Saturday, September 5, 2009

Dari Cyberjaya ke PWTC

Hari ini amat memenatkan, dari jam 10 pagi, kami dah keluar rumah, menuju ke Cyberjaya. Maklum la Selasa minggu depan dah mula start kerja di sana, so kena la tau jalan mana yang nak lalu. Berbekalkan google map yang aku print dari office, kami pun mulakan perjalanan ke Cyber. Kali ni aku yang bawa kereta, sebab kalau aku tak pegang stereng tu, memang aku buat dek je kat kawasan sekitar, landmark ape, jalan mana, semua aku tak amik port, sebab tau Cawan ada. Tapi kali ni terpaksa la, sebab nak pegi keja sorang2 huhuhu..

Perjalanan selama 40 minit dari rumah, memang agak boring sebab Maju Expressway tu straight je, kete pun tak banyak. Emm tak sangka la semudah ni jalannya. Tau-tau je dah sampai simpang ke Putrajaya Link, dari situ dah tak jauh dah dari Century Square, iaitu lokasi office baru. Cuma yang lecehnya nanti, nak mengadap traffic kat area Jalan Pandan tu, hari bekerja gerenti jem nanti!! Tapi tak pe la kan, rasanya jem kat situ je kot, dah masuk MEX mesti ok jek. Tol pun tak de la mahal mana hik hik hik..

Dah puas meronda tengok lokasi bangunan dan parking, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya, dah alang-alang kan, singgah la kat Alamanda, dan Masjid Putrajaya tu. Tempat-tempat lain tak singgah, tak sanggup rasanya nak redah Taman Botani tu dalam keadaan panas terik, maklum la puasa :)







Dah puas berjalan kat Alamanda dan Masjid Putrajaya tu, kami pun balik semula ke KL. Kononnya nak terus balik rumah, sebab macam dah tak larat dah nak jalan-jalan nih, lagi pun tak de hala nak ditujukan. Tapi bila dah sampai KL cam tiba-tiba je terRINGAN mulut ajak Cawan pegi Matta Fair, alasannya nak tengok package2 yang berkaitan dengan trip akan datang, Melbourne-Sydney, Phuket-Krabi dan juga Hanoi. Alasan kukuh la tu kan?? hehehe :p Cawan ok je, maklum la aku yang drive. Kalau jem ke, ape ke, aku la yang tanggung!! dia tak yah susah-susah pikir. Maka menuju lah kami ke PWTC. Seperti yang diduga, memang jem gila. Disebabkan aku malas nk queue pas tu malas pulak nak cari parking yang memang limited, kitorg terus menuju ke stesen LRT STAR Titiwangsa. Parked keta kat situ, jalan sikit, naik lrt, tak sampai 5minit dah sampai PWTC. Emmm nasib baik





Kali ni nampak gayanya, orang yang hadir ke Matta Fair ni agak berkurangan berbanding bulan Mac ari tu, mungkin disebabkan H1N1 dan juga bulan puasa. So ramai la yang tak keluar agaknya. Kalau tak asyik berlaga bontot je, macam bulan Mac ari tu. Emm lega sikit rasanya....





Kali ni kitorg cuma melawat booth yang berkaitan je, mana-mana yang related dengan Phuket/Krabi, Hanoi, Melbourne dan Sydney, aku check la harga package tour dan sebagainya. Emm tak de la murah mana pun..hampes betui..memang kena buat sendiri baru murah nih..




Tak jumpa yang berkenan dihati untuk Phuket/Krabi dan Hanoi, kitorg terus ke booth Australia. Diorg ni memang best betul la, macam-macam info ada. Dah la brochure/map/travel guide lengkap, untuk each state kat Aussie tu!!! colorful plak tu!!! Uish aku memang pulun ambik je semua!! Bukan senangkan nak dapat benda-benda free macam tu. Paling best, info dalam tu up to date. Siap ada tulis lagi ni edition utk season mana dan tahun bila!! Ha hebat tak hebat la tourism board diorg nih!! Dan antara lain yang best, dalam setiap travel guide diorg tu, mesti ada coupon discount untuk attraction kat sana, walaupun tak semua attraction, tapi ada la 2-3 yang berkenaan dengan 10-25% discount, kira ok la kan?




Sedar tak sedar, tau-tau je dah pukul 5.40 petang, hampir 2 jam lebih la kitorg meronda dalam tu. Disebabkan rase dah letih yang teramat sangat, kitorg pun terus menuju ke stesen lrt, dan balik ke rumah. On the way balik, Cawan ajak singgah kat pasar ramadan di Ukay Perdana untuk beli juadah berbuka puasa, tau-tau je aku malas nak masak hari ni heheheh..

Malam ni gerenti la kitorg tidur tak sedar diri, penat gile nih, silap-silap tak bangun sahur lagi hik hik..


2 comments:

Biqque said...

wahhhhh sama je booth australia tu ek! tak tukar gambar langsung! hahaha! bukan cam mesia, promo haram tah pape! sume keje KRU la ni! bodoh!

pape pun, gambar cun la camera baru :D

Unknown said...

haha tu la, gambar diorg masih sama, recycle agaknye, maklum la gawat...tp booth malaysia, iaitu state2 dlm malaysia nih, semua kebanyakan nye kasi A4 yg fotostat, gambo itam putih cam kita tgk dulu tu. Paling hina sekali, gomen Perak, haram satu tempat best pun tak de..bodoh gile!!! padahal banyak je tempat best, ni tak, diorg promote white water rafting kat kampar tu jek!!! Rase cam nak suh Icam je p jadi duta perak, leh dia promote macam2 pasal perak tu!! eee geram nih!!!

Gambar-gambar tersebut adalah hasil dari Lumix dan Olimpes..heheheh