Showing posts with label Shizouka & Yamanashi Prefecture. Show all posts
Showing posts with label Shizouka & Yamanashi Prefecture. Show all posts

Wednesday, January 8, 2014

Yamanashi: Mt Fuji & Lake Kawaguchiko

Program hari ni adalah paling santai sekali, nak jalan-jalan di sekitar Lake Kawaguchiko dan pandang Mt. Fuji puas-puas, jadi pagi tu lepas Subuh kitorg tarik selimut balik, bukak tingkap kasi udara sejuk masuk dengan view Mt Fuji yang super besar gedabak. Cawan macam biasalah, mesti nak tengok tv rancangan iklan jual barang dia tu, dan aku pula goyang-goyang kaki dalam selimut sambil main wasap dengan kengkawan yang jauh diperantauan, seharian tak wasap rindu sangat aih hehehe.


View dari bilik kami di Kawaguchiko Station Inn yang terletak betul-betul depan Mt Fuji dan Kawaguchiko station..sibuk je tiang lampu tu! eiii

Berjaya jugak keluar dari bilik walaupun rasa malas yakmat sebab rasa nak tidur je dalam selimut tebal tu ha..ishhh. (Gambar tiang jam depan station Kawaguchiko)

Mula-mula ingat nak jalan kaki je pusing keliling Lake Kawaguchiko ni, sebab dalam map nampak macam ok je nak jalan kaki. Tapi bila mengenangkan hari ni nak bersantai-santai tak nak mengabiskan tenaga, so kitorg cuma jalan sikit cuma sampai ke belah selatan lake saja. 

Yeayyyy!! dah sampai ke? belum..sila jalan kaki 5-6 minit lagi..

Sekali lagi yeayyyyyy!! dah sampai lake..tapi bukan di sini kami nak menikmati Mt Fuji tu, sebab sekarang ni Mt Fuji masih dibelakang kami. Kena ke arah utara lake ni baru leh nampak Lake Kawaguchiko ni berlatarbelakangkan Mt Fuji. Lake Kawaguchiko ni adalah diantara Fuji 5 lakes yang famous dengan view Mt Fuji ni dan Lake Kawaguchiko ni lah yang paling mudah nak dijelajah dan senang nak cari tempat penginapan berbanding lake yang lain tu. 

Kalau siapa yang sukakan cabaran yang luar biasa nak menguji kekuatan mental dan fizikal, boleh la cuba lake Saiko dan masuk ke Aokigahara, iaitu hutan tempat orang bunuh diri tu. Tempat ni memang popular la untuk orang nak bunuh diri kat Jepun, dari tahun ke tahun, statistik orang bunuh diri semakin tinggi katanya. Daripada cerita dari brother yang kitorg lepak kat pantry tu semalam, ada yang siap bawak khemah dan segala bekalan, sebab orang tu tak sure lagi nak bunuh diri ke tak, so orang tu akan stay la dalam hutan tu sampai habis makanan, kalau orang yang nak bunuh diri tu bercadang masih nak meneruskan hidup, dikatakan peluangnya amat tipis sebab once dah masuk dalam hutan tu, sure susah nak cari jalan keluar. So adalah jumpa khemah kosong yang berpenghunikan tengkorak saja, yang tergantung dipokok pun ada, yang terjelepuk atas tanah pun ada. (Kalau curious sangat nak tengok tempat tu macam mana, boleh la google, tapi aku tak bertanggungjawab if korang ternampak benda-benda yang pelik, sebab aku dah tergoogle hari tu hehehe, warning siap2)

Ok, berbalik pada cerita kami yang nak jalan-jalan di Lake Kawaguchiko ni, sebabkan keluasan lake ni amat la super besar, antara lake yang lain, so kami patah balik ke Kawaguchiko station yang terletak lebih kurang 10 minit brejalan, untuk menaiki bus retro Fujikyu yang sangatlah comel tapi agak mahal iaitu Yen 370 (one way), walaupun distance yang kami nak pegi takde la jauh sangat.

Hotel kitorg menginap dan station Kawaguchiko kat bulatan biru tu, lake yang kami jalan kaki kat atas tadi yang ada 'X' merah tu, dan tempat yang aku nak pergi sebenarnya ialah yang dekat box Hijau tu.

Kalau ada banyak masa, aku rasa sesuai amik ticket yang 2 hari, so boleh la turun naik bas sesuka hati di sekitar lake ini dan kawasan sekitar yang lain. Tiket bas boleh dibeli masa dalam bas, atau pun di kaunter.

Ini nama station yang kami turun, kat sini kami nak ke Maple tunnel. (Momiji Kairo)

Bus retro yang kami naiki. Maple tunnel tu seberang jalan je dari tempat kami turun jap ni tadi.

Inilah dia maple tunnel tu, tempat ni free je nak masuk. Nasib baik banyak lagi daun-daun maple yang kemerahan dan keorenan, sebab kawasan lain disekitar Lake Kawaguchiko ni semua dah gugur dah...pheww nasib baik..


Tak de ramai orang sangat waktu kitorg kat sini, so sakan la mengambil gambar kan, best gile kot takde gangguan dalam lensa camera nih huhuhuhu

Daun maple yang masih kuning pun ada lagi kat belah dalam ni. Kalau disebelah malam pada musim autumn ni, diorg ada festival illumination, nanti pokok-pokok maple ni bersinar-sinarlah dalam kemeriahan lampu yang menyuluh. Kami tak sempat nak pergi malam tadi, sebab bas last ke sini pukul 7 petang tak silap! Nak naik teksi harganya 2000 yen, sangat tak berbaloi sebab dekat sangat.

Tidak ketinggalan aku pun nak posing di sini jugak hiks.. 

Serius lawa tempat ni di musim luruh, tak sure pulak macam mana maple tunnel pada musim lain..mungkin korang boleh cuba?

Cuaca hari ni sangat cantik, semalam kata hotel receptionist tu, satu hari mendung dan hujan di sini. Hehehe sebenarnya aku rasa bukan kat sini je hujan semalam, satu Japan kot, aku sendiri dah terkena di Takayama dan Shirakawago semalam. Tapi nasib baik hari ini kembali cerah! Alhamdullilah.


Gambar macam ni lubang hidung pun tak nampak..ish ish

Kon-kon putih tepi jalan tu, adalah lampu yang berserkup dengan kertas, untuk festival illumination tu lah. 

Sebenarnya maple tunnel tu takde la panjang sangat pun, yang buat kitorg lama kat situ, sebab duk amik gambar hehehe. Jom kita menyeberang jalan pulak, nak mengadap the Majestic Fuji-san pulak hehehe..

Duduk kejap nak merehatkan kaki sambil tengok ke tasik.. Kat tepi-tepi jalan besar ni ada macam pasar pagi yang jual makanan, bau sangat sedap, kalau halal dah lama boleh picnic kat tepi lake ni.

Pokok kat sebelah lake ni dah banyak yang togel. Tapi takpe lah, janji Mount Fuji jelas kelihatan. Bukan senang nak tengok Mt Fuji terang-terang macam ni. Tipsnya kalau nak tengok Mt Fuji sejelas ini, adalah kena ke sini di musim sejuk (winter) sekitar bulan November - February. Peluang sangat tinggi di musim sejuk berbanding bulan lain, sebab Mt Fuji ni pemalu kekdahnya. 

Kalau ada duit lebih untuk dilaburkan, boleh la sewa sampan/boat untuk pusing keliling lake ni. Aku takde, so terpaksa jalan kaki je hehehe.

Bertemu juga kita wahai si gagah perkasa hahaha.. tak perlulah aku nak cerita panjang pasal mt Fuji ni, korang cari sendiri la segala info, sini bukan wikipedia okayyyy!

Kalau korang tak gemar aktiviti jalan-jalan amik gambar dan bersantai macam aku ni, ada banyak lagi benda lain korang boleh buat disekitar kawasan lake ni, dekat-dekat sini ada macam-macam jenis musium, taman-taman, onsen, cable car, temple dan theme park FujiQ. Kalau rasa nak shopping, kena la pegi jauh sikit ke Gotemba tu, kat situ ada premium outlet. Mohon cari map sendiri, aku bukan kedekut nak share, tapi aku malas nak tepek sini, sebab aku kena google balik webpage tersebut. 

Niat dihati sebenarnya nak bangun sebelum subuh tadi nak amik gambar sunrise kat tasik ni (tinggi sangatkan cita-cita aku??), kengkonon nak dapat gambar reflection macam yang kami ambil di Lake Matheson New Zealand dulu. Tapi malangnya, lake pun tak berapa tenang. Lagipun, kan ke tadi sambung bergulung dalam selimut lepas subuh? huhuhu..lain kali je la, aku tak segigih tu! Ni dapat reflection sesikit macam ni pun jadi la.


Dalam sedar tak sedar, tau-tau je kami dah semakin jauh dari bus stop no 18 tadi (refer map di atas), lepas ni kami nak balik ke Shinjuku, Tokyo pula. Selamat tinggal wahai si gagah perkasa, terima kasihla sebab sudi tayang dirimu yang sangat cantik dan sempurna tu, subhanallah. Terus kami tuju ke bus stop no 15, dengan harapan murah la sikit tambang bas nak balik ke Kawaguchiko station. 

Jom balik Tokyo...

Hotel cum apartment kecil kami terletak berdekatan dengan Shinjuku station, dan Takashimaya Times Square, nak cari tu sedikit tricky, sebab kena lalu jalan-jalan kecil celah bangunan. 

Saspen tengok rupa hotel dari luar macam ni..tapi sebenarnya hotel ni cum gallery barang-barang art dan antik.

Misi kami sebaik tiba di Tokyo adalah yang pertama, check in hotel, keduanya pergi ke Akihabara (takde dalam plan asal, tapi terpaksa pegi jugak atas sebab tertentu hehe) dan yang terakhir sekali nak mencari mesin ATM yang boleh withdraw duit sebab cash dah semakin tipis. Tapi semua cerita tu aku akan share dalam entry berikutnya..sekian untuk kali ini. 

Yang pastinya hari ini sangat best, sebab jalan santai-santai, sambil sembang-sembang dengan si dia tersayang pasal plan masa depan bersaksikan Mt Fuji, gunung tertinggi di Japan (wah dramanya!), dan view yang cantik dengan diselang seli dengan aktiviti petik-petik camera..awesome sangat aih!