Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya kat korang semua kan..so aku nak amik kesempatan di entry ni nak wish semua orang selamat hari raya, dan jugak nak mintak ampun dan maaf pada korang semua kalau ada tercakap, termakan, tersakit hati dengan kitorg sekeluarga :)
Tak banyak cerita sangat nak kongsi..gambar raya pun tak banyak, balik-balik muka kitorg je, tu pun paksa-paksa diri untuk bergambar, sebab aku memang malas sangat nak bergambar kekdahnya..orang kata buat syarat je la kan hehehe..
Julung kalinya tahun ni first raya kitorg di Kuala Lumpur.. jadi lagiiiiiiiiiiiiiiiii la tak feel raya tu kan.. lepas solat raya, kami beraya di rumah mak saudara Cawan di Lembah Beringin, ya ampunnnn, jem kat highway dari KL ke Lembah Beringin ok! Lepas Zohor kitorg balik KL semula, dan kami suami isteri meneruskan perjalanan raya kami ke Lowyat gara-gara nak beli handphone baru katanya ishhhh ishhh..
Raya kedua baru balik Pahang, dan hari raya ke empat baru balik Ipoh. Ok la, jom tengok gambar yang ala kadar ni je..
Ok dah habis! Kbai.. (tengah pujuk diri untuk rajin tulis blog, jadi ini adalah entry permulaan, sila bersabar untuk entry-entry yang dah lama tertangguh tu hehehe)
Nota kaki: Teringat laksa mak aku raya hari tu plak time tulis entry ni..ya ampunnn menyesal tak makan bertubi-tubi..iskkkk...kena lobi mak mertua buat laksa pulak la macam nih...
Nota kaki: Teringat laksa mak aku raya hari tu plak time tulis entry ni..ya ampunnn menyesal tak makan bertubi-tubi..iskkkk...kena lobi mak mertua buat laksa pulak la macam nih...
10 comments:
selamat hari raya chawanna,, gambar raya semua cantik,,,
slmt hari raya
comeynya anak dara tu ;)
amboihhh aqilah, tingginya angkat tangan. pakai deodorant tak? hiks.
Cantiknya baju kurung Aqilah berbaju biru hehehe.
Aqilaaaaaa....
nak duit raya tak?
hahaah
wahhh dah upgrade! raya pertama pegi low yat uolsss! hahaha...
selamat hari raya, maaf zahir batin. bila nak jumpa???
Lowyat bukak eh raya 1st? Wahh!
Selamat Hari Raya Chawana..comelnya anak dara berbaju biru tu geram MS tengok!!
Antik Aina: Selamat Hari raya!!
Irfa: Heheheh..payah tu nk suh dia duk diam amik gambar..
Henry: Aqilah ketiak wangii..ikut keturunan mak dia katanyeeee
Janggel: Cantikkan? opah Aqilah beli kat Giant baju tu, RM19 je katanya hehehehe
Kak Anash: Mesti la nak, tak capai KPI lagi duit raya thn ni hahaha
Biqque: Jusco Ipoh tak main dah ngeh ngeh ngeh..ahad ni jumpe! Selamat hari raya..
Nily: Bukakkkkkkk..nanti cube laaa
Mrs Smile: heheheh selamat hari raya jgk!
Comelnya aqilah..:-) mama aqilah chubby sket, msti byak mkan kueh raya .
Post a Comment