Tuesday, February 4, 2014

Tokyo: Asakusa & Ginkgo Avenue (Icho Namiki)

Asakusa & Sensoji Pagoda

Alhamdulillah, lega hari ni cuaca dan keadaan di Tokyo, semuanya ok, bukannya apa, sebab malam tadi ada terjadi satu kejadian seram suam-suam. Waktu kejadian tu dalam jam 3 atau 4 pagi. Aku terjaga dari tidur sebab rasa katil bergoyang. Dalam keadaan mamai antara sedar tak sedar, aku terus bangun terduduk sambil pandang hujung katil! Tak tahu la kenapa, tapi dalam kepala otak aku ni, duk pikir hantu Ju-On datang menyerang!! huhuhu..lama aku tenung hujung katil dalam samar-samar cahaya dari bilik air tu. Wah macam berani je nak tentang mata dengan Ju-On kan? 

Aku gerak Cawan kat sebelah.."u bangun..bangun.." aku goncang dia kuat sikit. Bila Cawan bukak mata, dia diam, tak cakap apa, dia tenung aku. Aku pun tenung dia dan diam. Tak cakap apa-apa, mungkin kitorg tengah cuba digest apa yang berlaku. Katil masih bergoyang. Aku terus tengok beg camera, dan beg yang berisi wallet, purse, handphone kitorg semua. Pastu tenung kat diri sendiri..ish kenapa la aku tidur malam ni pakai macam ni??!!! Ni nak lari pun malu orang tengok nanti, hahaha..

"u..." aku sergah Cawan sebab tengok dia diam je. Cawan respon "Takde apa ni..insya Allah takde apa..dah pegi tidur balik" TIDO BALIK? KATIL BERGOYANG NIH!!!.... aku bangun intai kat tingkap, kot ada orang lari ke apa ke..tapi takde. Hmm.. aku pasrah dan baring balik. Lepas tu aksi katil bergoyang mula surut dan hilang. Tau-tau je lepas tu, aku leh tidur dengan nyenyak macam takde apa berlaku huhuhu..

Lepas subuh aku pegi google "Japan Earthquake updates". dan hasilnyaaaa tadaaaaa..

Lokasi earthquake 27 KM dari East Tokyo..magnitude sebanyak 5.0, kami pula waktu tu di sebuah hotel di Shinjuku. phewwww.. Syukur semua ok.

Lepas breakfast, kitorg pegi withdraw duit dulu, sebab cash dah makin susut. Dalam banyak-banyak ATM machine yang ada kat Tokyo ni, hanya JP Post je yang accept foreign card. Rasa nak menari je depan ATM tu bila tekan 20,000 yen, tet tet tet...tup tap tup tap..nampak duit kertas Yen keluar dari situ..omg rasa bahagia betul waktu tu hehehe.

So apa lagi..jom kita ke Asakusa untuk tengok temple yang famous sangat kat Tokyo tu dan shopping! Jom layan gambar..takde story lain dah aku nak cerita.



Cuci mata dulu tengok apa yang boleh dibeli..mood berphotography pun belum mari, sebab ramai sangat orang kat sini, aku tak jadi tak reti nak amik gambar cam mana tah..



Gambar patung buddha ni yang aku amik first sekali. Nak test mood dah mari ke belum. Cawan entah hilang ke mana. Ok jom la buat hal sendiri, kang pepandai la nak cari suami/isteri memasing. Kitorg memang macam tu, pegi travel ke mana-mana, dah sampai tempat tu, tau-tau masing-masing hilang sebab masing-masing ada taste sendiri nak gambar macam mana.

Sensoji pagoda oleh 50mm.




Daun ginkgo yang maha kuning keemasan. Sangat cun berlatarbelakangkan temple dan langit yang biru tu.


Bakar jangan tak bakar..hehehe..moga doa korang termakbul hehehe


Abang 'beca' tengah cari pelangan.

Tokyo Skytree kelihatan dari jauh. Kitorg tak pegi pun ke skytree tu, sebab nak ke observatory yang lain malam ni nanti.

Lepas masing-masing puas amik gambar, barulah kitorg shopping. Banyak jugak yang dibeli, FM, mochi untuk adik aku, dan yang lainnya semua untuk Aqilah dan sedikit untuk kawan-kawan kt office jugak. Puas hati! 

Ginkgo Avenue (Icho Namiki)

Seterusnya dari Asakusa tadi, menaiki subway dan turun di station Aoyama-Itchome. Lepas tu kena la jalan sikit ke Ginkgo Avenue tu. Ada apa di sini? Takde apa sangat, kecuali deretan sejauh 300m Ginkgo avenue yang kuning keemasan.


Inilah rupa deretan pokok Ginkgo yang famous di Tokyo ketika musim luruh.


Aktiviti baling daun!

Dia pun nak jugak baling daun!!

Semuanya nampak kuning di sini. Atas jalan kuning, atas pokok pun kuning. Daun ginkgo ni ada mengeluarkan bau, tapi aku tak tau nak describe bau tu macam mana, korang kena try sendiri la nanti hehe


Aku suka semua benda di sini, rasa macam best je, dari pemandanganya, mood waktu itu, dan karenah orang ramai di sini. 

Andai kata korang berpeluang untuk datang ke Tokyo di musim luruh dan tak mampu untuk pegi ke Kyoto mahupun Korankei untuk menikmati musim luruh, tak perlu gusar..hahaha..di Tokyo pun ada spot-spot menarik nak tengok musim luruh. Cuma kena pastikan timing tu betul la, if awal sangat nanti pokok tu tak cukup kuning atau merah. If lewat pulak, takut dah togel pokok-pokok tu hahaha.

Budak happy dapat bergolek atas daun yang dah luruh.

Muka gebu macam pau! Padan muka diorg kena marah dengan mak diorg sebab bergomol ganas-ganas atas daun luruh tu hahahaha..


Best betul tengok mak-mak budak ni lepak kat restoran, sambil anak dilepaskan bermain di bawah pokok ginkgo. Dah la tempat ni tepi jalan utama je, sibuk plak tu. Tapi diorg rileks je, mungkin kat negara diorg takde episod-episod ngeri dan saiko yang kidnap budak-budak kot.

Budak comel, tapi yang ni tak macam pau sangat. Dua tadi tu terlebih yis, sebab tu gemuk semacam je hahaha

Bench pun banyak kat sini, sesuai sangat kalau nak berpicnic berpayungkan dedaun keemasaan. 

Cuaca cantik..syukran! syukran!

Opposite site of Ginkgo Avenue.

Malam ni kitorg ada aktiviti lagi, tapi kami balik ke hotel dulu untuk merehatkan badan, makan-makan dan menunaikan yang wajib. Senja nanti baru keluar balik. Trip kali ni memang santai, sebab tu satu hari tak cover banyak-banyak tempat, yang penting kualiti bukan kuantiti hehehe..


Note: Semua aktiviti malam di Tokyo akan dikumpulkan dalam satu entry, sebab aku malas nak tulis panjang-panjang dalam entry lain hehe..harap maklum.


25 comments:

Anonymous said...

I thought I dengan FF je buat perangai, kalau gi satu tempat, selamba je boleh terpisah dua org. Masing2 ada own interest of subject kalau nak amik gambar. Rupanya dia pun sama. :D Dah penat, duk la mana2, InsyaAllah jumpa. Tapi sakit hati jugak kalau one of us ala2 lupa daratan tak ingat org lain bile amik gambar. Hahaha.

Your pix in Japan ni betul2 leh buat berdarah hidung! Dgn bokeh nya. Haih!

Unknown said...

Ya Allah Zara, i selalu ok bgaduh or merajuk ngn cawan time travel sabit amik gambar je, sb dia slow sgt! Kadang2 tah mana2 dia pegi.. Patu leh buat2 rileks mcm takde apa blaku😭😭😭 .. Tapi best kan pegi hal masing2 patu jumpe balik walaupn hati bnanah mahupn blubang kejap kekeke..

Nina Garcia said...

gambar lawa.... jelesssss sgt!!!

Ren said...

HaHaHa!!! Aku pon penah rasa yg earthquake tu byak kali keke tapi slambe je noleh tdo balik kan.

Cantiknya gamba! Mohon tunjuk ajar kekeke.

dzuchan said...

peh...kalau saya ada kat situ rasa nak join berguling2 diatas dedaun luruh itu...
cantik. cantik sampai melopong mulut

gambar2 ni mengingatkan kepada scene2 anime & drama2 jepun.

Azra said...

lawa gilos kat ginkgo line tu

Unknown said...

Berry: :D

Ren: Kannnn lagak gaya macam dh biasa je, padahal kalau betui2 jadi, aku tak tau la mana nk lari tah kekeke..

Dzuchan: Boleh la cuba berguling nanti di bawah pepohon emas ni hahaha.. cer share drama jepun apa yg best ek?

Azra: :D

Mie said...

Dulu masa duduk Jepun sekejap, memang selalu rasa gegaran ni. Sampai dah macam terbiasa pulak. Ada tikanya tak sedar langsung, tau2 bila bangun pagi barang2 dah berselerak jatuh kat dalam bilik...

Foto2 semuanya sangat ohsem... taihen kirei...

syieda said...

Entry ni simbol kekayaan..sebab banyak kaler kuning. Hihihi

dzuchan said...

genre cm mana yg u suka? hehe
kalau mystery saya suggest kazoku games.
kalau romentik saya suggest shitsuren chocolatier (ni drama2 latest la). kalau all time feveret mestilah My boss my hero,Hana Yori dango dengan Honey and clover.

akcelli, ni drama2 yg pelakon dia hensem sajorh haha

mrs said...

subhanallah cantik giler gambar-gambar..

gigil kakitangan nak pegi sana...malang sangat tabung belum penuh huuuh!

Sifu Sempoi said...

Really miss Asakusa... Really miss Japan. In all my travel i still miss Japan the most.

Btw, leh cite sikit pakai Nikon apa dan lensnya... cantik gambar :)

Unknown said...

Mie: Hahaha tu dia, sampai dah selerak baru sedar ada gempa! tabik la kekeke..

Syieda: Ha memang betul pun!

Dzuchan: Ok nanti nk pegi cari citer u mention nih hehehe.. dah lama tak layan citer jepun, zaman2 uni dulu selalu gak la..

Mrs Smile: :)

Hafiz: Hahaha AirAsia ada utk melepas rindu pada Japan.

Nikon D90, lens nikkor 50mm & 18-200mm :)

PaE said...

Santekk la... baby pipi gebu ekk terlebih yis.. kikikiki.. susu formula dorang terlebih formula..

Anash said...

ok na.
kompom
pasnih
sila ajak akak plak bila pi bercuti!!!!!!!!!!!!!

(oh tabung arnabku yang ringan)


Biqque said...

i pun dulu rasa gegaran sbb daun pintu n tingkap tu kayu...gerun ok!

gambar cun vavavom sgt! mohon trip dgn i supaya gambar i juga cun2 hahaha!

so far kitorang berdua laki bini kalo jalan takde lagi la terpisah...kalo terpisah mampos aku tatau mana nak jumpa balik hahaha!

Azra said...

Chawanna, boleh bagi exact date ko kat Tokyo ni? aku nak bajet2 date kot2 la nak terrrrbeli tiket ke sane time autumn plak... hehehe

Unknown said...

Iza: hehehe

Kak Anash: Baiklah, saya akan pastikan akak tak kan menyesal hahaha...

Biq: Haih memasing camera lagi canggih pun nk suh orang lain amik gambo??

Azra: Aku di Tokyo pada 28-30 November 2013. Tokyo autumnya lambat sikit, best bet dari research yg aku buat adalah late November to early Dec. Begitu jugak di Kyoto dan kawasan seangkatannya :D

Azra said...

Chawanna, info yg padat ... mood berangan autumn is ON! :D

Orga said...

cantik giler na, kekuningan theme kalini. pandai korang pilih date...kena tanda dalam kalender ni kalau niat nak pegi time autumn, hehe...

Unknown said...

Azra: Ha cantek la tuh!! :D

Orga: Tanda jgn tak tanda ;p

Irfa said...

semuanya nampak cantik

sarah said...

seronoknya kalau dapat ke jepun...

nanadhoi said...

comel gilaaa bebudak tu! tembam tembam hihhi

Anonymous said...

curry 6
yeezy wave runner 700
authentic jordans
off white jordan 1
goyard bags
supreme hoodie
kd12
goyard bag
moncler jackets
adidas yeezy