Rabu, 8 September 2010
Bergerak ke Ipoh pada jam 12 tengahari, tiba di Ipoh hampir jam 2.30 petang (uweeeeeeeeeee bestnya dah sampai Ipoh, kampung halamanku). Perjalanan ke Ipoh berjalan lancar. Sebaik lepas tol Ipoh Selatan, cik Totty (Muni) message bagitau yang diorg tengah busy shopping baju raya untuk Icam di Ipoh Parade. Huh...tanpa buang masa, terus kitorg belok dari traffic light depan dewan Risda tu, menuju ke Ipoh Parade...
Shopping sakan la Icam dan Muni. Tapi Icam dah tak boleh pakai baju saiz budak-budak lagi, kena pakai saiz adult, sebab badan dia dah BESARRRRRRRRR.. (kata puasa, tapi gemuk jugak!!!)
Selesai aktiviti bershopping, aku secara baik hati, meng'offer' nak belanja diorg buka puasa. Icam la yang paling excited sekali. Mula-mula ingat nak makan buffet kat restoran Laksamana Cheng Ho, tapi setelah melihatkan menu nya yang ala kadar, dan harga yang tidak berpatutan, langsung kami cancel.
Icam beri suggestion untuk makan kat Hotel Syuen (suka hati je budak tu, ingat aku cop duit agak nya!!!). Aku mintak suggestion lain lagi, dia suruh pegi Impiana Casuarina pulak dahhhhhhhhhhhhh (eeeeeee sekali lagi, dia ingat aku kaya kot!!!) Icam sanggup masuk dalam hotel dengan pakai selipar Crocs dia tu, semata-mata nak tanya harga buffet..huhuhuh..(sungguh bersemangat, tapi aku dah terangkan kat dia, budget aku ciput, tapi dia degil jugak nak tanya, katanya kot2 la murah Yona oi..)
Akhirnya, Seri Malaysia juga, yang menjadi pilihan, harga seorang dewasa cuma RM 32 nett, budak-budak pulak, RM 17. Booking untuk 7 dewasa dan 1 kanak-kanak, baby Aqilah tak kira..Makanan nya boleh la tahan, banyak juga choice. Walaupun tak setanding makanan Impiana Casuarina, tapi semua puas hati dan kebuntatan selepas makan, yang penting kemeriahan berbuka puasa sesama ahli keluarga tu. Alhamdullilah....
Khamis, 9 September 2010
Hari untuk shopping lagi hehehe. Kali ni nak cari baju untuk aku dan Cawan. Susah betul la kitorg nih, memang suka last-last minute beli baju (baru la terasa kemeriahannya). Maka ke Greentown Mall lah kami pagi tu. Jenuh juga nak cari yang berkenan, setiap baju yang ada kat kedai mesti ada manik dan labuci..ee so not me la..geli betul la nak pakai, macam orang nak pergi dangdut pun ada pakai baju sarat dengan manik dan labuci tu (nak muntah hijau). Setelah buat tawaf hampir 3 kali kat situ, akhirnya dapat juga baju yang simple TANPA sebarang manik dan labuci yang lip lap lip lap tu..kus selamat!!! Lepas tu diteruskan lagi dengan mencari baju melayu si Cawan, nasib kejap je dah jumpa.
Untuk Aqilah pula, kami ke Kamdar, untuk beli kain baju kurung dia, sebab nak suruh mak aku tolong jahitkan. Ye, mak memang pandai menjahit, tidak seperti aku!!. Beli kain Japanese cotton tu 1 meter, murah je, warna latar putih, berbunga purple dan kuning2 sikit...heheh tak sabar nak tunggu hasil, mesti comel gila baju tu..
Malam tu juga mak siapkan baju cucunya si Aqilah..terima kasih mak..kena kasi duit raya lebih ni hehehe..
Jumaat, 10 September 2010
Hari ini 1 Syawal. Turun bawah tolong mak buat apa patut kat dapur tu, tapi sekejap je la, sebab Aqilah pun bangun awal. Tak sabar nak pakai baju kurung dia la tu. Subuh-subuh lagi, Cawan dah ambil camera snap muka Aqilah yang macam kura-kura comel yang blur (lihat gambar tengah dibawah hehehe, berkerut dahi sedang pikir pasal raya agak nya..)
Semua orang kat rumah tu pergi solat sunat Aidilfitri, kecuali aku, Muni dan Aqilah..So kami melantak la siap-siap pagi-pagi tu.. Tahun ni seperti tahun-tahun sebelum tu, mesti ada lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang. Makanan favourite aku tu...Yang specialnya, tahun ni lemang mak buat sendiri hehehe..tau-tau je aku ada nak buat photo challenge guna lemang hehehehe..
Selepas selesai aktiviti bersolat sunat di surau, maka bermula la aktiviti bergambar di pagi hari raya. Mula-mula setup tripod, al maklum la nak ambil gambar family ramai-ramai. Ya rabbi, punya la lamaaaaaaaaaaaaaaaa 'cameraman' nak setup itu ini..macam nak ambil gambar apa je, Aqilah pun sampai tertidur-tidur tunggu nak ambik gambar..eee kesabaran je la..
Hampir 20 minit menunggu, akhirnya, berjaya juga kami ambil gambar potret family..huhuhu meriah betul. Kebetulan pulak baju semua orang dalam tone yang sama. Aku dan Cawan tema color purple lagi tahun nih!!! Adoiiiii...
Tak sah raya, kalau tak kasi duit raya kat budak Icam dan Muni. Jadi lepas aktiviti bergambar, aktiviti kasi duit raya pulak. Emm suka sangat la diorg bab-bab duit ni. Muni suka sebab boleh guna duit tu untuk pergi Hong Kong, Icam pulak suka, dengan harapan berjaya kumpul duit untuk beli tiket ke Hong Kong!!! Hahahaha ada hati tu mau ikut kitorg pegi Hong Kong heheheh... Tidak dilupa duit raya untuk mak juga :D
Selalunya raya pertama, kami duduk kat rumah je, tapi tahun ni berbeza sikit, sebab kami yang pergi beraya..emm bestnya. So bergerak la kami ke kampung (dah lama gila tak balik kampung rasanya). So dapat la Aqilah berjumpa saudara mara kat kampung tu, duit raya pun dapat juga :D
Seharian juga lah kami beraya di kampung. Makan sampai terbungkang, memang tak hengat punya. Confirm la naik 5KG balik ni hahahah.... Dah alang-alang di kampung ni, aku dan Lane amik kesempatan la berphotography untuk menyahut cabaran photo challenge tu. Setakat nak cari sungai dan ayam tu, huh petik jari je..ada di depan mata hahahah (cewah berlagak!!)
Sepanjang hari kami beraya, si Aqilah ni tak buat ragam pun. Nasib la dia tak rimas pakai baju kurung tu, Tak rimas orang nak pegang dia ke apa ke. Elok je tersengih-sengih. Sekarang Aqilah dah pandai tegur orang, macam paham je apa orang cakap. Geram betul bila dengar dia bersuara, sungguh comel bunyinya.
Lewat petang raya, kami berangkat semula ke Ipoh, letih usah cakap la, memang letih..tapi berbaloi, sebab dapat beraya dan berjumpa sanak saudara...sampai je rumah, semua pakat terbaring depan tv, sambil mulut mengunyap2...haih makan lagi.........
4 comments:
baju i pun japanese cotton...susah sgt nak cari baju raya, hamik ko!
wahhhhhh hebat korang! beria ngan photo challenge nyer ha! kalah aku ni!
ha leh geng ngn Aqilah la nih..memang letih nk cari baju raya last2 minit nih..sampai tension dibuatnye..
Mak i punya la heran napa nk bergambar depan balai polis sambil lambung lemang, dia siap simpan lemang utk i lambung tau..lawak gila..hahahah. Icam pulak, asyik tanya je, boleh ke tak dia nk bergambar skali cam dulu, i ckp tak leh, terus frust menonggeng dia hahahah
ni mesti hasil camera baru kan... sebab nampak output lain bebenor ngan yg biasa2. or dpt kecreative-an baru sempena raya ehhehe...
gambat aqilah dlm luggage paling best & creative!
hahaha mungkin kerana camera baru kot..kena prektis byk lagi nih..nanti nk ke HK plak :D
Post a Comment