Wednesday, February 12, 2014

Ini Pasal Aqilah


Puting
Daddy selalu pesan kat Aqilah yang dia dah besar (dah 3thn 7bln), tak payah hisap puting dah. So satu hari tu..
Aqilah: Mummy, Aqilah dah besarkan? tak payah isap puting kan? (sambil pegang puting dia)
Mummy: Ha a Aqilah dah besar...tak cantik la isap puting..
Aqilah: Ok Aqilah nak buang ye puting ni? 
Mummy: Nak buang? ha pegi la buang..
Aqilah: (terus pegi ke dapur, dan campak puting dalam tong sampah)
Mummy: Yeah..pandai Aqilah buang puting..hi 5!
Sejam kemudian..
Aqilah: Mummy, nak puting..(mode nak tidur..)
Mummy: Eh tadi kan dah buang dalam tong sampah? kalau Aqilah nak puting, pegi ambik sendiri dalam tong sampah ye? mummy takut la ada ulat kat situ..eee
Aqilah: (terkebil-kebil serba salah pandang muka aku, nak amik ke tak..barangkali dia menyesal pegi buang puting dalam tong sampah!)
Last sekali dia tidur tanpa puting..pheww..Alhamdullilah sampai hari ni dah tak minta puting dah..

Nama
Daddy: Aqilah tau tak apa nama daddy & mummy?
Aqilah: Apa?
Daddy: Nama daddy Mohd Faizul, nama mummy Nazirah
Aqilah: (cuba repeat nama yang disebut) 
Daddy repeat sekali lagi Mohd Faizul dan Nazirah
Aqilah: Oooo Mohd FAIZU nama daddy...nama mummy NAZIRAFFF..
Mummy: BUKANNNNN..bukan FAIZU..FAIZUL, nama mummy bukan NAZIRAFFF..NAZIRAH!
Aqilah: ok (tak nak repeat dah..annoyed la tu)
Mummy: Nama Aqilah apa?
Daddy tolong jawab, Nur Aqilah
Aqilah: (kerut dahi macam tak puas hati) tak nak! kenapa nama Aqilah takde Muhammad? (tone marah)
Daddy: Muhammad nama lelaki..
Aqilah: Nak Muhammad jugak (masa ni dia dah nangis dah hahaha)
Mummy: Ok la..ok la..Muhammad Aqilah! 

Duit
Hari minggu lepas kitorg pegi Festival City sebab nak pegi potong rambut Aqilah. So lepas tu jalan-jalan la dalam tu, dan masuk Speedy, dalam ni yang herannya ada jual toys macam-macam jugak..
Aqilah: Wahhh banyaknya mainan..(sambil berlari ke arah mainan)
Mummy: (berdoa dalam hati jangan la anak aku nak mintak mainan ni..ya ampun)
Aqilah: Mummy tengok ni, ada monster, wowww ada hello kitty..tengok ada planes jugak! (excited abis muka dia)
Mummy: Iya..hmmm (mode kak Anash jawap peminat)
Aqilah: Aqilah nak yang ni la..(sambil tunjuk Barbie)
Mummy: Yang ni? (aku capai Barbie yang tersergam indah dalam kotak tu..gulp..RM59! matilah aku huhuhu, Aqilah tengok je aku belek kotak tu, lepas tu dia cakap..)
Aqilah: Hmm tapikan mummy..Aqilah tengok harga kat sini MAHAL la..mahalkan mummy? semua dekat sini mahal..

Ha dia kata mahal! terus muka aku bersinar bercahaya macam tak percaya dengar perkataaan mahal keluar dari mulut dia!
Mummy: Ha a..memang mahal..mummy pun tak bawak duit banyak..sikit je ni, duit mummy boleh beli ais krim je ni..kalau beli Barbie, nanti tak boleh makan ais krim..(mengambil kesempatan diatas situasi ini)
Aqilah: Mummy letak balik Barbie tu, nanti kita amik duit kat rumah kita..Aqilah ada banyak duit dekat rumah tu..
Mummy: (WTH! mana pulak dia ada duit banyak dalam rumah) Duit Aqilah ada kat rumah? dekat mana?
Aqilah: Tu yang dekat dapur yang ada pokok banyak duit tu (refer to pasu pokok plastik yang penuh dengan duit syiling huhuhu)
Pokok duit kata Aqilah hehe

Mummy: Oooooo (antara nak tergelak dan terkejut bila dengar dia mengaku tu duit dia...jenuh mummy kutip duit dari suar daddy nak penuhkan pasu tu, suka hati dia jek! cisss)

Bulan 
Di satu waktu senja lepas balik makan di MC Donald..
Aqilah: Daddy tengok!!! (sambil tunjuk jari ke langit)
Daddy: Apa?
Aqilah: Bulan dah bukak lampu la!! (muka ceria gila, sengih kembang kempis konon-konon satu penemuan bertaraf National Geographic la tu hahaha)...

Aku pun hanya mampu gelak je la sebab macam tak sangka dia nak cakap bulan dah bukak lampu! kekekeke

Camera
Aqilah ni kitorg tengok sangat berminat ke arah photography hehehe. Satu hari tu, beg camera tu ada kat atas lantai kat dalam bilik, tak sempat nak simpan dalam almari lagi, bila kitorg solat, time tu la Aqilah bukak beg dan keluarkan camera tu, siap bukak lens cap, dan reti on yang mana untuk amik gambar! Tup tap tup tap dia snap sana sini dalam bilik tu. Lepas solat..
Daddy: Aqilah, elok-elok la pegang camera tu, tangan Aqilah kecik nak pegang camera tu..nanti jatuh, abis rosak..
Aqilah: Aqilah tau..Aqilah nak amik gambar macam daddy tu..
Cawan pegi ke drawer, dan keluarkan camera compact Lumix lama kitorg. 
Daddy: Nah.. Aqilah pakai yang kecik ni, boleh amik gambar jugak..(daddy cuba pujuk Aqilah)
Aqilah: Tak nak..Aqilah nak camera yang BESAR dan HITAM macam mummy dengan daddy tu..
Daddy: Camera tu berat nanti..(daddy cuba pujuk, sambil telan air liur, terpisat-pisat mengenangkan shutter count dia yang dah semakin berkurangkan dikerjakan Aqilah hahaha)
Aqilah: Nak juga..nanti daddy beli untuk Aqilah ye? Aqilah nak yang macam ni..(tunjuk kat D90)
Daddy: Ok nanti kita suruh mummy beli.. Aqilah mintak full frame terus kat mummy ok? ok? (ada mode ambil kesempatan di situ)
Mummy: Eh!

So sehingga hari ni dia duk usung Lumix tu merata-rata, pegi makan kat restoran pun dia bawak, pegi main pun bawak, last sekali aku tengok camera tu dalam bekas mainan dia dalam tupperware! tak tau la kot-kot dia buat tu dry box untuk simpan camera ke hapa ke heheheh..haih macam-macam.. Semoga jadi photographer tersohor la hendaknya dah besar nanti..

16 comments:

Irfa said...

aqilah
cerdik budaknya
anak sulung akak penah isap puting masa kecik, tp dia sndiri buang dr umah mentua tgkat 16, otomatik stop puting
hihi

syieda said...

Olololo..
Cute je aqilah cakap bulan bukak lampu. Hehehe

Anash said...

belum masuk kisah aqilla tunjuk gambo masjid dan kata...
"this is mosque. Lailahaillallah...."

that's cute....

sila 'adakan' another aqilla jr please...kiki

*ada plak petik nama akak dalam entry nih?*



mrs said...

Aqilah yang comel...aqilah yang bijak!
Terhibur membaca entry nie...

Unknown said...

Irfa: Lega rasanya bila diorg sendiri yg decide tak nak isap puting kan hehehe..

Syieda: Hehehe

Kak Anash: Ada ke dia ckp pasal mosque? saya tak perasan masa bila..huhuhu mohon akak beri keterangan lanjut, saya harus documentkan pekara ini. TQ

Mrs Smile: Alhamdullilah, semoga dia terus BIJAK dunia dan akhirat.

Ann said...

ala..tomelnye aqilah...smart girl

Naramas Aman said...

Ha ha ha...lawaklah cerita Aqilah ni..buat saya senyum hari ini.
Kecik-kecik dah pandai nilai duit, dah pandai buang kebiasaan yang tak diperlukan dan dah mula tunjuk bakat kemahiran/mewarisi bakat ibunya :) Semoga jadi photographer yg berjaya.

Anash said...

ada na...
masa akak datang dari opis makan pizza...tak jadi makan di hayaki..
john bawak duit syiling???


ingat?
ingat???

just.HY said...

alolololo comeynya aqilah! hahah ce post video aqilah sebut oh my god tu. hiks.

Rafidah said...

Kelakar gila baca story Aqilah. Mcm nak mintak autograph je dgn Aqilah sebab dah berjaya buat sy ketawa mcm tgk Running Man. haha. Owh Aqilah, jgn membesar cepat sgt!

Biqque said...

hahahahahahaha i suka part bulan bukak lampu tu! harap2 sok kakak aqilah boleh mengajar baby auntie biq ye dalam pelbagai bidang terutama travel, posing dan fotografi :)

moga aqilah menjadi anak yg solehah (soleh pun boleh sbb nama muhammad kan hahaha) aminnnn!

tak sabar nak tunggu adik aqilah...nexttttttttttttt!

Ren said...

"OMG So beautifull!" kata Aqilah..

Hahaha

Wafiq Legacy said...

Comel! =)

MasZuber said...

Aqilahhhhhhhh!!!!!

Ok tu aje, no words can describes how i adore her

Kuronofu91 said...

Best post ni..simple dan lawak !!!

Lily Riani said...

she left you wondering heh! hhehehhe... apa2 pun bag i bagi masuk blog, sila tag saya.