrg buat utk suka2 je, minggu ni i amik gambar cake pulak..wahhhh hahahah
ok nanti aku sampai sana aku nak gak cari FM sambung-sambung macam yg ade kat fridge ko...santekkk
brapa banyak total lost kt amsterdam nie? heheee
Chawanna,
I started from reading blog Kaki Berangan (John) masa tu. Trus terjumpa yr blog. Pasni boleh follow utk tau banyak lagi tempat2 menarik. wish one day dpt jejak kaki ke europe jugak.
mana dtg pulak rambutan tu.. jauh btol dia merantau..
erkk.. sedap la pulak aku tgk waffle tu.. terus mengidam waffle..
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
gambarrr.....
iye
akak jeles
sebab dah sampai sana
(dan secara tiba-tiba bank tepon tanya bila mau bayar duit rumah?)
.
.
er....
jumpa blog ni time google pasal apa tah.lawanya gambar2.nk tnya apa nama hotel yg awak duk kt ams?
iyra: Hotel Remco Hotel Amsterdam City West, tp agak jauh dr city center, cuba cari kt area2 Damrak tu ke, dekat sikit dengan Amsterdam Central, senang nak amik train/tram/bus nk ke mana2
I nak pi dec ni
Boleh la amik experience i as a guide
Tq so much sharing
InsyaAllah saya dan kwn2 akan sampai Amsterdam pada 19-21/11/2013 ni...gambar dan tmpt2 tu mmg awesome!!!
Helo I nak tnye psl ticket tram tu. Ada yg 24jam dan 48 jam kan? Baper euro yer?
2days tix if xsilap lebih kurang 10euro, lebih kurang mcm tu la
Salam bkenalan drp kami makan angin London
Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.
HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Instagram: makananginlondon
http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk
———————————————————————-
Amsterdam & Belgium
Tulip Garden package
25 April – 16 May 2016
3D 2N | 3D2N
5 px | 6 PX
£2500 | £2850
What included in the package
– Hotel
– Breakfast
– Ferry fare
– MPV
– Netherland
Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
– Belgium
Atomium, Mini Europe
Harga ade berubah terubah
Hotel reservation & ferry fare
———————————————————————-
Salam bkenalan drp kami makan angin London
Budget SEWA BILIK dan TRANSPORT (London, UK & EUROPE Tour) dengan kadar berpatutan.
HUBUNGI @
Whatsapp di +447478 684277
Facebook page: Makan Angin London
https://www.facebook.com/makananginlondon
Instagram: makananginlondon
http://ukhomestaypengangkutanlondon.blogspot.co.uk
———————————————————————-
Amsterdam & Belgium
Tulip Garden package
25 April – 16 May 2016
3D 2N | 3D2N
5 px | 6 PX
£2500 | £2850
What included in the package
– Hotel
– Breakfast
– Ferry fare
– MPV
– Netherland
Keukenhof, Zaanse Schans windmills,
– Belgium
Atomium, Mini Europe
Harga ade berubah terubah
Hotel reservation & ferry fare
———————————————————————-
supreme new york
supreme new york
kyrie 6 shoes
yeezy 700
kd 15
off white nike
fear of god
off white shoes
supreme shirt
off white nike
Post a Comment