Kepada: John @Leman Yusof/ pengemar fotografi/ atau sesiapa saja diluar sana yang saja-saja nak beli lens untuk dijadikan mainan/koleksi/lens basahan (eh ada ke?)/ lens utk apa2 je la, dan mahukan lens secondhand tapi berquality untuk merakamkan moment-moment indah anda, sila baca entry ini sehingga ke penghujungnya, kerana anda mungkin berminat hehehehe..
Aku nak jual lens ni (jika ada buyer la :p), Nikkor 18-105mm f3.5-5.6 VR lens, aku dah pakai since August 2010, so far aku rasa ok je lens ni, takde sebarang masalah yang luar biasa, yang biasa-biasa pun tak ada lagi.
Sedikit info pasal lens kitorg ni, dia ni pun kaki travel gak, HK, Macau, China, India, NZ, dan merata-rata dia dah jalan, jadi nak let go dia ni bukan senang, sebab ada sentimental value jugak, dah beberapa kali kitorg ada terpikir nak jual, tapi macam sayang, tapi sebabkan tadi macam ada dengar gosip yang dibawa angin sepoi-sepoi kata seseorang tu tengah meroyan mencari lens, so kitorg nak cuba nasib la, kot-kot orang tu berminat hehehe.. Kalau ada rezeki kitorg kali ni, boleh la merasa pakai yang lain pulak :)
Ok meh review sikit pasal lens Nikkor 18-105mm ni. Ni sebenarnya dia berada dalam kategori standard zoom, ada VR (Vibration Reduction) yang ni untuk avoid motion movement pada camera (contohnya tangan korang terketar2 masa nak amik gambar), focal length nya pula 18-105mm, dia juga compatible pada body Nikon yang jenis DX macam D3000/D5000/D90/D7000 dan yang seangkataan dengannya (sila cek website Nikon). Pada pandangan aku, performance lens ni memang tidak menghampakan dan aku amat berpuas hati dengan gambar-gambar yang dah diambil dengan lens ni (mungkin sebab aku amateur, bukan pro, so aku mebi tak pasan detail-detail yang lain) - dan contoh gambar ada pada entry NZ, India, HK, Macau, dan semua entry selepas August 2010 hehehe
Ok jom kita lihat rupa bentuknya pula..
Rupa lens ketika zoom in. Aku kasi dengan lens hood sekali ni tau..
Lens 18-105mm dalam keadaan tidor..kitorg jaga dia seperti macam anak sendiri, tiada cacat cela lagi setakat nih..
Ini pun inclusive dalam harga jualan, satu UV filter, dan satu lagi CPL filter brand Hoya, slim frame. CPL filter tu aku baru je beli sebulan before pergi New Zealand hari tu, memang masih baru. Tak tahu pakai CPL filter? jangan risau, Cawan akan demo nanti masa hantar barang kat korang hehehhe..
Dah kasi lens, mesti la ada pouch untuk simpan lens kan? Ini pun aku sertakan sekali, so jangan risau nak simpan lens korang dimana nanti ok? Brand Nikon, memang ada sekali dalam kotak camera aku beli haritu.
Amacam? berminat? tak minat? Takpe, apa-apa soalan tentang lens, dan harga, atau apa-apa saja berkaitan ini, sila email blue_oct@yahoo.com/cawanz@yahoo.com.sg, atau tingalkan komen korang di entry ni, insya Allah akan dibalas..
p/s: sorry la, aku memang tak reti nak jual-jual barang ni, sebab tu aku tak buat sales, kena mintak ilmu dari cik Maimon nih hahahah...
18 comments:
OK..AKU DAH CHOP! THIS ITEM HAS BEEN SOLD! hahahaha...
orang lain takyah komen2 dah. ;p
HAHAHAHA LAWAK LA KO NIH..NICE DOING BUSINESS WITH U..(cewahhhhhhh)
OK BOLEH LA KITE BERGAMBAR SAKAN DENGAN LENS IDAMAN MASING-MASING DI USS NANTI HUHUHUHUH..
Weh aku jual lens tu bukan sebab dia rosak ke apa, kalau ikut ati sayangggggggggggggggggg, tapi sebabkan fulus aku tak ckup nak kumpul byk2 lens, aku terpaksa la korbankan dia utk beli lens lain..kalau aku rindu, nanti ko bawak la dia jumpa aku ok??? hehehe
Ko tamak betul la..biar la orang lain komen!!! ahahahha
hamboii abg lemannn hahahahhaha
aku xsbao nk tgk itinerary USS tuh!
Tetap leman yg bagi First komen! Nyampah aku hahahahahha *aak?*
Ko dengar gosip tu dari sapa Na? Hahahahahaaa! org tu dapat komisyen tak? *wink wink.
Ely Hasrul: Abg leman memang memang tak sabor orang nye..RAKUS!!
Janggel: Ada komisen..lolipop perasa vanila/eskrem durian potong. Ok? hehhehe
baru aku tau yg janggel pegi cite kt ko eh! hampehhh~ siap mintak komisen lagi tuh. takleh blah btol! hahahaha....
aku kan na, kalo nk beli brg, mmg tak pikir pnjng2. tmbh2 brg tu mmg aku nak beli, kalo kualiti elok, kene dgn rege. aku mmg say yes~ hahahha...bagus kan aku? muahahhaa.
kpd sesiap kat luar sana yg dh email si na ni, korang lambat ler...aku ade no hp dorang lagi tau! terus call, takdelaaaa nk email2 ni lambat! mauahahha...oik jangan marah na~ hahahaha...
Tot..Toot....Toooooottt
*terputus talian*
motip aku nak beli lens? aku pakai kamera digital je kot..hahaha..jadinya mak okeyy aje *tangan ke bahu mulut menjuihhh*
hei korang ni pakai nikon ke? selama ni aku ingt korang pakai canon..tertipu ai...
cer korang rekemen model dlsr yg basic utk beginner cam aku ni, bleh?
RAKUS!?!? Hahahhaa.... ahhaha... ahhha...
john, aku nak email na jugak, ko jeles?
John: Hahaha senang la cam tu, esok2 aku nak jual barang lagi, aku kasi tau ko dulu, kot2 ko berminat hek hek hek..kepada yang dah email tu, tq bebanyak, lain kali cube lagik ok!!!
Sejak kenal korang ni, handphone aku asyik bunyi jek, sampai Cawan pun cakap aku mengalahkan mak datin yang main saham hahaha!!
Fatt: Aku dengan John je pakai nikon, tapi kadang2 aku ada jugak murtad pakai Canon hahaha..
Byk kamera dslr beginner mcm2 ada, latest kat magazine photography aku selalu beli tu tadi, diorg review Canon 1100D dan 600D, Nikon D3100, dan D5100. Ko pegi la cek kat kedai mamak berdekatan, ada star diorg kasi, boleh la ko buat pemilihan. Selamat membeli.hehehe..
Eh ko dah pindah KL ke lum? leh jumpe2 kalau dah..
Lily: John semua pun dia RAKUS!! ko tak tau ek?? hahahaha
wahhh pakej best giler....siap hoyas 67mm UV + CPL....sungguh perghhh
pantas jea john!
anyhow, aku memang tak reti pasal camera2 beso lagi canggih nie..hehee
Alhamdulillah.....
Lawo lerr gambo aku kat depan Taj Mahal nanti!!!! HAhahahahaha...... Abang Lemannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
jgn lupa amik gambar aku banyak2 ok!
wahh bestnya :DDD
3plepl8: Pergh jugak, baik punya seller, semua dia kasi hahaha..nak simpan tapi tak leh pakai, buat semak je..huhuh
MasZuber: Ala nanti ko pandai la tu..aku pn tak berapa reti jugak huhuhu
masMZ: Aku YAKIN!!
Akeyla Frr: :p
ape nama magazine tu? bleh aku usha2 kat kedai buku esok. err, aku blum pindah ke sinun lagi...skrg ni lokasi aku masih belum dpt dipastikan..sama ada kekal di sini atau mgkin ke utara mahupun ke selatan...bergantung pd takdir. but atm aku masih di kg
Fatt: Nama magazine tu Digital Camera Magazine (Malaysia Edition), harga RM9 je..
If anyone still interested in buying nikon camera n lenses
http://nikoncanonforsale.blogspot.com/
Post a Comment