Monday, January 16, 2012

Butterfly Park Kuala Lumpur

Pagi Sabtu kelmarin sepatutnya destinasi kami ke Taman Rama-Rama, tapi memandangkan cuaca yang agak mendung, hasrat pagi tu terpaksa dibatalkan, dah alang-alang dekat dengan Mid Valley, kitorg singgah untuk ke MPH sebab ada clearance sale sempena MPH Relocation, dalam tak nak beli tu, kitorg terbeli juga beberapa buah buku travel yang berkenaan. Dapat 70% discount on each item. Memang berbaloi-baloi :)

Selesai saja bershopping, perut pun dah berkeroncong, dah memang waktu lunch pulak, kami terus tuju ke Food Garden di The Gardens untuk makan korean food di  SAM - SAM Korean. Macam biasa, aku mesti order Kimchi beef soup, Cawan kadang-kadang order BBQ chicken, tapi hari ni menu kitorg sama pulak..hehehe..masing-masing mengidam nak makan kimchi..


 Lokasi tempat ni di Food Garden, bersebelahan Borders di level 3, kedai no 12.

 5 minit dah siap makanan kami..nyam-nyammmmm

Hmm Aqilah pun makan kimchi tu, dalam pedas-pedas tu dia layan jugak, tau-tau berair je mata dia..tapi dia mintak jugak nak makan lagi.. so aku sumbat je le.. Bagus kan Aqilah, senang idup aku hehehe

Lepas makan, kitorg sambung balik misi nak ke Taman Rama-rama, waktu tu dah pukul 2 lebih, nampak gaya kat luar cuaca dah cerah dan panas. So apa tunggu lagi, terus ke sana.

Aku memang tak pernah pegi Taman Rama-rama KL ni, konon first time gitu hahaha.. Sampai je sana, aku sedikit terkesima (cewah terkesima!!), sebab bangunannya macam rumah batu zaman dulu-dulu je, dari tepi jalan, memang ko tak expect pun tu Taman Rama-rama, aku sumpah ingat Cawan memain ke apa ke, sebab tak nampak langsung ciri-ciri TAMAN tu hahaha.. Parking kereta pun ciput je, tapi nasib baik tak ramai orang.. Lokasi taman ni berdekatan dengan Taman Tasik Perdana dan Masjid Negara.

Bayaran masuk RM 10 untuk dewasa (yang ada Mycard), kanak-kanak RM 5 (5 tahun ke atas kalau tak silap aku). NOTA PENTING: Kawasan ni tak stroller friendly. So sesiapa yang berangan nak pegi sini bawak anak kecik naik stroller, sila guna stroller yang ringan ye, takde la lenguh tangan korang nak angkut2 hehehe)

Secara terus terang (hehehe) kawasan Taman Rama-rama ni kecik je, aku rasa 1 jam pusing dah boleh abis, melainkan korang memang pegi dan study sekor-sekor jenis rama-rama tu, kalau buat macam tu, aku YAKIN korang boleh spend sampai berjam-jam hahahah. Macam kitorg, tujuan UTAMA hanyalah untuk fotografi saja. 

 Eh ini bukan rama-rama, tapi dragonfly..dragonfly dalam bahasa melayu apa ek? Tapi memang banyak dalam taman ni

Ha ini baru rama-rama..tapi sayang, aku tak tau yang ni jenis rama-rama apa, sebab kawasan ni bukan macam zoo, boleh letak signboard singa ke, gajah ke, rama-rama di sini semua bebas, jadi nak letak signboard mungkin tak practical, so aku memang clueless heheheh..


Memang tak sia-sia pegi sini, walaupun aku tak tau jenis-jenis rama-rama ni semua, yang aku pasan memang ada macam-macam jenis..

Dan sebenarnya bukan mudah juga nak ambik gambar rama-rama ni, sebab diorg asyik terbang sana sini, kalau bernasib baik, dia duk landing tang mana-mana yang kebetulan kat depan mata, memang rezeki la nak amik macam ni hehehe..kalau tak, kirim salam je le..

Dan aku memang takde luck dengan binatang atau serangga, bila aku pegi dekat je dengan diorg nak amik gambar, mesti diorg cabut, so aku terpaksa serahkan camera pada Cawan, sebab Cawan memang mesra alam dengan semua binatang dan serangga heheheh..

Ha yang ni aku rase agak unik, sebab rupa dia macam daun kering, tapi Cawan cakap yang ni bila dia kembangkan sayap dia, warna purple terang dan sangat cantik. Pandai dia camouflage.

 Satu lagi spesis yang tidak dapat dikenal pasti huhuhuhu.. Ada lebih kurang 120 spesis rama-rama dalam taman ni dan 6000 rama-rama. Banyak jugak kan?

Rajah Brooke yang sangat famous di Malaysia. Dan antara spesis paling banyak di negara kita, DAN YANG PALING PENTING SEKALI, aku kenal spesis dia nih hahahahahah..

 Cantik kan??

 Alaaa dah terbang pulak..

Yang ni pula dibahagian koleksi rama-rama seluruh dunia, tapi yang dalam gambar ni koleksi rama-rama dari South America, memang without doubt antara kumpulan butterfly tercantik di dunia!! 

Dalam galeri ni juga ada display pelbagai jenis serangga yang biasa kita tengok dan yang pelik-pelik serta tak penah dilihat oleh aku langsung. Aku memang tak berminat pegi bahagian serangga, sebab aku geli nak tengok segala sesungut bagai..bayangkan ada bettle sebesar tapak tangan aku!! huihhh serammmmm..

Ini pula koleksi rama-rama di seluruh Malaysia..walaupun tidak secantik rama-rama South America tadi, bagi aku cun jugak la, mana la tau kot-kot rama-rama south America tu buat plastic surgery kasi cun gak macam ratu-ratu cantik dari South America tuh hahaha (acah je!)

Lepas keluar dari galeri ni, terus jumpa souvenir shop, macam-macam ada jual, fridge magnet pun ada, tapi harga mahal nak mampus RM 9.90! Kalau ikutkan hati macam tak nak beli, tapi sebabkan dia cantik, aku beli jugak la.. so ke mana lagi kita? panas-panas ni sedap gak minum-minum petang..tanya Cawan.. aku terus ajak..Jom cendol!! 


23 comments:

Ren said...

Aku first???

Ely Hasrul said...

aku satu jenis rama pon aku xtau nama dia hehe.. bird park nih kecik je ker? aku tnya besday package dia mahal nk mampos! korg kena g taman alam kt kola selangor la plak, leh duk diam tangkap gambo burung..

Qilah comel!!! bleh mkn kimchi plak tuu.. senang betol hidup!

Ely Hasrul said...

eh nama aku ckp bird park? butterfly park.. hahahhaa

Ren said...

Dragonfly tu dalambahase peraknya org panggil CAKCIBOR atau MENTIBANG hahahaha. atau dalam bahasa melayu standardnya org panggi PEPATUNG.

Aku tak penah gak g taman rerama ni, tapi taman burung dah banyak kali pegi! Best giler!

just.HY said...

awesome gilerrr gmbr nih!!! penangan lens baru la nih!

yang penting, aqilah comellll gilerr!!! hahaha...motif org key-ell tak penah smpai taman rama2? ;p

Unknown said...

Janggel: Tahniah la ye..sila pilih nak rama-rama yang mana satu hahahahahha

Skin: Eh ko mabuk apa hahaha.. Hidup aku memang senang walaupun ada Aqilah, cume skrg dia pandai mendenki kalau aku beramas mesra dengan cawan!

Janggel: Ha cikcibor!! lama gila tak dengar nama tu..Baru aku ingat, pepatung dalam B.M hahahah.
Aku teringin nk pegi taman burung KL jugak, tapi mahai bebenor tiketnye..tunggu lepas balik USS la hahahaha

John: Hehehe ye penangan dan penendang! Aqilah skrg keje cam whore je. Motif aku pegi sb nk test lens hahahahah

Lily Riani said...

kat mana yek? bird park mmg best giler, i agree with janggel.

gamba osem!

aku last?

Ely Hasrul said...

part dengki2 tuh beseeee.. haha

Anash said...

Na,
pengkomen terakhir?

tak pernah masuk taman burung / rerama di KL..lalu situ pun sebab TERSESAT (macam biasa...ko cari KL Tower tapi motif sesat sampai sana??)

mabeles gambo rama-rama.

betul..susah nak hambek gambo deme dok kepak2 sayap...

Qilah comel ...leh ganti Mia (ala..pelakon budak comel tuh..)

Unknown said...

Lily: Butterfly park ni kat dengan masjid negara, taman tasik perdana, taman bunga orkid, dekat jugak dengan taman burung KL tu. Next time jom reramai pegi Bird Park plak.
Ko bukan yang last! hahhahah

Skin: Gitu la kekdahnya,lain kali kena ikut cik Embun tu, supaya jgn kaco org nk bermesra muahahahahah

Unknown said...

Kak Anash: Haha cam mana leh tersesat cari KL Tower sampai ke taman rerama neh..heheh
Rerama byk, tp memang payah nk amik gambo, sb terbang je keje nye.
Aqilah ganti Mia? Aqilah gigi pun tak cukup lagi hahahahah

Biqque said...

aqilah tu sok beso ada boipren, sila bawak jumpa auntie biq dulu utk sesi soal jawab ok!

i baru nak tanya, takde yg kaler terang2 ke? yg ada sume dah mati ek? hahahaha!

Unknown said...

Ha dah amik tender awal2 nk interview boyfren Aqilah..heheh bagus2..senang keje kitorg nanti..

Balik2 jumpe rama-rama yang sama je, ada la 3-4 yg berkaler lawo, lain2 tu standard je..Ade jugak yang mati kena pijak huhuh, tak sampai ati nk nengok..

just.HY said...

na, bila nak test amek gmbr potrait aku pulakkk? hehehe

Unknown said...

John: Nanti aku usahakan ok! ko sediakn aje prop semua..dan make sure ko dah prepare dah nk posing cam mana nanti! hahahah

MasZuber said...

serius gambo cantek na..

dah try gi bird park, kat situ lagi besar..aku suke sgt!

Unknown said...

Mas: Semua org kata bird park best..confirm aku kena try gak ni hahahah..

Fatt said...

lawa giler gambar!! aku rasa kalau ko jual buat poskad pun buleh...siyes cantik :D

Zara~AB said...

Should go to KL Bird Park. It was fun! Tp, seriously, i definitely agreed with you. Tak senang nak amik gambar animals yg fly around.

The ticket is much more cheaper if you got JJ Card, Plusmiles ticket. Dia ada family promo. Refer to their main website for reference.

Unknown said...

Fatt: Thanks Fatt.. ko jgn la sampai ckp leh buat poskad..kalau org dengor malu aku *tersipu2*

Zara: Next time nk cube Bird Park plak, sb ramai yg kata best! Itu la..memang jenuh nak amik sb bergerak je.. Thanks for the info pasal tiket discount tu!! :)

Unknown said...

so nice butterfly..sepesis butterfly yang ditunjuk tadii..egg fly.arcduke.clipper,autumn leaf,indian leaf rama-rama yang mempunyai warna lain pada lain iautu purple.birdwing sepesis ke 2 terbesar lepas raja brook..yang terkecil rama-rama abatroos..

Unknown said...

korang datang taman rama-rama kat melaka lak...kat situ ada macam-macam sepesis rama-rama,rama-rama paling aku suka NYMNP(adiya)..raja brook dah biasa lah..

Anonymous said...

kd 14
goyard online store
yeezy boost 350
goyard outlet
goyard handbag
moncler outlet
curry shoes
giannis shoes
kd 14
bapesta shoes