Thursday, September 30, 2010

Darah Beku

Aku: U, tolong urut sikit kat bahu ni, lenguh la... (ngada-ngada)
Cawan: Kat sini ke??
Aku: Ha a..emmm sedap nyaa....eh pelan-pelan sikit..sakit laa..adoi..sakit la..
Cawan: Mana??
Aku: Kat tempat u picit tu laa...pelan2
Cawan: Oooo sini...emm yang ni darah beku ni kat sini...
Aku: Haa apa dia??
Cawan: Darah beku kat sini ni..sebab tu sakit..
Aku: Apsal la darah beku lak?? Mana u tau darah beku..
Cawan: Ye la..tiap-tiap ari surfing cari tiket, tengok itu ini..mana tak darah beku.. (sambil sengih-sengih)
(Aku terdiam dan tergelak...ish laki ku ini..bikin suspen betul laaaa)

Tuesday, September 28, 2010

b.o.s.a.n


Bila takde kerja, jadi bosan. Bila rasa bosan, mula layan blog. Bila tengok blog, asyik tengok countdown je..haih...tak pegi-pegi lagi nih.... Teruja, nak tunggu hari tu. Dah hampir setahun berehat, bosannya usah dikiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...nasib la Aqilah dah ada sekarang ni, boleh la hilang kebosanan itu bila di rumah, Aqilah dah pandai senyum dan tegur-tegur orang kalau kita bersembang dengan dia, ohhh sungguh comel..... Tapi bila kat office, bosan tu datang balik..ha nak buat cam mana tu...?

Tahun depan kalendar aktiviti masih kosong lagi... Tangan ni gatal je nak tekan itu ini, mata pula melilau tengok itu ini...haih tak sabar-sabar lagi nak merangka aktiviti tahun depan. Jangan tak jadi lagi sudah laaaaaaaaaaaa..mau sasau aku dibuatnya...

Friday, September 24, 2010

Bikin Panas Sajaaaaa...


Nak type laju mana lagi haaa? Keyboard pun aku tak sempat pandang, mouse pun aku tak sempat nak pegang, main tab tab tab je, sebab laju sangat dah..lagi mau laju?????

Monday, September 20, 2010

Sebalik Tabir..

Untuk kisah disebalik tabir Photo Challenge kami adik beradik, sila lihat di sini

Sunday, September 19, 2010

Debaran



Minggu ni rasanya penuh dengan debaran. Tak senang kaki dan tangan ni. Bangun pagi je, mesti terus dihadapnya benda tu, sebab tak mahu terlepas peluang yang dinanti-nantikan setelah sekian lama, harapnya kali ini dapat la..Cawan pun memberi sokongan sepenuhnya, sampai aku sendiri hampir tertipu dek gurauan oleh Cawan (ni gurauan tahap nak kena lempang tau, bukan gurauan cuit-cuit tu..). Dia suka tengok aku melompat kelam kabut semata-mata nak dapatkan benda tu..seronok betul katanya... Bukan aku saja yang kena, Biqque sekali pun terkena gurauan maut oleh Cawan.. (memang mencari nahas laki ku ini heheheh)

Minggu ni juga, akan menyaksikan gambar-gambar blogger yang join Photo Challenge Balik Raya dipublishkan di blog masing-masing. Emm apa la hasilnya kan?? Pastinya meriah melihat pelbagai ragam dalam gambar-gambar tu nanti...menang kalah adat pertandingan la..tapi keseronokan mencari gambar-gambar itu la yang paling best sebenarnya..baru la rock kalau dapat sahut semua cabaran tu..hahahah..

Tak sabar nak tunggu esok....lalalalalaaaaaa

Tuesday, September 14, 2010

Cerita Raya

Rabu, 8 September 2010

Bergerak ke Ipoh pada jam 12 tengahari, tiba di Ipoh hampir jam 2.30 petang (uweeeeeeeeeee bestnya dah sampai Ipoh, kampung halamanku). Perjalanan ke Ipoh berjalan lancar. Sebaik lepas tol Ipoh Selatan, cik Totty (Muni) message bagitau yang diorg tengah busy shopping baju raya untuk Icam di Ipoh Parade. Huh...tanpa buang masa, terus kitorg belok dari traffic light depan dewan Risda tu, menuju ke Ipoh Parade...

Shopping sakan la Icam dan Muni. Tapi Icam dah tak boleh pakai baju saiz budak-budak lagi, kena pakai saiz adult, sebab badan dia dah BESARRRRRRRRR.. (kata puasa, tapi gemuk jugak!!!)


Selesai aktiviti bershopping, aku secara baik hati, meng'offer' nak belanja diorg buka puasa. Icam la yang paling excited sekali. Mula-mula ingat nak makan buffet kat restoran Laksamana Cheng Ho, tapi setelah melihatkan menu nya yang ala kadar, dan harga yang tidak berpatutan, langsung kami cancel.

Icam beri suggestion untuk makan kat Hotel Syuen (suka hati je budak tu, ingat aku cop duit agak nya!!!). Aku mintak suggestion lain lagi, dia suruh pegi Impiana Casuarina pulak dahhhhhhhhhhhhh (eeeeeee sekali lagi, dia ingat aku kaya kot!!!) Icam sanggup masuk dalam hotel dengan pakai selipar Crocs dia tu, semata-mata nak tanya harga buffet..huhuhuh..(sungguh bersemangat, tapi aku dah terangkan kat dia, budget aku ciput, tapi dia degil jugak nak tanya, katanya kot2 la murah Yona oi..)



Akhirnya, Seri Malaysia juga, yang menjadi pilihan, harga seorang dewasa cuma RM 32 nett, budak-budak pulak, RM 17. Booking untuk 7 dewasa dan 1 kanak-kanak, baby Aqilah tak kira..Makanan nya boleh la tahan, banyak juga choice. Walaupun tak setanding makanan Impiana Casuarina, tapi semua puas hati dan kebuntatan selepas makan, yang penting kemeriahan berbuka puasa sesama ahli keluarga tu. Alhamdullilah....

Khamis, 9 September 2010

Hari untuk shopping lagi hehehe. Kali ni nak cari baju untuk aku dan Cawan. Susah betul la kitorg nih, memang suka last-last minute beli baju (baru la terasa kemeriahannya). Maka ke Greentown Mall lah kami pagi tu. Jenuh juga nak cari yang berkenan, setiap baju yang ada kat kedai mesti ada manik dan labuci..ee so not me la..geli betul la nak pakai, macam orang nak pergi dangdut pun ada pakai baju sarat dengan manik dan labuci tu (nak muntah hijau). Setelah buat tawaf hampir 3 kali kat situ, akhirnya dapat juga baju yang simple TANPA sebarang manik dan labuci yang lip lap lip lap tu..kus selamat!!!  Lepas tu diteruskan lagi dengan mencari baju melayu si Cawan, nasib kejap je dah jumpa.

Untuk Aqilah pula, kami ke Kamdar, untuk beli kain baju kurung dia, sebab nak suruh mak aku tolong jahitkan. Ye, mak memang pandai menjahit, tidak seperti aku!!. Beli kain Japanese cotton tu 1 meter, murah je, warna latar putih, berbunga purple dan kuning2 sikit...heheh tak sabar nak tunggu hasil, mesti comel gila baju tu..

Malam tu juga mak siapkan baju cucunya si Aqilah..terima kasih mak..kena kasi duit raya lebih ni hehehe..


Jumaat, 10 September 2010

Hari ini 1 Syawal. Turun bawah tolong mak buat apa patut kat dapur tu, tapi sekejap je la, sebab Aqilah pun bangun awal. Tak sabar nak pakai baju kurung dia la tu. Subuh-subuh lagi, Cawan dah ambil camera snap muka Aqilah yang macam kura-kura comel yang blur (lihat gambar tengah dibawah hehehe, berkerut dahi sedang pikir pasal raya agak nya..)

Semua orang kat rumah tu pergi solat sunat Aidilfitri, kecuali aku, Muni dan Aqilah..So kami melantak la siap-siap pagi-pagi tu.. Tahun ni seperti tahun-tahun sebelum tu, mesti ada lemang, rendang, nasi impit dan kuah kacang. Makanan favourite aku tu...Yang specialnya, tahun ni lemang mak buat sendiri hehehe..tau-tau je aku ada nak buat photo challenge guna lemang hehehehe..

Selepas selesai aktiviti bersolat sunat di surau, maka bermula la aktiviti bergambar di pagi hari raya. Mula-mula setup tripod, al maklum la nak ambil gambar family ramai-ramai. Ya rabbi, punya la lamaaaaaaaaaaaaaaaa 'cameraman' nak setup itu ini..macam nak ambil gambar apa je, Aqilah pun sampai tertidur-tidur tunggu nak ambik gambar..eee kesabaran je la..

Hampir 20 minit menunggu, akhirnya, berjaya juga kami ambil gambar potret family..huhuhu meriah betul. Kebetulan pulak baju semua orang dalam tone yang sama. Aku dan Cawan tema color purple lagi tahun nih!!! Adoiiiii...




Tak sah raya, kalau tak kasi duit raya kat budak Icam dan Muni. Jadi lepas aktiviti bergambar, aktiviti kasi duit raya pulak. Emm suka sangat la diorg bab-bab duit ni. Muni suka sebab boleh guna duit tu untuk pergi Hong Kong, Icam pulak suka, dengan harapan berjaya kumpul duit untuk beli tiket ke Hong Kong!!! Hahahaha ada hati tu mau ikut kitorg pegi Hong Kong heheheh... Tidak dilupa duit raya untuk mak juga :D


Selalunya raya pertama, kami duduk kat rumah je, tapi tahun ni berbeza sikit, sebab kami yang pergi beraya..emm bestnya. So bergerak la kami ke kampung (dah lama gila tak balik kampung rasanya). So dapat la Aqilah berjumpa saudara mara kat kampung tu, duit raya pun dapat juga :D

Seharian juga lah kami beraya di kampung. Makan sampai terbungkang, memang tak hengat punya. Confirm la naik 5KG balik ni hahahah.... Dah alang-alang di kampung ni, aku dan Lane amik kesempatan la berphotography untuk menyahut cabaran photo challenge tu. Setakat nak cari sungai dan ayam tu, huh petik jari je..ada di depan mata hahahah (cewah berlagak!!)


Sepanjang hari kami beraya, si Aqilah ni tak buat ragam pun. Nasib la dia tak rimas pakai baju kurung tu, Tak rimas orang nak pegang dia ke apa ke. Elok je tersengih-sengih. Sekarang Aqilah dah pandai tegur orang, macam paham je apa orang cakap. Geram betul bila dengar dia bersuara, sungguh comel bunyinya.

Lewat petang raya, kami berangkat semula ke Ipoh, letih usah cakap la, memang letih..tapi berbaloi, sebab dapat beraya dan berjumpa sanak saudara...sampai je rumah, semua pakat terbaring depan tv, sambil mulut mengunyap2...haih makan lagi.........

Tuesday, September 7, 2010

Now You See It, Now You Don't..

Sabtu (4 September)

Ini hasil kerja tangan aku dan Cawan Sabtu hari tu. Dia telah memaksa aku buat juga kuih raya, dengan alasan, oven yang dibeli tahun lepas dah berhabuk tak pakai semenjak dari tahun lepas..gegegege... Lihat ada 5 bekas kuih..


Selasa (7 September) 4 hari kemudian...

Hanya ini saja yang tinggal...bekas yang penutup warna merah, aku dah kasi kat mak Cawan, bekas no 2 yang tinggi tu, dah habis dilantak oleh aku dan Cawan, bekas no 3, dah kasi geng Sekupang makan sempena gathering berbuka puasa, bekas no 4, dilantak oleh aku dan Cawan lagi (tapi Cawan makan lagi banyak malam tadi, masa tengok citer cina kat TV3 huhuhu).. So yang masih belum terkorban adalah bekas no 5. Adakah no 5 mampu bertahan sehingga hari raya??? (sambil geleng kepala)


Emmmm balik Ipoh ni, macam kena buat lagi sekali je... (sambil garu dagu)

Monday, September 6, 2010

Photo Challenge Balik Raya Dah Ready!!!

Berikut adalah tajuk-tajuk gambar untuk "Photo Challenge Balik Raya!"

Tarik nafas panjang-panjang..hehehehe...


Challenge dari Biqque;

1. Blogger bergambar dengan itik/ayam hidup, mesti tunjuk guna jari telunjuk kat itik/ayam tu
2. Blogger cangkung tepi sungai/tasik, mesti kuis2 air sungai/tasik tu
3. Blogger tengah mandi hujan, mesti basah kuyup lencun abis
4. Blogger tengah buat kesalahan jalan raya, tak kisah salah apapun, tapi mesti tengah buat salah
5. Blogger diri sambil makan kuih raya bawah palang goal, mesti nampak padang tu luas, tak kisah goal post apa pun


Challenge dari Chawanna;

1. Blogger bermain bunga api dalam hujan
2. Blogger pakai baju kurung/baju melayu, duduk atas troli shopping dan buat sign PEACE
3. Blogger menganyam ketupat di bawah lampu berbentuk ketupat
4. Blogger mencuci kereta di tepi sungai
5. Blogger melambung buluh lemang yang sudah dibakar dihadapan balai polis

 
Ingat, apa yang penting, CRITERIA tu mesti TEPAT dengan setiap tajuk dan se-DETAIL yang boleh! Pepandai la korang pikir alternative camne nak counter setiap tajuk tu. Setiap gambar MESTI ada subject, ada tarikh. Kumpul semua gambar, post pada 20hb Sept 2010, BEFORE 12pm.


-Originated and sponsored by Sekupang Team-

Sunday, September 5, 2010

Zakat Fitrah

4 hari yang lalu...

Aku: U bila nak bayar zakat fitrah? Nak dekat raya dah ni..
Cawan: Nanti la..dekat-dekat nak raya nanti i bayar laa
Aku: Ok, bayar cepat-cepat sikit..
Cawan: Bayar dekat dengan raya la nanti, lebih afdal..
Aku: Ha.. (muka tak puas hati)

Semalam..

Aku: Bila nak bayar zakat fitrah nya? Nak dekat raya dah ni..
Cawan: Awal lagi ni..tunggu dekat raya la..lebih afdal..
Aku: Eh betul ke u ni?? Tak pernah dengar pun bayar lambat lebih afdal.. tahun lepas tak de la lambat pun u bayar (muka tak puas hati lagi)
Cawan: Iye la..kenapa? U tak tau ke?? (Muka tersengih-sengih, macam bagus)
Aku: Selama i hidup ni tak pernah dengar pun macam tu..u tipu ek??? kan? kan?
Cawan: (tersengih) kalau tak caya pergi la u google..baru la puas hati u tu nanti..cakap i tak nak percaya.. (buat muka eksyen lagi)

Google'ing' .. 5 minit kemudian...

Aku: (tersengih sambil termalu-malu kambing) emmm betul laaa..
Cawan: Ha kan i dah cakap..tak mo percaya..padan muka..nanti i bayar la dekat-dekat nak raya lagi..abah i selalu bayar before solat raya..
Aku: Emm ok..nanti bayar kat Ipoh ye... (sambil cuba recall balik ustazah kat sekolah dulu ada ajar ke tak pasal ni heheheh)

Conclusion: jangan melawan cakap suami, nanti termalu sendiri huhuhuhu...
_________________________________________________________________________________
Ok nak share pasal zakat fitrah sempena bulan yang mulia ini..

Source dari Lembaga Zakat Selangor

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH


Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

* Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
* Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
* Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
* Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
* Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KADAR PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

WAKTU PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

(i) Waktu wajib : Akhir Ramadan sehingga terbit matahari.
(ii) Waktu afdal : Bermula terbit fajar subuh sehingga sebelum solat hari raya
(iii) Waktu sunat : Sepanjang bulan Ramadan
(iv) Waktu makruh : Selepas solat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
(v) Waktu haram : Selepas (uruf) matahari satu Syawal tetapi tetap wajib membayar zakat fitrahnya. Jika lebih lama tidak dibayar lebih besar dosanya.


Conclusion: Jangan lupa bayar zakat fitrah anda dan juga tanggungan anda, tak kisah la awal Ramadhan ke, tengah bulan Ramadhan atau pun sebelum solat raya, janji BAYAR.. :) kalau nak lebih afdal macam si Cawan tu, bayar la sebelum solat raya..hehehehe.. (jangan marah bebeh)