Wednesday, November 6, 2013

South Korea: Dari Busan ke Seoul

Rasa macam tak percaya, yang akhirnya, sampai jugak kitorg ke Korea, padahal memang langsung tak plan nak ke sini tahun ni, maklumlah aku memang anti k-pop ni, so kegilaan nak ke Korea tak sama macam orang lain..tapi, sabit tiket murah, terpaksa beli jugak :)

Flight dari KL ke Busan lebih kurang 6 jam, takde la lama sangat, pejam celik beribu-ribu kali, tau-tau je dah sampai.

Sampai Gimhea International Airport lebih kurang jam 4 petang waktu Korea.

Urusan imigresen berjalan lancar, tiada soal jawab berlaku. Lepas imigresen kitorg cari prayer room, sebab nak solat, tapi malangnya tiada prayer room di sini. Jadi merayau-rayau la kejap mana nak cari port untuk solat. Sambil tercari-cari tu, jumpe sekumpulan geng-geng dari Malaysia jugak, diorg pun tengah cari port untuk solat. 

Inilah rupa changing room yang kami gunakan untuk buat tempat solat. Dalam bilik tu la aku bentang sejadah, dan solat. Satu bilik tu muat la untuk aku dan adik aku solat bersama hehehe. Lokasi sebenar tempat ni ialah di arrival hall Gimhea Airport, bersebelahan dengan post office dan toilet.

Dah selesai urusan wajib, kitorg terus bergerak menuju Gimhea light transit rail station. Destinasi kitorg sebenarnya adalah Seoul. So jauh lagi la nak sampai ni. Dari Gimhea Airport kami naik light transit rail menuju ke Gupo station. Dari sini boleh naik KTX (keretapi laju Korea). Gupo station ialah KTX station yang paling dekat dengan Gimhea international airport berbanding Busan station. Jaraknya cuma 20 minit berbanding ke Busan station yang mengambil masa lebih kurang 70 minit.


Tiket KTX ni aku beli online kat website Korail, aku beli tiket jenis 1 Day Saver Pass, harga cuma KRW 157200 untuk 3 dewasa, Aqilah free sebab bawah 4 tahun. E-ticket tu kena exchange kat kaunter. Ha masa nak tukar ni la yang payahnya, makcik kat kaunter tu tak reti english langsung..penat kuar bahasa isyarat manjang! Aku tunjuk e-ticket untuk 3 orang, siap ada nama dan passport, tu pun dia macam tak paham-paham kata ada 3 orang! Kenala pulak aku tunjuk jari kat Cawan, dan Muni, dan tunjuk jari kat diri sendiri sebab nak kasi tau ada 3 orang. Ha last-last baru paham. Maka dapatla tiket cinonet sekeping, siap dengan seat number dan coach number beserta 2 orang companion hehe. Pandai makcik kaunter tu kasi train yang paling awal pada petang tu, bila aku tengok jam, aku cuma ada 6 minit je nak pegi ke platform dengan nak mengangkut stroller Aqilah dan 2 backpack..phew..

 Adik aku tergamam tengok station train macam ni je..Station keretapi Ipoh lagi lawo hehehe..



Masa ni train tak sampai lagi.. sempat la amik-amik gambar.. 
Snap sana...snap sini..ternampak dua orang officer ni terkocoh-kocoh sedang mencari sesuatu.. teng teng teng.. dan rupa-rupanya..


Dia cari aku!! hahahahah.. Lawak ok..dari jauh dah aku usha..sekali rupanya nak cari aku..Motif cari aku? Sebab nak tengok tiket aku..apa masalah tah..macam biasa la ayam dengan itik bercakap. Minah korea kat tengah tu duk geleng pala, sambil "aaaaa..aaaa..ticket wrong.." sambil anguk-anguk kepala dia.. "wrong?? what do u mean? i bought this for 3 person..see this.." aku tunjuk eticket dan tiket kecik yang makcik kaunter tu kasi.. heh..aku nak marah la cenggini..suka ati je kata tiket aku salah! Ko reti ke tak baca english kat situ.. Pastu minah tu cakap.. "no no no..right! ticket ok..ticket ok!" tapi still buat muka confused.. Train plak dah sampai time tu..aku tak nak ketinggalan..nak tunggu next train mau 30 minit lagi. "Can i board the train now?"

"err..ok..ok..but ticket wrong.." kata kakak korea tu..
Hoi ko dah kenapa..tadi kata ok! ni kata salah pulak..ko tau tak apa yang ko cakap ni kakak korea oi?
"WRONG??" aku tanya sambil tinggi suara.. kakak korea mula gelisah..dia macam tak tau nak explain..lepas tu dia amik tiket kecik dari tangan aku, sambil tunjuk kat nombor seat. Aku geram la kan, main tunjuk-tunjuk, dah ko ingat aku ni boleh telepati ke , tau ko nak cakap apa!?? (aku dengan Biq je boleh telepati, kau tak masuk dlm senarai telepati aku tu) eii lahanat sungguh. Orang lain dah naik train, kitorg masih duk berteka teki pasal tiket tu kat platform lagi.

Aku sampai tak tau nak tanya apa dah dekat dia. So aku tunjuk balik no seat tu.."3B, coach 12, am i right?"
"yes..yes..but 1.." kakak korea ni start dah nak main teka teki dengan aku!
"one? one what?" aku tanya balik..
"one" dia jawab sambil tunjuk kat aku..
"one person? ONE PERSON ONLY?"
"yes..yes..one person" jawab kakak korea
"but i have 2 companion.." sambil tunjuk eticket, ada nama 3 orang, dan sua Cawan dan Muni dekat dia "and i paid for this amount KRW 157200..3 person..not 1" reti??? sambil bulatkan dekat amount tu!
"yes..yes...ok..ok.."
Dah ok pulak!! arghhhh tension aku..ko nak cakap apa se***! hahaha aku memang nak mencarut dah time ni..

Pastu kakak korea ni cakap.. "u wait..new ticket" kate dia.. aku macam nak hangin sekali lagi.. "new ticket? now? i want to board the train now..I'm late!" Begitu aku menipu dia hahaha..
"ok..ok..you go..you go.." ha pulak..ok fine..sebab ko cakap aku boleh naik..so aku pun naik la, angkat barang semua..dia pun ikut sama. lepas tu.. dia cakap dalam bahasa korea, dengan expectation aku paham la dia cakap ape..arhhh lantak kau la, janji aku sampai Seoul.
"your ticket..1 person, 3B.. two person no..no" kata dia lagi...
Ting..aku cuba memahami apa yang dia cakap, dan digest betul-betul dan kuarlah assumption cenggini..
"1 ticket with seat number, the other two, no seating?" kata aku memandai-mandai..
Dia angguk dengan ceria, seakan-akan 100% paham apa aku cakap.. "yes..yes" dengan rakus sekali..
So aku tanya lagi.."what happen to the other 2 seats, i pay for 3 person.."
"ok..ok..you go..new ticket Seoul..you go..you go.." kata dia lagi..pantang aku soal je, mesti terus jadi OK! Haih, ko jangan buat aku hilang mood nak berjimba di negara K-Pop ko bleh kakak oi??
Tak tau la apa benda new ticket Seoul ke apa ke..aku tau aku sampai Seoul malam ni jugak!

So kitorg pun pegi la letak barang, dan duduk kat tempat tu. Sebabkan dia kata, tiket kitorg cuma ada 1 seat bernombor je, dua lagi tu takde nombor, so aku duduk je la suka hati. Tak lama lepas tu, jalan la train tersebut. Tak sempat nak lepaskan penat berkomunikasi dengan kakak korea tu, datang pulak officer nak cek tiket. Aku hulur tiket, dia cek kat mesin dia..tet tet tet.. lepas tu dia duduk bertinggung sebelah aku dengan sopan santun.. sambil cakap.. "sorry mam, seat 3B is only for 1 person, the other 2 can seat at coach 18, free seating.."
"but i dont want to split..can we all go sit there?" sambil buat mata terkebil-kebil..cuak jugak aku, kot-kot la kasta rendah sangat ke coach 18 tu..suspen ok! Dah la dalam website takde cakap pulak ke duduk asing ke, apa ke..eh eh.. Lain kali sila nyatakan dengan jelas ok!
"yes sure..no problem..free seating.." kata mamat korea yang tak kacak macam retis korea.

Apa lagi..kitorg terus pindah ke coach 18, mengangkut barang dari coach 12..ya Allah panjang jugak train ni..sesak nafas aku.. sampai je coach 18, tengok takde orang pun, kerusi, dan interior semua sama je macam coach 12 tadi..so apakah bezanya? free seating semata-mata ke? ahhh apa-apa je la..janji coach tu kosong, boleh la conquer mana-mana seat yang berkenan..hehehe.. 

Rupa tiket bedebah yang buatkan aku hampir sawan bercakap dengan kakak korea tadi tu!

Muka orang-orang penat yang tengok aku berkomunikasi dengan kakak korea tu..hahaha..kesian..kalau duk asing-asing, apalah agaknya jadi kat ahli keluarga aku, mesti terpisat-pisah bapak dan anak ni kan? kekekeke

Kusi selesa je kat coach 18 ni, bukan kusi kayu pun..ok la tu..


Perjalanan ke Seoul lebih kurang 2 jam setengah, dengan kelajuan average train ni 270KM/H, kadang-kadang cecah sampai 308KM/H. Haih apa nak buat dalam masa 2 jam setengah ni kan?..terpaksa la meng'cam whore' sendiri dan layan whatsapp dengan geng-geng travelholicawesome di KL, maklum la ada wifi free dalam ni.

 Bangun dari tidur Aqilah request nak makan nasi..untungla senang dapat nasi kat Korea hehehe

Akhirnya tiba jua kami di Seoul. Nasib baik ada announcement setiap kali train berhenti, so takde la macam tertanya-tanya betul ke tak station mana yang kita nak turun.

Inilah rupa train yang kami naiki.. waktu ni baru jam 9 malam lebih, tapi macam lengang je Seoul Station ni. Selepas turun dari train, hati aku mula berdebar balik, sebabkan hal tiket tadi! Aku sebenarnya malas nak berkomunikasi benda-benda macam ni, nak provekan itu ini semua. So harap-harap la takde masalah pasal tiket ni. Tiket dan semua salinan document aku beli online aku dah sediakan. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sampai aku keluar dari station KTX Seoul ni, haram TAKDE OFFICER MAHUPUN MESIN TIKET yang memerlukan kitorg validate ke, swipe ticket ke, apa jadah ke..YILEK! NADA! TAKDE OK! TAKDE! Ahhh se*** betul la, time ni aku rasa sia-sia je aku berkomunikasi separuh gila dengan kakak korea tadi tu, tapi apa habuk pun takde! buang karen betul la..tak paham kenapa kakak officer tadi tu beria-ia nak suh aku amik tiket baru, bukan ada orang cek pun turun kat Seoul ni..mungkin aku bernasib baik atau pun memang takde orang cek la gamaknya..

Selesai satu masalah, seterusnya kami nak ke Beewon Guesthouse. Dari Seoul Station cuma perlu amik Line 1 dan berhenti di station Jongno 3 (sam)-ga. Keluar ikut exit 6 atau 7 dan berjalan lebih kurang 500meter, dan terus sampai ke guesthouse ni.

Tapi hakikatnya masa nak mula perjalanan kaki ke guesthouse ni bukan la semudah yang disangkakan, walaupun ada map kat tangan dan landmark-landmark penting. Kedai serbaneka G25 yang ditanda dalam map tu langsung tak kelihatan masa keluar dari exit 6 tu, so terpinga-pinga kejap nak ke kiri ke kanan, nama jalan belah kiri dan kanan sama je..arghh ni yang menyampah ni. Bab-bab ikut kata hati ni, aku serahkan pada Cawan. Cawan kata ke kiri! So berjalanlah kitorg ke arah kiri dari exit 6 tadi. Rasa macam dah jalan lama, tapi masih tak kelihatan kedai serbaneka G25..hmmm dah la sejuk ni.. Tak lama lepas tu, kelihatan ada seseorang sedang menuju ke arah kitorg, aku apa lagi, aku terus amik kesempatan bertanya alamat guesthouse ni, nasib la reti english, kalau tak terpaksa la buat-buat pandai berbahasa korea. 

Punyalah baik mamat tu, bukan setakat kasi direction, tapi siap bawak tunjuk jalan sampai depan pintu guesthouse ni. Padahal memang dekat dah pun! Memang bertuah sangat la malam tu, walaupun dekat, tapi tak mudah nak jumpa guesthouse ni, sebab dia kat belakang bangunan, memang tak perasan. So tiadalah sesat-sesat dan buang masa malam tu. 

Lobby dan kaunter check in. First night kami kat sini, dapat bilik dorm private untuk kami berempat, sebab katanya bilik triple yang kitorg booked tu, takde air, sebab kat tingkat atas tengah renovation. Rasa nak marah kejap time tu, awat hang tak cakap masa aku duk sibuk-sibuk email tu? Katanya baru buat hari ni takde air tu, esok baru bleh masuk bilik tu sebab diorg tengah cat bangunan. Hmm whatever la kan..janji bukan renovation ketuk-ketuk dinding dum dam dum dam tu.. setakat cat-cat tu no hal la.

Staf-staf kat guesthouse ni semua friendly dan baik-baik belaka, memang aku kasi 4.5 bintang la hehehe

Dah masuk bilik, masing-masing cop katil sendiri, dan buat la apa perlu sebelum tidur malam tu. Boleh tahan jugak sejuk dalam bilik ni. Aku tak sedar pukul berapa Aqilah dan Cawan tidur malam tu, tapi yang pasti aku hanyut dulu, dengan harapan esok semuanya berjalan lancar dan cuaca elok la :)


Friday, November 1, 2013

Senak Perut Ketika Travel

Trip ke Korea baru-baru ni agak mencabar sikit nak cari makanan halal dekat tepi-tepi jalan. Aku pulak, bukan jenis yang main rembat dan tawakal tak tentu hala walaupun orang kata boleh makan, sebab jenis cepat sangat terbayang dan terpikir yang bukan-bukan, so memang susah la sikit kan. So bila makan tak ikut waktu, perut mula la masuk angin. Bila sampai hotel, baru dapat makan yang berat sikit. Tapi lepas makan pasti rasa senak perut (indigestion), sebab perut dah penuh angin hehehe! Ha susah betul la kan jadi aku ni? Korang pernah mengalami situasi macam tu?

Waktu-waktu dah senak perut tu, baru rasa menyesal sebab tak bawak Gaviscon. Bukannya apa, sebab produk ni memang bagus untuk senak perut, aku sendiri pernah guna sekali dulu. Tak tahu la kenapa selama ni pergi travel selalu pandai je bawak segala ubat (ubat demam, ubat allergic etc) , tapi tak pernah bawak Gaviscon, sedangkan benda ni agak penting jugak di waktu-waktu senak yang kritikal ketika travel tu hehehe.. 

So lepas ni, aku pasti akan masukkan Gaviscon dalam list ubat-ubatan yang perlu dibawak ketika travel, nasib baik ada dalam bentuk tablet, mudah nak bawa travel dan yang paling best, ianya boleh dibeli di farmasi-farmasi seluruh Malaysia.




Sunday, October 27, 2013

South Korea: Teaser

Aku baru je balik dari Korea minggu lepas..macam biasa, mesti kena ada teaser hehehe.. mohon bersabar, tuan tanah busy sikit buat masa sekarang, hanya mampu buat ini je dulu..okeh?




















Sekian terima kasih.. tunggu full entry di musim luruh tahun hadapan okey???