Friday, May 10, 2013

Minimoon: Semporna Sabah

Hmm trip minimoon kami ni sepatutnye disertai sekali oleh Biqque dan Sharul, tapi malangnya atas kesulitan yang sedang dihadapi diorg, maka tak dapat la diorg nak turut serta. Chawanna pun sudah 50-50 untuk teruskan trip ini, semua gara-gara peristiwa Lahat Datu haritu. Kalau ikutkan plan asal, semua booking dah boleh buat masa Matta Fair Mac haritu, tapi kan aku dah cakap, aku 50-50 tak pasti berapa lama kes Lahat Datu tu nak selesai, so aku pun buat bodo je la sampai la masuk bulan April.

Mid April haritu, baru la aku terhegeh-hegeh email hostel dan chalet di Pulau Mabul, tapi sayangnya, mostly semua dah fully booked! Wah tak sangka sungguhkan, ingatkan tak ramai yang nak pergi. Adoi.. Aktiviti berbalas-balas email mencari tempat penginapan dan aktiviti berterusan hingga dua hari sebelum kami berlepas, dan nasib baik akhirnya dapat seperti yang kami mahukan.

Sebelum subuh 3 May haritu, kami dah sampai LCCT, flight jam 7 pagi. Perjalanan ke Tawau ambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Sepanjang flight aku tidur je..heran cam mana aku senang pulak nak tidur, selalunya memang susah la hehehehe.

gambar dari Instagram

Sampai je di Tawau dah pukul 10 lebih. Kononnya nak jalan-jalan kat airport tu, tapi apa pun takde kan..terus kitorg cari kaunter bas nak beli tiket ke Tawau. Katanya lebih mudah untuk dapatkan bas untuk ke Semporna dari pekan Tawau berbanding di airport ni.

Hmm dah jumpe kaunter tiket bus..
Kak, bus ke Tawau ada pukul berapa?? Aku tanya..
Jam 10.30 pagi ni ada..mau berapa?
Aku jawab, kasi 2 tiket la..nak tunggu bas nya di mana?? eh harga berapa?
Harga tiket dewasa Rm10. Bas nya di situ (sambil tunjuk ke arah bas kuning nun di seberang 2-3 batang jalan).tapi bas itu tiada aircond ya..
Aku jawab dengan confident..oh takpe janji bas tu pegi Tawau..sambil tersenyum gembira..
Cawan mencelah..berapa jam nak ke Tawau dari sini kak? lepas tu nak turun di mana?
Lebih kurang 1 jam, kamu mahu ke mana?
Cawan jawab, Semporna!
Kata kakak tiket bus tu, nanti saya bagitau driver suruh berhenti di stesen bas Semporna..
Oooo ok la macam tu..terima kasih.. (terus berlalu pergi)

Masa berjalan menuju ke bas..kitorg berdua tergelak-gelak sebab dah nampak dah bayang bas kuning ni, macam mini bus, TAPI TAKDA TINGKAP!! Oh tidakkkkkkkkk.. Kami masuk dalam bus, duduk betul-betul dekat dengan pintu bas, sambil tu tolak-tolak tingkap, kot la boleh terbukak ke..emmm hampeh..memang takde tingkap!! Hmm masak la macam ni..1 jam perjalanan kot, dah la panas..Kakak tiket tu patut bagitau macam ni sebenarnya tadi, bas tu tiada aircond dan tingkap dik! mau beli ke tak mau? ha tu yang sebetulnya!! 

Hmm maka naik la bas ni selama sejam, dalam panas-panas tu aku boleh tersenguk tertidor lagi dalam panas-panas tu.. memang masalah sungguh..seat bas sempit gila! Tak tau la design ikut saiz orang kerdil ke hapa. Cawan sampai kena senget sikit kaki kasi keluar hehehe.

Sampai je di satu stesen bas, driver bus mini ni jerit..Semporna! Semporna.. aku yang mamai-mamai ni cepat-cepat bangun dan turun. Tiba-tiba disapa sorang brader, tanya nak pergi Semporna ke? Aku cakap iye.. terus dia tunjuk kan kaunter tiket. Harga tiket RM10. Pastu abang tu suruh naik bas express warna putih/pink ni. Aku kaget. Bus ni ke bang? sambil tak percaya ada bus express...hahahaha.. Ha a..bas ni la..naik la..ikut nombor seat tu.. Aku dan Cawan terus berpandangan..lepas tu sama-sama cakap ALHAMDULLILAH..jauh ni nak pergi Semporna 2 jam lagi, nasib ada aircond!

Perjalanan keluar dari pekan Tawau menuju ke Semporna agak jem jugak..tak tau la depa buat apa,sampai jem..so aku pun sambung tidur balik. Cawan pun macam hairan pasai apa aku asyik nak tidur je, sambil cek-cek tin minuman, kot-kot la ada ubat tidur! Aku tidur pun nak heran..tah apa-apa!

Pemandangan dari rumah kedai dan jalan-jalan sempit tadi, mula bertukar kepada pemandangan hijau di kiri kanan jalan. Tapi semuanya pokok kelapa sawit, kereta pun tak banyak, tapi jalan rayanya di situ cantik, takde pulak lubang-lubang macam kat KL nih hehehehe.. sebabkan letih tengok kelapa sawit je, aku tidur lagi satu round! Gila balas dendam tidur nih..

Tiba-tiba rasa macam bas berhenti dan orang cakap-cakap kat depan. Assalamualaikum (kedengaran suara kat depan bas, kuat gila tapi slang Sabah bah..) aku bukak mata dan tengok..eh polis pulak dah, siap dengan senapang bagai.. pastu abang polis tu mintak semua keluarkan pengenalan diri IC ataupun passport. Dia terus ke belakang dulu, dan cek sorang-sorang!

Kat belakang kitorg rupa-rupanya ada pinoy, polis tengok passport dia dan tanya makcik tu "kamu boleh cakap melayu?" makcik pinoy jawab "boleh sikit-sikit".. tanya polis lagi "berapa lama sudah kamu di sini?" makcik pinoy jawab "19 tahun.." "aku baru darjah 2.." kata polis tu sambil gelak-gelak..aku pun tergelak sama.. ingatkan dah abis ditanya..pastu polis tu tanya lagi.. "tahun bila tu kamu masuk sini?" bilang makcik pinoy tu dalam tahun 1994 begitu!

Sampai turn aku dan Cawan, takde apa yg disoal selidik, maklum la IC biru uolssss..hehehe.. Dah selesai cek bas tu, abang polis turun, dan bas pun bergerak menuju Semporna. Sempat lagi aku mengusik Cawan.. bila lengan u nak ketul-ketul macam tu?.. Cawan buat aksi gengam dan lipat lengan dia..ni tak nampak yang ketul-ketul ni? tak nampak? cuba bersyukur sikit.. kata Cawan..Aku juih mulut.. hee tak kuasa betul lah..bila nak ubah tah! UBAH UBAH UBAH!! 

Budak bajau laut dua orang ni tak tau la sesat macam mana sampai sini.. aku turun je dari bas..terus terjah aku sebab nampak aku pegang tin air dan pringles, padahal dah kosong tin tu, aku ni pusing-pusing la cari tong sampah, budak berdua ni duk ikut sambil cakap apa tah.. tak paham la bahasa diorg.. sambil-sambil tu duk tarik-tarik tin tu dari aku..haih aku pun malas dikerumuni..terus aku lepaskan semua tin-tin kosong tu kat diorg.. kesian pun ada... Diorg ni memang tak reti mengalah..dah dapat tin kosong, diorg buang, sebab dah memang takde isi! pastu datang kat Cawan pulak mintak duit..datang sorang pakcik ni halau diorg, lepas tu pakcik tu stare je kat budak-budak ni dari jauh.. tau takut. Lepas tu diorg pangil geng, sorang lagi..berkomplot la tu, pastu duk tunjuk-tunjuk kat pakcik yg garang tu, pastu pandang Cawan hehehe..cute pun ada, maklum la budak kecik berkomplot kekekeke

Malam tu kami akan stay di Marina hotel, adalah dalam 500meter dari tempat bas tadi tu, tapi sebelum tu nak makan dulu, tanya orang kat situ, diorg suggest pegi restoran Seri Melur. Bila sampai kedai, tak tau nak order apa, lastly kami berdua order nasi goreng kampung je, mesti tepat pilihan kami!

20 minit tunggu nasi goreng kampung sampai, bila dah sampai, tengok rupa nasi macam ok, rasa pun ok, so makan la sampai licin tanpa sebarang syak wasangka yang aku bakal menghadapi bala dalam masa 1 jam lepas tu!

Lepas makan, terus check in hotel. Pekan Semporna ni kecik je, semua walking distance. Masa dalam bilik, aku dah mula rasa muka aku panas satu macam..rasa macam haba keluar dari muka ok! kat bahagian lain di badan ok je. dalam 30 minit kemudian, aku tengok muka aku merah semacam je..makin lama makin merah dan makin panas..ha sudah! sakit apa plak ni? selama ni tak penah plak kena macam ni!!! Lepas tu aku selak baju... ha amikkkk ko..penuh merah-merah satu badan, dah start gatal-gatal!! Ahhh apa pulak restoran tu taruk dalam nasi goreng kampung tadi tu!! lepas tu baru aku teringat, yang memang ada belacan dalam tu, tapi belacan tu merah semacam je, tak sama macam belacan kat rumah aku! Ahh kacau betul..aku ajak Cawan ke klinik, nasib baik sebelah hotel je.  

Jom makan ubat..huhuhu (instagram)

Sementara aku tunggu turn nak jumpa doctor, Cawan bersiar-siar kat luar, amik gambar..tak tau la apa benda..aku tengok macam takde apa je.. Jumlah bil kat klinik tadi cuma RM39 je! murah nak mampus.. Doctor tu pesan, aku tak leh makan seafood, maggi, belacan etc..dia cakap memang aku dah kena allergic ni. Aku siap request ubat paling power nak hilangkan merah menyala macam udang karang kena bakar nih!! hehehe

Best betul dapat duduk kat belakang macam ni..

Lepas keluar dari klinik, aku dan Cawan misi utama tadi ialah nak cari Dragon Inn yang floating resort tu, sebab esok trip island hopping kami kena tunggu di situ. Nasib la dekat je dari hotel yang kami menginap tu...pheww..

Bila dah jumpa tu, kami ronda-ronda la ke lain pulak, ada macam pasar tani, jual macam-macam sayuran dan hasil laut..tapi kami rasa macam kami yang warga asing, semua orang pandang kami atas bawah.. yang pastinya, yang berniaga di situ kebanyakkannya pinoy dan ada gak orang sulu kata penduduk tempatan.. agak kotor kawasan pasar tu.. kemudahan lain pun nampak daif di Semporna.

 Pejabat Pos Semporna

Kalau ikut hati aku, memang dah malas nak jalan, maklum la muka dah macam lobster bakar! tapi tau la Cawan tu..nak jugak jalan-jalan petang tu..

Pakcik ni suh Cawan beli ketam tu, tak ingat berapa ringgit, tapi murah la dari KL..sayangnya aku kan kena pantang makan seafood!! pffff..

Ikan ni cantik warnanya, kesian tengok diorang diperlakukan macam ni, tak tau boleh makan ke tak..isk isk..



Sayuran di jual nampak segar..alangkah bestnya kalau aku yang masak sendiri, sebab malam tu kami makan semua tawar dan tak pedas.. ya Allah tension betul rasanya!


Pukul 6 dah mula gelap, aku paksa gak Cawan balik ke hotel, sebab aku malas nak jalan-jalan, sebab tadi baru lepas hujan di Semporna, so jalan abis becak, aku pulak datang Semporna ni pakai slipar je..eiii geli tu tuhan je la yang tahu..balik hotel terus mandi sental kaki, pegi dinner di kedai sebelah Marina hotel tu..serius tak sedap..pastu apa lagi nak buat? hmm balik tidur la..malam-malam takde apa sangat aktiviti nak buat kat Semporna ni Jemah oiii..


Emm tak sabar nak tunggu hari esok..harap-harap cuaca cantik la..


Note: Hotel Marina tu kitorg amik bilik standard king, harga 1 malam RM 72.90, bilik bau hapak dan takde tingkap. Tahap kebersihan, aku kasi 5/10 sebab bilik air kurang bersih. Yang lain-lain semua cam biasa je. Sorry takde gambar diambil hehehe

Thursday, April 18, 2013

France: La Vallee Village & The Louvre Paris



Selamat pagi Paris! Cuaca pagi ni dijangka akan hujan..walaupun ada sinar sedikit pagi itu.. Oleh itu kami ubah rancangan untuk pergi shopping di La Vallee Village. Masa berjalan kaki nak ke St Lazare station, hujan dah mula turun renyai-renyai..phewwww nasib baik dekat je dengan apartment kami, kalau tak confirm mandi hujan di Paris.

Kedudukan tempat shopping ni yang tidak jauh dari kota Paris, memang memudahkan pelancong macam kami nak datang. Perjalanan ke sini dengan train cuma mengambil masa lebih kurang 30-35 minit saja. Train yang kami naiki dari St Lazare station adalah RER line A4 yang menuju ke arah Disneyland Paris, tapi jangan turun kat station Disneyland plak, sila turun di station Val d'Europe. Lepas tu dekat je nak jalan kaki sampai ke pintu masuk La Vallee Village ni. Harga tiket aku dah tak ingat dah..maklum la citer tahun lepas hehehe
 
Tempat shopping ni sama je macam premium outlet yang lain-lain. Ada barang yang murah, ada yang tak murah sangat. Aku tak shopping banyak sangat kat sini, ada lah beli LongChamp 2-3 jenis untuk bekalan diri sendiri di masa depan, yang lain-lain tu macam mahal jugak bila dah convert. Rasanya outlet LongChamp kot yang paling murah dan berbaloi-baloi nak beli, berbanding beli kat KL hehehehe. Orang yang paling banyak berbelanja, adalah adik aku hehehe. 

Waktu operasi La Vallee Village, tengok betui-betui nooo, nanti kang hangpa mai, tutup pulak..

Tak banyak aktiviti fotografi yang dijalankan dalam ni, sebab cuaca pun macam mendung di selang seli dengan hujan, so kitorg pun sekadar jalan-jalan dan tengok-tengok je la. Separuh hari jugak duduk kat sini teman adik aku bershopping. Gigih betui diorg, dalam beg kata dah tak muat, beli jugakkkkkkkkkkk, aku ni kira insaf la jugak, dah jenuh kot bershopping dari Barcelona ke Amsterdam, beg pun dah gemuk sangat dah hehehe #pitam

Patriotic sungguh!

Dah abis shopping, kitorg balik semula ke apartment, untuk merehatkan diri dan lunch. Hari ni macam rajin plak, so masak la ramai-ramai kat dapur tu, serius best! rasa macam kat rumah sendiri plak hehehehe.. Lepas makan, kitorg tidur satu round dulu, sebab baru pukul 3 petang! Sementara diorg tidur, aku pulak sibuk browsing twitter dan facebook, nak tengok kabar orang-orang di tanah air terchenta.

Oi! oi! bangun.. nasib baik set alarm, kalau tak confirm terbabas tidur sampai malam! Adik aku request suh bawak diorg ke HRC Paris.. so jom lah kita, walaupun aku pun tak tau mana hala heheheh..nasib baik ada internet kat dalam apartment ni, senang nak cek map dulu before kuar rumah.

Aku tak ingat dah kitorg turun kat station mana, sebab kat kawasan berdekatan tu, memang ada banyak metro station, yang pastinya kami berjalan agak jauh, sebab malas nak tukar train, dan SEBAB MALAS nak angkat stroller hehehehe..aku rela jalan kaki jauh dari naik tangga angkut stroller uols.. Sampai je depan HRC tu, ternganga diiringi kekecewaan, laaaa besaq ni je ka??!

T-shirt HRC untuk budak, harga usah tanya, tak cek pun, sebab yang nak shopping kat sini, adik aku lagi! 

Aqilah juga turut serta dalam aktiviti pilih-pilih baju, walaupun sebenarnya mummy dah pokai nak belikan dia sehelai dua hehehehe..so layan je la dia main-main kat situ..

Sayangnya diorg takde fridge magnet, semua keychain je..bosan betui..kalau tak bleh beli buat kenangan..

Aqilah menenangkan cousin dia yang tak senang dalam stroller tu..hehehe.. 

Muka happy sebab dia ingat orang shopping untuk dia.. nak tahu teknik-teknik supaya anak tak melalak time korang bershopping dan tak mo beli apa yang dia mahu? sila tunggu entry special di lain hari... tungguuuuuu tau hehehe

Hajat adik aku dah kesampaian nak ke HRC Paris, sekarang hajat aku pulak yang perlu disampai-sampaikan..jom kita ke Musee Du Louvre.. wah excited! excited! aku excited sebab bukan nak tengok Monalisa, tapi sebab nak tengok building 3 segi tu jek :p

Meh aku introduce kan..inilah rupa tiket metro di Paris. Harga lebih murah kalau beli dalam carnet berbanding beli single tiket di kaunter ataupun mesin tiket tu. Dalam carnet tu ada 10 keping tiket ni, yang cuma berharga EU 12.70. Kalau beli single tiket, harganya EU 1.70, mahal beberapa sen la dari beli carnet ni. Carnet tu boleh share dengan orang lain, dan boleh beli di kaunter atau di mesin tiket. Setiap satu tiket ni, boleh dipakai untuk semua metro line dan RER network dalam zone kota Paris. Nak tahu lebih lanjut pasal tiket-tiket train yang ada mengikut citarasa dan kemampuan masing-masing, sila ke Paris Metro Tickets.

Ok jangan buang masa bercerita tentang tiket metro..jom kite turun dari train dan jalan kaki ke destinasi!

Mencari exit yang paling dekat..

Belakang bangunan ni la letaknya The Louvre, tapi entah macam mana, kami tertengok map terbalik kot, boleh plak pusing ikut lain...haishhh, terpaksa amik-amik gambar dulu sebab cantik sekeliling kawasan nih hehehe

Cute gile signboard ni, tak pasti apa fungsi signboard nih..

Hotel Louvre, masa kat sini baru perasan yang kami dah salah jalan, eh kite ke belakang ni, jom patah balik..pffff..nasib baik dekat je nak pusing balik, kalau tak ada yang nak naik hangin nanti.

Ha jumpa pun! Jom masuk.. dalam ni best untuk lepak-lepak, ada orang main violin, sedap gile, memang macam dalam movie tu la, so kitorg sempat rakam video tengok dia main dulu, lepas satu lagu ke satu lagu..mengasyikkan jugak. Ok dah..jom masuk tengok benda alah 3 segi berkaca tu hehehe #dasarorangkampung

Waktu senja, memang agak dramatik sungguh tengok langit macam tu.. memang tak dinafikan cantik kat sini, dan tak ramai orang!!

Aqilah sangat girang berlari sana sini, maklum la tak de orang sangat, sambil syok-syok dia berlari..kedebekkkk..dia jatuh tersungkur, terus nangis tak benti-benti, drama betul.. dan ni je satu-satu je gambar dia ada kat sini, sebab lepas tu merajuk tak nak amik gambar..sabar je la..


Oh menatang 3 segi (glass pyramid) ni la yang paling banyak masuk dalam movie Hollywood, sampai aku pun mengigau nak pegi tengok sendiri. Nasib baik cantik. Aku tak pasti la museum ni bukak waktu malam ke tak, sebab aku bukan peminat museum jenis-jenis art ni, jadi memang aku tak hingin la nak masuk, walaupun Monalisa tu sibuk memangil-mangil aku suh masuk kan..takpe la kak, lain kali saya datang tengok akak! hahaha


Nahhhh..saksikan lah....muzium terbesar di dunia, the Louvre... nak tahu apa ada dalam? sila pergi sendiri :p, kalau rajin lagi, boleh baca sedikit info dari Wiki The Louvre, sebab aku malas nak tulis sejarah silam dia.

Main entrance untuk masuk muzium ni. Gah gile kot! Di belah kiri dan kanan glass pyramid yang besar ni, ada 2 lagi pyramid kecil comel. Ketinggian glass pyramid ini ialah 20.6 meter. Sementara aku tengah meng'admire bangunan gelas 3 segi ni, tup-tup je laki aku hilang, tak tau pegi mana tah.. Aqilah pulak asyik nak berdukung je, lepas tu komplen kata sejuk. Memang tak dinafikan la memang malam tu agak sejuk berbanding malam-malam sebelum ni, angin pun bukan main kencang, abis tudung aku senget benget! Damn u tudung bawal! 

So aku pun bawak la Aqilah masuk ke tunnel yang mula-mula kami masuk tadi tu, suh diorg duk kat situ dengan adik aku, sementara aku keluar balik untuk cari suami terchenta. Haiiihhh nak main sorok-sorok pulak dia. Lama plak tu, last-last aku tunggu je depan tugu orang naik kuda kat atas tu, nasib baik dia tau cari jalan pulang.. rupanya dia pegi amik gambar nun kat mini Arc de Triomphe tu.. heeeeeee

Mini Arc de Triomphe berdekatan dengan Louvre museum tadi..


p/s: Gambar aku kat sini semua TAK CANTIK, sebab tudung bawal tu! sia-sia sungguh la, time tu rasa nak pakai kad manila je atas kepala, sebab angin kencang sangat, abis senget benget tudung aku!! #$%^&*&^%$%^&


Thursday, April 11, 2013

France: Notre Dame de Paris & Eiffel Tower

Melihatkan rancangan yang sudah dirancang awal, kami hari ini akan melawat Notre Damn, dan Latin Quater. Aktiviti tukar train adalah pekara biasa di kota Paris ni, aktiviti bina otot pun makin menjadi-jadi di kota ini, maklum la asyik angkut stroller turun naik tangga..ko mampu??? 

Pernah lihat alat sebegini? Tidak? hmm mari saya terangkan.. alat ini fungsinya adalah untuk ditekan-tekan.. bila ditekan pada button-button kuning itu, akan berlip lap lah lampu mentol kecil berwarna merah di atas papan penunjuk metro dan kawasan seangkatan dengannya. Jadi nak pi mana-mana senang je, sebab korang tau la nak turun dekat station mana yang dekat dengan lokasi yang korang nak pergi tu.. So aku pun  nak test la power menatang nih, aku tekan dan tekan, dan tekan, tapi langsung tak menyala, rupanya dah rosak..hampesss!

Ha benda ni ada kaitan dengan alat diatas..bila tekan button tu, dia nyala kat sini.. #jakun sat.

Ok dah hampir nak sampai kita ke lokasi..jom jalan kaki lagi dan ikut signboard ni..

Inilah Notre Dame..sangah gah..dan sangat ramai orang..tak tau nak amik gambor macam mana tah.. 

Notre Dame ini adalah sebuah cathedral. Katanya, Notre Dame ini, adalah architecture Gothic France yang paling termasyur dan hebat di seluruh Eropah. Sebabkan ketandusan idea nak amik gambar macam mana, last-last aku berdiri depan tu, tengok lebih kurang, ala-ala menghayati sikit-sikit, aku amik gambar ni SEKEPING je, pastu aku terus blah ke kedai souvenir kat jalan bersebelahan, untuk cuci-cuci mata dulu. Rimas aku tengok orang ramai bising-bising depan tu..yapedaaaa.

Dah habis kedai souvenir kami jejaki, kami sambung tengok Notre Dame balik, tapi ni dari sudut belakang. Orang tak ramai, dan lebih cantik. Tamannya dipenuhi bunga-bunga. Aman sikit jiwa duduk kat sini. 

Lawa kan?

Ini pula Notre Dame dari sudut seberang sungai Seine. Lebih mengancam view dari sini berbanding yang mula-mula tadi. Langit biru yang cerah tu menambahkan kecantikan view dari sini hehehe.. Kalau berkelapangan, boleh la korang naik Seine river cruise ni, aku tak berapa minat sangat, walaupun ada yang kata best, tengok air sungai pun dah tak lalu.

Memorial yang dibina sempena memperingati orang-orang French yang dihantar ke concertration camp di German pada zaman pemerintahan Hitler dulu. Katanya lebih kurang 200,000 orang. Tempat ni betul-betul kat belakang Notre Dame tadi.

Masuk adalah percuma, tapi waktu ni tak bukak plak pintu gatenya..ish..so kita tengok-tengok dari luar je la.

Kalau ikut agenda, nak pegi pusing-pusing dalam Latin Quarter tu, tapi macam malas la pulak, Gelarias Lafayette tu memangil-mangil je heheheh.. so kite pegi shopping lama2 kejap. (takde gambar yang diambil pun dalam tu, tapi serius cantik, nanti aku godek2 balik folder gambar tu, kot-kot ada kat camera Cawan huhuhuhu)

Dah puas tengok-tengok dan shopping sikit dalam tu, tengok hari masih cerah lagi.. misi aku berikutnya nak amik gambar Eiffel tower waktu senja..ha moh kite tengok gigih ke tak nak tunggu senja..

Dari station Chaussée d'Antin berdekatan Lafayette tadi, kami tak perlu tukar line, dan terus turun di station Trocadero untuk menuju ke Eiffel Tower. 

Ye, cuaca masih terang..dan masih ramai pelawat di waktu ini, macam-macam bangsa ada, paling ramai kelihatan waktu itu, warga Jepun. Ada seorang brother ni, dari Indonesia, katanya ini pertama kali dia tengok Eiffel tower, walaupun dah menetap di Southern France hampir 10 tahun hehehe..

Pertama kali tengok Eiffel tower ni..aku ada jugak rasa teruja.. rasa macam nak jerit, weh aku dah sampai sini..korang bila lagi! heheheh.. memang gagah perkasa la tengok Eiffel tower ni, cumanya aku takde la emo sangat sampai nak nangis macam sesetengah blogger yang keja nak menangis je, beli souvenir nangis, panjat gunung nangis, haihh entah la hahahahha  (tiada kena mengena dengan yang idup ataupun yg kiok huhuhuh)

Ok berjaya dapat spot tengah-tengah ni, tanpa nampak kepala orang.. lepas dapat 5-6 keping gambar, tiba-tiba kedengaran ada riuh rendah orang kat belakang, duk *excuse me, excuse me..* sambil angkat-angkat tangan suh kitorg ke tepi!! Hoi apa hal?? Ni Eiffel tower kau ke?? aku baru je bertapa sini dah nak halau! 

Rupanya orang Jepun tadi tu sibuk nak bergambar secara berjemaah pulak depan nih! haih tak puas2 ke? Sebabkan aku suka kat negara hangpa, aku pun ke tepi la, kasi laluan hehehehe..

Ok jom zoom sikit.. kelihatan masih ramai lagi yang beratur nak naik Eiffel tower ni.. untuk hari ni aku tak bernafsu lagi nak naik, esok je la kot, sebabnya hari ni misi nak amik gambar Eiffel tower waktu senja je.. eh tengok jam kejap, dah pukul berapa nih..awat la tak gelap-gelap lagi, jenuh aku macam ni gaya, pukul 8 malam pun terang.. sentap jap, sebab tak boleh nak salahkan sesapa. Kalau bleh salahkan Cawan ke, Aqilah ke, sedap gak dapat marah-marah luahkan perasaan...hmmm

Hmm jom kita turun plak ke bawah, tengok apa ada..nak tunggu matahari tenggelam entah bila, aku pun dah keletihan ni. Sambil-sambil duduk kat kerusi tepi kolam air tu, aku berkira-kira nak tunggu ke tak, Aqilah dah lena dalam pangkuan Cawan, Mika pun dah lena jugak dalam stroller. Sambil sembang-sembang dan bincang-bincang, kami didatangi mat negro, nak jual keychain Eiffel tower..paling terkejut badak bila dia leh speaking MELAYU!

*Bang, lima euro lima..lima euro lima..keychain ada, seRENDANG pun ada!* kata mat negro tu.. Adik ipar aku balas "Lima euro tak nak, lima Ringgit aku angkat!" hahahah kitorg tergelak kat situ.. pandai pulak mat negro tu balas, kata tak boleh, last-last dia dah fedap tengok kitorg duk main-main kan dia, last sekali Cawan offer, "Lima euro, sepuluh keychain..ok??" haaa baru dia kata ok!.. 

Lepas tu, sempat lagi nak jual SERENDANG kat aku ngn adik aku! Aku pun heran la apa menatang la SERENDANG, SERENDANG yang dia suh beli tu, sekali tu adik aku kata, tu ha, selendang.. Adik aku pi sergah dia.. "cakap pun tak betul, SELENDANG lah!" hahahahah... terus mat negro tu blah..

Kekecohan antara kami bernegotiate bersama mamat negro tu, telah menyebabkan Aqilah terjaga dari tidur, dan disebabkan cuaca yang masih tak gelap-gelap..aku terus batal niat nak gambar Eiffel tower waktu senja. Penyudahnya, kami suh Aqilah je posing depan Eiffel tower, itu pun payah, kejap lari sana, kejap lari sini.

Lain yang aku suh posing, lain yang dia buat..eii budak kecik nih!! Ingat mummy ngn daddy leh beli tiket tiap2 tahun nak bergambar depan Eiffel tower! huihhhh..dah jom balik... (sambil seret Aqilah)

Adakah misi Chawanna nak ambil gambar Eiffel tower diwaktu sunset/malam jadi kenyataan? kita sama-sama tunggu... cewah budget suspen la kononnnn..puiiiii