Wednesday, October 28, 2009

Biqque & Buku Hikmatnya

Buku Hikmat Phuket-Koh Phi Phi-Krabi dah siap. Cantik! Terima kasih Biq!! Tapi inti dalamnya? Hehehehe, masih work in progress lagi. Sabtu ni, lepas tengok THIS IS IT! baru nak finalised dengan diorg tempat-tempat mana nak pegi.

Semalam aku cakap kat Biq, suh bawak cover buku je, sebab tema trip kali ni, SANTAI, tapi dia tak mau, nak juga inti dalam. Emmm kena kerja keras la aku dan 3plepl8 cam ni, demi memuaskan nafsu Biq menyiapkan buku dia tu hehehe..Biq cakap buku tu WAJIB ada!! Kalau takda, tak lengkap trip tu nanti.. Emm betul jugak!!


Perasan tak tema warna dalam cover buku nih?? Cuba teka negara mana yang bendera diorg guna warna-warna nih? Hint* Hint*

Gambar ehsan dari blog Biqque.
Penginapan

Setakat hari ni, hotel di Phuket dan Koh Phi Phi dah dibooking. Walaupun waktu kami nak pergi tu dah masuk peak season, tapi di Phuket kami berjaya mendapatkan hotel bertaraf 3 bintang dengan hanya membayar harga 2 bintang. Hebat bukan?? Cuma di Koh Phi Phi je harga penginapan sedikit mahal. Mungkin kerana ia sebuah pulau, jadi tempat penginapan agak terhad, harga pun mahal la kan. Takpe la, bukan selalu, mahal pun berbaloi, resort yang bakal kami duduk nanti, mengadap ke laut, dan paling bestnya, swimming pool resort tu bertentangan dengan laut. Argg tak sabar nya!! Bebeh, jangan lupa casing underwater kita, nanti kitorg nak posing banyak2 dalam pool heheheh.. Di Krabi hotel masih belum dibooking lagi, mungkin hujung minggu ni baru nak book. Terlalu banyak sangat pilihan, sampai tak tau nak pilih yang mana satu...

Aktiviti dan Tempat Menarik Untuk Dilawati

Secara tidak rasminya, snorkeling, island hopping dan berenang di laut/pool adalah agenda utama kami. Maklum la, tema kali ni SANTAI (sebab tu itinerary tak siap2 lagi Biq hehehe). Jadi takde apa yang nak dikejar-kejarkan sangat. Selain dari tu, kami juga bercadang untuk berkayak diantara pulau-pulau di Koh Phi Phi. Tidak lupa juga Thai Massage yang sangat kami damba-dambakan tu, maklum lah dah kerja stress2 kan, mesti la syok kalau dapat urut hehehe. Dengarnya Thai Massage ni merupakan antara yang terbaik. Harga pun sangat berpatutan. Sekitar 200-300 THB (RM 20-30) saja.

Tak sabar dah rasanya, tiap-tiap hari menghitung hari nak ke sana nih. Beg pun dah siap packing minggu lepas. Punya la excited!!

Thursday, October 22, 2009

Australia Lagi Ke??

Masya Allah..... Malam tadi aku bermimpi pergi travel lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Nak tau ke mana??? Perth Australia plak dah!!!! Eiiiii ape kes nih.... Aku nak ke tempat lain laaaaaaa, lain tahun la Perth tu..ish ish.. Paling bestnye Biq dan Sharul pun ada ikut sekali. Huih meriah betul time tu..

Dulu pun selepas balik dari GC, aku asyik mimpi ke Australia lagi..tup tup, beberapa bulan pas balik GC, aku ke Melbourne pulak, siap ke Sydney..Terpikir jugak, aku ni terkena sampuk dengan orang-orang asli Australia ke ek?? Asyik mimpi travel ke down under jek.. Pagi tadi aku bangun, terus citer kat Cawan, dia jawab "U ada sedara mara kat sana kot, tak pun u orang asli Australia yang sebenarnya..sebab tu u asyik nak 'balik' ke sana jek hahahahaha"

Ada ke patut??

Malas nak meneruskan omong-omong kosong si Cawan, aku on pc, pagi-pagi buta (sanggup datang office kul 10!!) semata-mata nak check tiket flight, kot-kot ada yang murah ke kan?? hahahahah (psyhco kan aku??) Rasa macam serba tak kena je, kalau tak cek tiket murah kalau dah kuar mimpi2 cam nih (walaupun tau mimpi itu mainan syaitan!!!) ..Cek lagi dan lagi, sekali tengok cam ada...alamak..uish betui ke nih???..sabar na sabar..ingat, ko dah ada plan untuk 2010. Sabar ek..Lain kali ye?? Jenuh nak menyabarkan diri sendiri, almaklum la travelholic kan, pantang sikit la benda2 macam nih..

Demi menyedapkan hati, aku bagitau Cawan ada tiket murah. Pas tu dia tanya lagi, "dah beli ke? Tak ajak Biq ke? Ajak la sekali..." Wahhhhh ni cam perli aku je nih.. Dengan berhemah aku jawab, tak nak la, tahun depan kan kite ada agenda lain..kita simpan duit utk tu dulu la..

Jawab Cawan "tau tak pe, berapa ribu u kata ari tu nak kumpul??" sambil tersenyum kambing kat aku, seolah-olah memberi gesture "sendiri mau ingat!!!!!" .. eee benci betul la dia nih!!!

Tuesday, October 20, 2009

Ganu Kite...

Sabtu 17.10.2009
Minggu lepas pegi ke Kuala Terengganu, hantar mempelai. Kami bertolak ke Ganu hari Jumaat lepas. Perjalanan dari KL-Ganu dalam 7 jam lebih jugak, kalau tak berhenti rasenya dalam 6 jam ++ dah boleh sampai agaknya...Trip kali ni cuma disertai oleh saudara mara, geng2 travel kitorg tidak turut serta..Makanya, aktiviti pun tak berapa banyak la.. 3 hari di sana, kitorg sempat la bawak mak-mak saudara dan nenek kitorg pergi jalan2 kat Pasar Payang. Bagi diorg best la kot pasar payang tu, tapi bagi aku, cam biasa jek, orang jual kain baju, dan barang2 kraf yg boleh didapati di KL juga. So tak de la excited sangat.
Selepas majlis menyambut menantu Sabtu tu, sebelah petangnya, kitorg pergi melawat Taman Tamadun Islam. Taman Tamadun Islam ni cuma ada di Terengganu je, mana2 tempat kat dunia ni memang tidak wujud. Baguskan? Ni antara attraction yang paling menarik sekali di dalam K.T nih, bagi aku la.



Kat sinilah terletaknye monumen-monumen Islam diseluruh di dunia, termasuk la Istana Al-Hambra yang terletak di Spain, Taj Mahal di India, Kubbah As-Sakharah di Palestine, Masjid Al-Haram di Mekah. Walaupun miniature, tapi cantik, minature ni dibuat sebijik seketul macam yang original punya.

Teruja aku tengoknya. Maklum la, nak tunggu pegi miniature park kat France, cam lambat lagikan, so dapat pegi yang ni pun, dah cukup bagus sangat.

Tapi dalam keseronokan, tiba2 je pulak cuaca mendung, adeh..ni yang aku lemah nih..Tengah ari tadi bukan main panas lagi...ish ish ish..Mendung pun mendung la..janji ada gambar..sigh..
Sampai waktu Magrib, kami terus pergi solat di Masjid Kristal yang terletak tidak jauh dari Taman Tamadun Islam tu..Sebenarnya malam sebelum tu, dah pegi sini dah, tapi diorg plak tak de pasang lampu-lampu kat kubah tu, so tak de la nampak menarik sangat. Nasib la malam ni diorg ada pasang, lepas solat, terus buat aktiviti photography, tak de tripod pun bantai je la dengan ape yang ada. Janji ada gambar kan..heheheh..





Buat aktiviti bersama warga emas ni, agak meletihkan jugak..Bukannya letih ape, jalan pun kena slow2, kalau kitorg jalan laju kang, tertingal plak..heheheh..pastu aktiviti tak leh la yang extreme2 sangat, nak rushing ke sana sini pun tak sesuai..huhuhuh..kesabaran je la..Nak balik lewat malam pun tak sesuai jugak, sebab diorg dah penat, so tepat jam 9 malam, kitorg dah sampai ke homestay tu. Mandi manda dan berehat, sebab esok (Ahad) dah nak balik KL.

Ahad 18.10.2009
Hari ni, kami bertolak pulang ke KL seawal 9 pagi. On the way balik, singah sebentar kat tepi2 jalan tu, sebab nk beli keropok lekor. Tak lengkap rasenya kalau pegi ke Ganu tak beli keropok. Murah, rasenya pun lain dari beli kat KL. Paling best nye, kedai2 ni, terletak kat tepi laut. Cantik plak tu lautnye. Emm best lalu kat sini, maklum la view cantik..
Tanpa buang masa, kami teruskan lagi journey balik ke KL. Lalu la Dungun, Paka, Kerteh, Chukai, tak lama pas tu, masuk la ke Cherating Kuantan dah..Fuhh lega rasenya dah masuk sini. Pas ni lalu highway je la. Leh bawak laju sikit. Tapi sebelum tu, aku tergatal ajak Cawan singgah kat Cherating, sebab hari masih pagi lagi, baru pukul 11 pagi. Hari tu pegi dah lewat petang. Kali ni baru la nampak Cherating yang sebenar....




Baru aku perasan air kt Cherating ni jernih jugak. Cuma tak berapa biru sgt je. Tapi bersih laaa..Rase nak mandi, tapi tak bawak baju mandi pulak. Eiiii geram betul rasenye..Cawan pun macam teruja rase nak mandi..Tapi mengenangkan hanya aku, Cawan dan si kecik Maisarah tu je yang nak mandi, terus batalkan hasrat murni kami, mesti opah aku bising2 nanti, so tengok je la air tu.eiii geram!! geram!!..(Biq..next trip ke Cherating je lah!!!)
Tak lama di Cherating, dalam 30 minit je, kami sambung perjalanan ke KL. Dah masuk highway, semua sedap tidur, ngn aku2 sekali tidur. Berhenti makan sekejap kat R&R Temerluh untuk makan tengahari, hampir 2 jam 30 minit di atas jalan, akhirnya tepat jam 5.20 petang, kami selamat sampai di rumah...emm lega..

Rasanya pas ni macam nk buat roadtrip ke Ganu lagi lah..tak puas nak jalan2..especially pantai2 kat ganu dan juga PULAU2 kat sini..JOM KE GANU GENG!!!!!

Wednesday, October 14, 2009

GPS Punya Pasal...

e_ieda81: na
e_ieda81: ko tahu tak berapa harga nokia e 63
blue_oct: ye
blue_oct: nokia e63?
blue_oct: emm tak tau la plak.. aku dah lama tak mengikuti perkembangan tepon cangih2 nih
blue_oct: awatnye? hang nk beli ke? cek kat online laa..
e_ieda81: tgh cek la ni
e_ieda81: aku tanya hang kot hang tau
blue_oct: heheheheh engak tau donk
blue_oct: aku cek kat online ni price dlm 700-800
e_ieda81: 880
blue_oct: ha betul la tu price lebih kurang tu
blue_oct: hang nk beli utk rizal ka?
e_ieda81: taklah..aku nak beli utk diri sendiri la. phone aku dah rabak
blue_oct: oo ye ke, ha beli la
e_ieda81: yg tu x der mcm navigator punya kan?
blue_oct: navigator ape? hang nk navigate ape..cuba ckp terang2 sikit
blue_oct: apa lagi option lain selain dari tu yg hang berkenan
e_ieda81: ntahla aku..pun x tau, yg aku tau navigator tu kan yg penunjuk arah tu
blue_oct: oo GPS tu
e_ieda81: aku berkenan GPS TU LER
blue_oct: emmm...hang nk p mana pakai benda tu?
e_ieda81: x derla, dah alang2 nak beli phone baru..hang nih
blue_oct: ooo hehehe mana tau
blue_oct: hang buat la perbandingan, cari la phone yg function dia hang akan guna..kalau beli mahal2 sekadar hiasan..rugi duit beli je..baik beli benda lain
e_ieda81: ala sekali jer beli bkn tiap2 thn
blue_oct: alaaaaa tipu la sekali beli..2-3 thn nanti tepon dah rabak kite mesti beli lagi..caya la cakap aku
e_ieda81: aku pakai yg ni dari degree tau, dah dekat berapa thn?
blue_oct: hang compare la dulu sony erikson ke, ape ke
e_ieda81: aku tak suka jenama lain selain nokia, aku malas nak belajar cara mengguna nya
blue_oct: emm ikut suka la, p la beli nokia yg ada gps tu
blue_oct: nanti hang cari map letak dlm tu byk2, senang nk p oversea
e_ieda81: amboi
e_ieda81: aku bkn kaki jalan mcm hang
blue_oct: tak kisah la..cari la map balik umah hang ka..leh on gps
blue_oct: beli dan guna..jgn beli dan simpan..
e_ieda81: dah tau umah aku kat mana
blue_oct: tadi hang kate mau gps..
e_ieda81: buat pa nak gps hang ni
blue_oct: ayoyyooo
e_ieda81: hang ni mcm perli aku jer
blue_oct: eish idak le, tadi hang ckp kat atas nun, nk pakai yg ada gps


Ni citer gelabah untuk hari ni...Aku dan Idawati ni dah kenal lama dah, dari zaman diploma lagi. Dah kenal sangat dengan perangai dia, maklum la duk serumah, sebilik, bertahun-tahun. Rasenya tak penah lagi kami bergaduh, kalau tak bersependapat tu biasa la, dia kata macam ni, aku kata macam tu. Walaupun kadang-kadang tak sependapat, tapi kitorg tetap maintain akrab. Kalau bab berkongsi cerita peribadi ke apa ke, memang Idawati dan Kak Are la yang paling tau sekali. Sekepala la kiranya kami bertiga nih..Kalau bergosip pulak, memang tak ingat dunia punya la..hahahahah meriah i tell u.. Walaupun sekarang dah tak duk sekali dengan Idawati dan Kak Are, tapi kitorg masih lagi berhubung di YM, hampir setiap hari!! YE!! SETIAP HARI!!!!

Entah dimana silapnya hari ni, aku terasa macam tak sedap pulak, lepas dah berbual2 dengan Idawati pasal handphone GPS, tiba-tiba je dia diam. Aku pun terdiam kejap. Cuba baca balik apa yang aku tulis sebentar tadi. Idawati cakap aku macam perli dia...Tapi betul ke? Sebab aku tak pun rasa macam memerli dia..emm..lama jugak minah ni diam..lamaaaaaaaaaaaaaaaaa gileeeeeeeeeeeeeee..Aku siap mengadu kat Kak Are. Tapi Kak Are ni bagus, tak de nk menyebelahi sesiapa..Arggg tak best nye macam nih..mana Idawati nih...Serba tak kena rasenya..kalau ngn org lain aku leh buat tak tau je..tapi ngn Idawati nih, susah la..aku dah kenal lama..rasa tak best la kalau pasal gps pun nak gaduh2 tak puas ati kan..heheheh..Hampir setengah jam aku gelabah tak sedap hati, aku message kat dia, tanya bengang kat aku ke??, lamaaaaaaa dia tak jawab2...aduii sedih betui rasenya hati nih...

Tiba-tiba dia reply..

e_ieda81: Tak bengang la..awat hang ni..buat lawak plak..aku turun bawah sat ni, ada kerja la....
e_ieda81: merapu la hang ni..
e_ieda81: hang mcm x kenai aku

Huih lega...time ni aku dah tersengih cam kerang busuk dah..Kus selamat..Idawati ada kerja rupenye, bukan marah kat aku pasal gps tu heheheheh..eish buang karan betui la gelabah tak tentu hala..emm lepas tu apa lagi, sambung gosip lain pulak la...oo Idawati..I lap U forever..!! Muah Muah Muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Monday, October 12, 2009

Lane & Maliki - 10.10.09

10.10.09 - Tiga dalam satu..

Majlis bermula dari jam 11 pagi..

Pelamin buatan sendiri..abaikan ketidakseimbangan segala material yang berada di dalam gambar..hehehehe..

Majlis pertunangan di waktu pagi..

Majlis Akad Nikah di waktu petang, selepas waktu zohor. Sekali lafaz je, aku sendiri tak sedar time bile Maliki lafaz, tau2 dah sah je, padahal aku pun nyibuk duk celah tu..hehehehe..

Pelamin di dewan..Kami la yang buat sendiri hehehe..acah je!!!

Majlis bersanding di malam hari..

Icam and the gang, bersuka ria tanpa segan silu..

Majlis bersurai tepat jam 11 malam..balik rumah, semua terbongkang, tapi best, sebab tiap2 malam sebelum majlis berlangsung, bergosip sesama mak saudara dan cousin2..hhuhuhuh meriah..

Sunday, October 4, 2009

Day 6: Red Sydney...

Terjaga dari tidur, tengok jam, oooo baru pukul 5.30 pagi..tidur lagi laa, takde apa dah nak kejar hari ni.. Dari tingkap nampak langit macam oren. Emm sunrise la tu..

Setengah jam kemudian, jam 6 pagi, tersedar lagi. Tengok ke tingkap, hari masih macam 'sunrise'..eh tak kan la dah pukul 6 pagi pun nak sunrise lagi, semalam cam dah terang benderang je..Lampu jalan kot.. Menuju ke tingkap, bukak tirai, cam terdiam jap..Apa yang berlaku sebenarnya ni??? Tak penah lagi rasenya tengok macam ni. Mimpi ke aku?? Tak pe la,, kita amik gambar dulu..

Pastu dalam 5 minit kemudian, Cawan pun bangun, aku suruh dia tengok ke tingkap. Dia pun terkebil-kebil tengok. Agaknya tak pasti kot apa yang ditengoknya tu. Apasal merah u? Aku jawab..emm entah la..cuba u on tv, mana tau ada berita..



Tengok tv, dalam berita terkini, diorg cakap, Sydney telah dilanda oleh ribut debu merah yang datang dari outback desert. Oh...ribut debu..emm kena amik gambar lagi ni, tak penah mengalami situasi macam ni lagi sepanjang hidup. Ribut debu ni dikatakan yang paling teruk sekali melanda Sydney, dalam tempoh 70 tahun. Last sekali berlaku dalam tahun 1930-an. Kitorg buat tak kisah je, sebab tengok kat luar semua seperti biasa je, orang ramai dah mula keluar nak pergi kerja. Sampai la pemberita tu cakap, semua flight akan DELAY, sebab kebanyakkan flight dah kena divert ke airport lain. Visibility time tu cuma 5KM je. Baru la kitorg tersedar yang ni pekara merupakan pekara yang sangat2 SERIUS..hehehe ..

Lepas breakfast dan mandi manda, kitorg pun check out la dari hotel. Hari ni hari terakhir kami di Sydney ni. Walaupun dust storm, aktiviti kena diteruskan, tapi ada slight changes la dekat itinerary kitorg. Mula2 nak pegi Sydney Aquarium tu, tapi memandangkan macam kat tempat2 lain pun ada aquarium, terus tak jadi pegi. Kitorg nak ke Opera House sekali lagi untuk amik gambar dia dalam ke-oren-an.




Kali ni kami tidak berjalan kaki lagi. Sebab dah ada kereta hehehe..Parking kat Opera house ni mahal nak mampus. 1 jam = AUD 9, so kalau convert dalam ringgit lebih kurang RM 25-27!! Tapi Opera punya pasal, tutup mata je la. Nak parking sebarangan takut kena saman pulak, lagi naya..




Membelakangi Harbour Bridge yang samar-samar..



Opera House cantik time ni, sebab kat bumbung dia nampak cam biru2 silver disinari cahaya matahari..



Singgah jap kat souviner shop kt Opera House ni, nak cari magnet. Tapi tak de la pulak, jual benda2 lain banyak la..ish fed up betul cam ni..



Bersebelahan dengan Opera House ada Royal Botanic Garden. Cantik jugak kt sini..Boleh tahan besar kawasan nih, tapi kitorg tak pusing la satu taman tu. Tak larat, lagipun nak kejar ke Bondi Beach pulak :)
Berjalan menuju ke Opera House dari parking underground tu, sampai ke atas, sekali tengok ramai orang pulak. Eish, ingatkan ribut2 ni orang tak kuar umah/hotel/etc..Bukan takat tourist je, penduduk tempatan pun ramai time ni. Tidak terkecuali professional photographers (agaknya la, sebab lengkap segala equipment diorg, lense panjang, pendek, semua ada). Kitorg pun apa lagi, join the crowd la kan, tak nak ketinggalan. Buat2 pro amik gambar la dalam ribut2 pun hehehehe...Masa ni angin bertuip sangat kencang, dalam berita tadi dah kasi tau, angin dalam kelajuan 80-100 KM. Orang ramai juga dinasihati supaya tutup mulut dan hidung sebab nak elakkan debu2 tu. Tapi kitorg tak rase apa pun, cuma tau muka dah penuh debu oren bile lap muka ngan tisu. Tak yah pakai bronzer susah2 tau hahahah..




Terbaring sebab rumputnya cantik sangat. Tapi bila dah bangun dari situ, abis baju melekat dust oren2..heheheh..



Cantik botanic park diorg nih, dah la masuk free. Walaupun cuaca tak berapa baik, ramai plak org berjogging dan buat aktiviti lain kat sini, macam tak de apa yang berlaku.. Tapi masa nih, nampak nya hari dah cerah sikit, dah tak merah sangat macam awal pagi tadi..

Destinasi seterusnya..ke Bondi Beach. Beach paling terkenal sekali kat Australia dan di Sydney. Tertanya-tanya jugak macam mana la agaknya beach ni. Terletak tak jauh dari bandar Sydney, dalam 20-25 minit perjalanan menaiki kereta.

Setibanya kami di Bondi Beach ni, terus terpegun. Cantik jugak sini. Ingatkan ala2 Teluk Batik ke, PD ke, maklum la pantai dekat dengan town ni. Mesti la ramai orang dan sedikit kotor. Tapi sangkaan aku tidak tepat sama sekali...





Niat di hati, memang nak mandi sangat2..tapi air pulak sejuk macam ais. Patut la tak de orang mandi, melainkan surfers. Diorang boleh la, sebab pakai wetsuit, kalau takat pakai baju biasa, alamatnye beku la kat situ hehehe..frust jugak time nih, aaa nape la air nye sejuk sangat..tension! tension!!!!

Mata kitorg sampai Bondi Beach ni, keadaan langit masih lagi oren, tapi semakin cerah...Ingatkan Bondi Beach ni besar la, cam pantai2 kt Surfers Paradise tu, sekali tengok, alahaiiii kecik je..cam kalau toleh kiri dan kanan, leh nampak la hujung ke hujung. Tapi kecik2 pun cantik...Begitu juga pantai2 yang berdekatan dengannya, macam Tamarama Beach, Congee Beach, semua kecik2..



Pasir terbang, angin sangat kencang time ni...


Langit semakin cerah..Dalam sejam jugak kitorg lepak kat Bondi Beach ni, sebabkan aktiviti mandi laut dah cancel, kitorg pun bercadang untuk buat last minute shopping, dekat Bondi Junction Shopping Centre. Cari magnet, tak jumpe jugak..aaaaa apa la diorg nih!!!!!






Jam dah pukul 3.30 PM, waktu untuk ke airport. Tapi nak isi minyak kereta dulu, pastu nak pulangkan kereta lagi. Kat situ saja dah amik masa selama 1 jam. Sampai ke airport dalam pukul 4.15 PM. Check in kat kaunter. Strict gile orang2 Tiger Airways nih, beg kitorg terlebih berat sikit pun, dah suh agih2 kan barang kat hand luggage la ape la. Adui senget sikit bahu angkut berat2..(terima kasih kepada Cawan yang memberatkan beg tu, penuh dengan Hotwheel dia jek!!!)

Tepat 6.20 PM, kami dah dipangil untuk masuk ke dalam flight. Fuhh lega.. Ingatkan dah ready utk take off, sekali pilot tu buat pengumuman plak, cakap flight akan delay. 1 jam plak tu!!Adui, sabar je la kan. Rupa-rupanya, flight kitorg tengah tunggu giliran utk take off, nombor 14 plak tu. Memang congested abis la airport Sydney time ni. Dari tingkap, boleh nampak flight2 yg dalam queue, yg di ruang udara plak, ade la dalam 2-3 flight yang masih buat pusingan tunggu turn untuk landing..emm penangan red dust storm la nih..Macam seram jugak, tengok cam ni, buatnya air traffic controller tu tersalah kasi arahan ke, pastu ter'accident' plak flight2 tu, lagi la naya kan..Tak lama kemudian, flight kitorg mula take off. Rasa lega, dan cuak jugak untuk seketika. Tapi alhamdullilah, semua nya ok lepas tu. 1 jam kemudian, sampai sudah ke Melbourne airport.

Midnight 24 September, kami berjaya pulang ke Kuala Lumpur..Selamat tingal Melbourne..kalau flight kat Sydney tu delay 4-5 jam lagi, gerenti la tak balik Malaysia hari ni heheheheDisebabkan dust storm yang melanda Sydney pagi tadi, semua flight ditunda. Tidak terkecuali flight kitorg. Airport tak usah cakap la kan, full gile, cam dalam pasar tani pun ada. Sambil2 menunggu tu, macam2 perangai orang la aku tengok. Layan je la. Macam dalam drama tv pun ada. Kitorg pasang telinga je la mendengar kekecohan di sekeliling kitorg.





Saturday, October 3, 2009

Special Edition Day 6 : Sydney?? No!! Hello Mars..

Sydney @ 6.13 AM (4.13 AM - KL time)

Reddish-orange cloud..


Sydney @ 9.26 AM

View from our hotel room


The car covered with red dust from outback..

To the city..

Sydney Harbour Bridge & Opera House @ 10.26 AM

Ferry services closed for hours in the morning..

Dusty Opera House..

Bondi Beach @ 11.37 AM

Beach bummer ..


More on Red Dust Storm in next entry...