Sunday, August 30, 2009

Ramadhan Di Ipoh

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Jam 10.30 malam, kami selamat sampai ke Ipoh. Icam memang langsung tak menyangka yang kitorang akan balik Khamis malam tu. Sebab mengikut perjanjian, nak balik Jumaat malam jek..Memang tersengih cam kerang busuk la dia, bila kitorang call suruh dia bukak pintu gate.

Icam bukan main excited bila tengok cupcakes dia, tapi sayang seribu kali sayang, gambar Hagemaru dan Hotwheels yang aku request tu, kakak tu tak dapat buat, sebab ada masalah teknikal. So dia lukis gambar Ben 10 dan Ultraman jek. Bagi aku biasa je la hasil kerja kakak tu, kek pun tak sedap, apatah lagi icing dia. Yang aku tempah dari Anis hari tu lagi best. Kerja dia pun lebih cermat dari yang ni. So lepas ni gerenti aku tak tempah dah kat Ayu tu, tak kisah la murah mana pun hahaha.. Tapi Icam belasah je cupcakes tu, dia cakap sedap..hahaha..

Malam tu, Icam mintak permission dari Cawan untuk tidor sebilik dengan kitorg. Cawan pun ok je la, pas tu siap ajak Icam tidur atas katil sekali. Emm Icam apa lagi, orang dah ajak kan, dia join je la.

Keesokan harinya, Cik Muni pulak sampai dari Penang. Dari pagi sampai ke tengahari, kitorang tak pergi mana-mana, sebab cadang nak pegi beli barang-barang mentah kat Tesco petang nanti untuk masak berbuka esok. Untuk hari ni, kami bercadang untuk berbuka puasa di luar je. Icam suggest untuk makan Pizza Hut. Tapi Muni pulak tak nak, sebab baru makan katanya. Setelah penat berpikir kat mana nak berbuka puasa, akhirnya, semua setuju nak makan dekat Secret Recipe @ Kinta City.

Sampai je sana, terus reserve meja dan order sekali. Untuk membazirkan masa yang tinggal 1.5 jam dari waktu berbuka, kami pun pusing-pusing la kat dalam tu, cuci-cuci mata. Dah tak larat jalan, kitorg pun duduk dekat bench yang disediakan kat tepi-tepi tu, sambil amik-amik gambar..

Kasut warna warni. Aku, Icam dan Muni memperagakan kasut baru.

Pukul 7.05 Malam, baru kitorg duduk kat Secret Recipe, dah bersedia untuk berbuka puasa. Icam la yang paling excited sekali. Makanan pilihan kami untuk berbuka puasa adalah, Fish n Chips, Japanase Soba Noodle, Tom Yam Kung Noodle, Black Pepper Chicken with Rice dan paling special sekali dari resepi Chef Wan, Ayam Asam Berempah, yang ni Cawan yang order. Memang sedap!!! Tapi kesian kat Icam, makanan dia macam tak cukup je, siap nak mintak nasi tambah, so aku pun sacrifice la fish n chips aku, kasi kat dia kan, maklum la budak tengah kuat makan, puasa pulak tu. Aku lain la kan..hahaha

Brownies ni la yang paling sedap sekali huhuhu...

30 minit kemudian, selesai aktiviti makan-makan. Tanpa berlengah, kami terus balik ke rumah. Malam tu kitorang layan tengok tv sambil tolong-tolong mak buat kuih untuk esok. Dah lewat malam sikit, aku masak sup ayam, untuk bersahur esok, dibantu oleh Muni. Tak sempat tunggu sahur, Cawan dan Icam request untuk makan awal!! Sedap sangat kot air tangan Muni masak hahahah..

Jam 1.30 pagi, baru kitorang masuk tidur, itu pun aku dan Cawan tak leh tidor lagi, sebab kena layan Icam bersembang, aku pun tak tau apa yang dicakapkan, sampai terlelap la kitorg dengar dia bercakap, tau-tau je mak dah kejutkan untuk bangun sahur..

Thursday, August 27, 2009

Moving from Damansara to Cyberjaya

Ura-ura, office di Damansara Height ni berpindah ke Cyberjaya dah berbulan-bulan aku dengar, tapi macam tak confirm jek..

Tiba-tiba, minggu lepas, project manager buat meeting, cakap kitorang memang confirm kena berpindah ke office di Cyberjaya mulai 7 September ni!! Masya Allah, tension betul la..baru je dapat menikmati kemudahan lebuhraya DUKE, yang membuatkan aku makin lambat pergi kerja setiap hari..hehehe..nampak gayanya, mulai 7 September ni, harus kuar rumah selepas subuh la, paling SEDIHNYAAAAAAAAAAAAAAAA sebab hala office aku dan Cawan dah tak sama dah, tak leh la tumpang scooter nyamuk tu lagi :( eiiiiii...

Tapi nasib baik la aku dah nak roll-off dari project ni by end of October, kalau tak makin sengsara la hidup aku... So dalam masa 30 hari, bermula 7 September ni, aku akan drive sendiri dan sorang-sorang pegi ke Cyberjaya yang macam padang jarak, padang terkukur tu!!! (Marah nih!!!)

Oh ya, nak iklan nih , kepada sesapa yang berminat nak bekerja di Miri Sarawak, sila la hubungi aku, ada kerja kosong menanti. Preferably Sarawakian, dan ada degree, untuk maklumat lanjut, aku kena tanya kawan aku yang dekat Miri tu.. (ni betul, tak main2 punya)

Au Revoir..

Monday, August 24, 2009

Balik Kampung..Hati Girang........

Tak sabar nak tunggu balik Ipoh minggu ni, maklum la cuti pun panjang. Sungguh berkobar-kobar, nak jumpa mak, icam si hagemaru, dan cik Totty a.k.a Muni. Disamping tu, nak celebrate birthday Icam dan Muni jugak, kemungkinan besar Cawan dan Lane pun mungkin tumpang sekaki, maklum la semua birthday bulan August!!! Ada suprise untuk Icam, aku dah tempah cupcakes gambar Hagemaru utk dia!!! hahahaha..mesti ada yang tak puasa ni nanti..

Plannya nak balik Khamis ni, lepas waktu bekerja, aku baru apply cuti pagi nih utk Jumaat nanti, sorang approver dah approved, kene tunggu lagi 3 org, sigh!! kalo tak dpt, aku MC jek.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, menu rasmi kami setiap kali balik ke Ipoh time puasa adalah McDonald kat MRR2, senang , drive thru jek, tak payah turun keta, pastu terus gerak ke Ipoh, sampai je waktu berbuka, terus kami ngap. Tak de special sangat MCD tu, tapi feeling time nak berbuka puasa tu yang buatkan rase best, dlm keta pulak tu nak menuju ke kampung halaman, memang best la rase time tu..

Balik Ipoh ni confirm la makan tak ingat dunia, aku nak request pecal, gulai tempoyak, nasi ayam, dan paling penting sekali, nak suruh mak buat rendang daging untuk makan dengan nasi impit ataupun lemang..mesti buat nih, nanti raya aku tak dapat makanan nih, so kena buat awal2 hehehe, kalo tak gerenti kempunan..lemang tu confirm la aku beli siap2 kat dari KL!! tak pedulik!!!

Nak main bunga api dengan si Hagemaru.. Tak tau la kali ni Cawan dapat cari bunga api ke tak, tapi kena main jugak walaupun belum raya lagi time nih.. Bebeh, ni tugas you untuk hari Rabu nih, pastikan dapat bunga api!!!

Emm lagi apa ye?? ..oh, mesti bawak Icam Hagemaru pergi shopping baju raya dia sehelai dua , dan jugak seketul kereta Hotwheels, di mana??? Mesti la di Jusco Kinta City, tempat lepak si Icam Hagemaru dan Cawan setiap kali balik Ipoh, sampai aku pun macam nak muntah darah, setiap kali diorg ajak ke situ!!!

Emm banyak dah agenda aku nih, tak sabor-sabor dah rasanya, malam ni nak kemas barang untuk balik ke Ipoh.. Balik kampung....ooo ooo oooo balik kampung.....hati giranggggggg!!!!!!

Thursday, August 20, 2009

Melbourne-Sydney Guide Books Collection

Inilah collection reference kami untuk trip Melbourne-Sydney yang akan datang, selain daripada menggunakan internet. Tau dari mana kitorang dapat semua nih?? Kebanyakannya kitorang amik masa MATTA Fair March 2009 aritu, memang tak sia-sia senget bahu kat MATTA Fair hari tu hahaha..dah la colorful, pastu very informative betul.

Tapi untuk Grand Pacific Drive, NSW tu, aku request dari website tourism Grand Pacific Drive sendiri, saja-saja la kan, ingatkan diorang tak hantar. Sekali tu, tak sampai seminggu, tup tup dah sampai kat mail box rumah, semua information pasal Grand Pacific Drive ada dalam tu, termasuk la map (besar gila ok!!), places of interests, segala macam tok nenek ada. Memang tak payah print google map dah untuk yang ni. Baguskan?

Sekarang cuma tingal nak siapkan guidebook tu je, cover dah siap, itenarary semua dah siap, cuma tingal map je sikit lagi nak cari, especially utk Great Ocean Drive VIC , yang ni cuma ada map dalam bentuk pdf je, cam malas betul nak print besar2, print A4 saiz cam tak nampak plak dah. Ambil map ni kat airport je la nanti!!

Ni agenda kitorang kat Melbourne & Sydney nanti

Day 1
Melbourne
. Queen Victoria Market

Dandenong
· Tesselar Tulip Festival @ Silvan

Mornington Peninsula
· The Enchanted Maize Maze
· Frankston - for swimming
· Mt Martha
· Nedland Lavender Farm
· Sorento
· Portsea
· Safety Beach
· Cape Schank
· Flinders Ocean Beach
· Shoreham
· Balnarring Beach
· Somers
· Cheltenham
· Eureka Deck/Rialto to see Melbourne in sunset

Day 2
Great Ocean Road
· Twelve Apostles
· Port Campbell National Park (Island Arch)
· The Otways Coast & light house& Apollo Bay (mandi laut)
· Lorne (Cape Patton Lookout)
· Surf Coast & Bells Beach
· Torquay DFO & Surf Museum
· Geelong
· Back to Melbourne (return inland via highway 1)

Melbourne
· City Circle Tram
· Federation Square
· Old Treasury Building & Flinders St Station
· Fiztroy Street

Day 3
Melbourne
· St Kilda & Brington Beach (colorful hut)
· Drive around Melbourne & Shopping?
· Parliament House
· Yarra River from Southbank
. St Paul's Cathedral & Moving picture Gallery

Phillip Island
· Choc Factory in Phillip Island
· The Nobbies
· Penguins Parade

Day 4
· Check out from hostel and off to Sydney, NSW

Sydney
· Paddy's Market
. Sydney Fish Market
· Darling Harbour
· Outback Center Performance
· Sydney Bridge & Sydney Bridge Walk
. Opera House
· The Rock, Observatory Hills & Circular Quay

Day 5
Wollongong and Beyond (Grand Pacific Drive)
· Wollongong
· Stanwell Park/Coledale/Sandon Point/Fairy Meadow
· Kiama Shellharbour and Surrounds
· Bushranger’s Bay in the Marine Aquatic Reserve at Bass Point. & Four Mile Beach
· Jervis Bay (Hyams Beach), Shoalhaven and Surrounds
· Sydney Harbour Bridge

Day 6
Sydney
· Bondi Beach to Congee Coastal Walk
o Mackenzies Point
o Tamarama Sea Sculptures
o Swimming & Snorkeling at Gordon Bay
· Sydney Tower & Oz Trek
· King Cross Street (Red light district in Sydney)

Day 7
· Flight back to Kuala Lumpur via Melbourne (Int. Airport)

Diharapnya, dapat la sampai ke semua tempat2 yang dirancang tu.

Oh ya sebelum terlupa, Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua, maaf atas segala salah silap saya selama ni. Moga-moga Ramadhan kali ini lebih diberkati hendaknya...

Saturday, August 15, 2009

Panasonic Lumix DMC-FS15

Dari malam tadi aku dan Cawan sibuk research pasal compact camera. Tapi nak beli yang murah-murah je, sebab kami dah ada camera digital semi-pro Olympus SP550 tu. Tapi satu camera je la kan.. Lagi pun cam malas nak pinjam camera Sony Along tu, diorang confirm nak pakai time raya nanti...

So cari punya cari, ada la 3-4 jenis yang berkenan. Yang paling utama sekali, nak amik gambar outdoor yang cantik, dan color mesti cun. Megapixel aku tak berapa kisah, 7-8 Megapixel dah cukup bagus, bukan nak print poster saiz pun kan..hehehehe..

Antara camera yang menjadi pilihan dari hasil research kami adalah Canon Powershot A480, Sony Cybershot S930, Nikon Coolpix L20 dan Lumix DMC-LS85. Harga camera ni semua under RM600 (harga dari forum Lowyat, kat luar mesti lebih sket) , iaitu dlm range budget aku...kedekut gile kan??

Tup-tup sampai sana, tertukar pikiran pulak. Tiba-tiba je macam terminat Lumix DMC-FS15, salah satu sebabnya, sebab ada sale, pas tu dah test camera tu dengan model-model yang kami cari malam tadi, cam yang ni lagi best, ada wide angle 28mm, Leica DC Vario-Elmar lens with 5x optical zoom (tak heran, Olympus kitorg ada 18x optical zoom), 12 megapixel (alamak terlebih pulak), intelligent auto mode, intelligent scene selector , mega I.O.S (menghalang blur akibat dari hand shake) intelligent ISO control, color pun cantik dan yang paling penting, navigation dia very user friendly, battery lithium ion, boleh shot sebanyak 330 shot. Yang lain-lain features tu ada la lebih kurang macam compact camera lain, image stablization la, 2.7 inch LCD screen la, dan blah blah blah. Yang ni dapat memory 2G je, kira ok la kan? lagi pun pakai SD card, kalau nak tambah lagi 2G, baru RM20++ je. Ni tak pe, leh pow kat Cawan suh dia belanja nanti..hehehe

Ni lah camera nya (pic was taken with Olympus :p)

Harga asal dari kedai Panasonic RM899. Harga Camera Fair kat Sg Wang Plaza RM799. Harga promosi kat Tarita RM699, tapi pas pusing kat 2-3 kedai Tarita yang lain, dan jugak kedai-kedai yang seangkatan dengan nya, last-last dapat la RM670. Terlebih RM 70, ok tutup mata!!! Terus amik!!!

Lepas ni aku leh la amik gambar sesuka hati dan sesedap rase aku, tak yah nak suruh Cawan, sebab dia suka jalan-jalan, pastu tiba-tiba hilang, so aku kena tunggu, jenuh plak tu nak tunggu dia, dah la amik gambar lama-lama pulak tu, leh naik temperature aku kadang-kadang tu.. Sekarang? Tidak lagi..sebab dah ada 2 kamera..hehehehe..

Hari berikutnya, kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk aktiviti bergambar, klik utk hasilnye :p

Thursday, August 13, 2009

H1N1 Vaccine

Ni nak citer ni, tadi pas balik office, terus ajak Cawan pegi klinik kt Bukit Antarabangsa, sebab nak amik shot untuk H1N1. Tetapi, shot H1N1 yang bakal kitorang amik ni, bukan lah H1N1 Swine Flu, tetapi H1N1 jenis-jenis yang lain , sebenarnya H1N1 ni ada banyak jenis, yang terbaru, H1N1 Swine Flu yang sedang hebat melanda sekarang ni. H1N1 Swine Flu vaccine yang sebenar masih belum kuar lagi, ura-uranye end of this year. Tapi vaccine H1N1 yang lain-lain memang sudah ada.

Walaupun ni bukan vaccine H1N1 Swine Flu yang sebenarnya, tapi doctor cakap masih boleh digunakan untuk protect badan kita dari terkena H1N1 yang seangkatan dengannya. Tetapi yang ni masih belum boleh protect dari mendapat H1N1 Swine flu, sebab strain nya amat berbeza. Strain dalam vaccine ni, memang dikeluarkan untuk seasonal flu. So since kitorang nak pegi Melbourne dan Sydney bulan September ni, iaitu lepas winter dan seasonal flu season di Australia tu, elok la diambil vaccine nih.. mana la nak tau kan..

Ni la gambar kotak H1N1 Influenza Vaccine yang kitorg amik tu..Kata doctor tu, yang vaccine nih, Australia punya. Aku pun tak sure apa yang Australianya..Dalam vaccine nih ada strain2 berikut, yang kata doctor merupakan seasonal flu strain, dan disebabkan itu, protection terhadap swine flu adalah amat tipis.
•A (H1N1): an A/Brisbane/59/2007 (H1N1) - like strain, 15 µg HA per dose
•A (H3N2): an A/Brisbane/10/2007 (H3N2) - like strain, 15 µg HA per dose
•B: a B/Florida/4/2006 - like strain, 15 µg HA per dose

Oleh itu, mari lah sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan, ikutlah nasihat dari Kementerian Kesihatan atau yang seangkatan dengannya,demi kesejahteraan bersama..

Tuesday, August 4, 2009

Pelik Sangat Ke?

Pelik ke kalau lelaki buat kerja rumah?
Pelik ke kalau suami rajin nak tolong isteri di dapur?
Pelik ke kalau isteri malas nak masak, suami yang masak?
Pelik sangat ke kalau si suami ambil alih kerja2 si isteri di rumah sekali sekala??

Apa yang pelik nya? Sejak bila kerja-kerja rumahtangga ada jantina? Adakah kerja2 dirumah dibahagi mengikut jantina, memasak kerja perempuan, sapu daun kering kerja lelaki? Bukankah perkahwinan tu, satu perkongsian? Kalau dah nama perkongsian,harus la sama-sama suami isteri saling tolong menolong kan?, isteri masak, suami basuh periuk, isteri basuh kain,suami sidai kain, dan etc etc..

Jadi apa yang peliknya? Sejak bila kaum lelaki diberi keistimewaan untuk lepak terkangkang kat rumah, dan tunggu semua disediakan untuk dirinya?? Heheheheh...sapa nak jawab tu? Inilah dia pendidikan informal dari masyarakat melayu kita,semua kerja rumah, perempuan yang buat,lelaki jadi big boss..

Berdosakah kalau isteri benarkan si suami buat semua kerja2 tu? Kurangkah pahala isteri kalau biarkan suami buat kerja2 rumah tu? Personally, rasanya tak kurang pahala pun kalau isteri tak buat kerja2 rumah tu. Masih boleh lagi dapat pahala dari cara lain kan? Si isteri senyum pada suami pun dapat pahala gak kan, isteri usap2 rambut suami pun dapat pahala gak kan?

Orang selalu cakap "jagalah perut suami, nanti tak la cari yg lain, nanti lagi suami sayang kat awak" Ha betul ke? Aku tak caya benda nih, cam mana?? Berdasarkan pengalaman dari kawan-kawan yang pernah melalui incident suami tercurang, makan dan pakai suami, tidak pernah diabaikan, tapi suami tercurang jugak..Apa kes kan?

Mengikut kata seorang teman lelaki, ketika berbicara tentang isu nih, katanya, "kalau laki nk curang, dia curang jugak, tak kisah la ko jaga perut ke, baju suar ke, tempat tidor ke..kadang2 dia saja je nak curang, sebab ada benda lain yang dilihat pada perempuan lain..bukan sebab jaga perut pun.." Emm ada betulnye cakap mamat nih!! So conclusion nya, slogan "jaga perut suami" memang tidak boleh diterima pakai utk zaman ini.

Secara peribadi, aku antara perempuan/isteri yang bernasib baik kerana suami aku seorang yang ringan tulang, tak kisah la apa kerja rumah pun, mesti dia tolong sama, kecuali cuci bilik air!! Tapi tak pe la, janji yang lain2 dia tolong, termasuk la memasak :) Dan aku tau ada antara kawan2 kitorg pun yg macam tu jugak, laki bini saling tolong menolong..bukan kah aman mcm tu kawan-kawan??

Kepada si Cawan, muahs..

Monday, August 3, 2009

Suatu Hari Nanti..

  • Aku tak mo dah buat keja yang dijawat sekarang nih..penat, bosan, nyampah, terseksa jiwa raga, sakit mata dan sakit segala2nya kalo kerja begini sampai tua..tak kisah la gaji nye best mana pun..

  • Aku nak berbakti pada tanah, ataupun bisnes sendiri, tak kaya pun tak pe la, janji dapat tanggung perbelanjaan aku dan Cawan pegi travel sana sini, sesuka hati dan buat benda2 lain yang kami suka..

  • Aku mesti kena ada lesen scuba diving!! Ini tersangat la wajib!! masih work in progress, sebab aku masih belum berjaya berenang sejauh 200m!! Setakat hari ni, aku baru berjaya berenang sejauh 20-30 meter sahaja!!! Harus la aku fail time diorg test nanti kan? heheheh, takpe, usaha tangga kejayaan kan??

  • Aku mesti juga pegi ke Pulau Perhentian atau Redang atau Sipadan!!! Ni dah long overdue..kepada kawan2 yang sedar siapa diri anda, tolong la kite ramai2 pegi tahun depan!!
  • Aku nak pindah balik IPOH!!! IPOH sahaja..IPOH BEST!!! KL SUCKS!!!! Bosan tahap cipan ini KL...

  • Aku akan cuba utk tidak gunakan computer dan internet, No FACEBOOK, NO BLOGGING, NO YOUTUBE, NO MEEBO, selama...errrrrrr sebulan? seminggu? ok, cam mustahil, selama 3 hari ok kot kan?

Agak2 possible tak??

Sunday, August 2, 2009

Melbourne-Sydney Backpackers Budget

Kalo cover guidebook to Melbourne & Sydney dah siap, harus la budgeting dah siap awal-awal lagi kan.. Meh sini aku kongsi perbelanjaan trip ke Melbourne & Sydney backpackers style utk seorang heheheh..

Flight = KL -> Melbourne -> Sydney -> Melbourne -> KL = RM 922.50
Lodging Melbourne & Sydney = RM 403.85
Car Rental Melbourne & Sydney = RM 475.30
Entrance Fees ke tempat2 menarik = RM 150.80
Makan & Minum = Tak payah tukar
Shopping = RM 287.00
Train - Sydney City & Airport = RM 43.50
Toll & Parking & Petrol = RM 345.00
Grand Total utk seorang = RM 2627.95

Time kitorg tukar duit AUD minggu lepas adalah bersamaan dengan RM 2.87 = AUD 1.00
--------------------------------------------------------------------------------------------
Antara benda2 yang mengurangkan cost perbelanjaan..
- Utk penginapan, kitorg dah save 1 malam sebab time kitorg tiba kat Melbourne dah kul 12++ midnight waktu diorg, so tidor kat airport je la senang.

- Duit makan minum kat sana, memang kitorg tak tukar dah, sebab ni memang gune duit balance yg kt GC ari tu ada balance AUD 186 lagi, sebab ari tu kat GC kitorg memang over estimate makan kat sana mahal, padahal AUD 150 dollar tu more than enough for two pax!! lagi pun kat hostel ade pantry utk masak2, leh la masak2 simple2 utk roti bakar ke, grg telur ke, maggi ke kan..?
- Untuk shopping, kali ni memang aim utk beli brg2 utk diri sendiri dan kaum keluarga terdekat jek, cam fridge magnet dan seangkatan dengannya. Kalo nk shopping lebih2, sendiri mau ingat la, unless ada duit terlebih lagi kan..


- Utk 1st day kat Sydney, kitorg akan gunakan public transport iaitu monorail dan train dari airport dan sekitar Sydney town, lagi pun tiket monorail beli sekali je, tapi leh pakai utk 1 hari. Attractions dlm Sydney city pun walking distance je, 2nd & 3rd day baru naik keta pegi ke South Coast NSW, sejauh 300 km ..
- Utk kereta sewa kat Melbourne dan Sydney, total harga yang disebutkan diatas adalah harga online yang paling maximum sekali dr Avis & Hertz, maybe kat airport murah lagi. So tgk la nanti cam mane kat sana nanti..harap2 dpt harge lagi murah..
- Budget utk toll, parking dan petrol memang di'overestimate' kan, especially petrol. Tapi utk parking dan toll, rase nye tak guna banyak, sebab hostel kt Melbourne & Sydney dh sediakan parking percuma, maybe kena byr parking2 kt tempat lain?? toll diorg cam tak byk je lalu, mostly lalu kat freeway jek.
- Kali ni visa tak perlu buat lagi, sebab yang hari tu punye masih valid..sini sudah jimat sebanyak AUD 20. Oh ye, kepada sesapa yang nk ke Oz nih, baik korang pegi buat visa kat travel agent je, jgn buat kat website ETA tu, sebab kalo buat kt travel agent sini bayar dlm RM 20 sahaja!! :) aku pun baru tau pasal ni dr org lain..
- Emm kalo dibandingkan budget perbelanjaan pegi GC hari tu, kitorg cuma kuarkan RM 2250 seorang (all inclusive) dengan kadar tukaran RM 2.43 = AUD 1. Tapi yang ni cam lebih sket la kan, ape nk buat, currency AUD dh naik..
Apa-apa pun kitorg dh ready nak pegi nih, cuma countdown tu je tak sudah2 lagi :S, kesabaran betul la....

Saturday, August 1, 2009

Front Cover Dah Siap!!!!

Setelah berpenat-penat, hampir cam nak patah pingang, dan biji mata jadi kelabu, akhir nya siap jugak front cover Trip Cookbook utk Melbourne dan Sydney!!!

Ni semua gara2 Biq nye pasal, dia citer cam best jek nak buat!! So aku pun mula la sikit2 dari tghari tadi buat benda jadah nih. Memang best pun, sampai tak sedar dh kul 1 pagi aku masih mengadap laptop semata-mata nak buat cookbook nih..hasil nya..

Tadaaaaaaaaaaa..

Melbourne Trip Cookbook

Sydney Trip Cookbook

Terima kasih la kat Biq yg sudi berkongsi rahsia utk buat buku nih..tp pas ni utk trip2 akan dtg, kalo ade u join sama, i serahkan pada yang pakar je la (yes you BIQ!!), biar i je cari2 info tu semua, u compile kan semua jadi buku hehehee.. ni buat pun sebab Biq tak join trip nih, dan sebab Cawan dah bising2 malam tadi suh buat jugak :S