Friday, December 30, 2011

2011 - Edisi Pantun

2011 berlalu dengan warna warni,
Banyak azam 2011 berjaya Chawanna kecapi,
Moh ramai-ramai kita pergi review Wawasan 2011 ini..


February 2011,
Bulan yang sangat kami nantikan,
Maklumlah dah lama tak berjalan,
Trip ke India menjadi pujaan,
Agra, Jaipur, Delhi berjaya kami tawan,
Tidak disangka-sangka hati kami tertawan, walaupun India tidak rupawan..


Masuk rumah baru, tidak berduit,
Terpaksa kumpul sedikit-sedikit,
Bila dah cukup, kami ke Perfect Living,
Bayar booking kitchen cabinet,
2-3 bulan berlalu, kabinet dipasang,
Macam-macam hal, terpaksa kami layan,
Sumpah aku rasa nak pecah otak, bila melayan banyak karenah,
Tapi tak pe, hasilnya, memang boleh tahan,
Budget cik Poziah rajin memasak? Hahahaha dah nama pun cik Poziah, rajinnya angat-angat taik ayam,
Kitchen baru sekadar hiasan...ihiks


Semua tahu aku ni jenis tembam-tembam,
Nak kuruskan badan memang susah,
Cubaan 27893x sehingga aku pun naik frust,
Rupanya ada hikmah aku ke India,
Aku tak perlu susah-susah,
Berat turun tanpa susah payah,
Scala penimbang jadi peneman setiap bulan..
Aku hanya tersenyum lebar..


Ke Kiwi-land, destinasi berikutnya,
Memang ditunggu-tunggu, bagai nak gila,
Dup dap dup dap tengok kalendar,
Tiba jua kami di sana,
Kiwi-land cantik, tidak terkata, aku dan Cawan jadi speechless,
Terasa bagai di syurga, rasa tak mau balik pun ada..
Next time mungkin nak try North Island pula,
Kena tunggu tiket promo dari airline putih merah la nampak gayanya ...


2011, tidak penuh dengan agenda,
Berlainan pula dengan 2012,
Tiket dirembat ikut sedap,
Pantang promo, main tekan BUY,
Penyudahnya sendiri garu pala,
Buat budget macam orang gila,
Demi impian ke SANA terlaksana..


Setiap hari bermain blog,
Pantang ada update, terus diterjah,
Cerita sensasi, cerita hangit, cerita basi, semua dilayan,
Makin lama, makin ramai kenalan,
Siapa sangka punyai minat sama,
Berbalas email dan komen setiap masa macam takda kerja,
Berjumpa setiap minggu macam dah kenal lama,
Sebut je sapa? Rodiah dan Hamid, usah cakap la..
Ditambah lagi dengan Cik Maimon, Fattimatunzaharah, Leman Yusop, Aaron@Harun, Cik Aloyah, Osman, Cik Puan Lela Manja, Mutalib@Ghafur, Rofe'ah Kutip, memang tak menang tangan..
Agenda USS dan Redang sudah dirangka, hanya tunggu masa nak jalan je..
Diharap persahabatan yang terjalin ni berkekalan lama la hendaknya..


Akaun 2011 akan closing sehari lagi,
Aku pun dah kehabisan idea nak berpantun di sini,
Sebab entry closing orang lain, semua power belaka,
Nak tak nak, terpaksa crack kepala, kerja di opis terbengkalai sementara,
Punya la gila nak update entry closing juga..
Diharap korang enjoy la baca..
Hahahaha




Ok abis dah..jom jom buat kerja pulak..ishhh korang nih!!

Tuesday, December 27, 2011

Lepas Gian - Melaka & Port Dickson

Disebabkan trip aku yang terakhir tahun ni telah pun terjadi beberapa bulan yang lepas, iaitu bulan 9 hari tu, dan trip akan datang pula akan muncul lebih kurang 2 bulan lagi, jadi aku secara tiba-tiba telah meng'organize' trip pendek demi melepaskan gian nak pegi jalan-jalan dan mandi laut.

Sampai ke Melaka, terus ke Dataran Pahlawan, dekat situ la aku pegi beli dodol 3 segi tu, perabis RM30 untuk dodol..haihhh (tak sempat nak ambil gambar, sebab time ni dah lapar, so cari dodol secepat mungkin! dapat je terus blah ke lain).. Sebenarnya dalam agenda memang takde plan langsung ke Melaka, tapi dodol punya pasal, aku telah memaksa Cawan dengan segala kuasa veto yang ada untuk drive sampai Melaka..heheheh..

Ha sebab apa aku bergegas beli dodol tadi? Sebab nak pegi makan tengah hari di Restoran Selera Kampung. Local di sini cakap asam pedas kat restoran ni sedap. Actually ni kali ke dua kami makan di sini (4-5 tahun sudah, lepas grad dulu), masa tu memang sedap sangat rasanya. Sekarang agak kureng sikit, tapi aku suka dengan ketam goreng tu..nyammmm. Harga untuk 3 orang makan, RM47. Emm aku tak pasti nak kata murah or mahal. Belasah je la, dah masuk perut pun hehehe..

Lepas makan, pegi bersenam pula hehehe (eh acah je), jalan-jalan di sekitar Red Square tu, saja nak cuci mata, dan amik gambar..tapi cuaca untuk bergambar memang tak best sangat. Tapi syok la untuk berjalan, sebab tak panas hehehe..

Kedai souvenir bersebelahan Muzium Islam di Red Square, tak tau la pula berapa harga FM ni, aku tak tanya, aku cuma amik gambar curik je :)

Ini pula Muzium Islam Melaka. Ada sesiapa yang pernah masuk dalam ni? Aku tak pernah masuk lagi, lalu dah beberapa kali dah..ish ish..mungkin lepas ni patut buat trip ke sini pulak..amacam??

Lepas dijajah Portugis, Dutch pulak masuk line..maka terhasil la Red Building atau nama lainnya Stadthuys. Stadthuys ni adalah perkataan Dutch yang bermaksud town hall.

Red Clock Tower yang terkenal di Red Square ni.

Berdekatan dengan Christ Church dan Stadthuys di Red Square, ialah port beca-beca berkumpul, jadi sesiapa yang nak merasa naik beca pusing keliling kawasan tu, boleh naik dari sini. Harga adalah seperti gambar di atas hehehe..

Queen Victoria Fountain yang turut berada di Red Square. Memang ramai sangat orang lepak kat sini, susah nak ambil gambar tanpa muka/tubuh badan manusia, so terpaksa amik angle begini jek hahaha

Melaka Art Gallery, aku tak pasti ada orang masuk sini ke tak, tengok macam sunyi sepi jek, orang lebih ramai lepak di luar je aku tengok, termasuk la aku..hmmm

Sila beri laluan untuk orang buta ni..dia nk menyeberang jalan pegi makan cendol Jam Besar hahahah..

Sedang melintas jalan nak pegi tengok Melaka River Cruise tu, dan nak makan cendol di seberang jalan ni. Tapi memandangkan, river cruise tu diberhentikan perkhidmatan sementara waktu sempena solat Jumaat, kami terpaksa skip buat cruise ni, dan mengambil alternatif lain untuk melihat kawasan sekeliling dengan berjalan kaki saja. Mula-mula aku macam malas, tapi selepas di*sound* oleh Cawan berbunyi begini *amboi dekat Hong Kong dari pagi sampai malam berjalan kaki tawaf satu HK, boleh je, tak mengeluh pun, ni nak jalan sikit pun nak bising*.. terus aku haaa ye la..jom jalan sampai bengkok kaki heheheh

Di lorong belakang bangunan merah-merah dan mengadap sungai Melaka yang tidak seberapa tu. Tapi kawasan ni bersih. Sementara menunggu Cawan dan Icam melepaskan hajat di toilet berdekatan, aku sempat la menjalankan aktiviti fotografi. Aku tak pasti ni rumah orang ke hape, sebab ada yang macam kafe, ada yang macam rumah, tapi semua tutup. Tapi kat belakang ni agak cantik la (pada pandangan mata aku, sebab batu bata ni..hehehe)

Dan kami terjumpa benda ni. Rupa-rupanya bangunan di sini menggunakan Dutch brick yang dibawa dari Belanda. Patut lah nampak lain dari batu bata merah yang biasa tu. Nanti kat Belanda nanti, aku nak tengok ada ke tak batu bata macam ni heheheh..

Melaka, diiktiraf sebagai World Heritage City..anda bangga? Saya bangga, walaupun bukan berasal dari Melaka..emm bilalah agaknya Perak nak diktiraf nih!!

Laluan Melaka River Cruise. Walaupun airnya tak sejernih mana, tapi aku boleh cakap, sungai ni agak bersih, sebab sampah sarap tidak kelihatan. Begitu juga disekitar kawasan ni. Keep it up Melaka!!

Kalau tadi dah lalu di belakang lorong, sekarang kami di belah hadapan pula. Bila lalu kat sini, rasa nostalgic je, mungkin sebab bangunannya yang lama-lama tu, ditambah lagi dengan warna merah/maroon tu, ish best pulak rasanya. Sebenarnya dah beberapa kali pegi Melaka, ni baru pertama kali menjejakkan kaki di kawasan ni, sebelum ni memang tak pernah, cuma lalu dengan kereta je.

Akhir sekali singgah berhenti makan cendol dan ABC di Cendol Jam Besar, betul-betul berhadapan dengan Clock Tower tadi tu. Harga murah je, dan memang sedap. Diorg ni dah pernah masuk JJCM, so agak famous la jugak hehehe..

Banyak jugak diorg dapat liputan dari media hehehe.. syabas!!

Tengah sambil syok layan makan cendol, hujan dah mula turun, tanpa buang masa, kami terus bergerak ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Hmm nampak gayanya tamat sudah perjalanan kami di Melaka.

Sampai je ke Port Dickson dah pukul 6, terus check in di Glory Beach Resort (tak best hotel ni, dia macam service apartment, tapi semua perabot ala-ala 90an, aku rasa cam zaman dulu kala, kalau dia kasi perabot antik takpe gak, dah la aku bayor mahal..cisss!!)

Malam harinya pula, kitorg pergi makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, sejauh 26KM dari Glory Beach Resort tu..hummm hasilnya boleh la tahan, nasib baik sotong goreng tepung dia sedap, ikan siakap dia pun sedap (sori takde gambar, tempat tu lampu semua malap2, sesuai sangat untuk nak bercandle light dinner hahaha, so takde la aku sibuk nak amik gambo, sampai je makanan, terus ngap tanpa sebarang kata-kata hahhahah)

Keesokan harinya, lepas breakfast di hotel, kami terus ke Teluk Kemang, yang terletak lebih kurang 5-6 KM dari hotel. Cuaca memang mendung, tunggu masa nak hujan je. Teringat kenangan pergi ke PD tahun 2009 dulu, memang sumpah PD sangat kotor, di pantai banyak sangat sampah sarap, ko cakap je nak apa? botol minuman, plastic makanan, puntung rokok, lampin pakai buang bayi pun ada tau! Air laut pula, usah cakap la, memang agak kotor dan berMINYAK! (mungkin hasil tangki minyak kapal pecah? atau minyak dari bot/jetski yang berada di sekitar kawasan tu?? emm entah la..).

Tapi yang terbaru ni, banyak sangat kelainan di Pantai Teluk Kemang PD ni, pantai bersih, aku tak nampak sampah sarap macam hari tu, dannnnnnnnnnn paling bestnya, air laut dia sudah tak berminyak, dan bebas dari ranting-ranting kayu atau serpihan plastik-plastik, memang jauh beza dari 2009 dulu.. Dari aku malas nak mandi, terus terkinja-kinja melompat masuk dalam air (maklum la, last sekali mandi laut tahun 2009 dulu!!) huih.kedebussssssshhhhh tau-tau aje lenjun.. (sori gambar mandi laut agak sensitif untuk tayangan umum, kerana pendedahan aurat yang berleluasa hahahah, eh aku tak bogel, masih lagi tutup atas hingga bawah, cuma segan nak tayang, ditambah lagi Cawan dan Icam separuh bogel, biarlah menjadi rahsia kami je hahahaha)

Sampah sarap takde, tapi banyak pulak benda-benda mainan nih..ish ish..aku tak tau la diorg nak bawak benda ni kat mana, sebab pantainya agak crowded, silap-silap pusing setempat je hahahah..


Lepas selesai aktiviti mandi manda, kitorg balik semula ke hotel, dan check out, memang cuaca tak best hari ni,  sampai je di hotel, hujan turun mencurah-curah, so aktiviti ke Ostrich Farm terpaksa cancel, dah la lama pulak tu hujan nya, ish memang kacau...apa nak tunggu lagi? terus cabut balik ke KL laaaaa..

Hmmm..lepas la gian, walaupun tak seberapa..harapnya, aktiviti awal tahun yang dirancang oleh geng travelholic menjadi kenyataan la..lalalalalal..ha mana? mana? USJ? USS? USLA? ewahhhh..


Tuesday, December 20, 2011

QA session Bersama Travelholics

Lokasi: Food Court bersebelahan Petronas, McDonald, MaxValue Ampang (alah belakang Spetal Ampang Putri tu)
Tarikh: 17 December 2011
Masa: 8 malam - tengah malam buta, sampai mamak kedai pun naik bengang kitorg asyik order air kosong! (air kat mamak tu mahal nak mampus, air kosong pun 50 kupang!!!)
Aktiviti: Lepak sampai lebam
Peserta yang hadir: Biqque, Sharul (laki Biq), Lily Riani, Cawan (laki aku), Na (aku la tu), John@bdk2, Shah_rule, Ely@Skin (dan keluarga).
Peserta yang tidak hadir: Fatt (ada kenduri tahlil disaat akhir, so terpaksa cancel!), Kemang (masuk spetal sakitnya tidak dapat dikenal pasti), Janggel dan MasMZ (diorg kawin lari), Kak Anash (tidak pasti sebab apa ye?)

Minit mesyuarat: Omong kosong.. Tah apa-apa, dari sessi berkenal-kenalan, masuk ke topic travel (yang hanya dibincangkan seciput je), isu-isu semasa (kes panas student kat Ireland yang kawin dengan bf dia kat sana, siap cium molotttttttttttt) dan isu-isu 18 Sx yang tidak patut ada dibincangkan pada malam itu (John yang bertanggungjawab bawak citer nih..ish ish)

Ok sebabkan banyak sangat benda yang diceritakan pada hari perjumpaan yang pertama secara besar-besaran tu, jadi aku tak dapat la nak rekod segala maklumat, camera pun aku tertingal kat rumah, so takde la muka sekor-sekor yang hadir ok!

Tapi secara conclusion nya, aku nak bagitau semua orang sangat sempoi dan semua senang nak beramah mesra walaupun baru jumpa. Jom aku nak QA sorang-sorang, mengikut pemerhatian aku la kan..

Kite mulakan dengan...bismillah...

1. Biqque - Aku no comment boleh? Sebab aku dah kenal dia lama, jadi takde segan silu.. ok nexttttttt (hahahaha...jangan marah ye Biqque!... kalau korang nak tau Biqque cam mana, kena jumpe dan lihat dengan mata kepala dan rasa sendiri..haaa baru tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)

2. Sharul (laki Biq) - Hmm yang ni pun aku tak leh comment banyak, yang aku boleh cakap, dia ni pendiam, TAPI, kalau betul suis nya, boleh byk cakap..so korang try la tekan suis yang mana satu ye..selamat berjaya!!

3. Lily Riani - Ok yang ni aku baru je berkenalan secara face to face awal tahun dulu..sangat bubbly dan BANYAK CERITA..ko cakap je nak citer apa, citer lawak? citer orang gaduh? citer geli-geli..ko kasi je mic kat dia..tau la dia nak cakap apa! Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dia ni boleh tahan lawak dan creative! ada je la benda ni nk buat yang orang tak penah terpikir pun...... DAN YANG PALING PENTING, DIA NI SANGAT PEMURAH, macam-macam kitorg (aku dan Biq dah dapat dari dia, ok tak leh ckp lelebih hahahah) timer kasih bebanyak ye Lily..sampai aku ngn Cawan pun kekadang malu nak terima (eleh ye ke? hahaha)..so sapa baik ngan dia, memang ada ganjaran, tapi jangan sebab tu pulak korang nak kipas2 yek..Lily ni ada kelebihan leh baca air muka org..hahahahah!!

4. John: Paling jambu la antara semua hahaha..konon macam suci gitu.(eh ye ke John? ko pasti?? hahahah).. Tag line dia --> Ko mampu???? haaa sapa nak jawab? mampu korang nak jawab? John memang banyak cakap, dari aku first jumpe dia, sampai kali ni, memang tak henti-henti cakap, ada je la benda mamat ni.. Sampaikan adik aku sanggup nak ikut aku p gathering ni, sebab nak dengar John gossip!! Dia dengan Lily kalau dapat pegang mic, memang non stop..sila bawak ear plug kalau tak larat dengar yek!! (jgn marah John hahaha)

5. Shah_rule: Ok yang ni boleh tahan jambu, tapi John masih lagi diatas, tapi part suci murni ni, aku percaya dia masih suci, berbanding dengan John. Nampak macam pemalu, mungkin ni first time kot..first time kan selalu malu-malu hahahahah..ok tak pe, next gathering kalau leh datang, sila la yek. (ari tu Shah_rule datang lambat, so tak sempat nak edisi siasat sangat, sebab time dia sampai tu, kitorg dah masuk gossip student Malaysia kawin ngn gay kat Ireland..hahahah)

6. Ely/Skin : Yang ni aku dah jumpa 2-3 kali, mula-mula tengok muka nampak macam sombong (FYI, sama la cam aku mula-mula jumpa Biq, mukaaaaa sombonggggggggggggggggggggg, nasib baik tak ropenya!!) tapi ati baik rupenya..ramah tamah..boleh laga-laga pipi..baru kenal 2 hari pun dah boleh gosip tau dengan dia nih..ade je la citer dia.. tapi sayang, ari tu Skin kena balik awal, sebab Sami nak berak!! (sami saja la tu..dengki org nak lepak lama-lama!! dah la sami kidnap dulu Timeout aku weh dari kotak cekelat John kasik tuuuuuuuu) Lain kali ko bawak menan dia yek, kasi dia lupe nak berak2 tu..hahaha

7. Na (aku la tu) - No komen jugak, kena kenal sendiri la kot..ye dak?? Tak kan aku nak komen diri sendiri..ish tak sesuaii..

8. Cawan (laki aku) - No komen jugak, sila kenal sendiri ye, tapi sekali sekala, Cawan ni kalau buat lawak boleh sampai orang sakit jantung masuk spetal, ada la orang penah terkena, ye tak Biq? hahahahha

Disebabkan Janggel, MasMZ dan Kak Anash aku dah pernah jumpa hari tu, so aku nak review diorg jugak ahahhahhaha

9. Janggel - Tak ku sangka ni pun pandai gosip gak. Tapi dia macam selenga sikit, macam takde perasaan..kadang-kadang aku rasa nak tampor je kasi sedor (kot-kot la dia mamai time tu kan! hahahaha). Tapi kalau gelak, kasi je kat dia, tambah lagi dengan John punya gelak, boleh runtuh kedai mamak tu hahahah..

10. MasMZ - Aku baru jumpe sekali je, tapi peramah, banyak jugak citer dia, tapi macam cover2 lagi..hehehe engin lambat panas kot..maklum la first timeeeeee..nanti kite jumpe lagik ye..

11. Kak Anash - Kak Anash adalah travelholic yang paling sopan yang penah aku jumpa. Cakap lemah lembut je...gelak pun sopan je..(ihikss malu i tau gelak cam pontianak hari tuuuu)

Ok sekarang tingal lagi 2 travelholic yang aku tak penah bersua muka, melainkan di blog saja..jeng jeng jeng....

12. Fatt - Hari tu dia tak dpat datang, padahal dia yang suggest tarikh tu. Tapi nak buat cam mana kan, dah last minit ada ahli keluarga terdekat meninggal dan ada kenduri tahlil, tak kan la kitorg nak paksa datang kot..so mebi next time kite buat QA session bersama yek..tapi aku rase ko ni kelakar jugak kot, sebab kat blog ko cam kelakar hahahaha

13. Kemang - Skin kata ko cam sopan-sopan, siap cium tangan Skin lagi time jumpa.. Aku rasa ko memang sopan santun la kot orangnya..katanye sesuai dibuat menantu hahaha..

Tak sabor nak jumpe korang berdua, mungkin patut buat cam ujibakat Akedemi Fantasia tu.. siap suh nyanyi lagi...

Nota kecik: Psst aku dengor ada orang nak karoake kat Redang nanti..ehemmmm..(aku tengah asah suara ni, dan makan telur kuning mentah ni hahahah)

Nota lagi: Kepada yang tidak hadir hari tu, korang memang rugi besor, sebab Kek Choc Cheese yang Lily bawak tu sedap gile....aku sampai ngigau2 pasal kek tu, masa bangun pagi Ahad tu..siut betul..

Kepada semua yang sponsor makanan;
Lily: Kek tu memang marbeles, lain kali gathering sila bawak lagi yek...konfirm aku nak makan banyak2!
Biqque dan Skin: Tq atas ole-ole dari Melaka tu..sagun tu memang terbaik, nyesai aku tak rembat semua bawak balikk..hahahaha
John: Tq jugak coklat yang ko bawak tu, tapi Icam dah abis rembat semua..sedih betul..

SO BILA NEXT GATHERING? AKU NK PIKIR BAJU APA AKU NAK PAKAI NIH HAHAHAHAHHA