Showing posts with label Weddings. Show all posts
Showing posts with label Weddings. Show all posts

Tuesday, October 20, 2009

Ganu Kite...

Sabtu 17.10.2009
Minggu lepas pegi ke Kuala Terengganu, hantar mempelai. Kami bertolak ke Ganu hari Jumaat lepas. Perjalanan dari KL-Ganu dalam 7 jam lebih jugak, kalau tak berhenti rasenya dalam 6 jam ++ dah boleh sampai agaknya...Trip kali ni cuma disertai oleh saudara mara, geng2 travel kitorg tidak turut serta..Makanya, aktiviti pun tak berapa banyak la.. 3 hari di sana, kitorg sempat la bawak mak-mak saudara dan nenek kitorg pergi jalan2 kat Pasar Payang. Bagi diorg best la kot pasar payang tu, tapi bagi aku, cam biasa jek, orang jual kain baju, dan barang2 kraf yg boleh didapati di KL juga. So tak de la excited sangat.
Selepas majlis menyambut menantu Sabtu tu, sebelah petangnya, kitorg pergi melawat Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam ni cuma ada di Terengganu je, mana2 tempat kat dunia ni memang tidak wujud. Baguskan? Ni antara attraction yang paling menarik sekali di dalam K.T nih, bagi aku la.



Kat sinilah terletaknye monumen-monumen Islam diseluruh di dunia, termasuk la Istana Al-Hambra yang terletak di Spain, Taj Mahal di India, Kubbah As-Sakharah di Palestine, Masjid Al-Haram di Mekah. Walaupun miniature, tapi cantik, minature ni dibuat sebijik seketul macam yang original punya.

Teruja aku tengoknya. Maklum la, nak tunggu pegi miniature park kat France, cam lambat lagikan, so dapat pegi yang ni pun, dah cukup bagus sangat.

Tapi dalam keseronokan, tiba2 je pulak cuaca mendung, adeh..ni yang aku lemah nih..Tengah ari tadi bukan main panas lagi...ish ish ish..Mendung pun mendung la..janji ada gambar..sigh..
Sampai waktu Magrib, kami terus pergi solat di Masjid Kristal yang terletak tidak jauh dari Taman Tamadun Islam tu..Sebenarnya malam sebelum tu, dah pegi sini dah, tapi diorg plak tak de pasang lampu-lampu kat kubah tu, so tak de la nampak menarik sangat. Nasib la malam ni diorg ada pasang, lepas solat, terus buat aktiviti photography, tak de tripod pun bantai je la dengan ape yang ada. Janji ada gambar kan..heheheh..





Buat aktiviti bersama warga emas ni, agak meletihkan jugak..Bukannya letih ape, jalan pun kena slow2, kalau kitorg jalan laju kang, tertingal plak..heheheh..pastu aktiviti tak leh la yang extreme2 sangat, nak rushing ke sana sini pun tak sesuai..huhuhuh..kesabaran je la..Nak balik lewat malam pun tak sesuai jugak, sebab diorg dah penat, so tepat jam 9 malam, kitorg dah sampai ke homestay tu. Mandi manda dan berehat, sebab esok (Ahad) dah nak balik KL.

Ahad 18.10.2009
Hari ni, kami bertolak pulang ke KL seawal 9 pagi. On the way balik, singah sebentar kat tepi2 jalan tu, sebab nk beli keropok lekor. Tak lengkap rasenya kalau pegi ke Ganu tak beli keropok. Murah, rasenya pun lain dari beli kat KL. Paling best nye, kedai2 ni, terletak kat tepi laut. Cantik plak tu lautnye. Emm best lalu kat sini, maklum la view cantik..
Tanpa buang masa, kami teruskan lagi journey balik ke KL. Lalu la Dungun, Paka, Kerteh, Chukai, tak lama pas tu, masuk la ke Cherating Kuantan dah..Fuhh lega rasenya dah masuk sini. Pas ni lalu highway je la. Leh bawak laju sikit. Tapi sebelum tu, aku tergatal ajak Cawan singgah kat Cherating, sebab hari masih pagi lagi, baru pukul 11 pagi. Hari tu pegi dah lewat petang. Kali ni baru la nampak Cherating yang sebenar....




Baru aku perasan air kt Cherating ni jernih jugak. Cuma tak berapa biru sgt je. Tapi bersih laaa..Rase nak mandi, tapi tak bawak baju mandi pulak. Eiiii geram betul rasenye..Cawan pun macam teruja rase nak mandi..Tapi mengenangkan hanya aku, Cawan dan si kecik Maisarah tu je yang nak mandi, terus batalkan hasrat murni kami, mesti opah aku bising2 nanti, so tengok je la air tu.eiii geram!! geram!!..(Biq..next trip ke Cherating je lah!!!)
Tak lama di Cherating, dalam 30 minit je, kami sambung perjalanan ke KL. Dah masuk highway, semua sedap tidur, ngn aku2 sekali tidur. Berhenti makan sekejap kat R&R Temerluh untuk makan tengahari, hampir 2 jam 30 minit di atas jalan, akhirnya tepat jam 5.20 petang, kami selamat sampai di rumah...emm lega..

Rasanya pas ni macam nk buat roadtrip ke Ganu lagi lah..tak puas nak jalan2..especially pantai2 kat ganu dan juga PULAU2 kat sini..JOM KE GANU GENG!!!!!

Monday, October 12, 2009

Lane & Maliki - 10.10.09

10.10.09 - Tiga dalam satu..

Majlis bermula dari jam 11 pagi..

Pelamin buatan sendiri..abaikan ketidakseimbangan segala material yang berada di dalam gambar..hehehehe..

Majlis pertunangan di waktu pagi..

Majlis Akad Nikah di waktu petang, selepas waktu zohor. Sekali lafaz je, aku sendiri tak sedar time bile Maliki lafaz, tau2 dah sah je, padahal aku pun nyibuk duk celah tu..hehehehe..

Pelamin di dewan..Kami la yang buat sendiri hehehe..acah je!!!

Majlis bersanding di malam hari..

Icam and the gang, bersuka ria tanpa segan silu..

Majlis bersurai tepat jam 11 malam..balik rumah, semua terbongkang, tapi best, sebab tiap2 malam sebelum majlis berlangsung, bergosip sesama mak saudara dan cousin2..hhuhuhuh meriah..