Thursday, April 11, 2013

France: Notre Dame de Paris & Eiffel Tower

Melihatkan rancangan yang sudah dirancang awal, kami hari ini akan melawat Notre Damn, dan Latin Quater. Aktiviti tukar train adalah pekara biasa di kota Paris ni, aktiviti bina otot pun makin menjadi-jadi di kota ini, maklum la asyik angkut stroller turun naik tangga..ko mampu??? 

Pernah lihat alat sebegini? Tidak? hmm mari saya terangkan.. alat ini fungsinya adalah untuk ditekan-tekan.. bila ditekan pada button-button kuning itu, akan berlip lap lah lampu mentol kecil berwarna merah di atas papan penunjuk metro dan kawasan seangkatan dengannya. Jadi nak pi mana-mana senang je, sebab korang tau la nak turun dekat station mana yang dekat dengan lokasi yang korang nak pergi tu.. So aku pun  nak test la power menatang nih, aku tekan dan tekan, dan tekan, tapi langsung tak menyala, rupanya dah rosak..hampesss!

Ha benda ni ada kaitan dengan alat diatas..bila tekan button tu, dia nyala kat sini.. #jakun sat.

Ok dah hampir nak sampai kita ke lokasi..jom jalan kaki lagi dan ikut signboard ni..

Inilah Notre Dame..sangah gah..dan sangat ramai orang..tak tau nak amik gambor macam mana tah.. 

Notre Dame ini adalah sebuah cathedral. Katanya, Notre Dame ini, adalah architecture Gothic France yang paling termasyur dan hebat di seluruh Eropah. Sebabkan ketandusan idea nak amik gambar macam mana, last-last aku berdiri depan tu, tengok lebih kurang, ala-ala menghayati sikit-sikit, aku amik gambar ni SEKEPING je, pastu aku terus blah ke kedai souvenir kat jalan bersebelahan, untuk cuci-cuci mata dulu. Rimas aku tengok orang ramai bising-bising depan tu..yapedaaaa.

Dah habis kedai souvenir kami jejaki, kami sambung tengok Notre Dame balik, tapi ni dari sudut belakang. Orang tak ramai, dan lebih cantik. Tamannya dipenuhi bunga-bunga. Aman sikit jiwa duduk kat sini. 

Lawa kan?

Ini pula Notre Dame dari sudut seberang sungai Seine. Lebih mengancam view dari sini berbanding yang mula-mula tadi. Langit biru yang cerah tu menambahkan kecantikan view dari sini hehehe.. Kalau berkelapangan, boleh la korang naik Seine river cruise ni, aku tak berapa minat sangat, walaupun ada yang kata best, tengok air sungai pun dah tak lalu.

Memorial yang dibina sempena memperingati orang-orang French yang dihantar ke concertration camp di German pada zaman pemerintahan Hitler dulu. Katanya lebih kurang 200,000 orang. Tempat ni betul-betul kat belakang Notre Dame tadi.

Masuk adalah percuma, tapi waktu ni tak bukak plak pintu gatenya..ish..so kita tengok-tengok dari luar je la.

Kalau ikut agenda, nak pegi pusing-pusing dalam Latin Quarter tu, tapi macam malas la pulak, Gelarias Lafayette tu memangil-mangil je heheheh.. so kite pegi shopping lama2 kejap. (takde gambar yang diambil pun dalam tu, tapi serius cantik, nanti aku godek2 balik folder gambar tu, kot-kot ada kat camera Cawan huhuhuhu)

Dah puas tengok-tengok dan shopping sikit dalam tu, tengok hari masih cerah lagi.. misi aku berikutnya nak amik gambar Eiffel tower waktu senja..ha moh kite tengok gigih ke tak nak tunggu senja..

Dari station Chaussée d'Antin berdekatan Lafayette tadi, kami tak perlu tukar line, dan terus turun di station Trocadero untuk menuju ke Eiffel Tower. 

Ye, cuaca masih terang..dan masih ramai pelawat di waktu ini, macam-macam bangsa ada, paling ramai kelihatan waktu itu, warga Jepun. Ada seorang brother ni, dari Indonesia, katanya ini pertama kali dia tengok Eiffel tower, walaupun dah menetap di Southern France hampir 10 tahun hehehe..

Pertama kali tengok Eiffel tower ni..aku ada jugak rasa teruja.. rasa macam nak jerit, weh aku dah sampai sini..korang bila lagi! heheheh.. memang gagah perkasa la tengok Eiffel tower ni, cumanya aku takde la emo sangat sampai nak nangis macam sesetengah blogger yang keja nak menangis je, beli souvenir nangis, panjat gunung nangis, haihh entah la hahahahha  (tiada kena mengena dengan yang idup ataupun yg kiok huhuhuh)

Ok berjaya dapat spot tengah-tengah ni, tanpa nampak kepala orang.. lepas dapat 5-6 keping gambar, tiba-tiba kedengaran ada riuh rendah orang kat belakang, duk *excuse me, excuse me..* sambil angkat-angkat tangan suh kitorg ke tepi!! Hoi apa hal?? Ni Eiffel tower kau ke?? aku baru je bertapa sini dah nak halau! 

Rupanya orang Jepun tadi tu sibuk nak bergambar secara berjemaah pulak depan nih! haih tak puas2 ke? Sebabkan aku suka kat negara hangpa, aku pun ke tepi la, kasi laluan hehehehe..

Ok jom zoom sikit.. kelihatan masih ramai lagi yang beratur nak naik Eiffel tower ni.. untuk hari ni aku tak bernafsu lagi nak naik, esok je la kot, sebabnya hari ni misi nak amik gambar Eiffel tower waktu senja je.. eh tengok jam kejap, dah pukul berapa nih..awat la tak gelap-gelap lagi, jenuh aku macam ni gaya, pukul 8 malam pun terang.. sentap jap, sebab tak boleh nak salahkan sesapa. Kalau bleh salahkan Cawan ke, Aqilah ke, sedap gak dapat marah-marah luahkan perasaan...hmmm

Hmm jom kita turun plak ke bawah, tengok apa ada..nak tunggu matahari tenggelam entah bila, aku pun dah keletihan ni. Sambil-sambil duduk kat kerusi tepi kolam air tu, aku berkira-kira nak tunggu ke tak, Aqilah dah lena dalam pangkuan Cawan, Mika pun dah lena jugak dalam stroller. Sambil sembang-sembang dan bincang-bincang, kami didatangi mat negro, nak jual keychain Eiffel tower..paling terkejut badak bila dia leh speaking MELAYU!

*Bang, lima euro lima..lima euro lima..keychain ada, seRENDANG pun ada!* kata mat negro tu.. Adik ipar aku balas "Lima euro tak nak, lima Ringgit aku angkat!" hahahah kitorg tergelak kat situ.. pandai pulak mat negro tu balas, kata tak boleh, last-last dia dah fedap tengok kitorg duk main-main kan dia, last sekali Cawan offer, "Lima euro, sepuluh keychain..ok??" haaa baru dia kata ok!.. 

Lepas tu, sempat lagi nak jual SERENDANG kat aku ngn adik aku! Aku pun heran la apa menatang la SERENDANG, SERENDANG yang dia suh beli tu, sekali tu adik aku kata, tu ha, selendang.. Adik aku pi sergah dia.. "cakap pun tak betul, SELENDANG lah!" hahahahah... terus mat negro tu blah..

Kekecohan antara kami bernegotiate bersama mamat negro tu, telah menyebabkan Aqilah terjaga dari tidur, dan disebabkan cuaca yang masih tak gelap-gelap..aku terus batal niat nak gambar Eiffel tower waktu senja. Penyudahnya, kami suh Aqilah je posing depan Eiffel tower, itu pun payah, kejap lari sana, kejap lari sini.

Lain yang aku suh posing, lain yang dia buat..eii budak kecik nih!! Ingat mummy ngn daddy leh beli tiket tiap2 tahun nak bergambar depan Eiffel tower! huihhhh..dah jom balik... (sambil seret Aqilah)

Adakah misi Chawanna nak ambil gambar Eiffel tower diwaktu sunset/malam jadi kenyataan? kita sama-sama tunggu... cewah budget suspen la kononnnn..puiiiii





22 comments:

Biqque said...

hahahaha ok lawak part jepun dgn negro tu!

cantik tul gambar, walaupun org kata kotor, aku nak gak la sampai, skali pun jadi la ye dok...

apa ke hei nyer aqilah mencangkung! hahaha!

Almiraz said...

Naa..

Paling suka gambar yang Eiffel Tower tu dari jauh....u amik dari mana tu?..hahaah macamla i nak try...masa i di sana dah lepas...rindu pulak tetiba...and omg aqilah ni comel gile ok!...bila nak jumpa aqilah ni?...

Nasib baik negro tu tak tipu u...i kena dulu foreigner jual friendship band...nyampah tul paksa kitorang beli band ala2 getah...harga sampai 5 Euro..bila kitorang taknak diikutnya kitorang..hishh....menakutkan

just.HY said...

lawanyaaaaa yg eiffel tgh2 tuh! yh gmbr bawah dia pun cantik dari pandangan sisi! ohsemmm!

bila nak smpai nihhhh! nk berhoneymoon bagai~ smbil baring atas rumput. kekeke

Unknown said...

Biqque: Kotor tu sebahagian tempat je, kt POI terjaga gak, cuma metro memang BUSUK sket hehehe..

Almiraz: Amik dari arah station Trocadero tu.. hahaha..korang p pompuan je kot, sb tu dia follow agaknye, takpn sb u comei sgt..dia nk kenal2 kot heheheh

Henry: Atas rumput ada tahik dan kencing anjing! nk baring sila bawak tikar!

Irfa said...

cantiknya gambar2 kamu..akak punya alahai,segan nak belek balik album lama..

kat Notre Dame masa kami pegi ada pertujukkan apa tah,mmg ramai orang.last2 gi taman belakang tu..bancuh kopi 3in1 makan ngan roti..smbil bagi anak2 main pasir

kalau naik criuse tu boleh tengok pasangan gay bercomolot bawah jambatan.siyes geli nak mamp*s

niL said...

Naa,

Meh buat class photog special kat aku sorang aci tak?? hehe

Naramas Aman said...

Cantiknya... Saya suka tengok blog ni sebab gambarnya cantik-cantik. Saya kena menuntut ilmu dengan Chawanna ni. Saya pun ada tangkap tower ni. Tapi cara analog,zaman dolu-dolu (1980an), gambarnya tak cantik mana. Kali ke-2 tangkap di World Park Beijing. Di Beijing pun ada tiru tower ni. Tapi menengok tower yg palsu tak sama rasanya dengan tengok yang ori.

Orga said...

punyalah confius, apalah mamat negro ni dok jual serendang, siap nak google lagi cari...rupa-rupanya salah sebut, hm~...suka tengok gambar ko ambik dekat tengah-tengah tu, sangat cantik hokey...

Anash said...

gambar yg nampak awan tuh sangat cantik...
pesal akak pegi tak cantik masa tuh???
eh akak pernah sampai ker??
(lupa..kamera jenis filem..)
*diam berlalu pergi*
Hi aqillaaahh!!!!!

Anonymous said...

pengsannn tengok gambo

gambo santek gile. aqilah comey yang amat.
we want gambo lagi dan lagi dan lagi

Ann said...

aaa..cantik!cantik!cantik!
ble ntahnye nk jejak sini..
*nangis*hahahha;p

MasZuber said...

cantik gile gambo. patutla menang awards hari tuuuuuuuuuuu

alahai qilahhhhhhh...comeinye ko. ade plak bekground eiffel tower plak kat belakang. #untungla qilah!!!

Jard The Great said...

hehehe.. rosak plak. cantek gambarrr!! mau ke siniiii.. tp lima thn dpn kot baru mampu =p

Ren said...

Wow canteknya gambo! Ajari aku pls!
Nanti nak duduk atas eifel tower tu sambil nyanyi dendang perantau.

Unknown said...

Amazing pictures here.
Congratulations on the winning MITBCA2013. FYI, Currently im doing a research on the influences of travel blog towards travel intention behavior. Nede ur help to allow me give the link of my survey form to embed in your blog. i can be contacted at syarifahemi@me.com. try to email you but couldnt find ur email address in ur blog

Unknown said...

Irfa: saya bawah umor kak! tak leh tgk pasangan gay cium molot hahahah..

Nil: Aci2 tak main hehehe

Naramas: Sebelum saya bergambar depan Eiffel tower yg sebenar, saya pun pernah bergambar depan eiffel tower yg hampir 95% sama mcm ni di Shenzhen hehehe..tp still yg ori lebih best bak kata akak :)

Orga: Merci! hehehe

Kak ANash: Kalau tak cantik waktu pergi dulu, tu petanda suh ripit..jom lahhhhhhhh

Unknown said...

Ross: Tak yah pengsan2 la ko tu, aku lagi pengsan dengar ko nk repeat europe lagi seminggu nih..puiiiiiiii

Ann: Insya Allah nanti sampai la tu..

Maszuber: Motif nk sebut award??! aku dh simpan dlm stor hahahah.. tahun depan ko hanimun sini hokey??

jard: 5 tahun pejam celik nanti sampai la..mana tau jodoh ngn org french plak ke..

Janggel: Nyanyi la..bawak set karoks..tgk lari bertempiaran tak umat manusia di paris tu dengar sore ko heheheh

Syarifah: Tq..u can contact me here nazirahmatali@gmail.com

faizah : faiza_82@yahoo.com said...

best...tertunggu2 smbungan cerita u..i paling suke n tabik bile bercuti dan mengendong anak..terbaik... ;)

Unknown said...

I dah email.tq

sai said...

nak tanya kat paris stay apartment mana?

Unknown said...

www.parisairportransfer.com/
http://www.parisairportransfer.com/en/shuttle-service-transfer-Orly-Roissy-CDG-Paris-Beauvais-Disneyland-park-train-station.html
http://www.parisairportransfer.com/en/transfer-shuttle-service-transport-paris-airport-transfer-CDG-orly-beauvais-shuttle.html
http://www.parisairportransfer.com/en/service-transfer-service-private-airport-shuttle-transport-private-paris-airport-transfer-CDG-Orly-Beauvais.html
http://www.parisairportransfer.com/en/reservation-taxi-airport-roissy-charles-de-gaulle.html

nasash said...

replica bags paypal accepted replica hermes bag m9i03m2p49 replica bags bangkok replica bags near me website here x1t76r2z15 replica bags toronto image source w3e94o8d36 good quality replica bags replica bags hong kong