Monday, June 11, 2012

Barcelona: Seharian Bersama Gaudi

Cuaca pagi itu agak mendung, jadi elok sangatlah kalau habiskan masa dengan buat aktiviti indoor saja. Jadi kami ke Casa Battlo yang terletak di Passeig De Gracia, Eixample.

Eixample, merupakan satu kawasan yang mempunyai banyak bangunan modernisma yang dibina sejak dari abad ke 19. Bangunan di sini dihiasi dengan warna warni, architecture yang berbeza dari kebiasan bangunan yang biasa ada di Europe. Dan Gaudi adalah artist modernisma yang paling dikenali di Barcelona.

Casa Battlo, Barcelona

Jom..

Casa Batllo, salah satu bangunan Modernista ciptaan Gaudi yang menjadi tumpuan orang ramai kerana keunikkan senibinanya.

Rumah ini pada mulanya hanyalah rumah biasa saja, tapi selepas dibeli oleh Josep Batllo, iaitu seorang businessman yang berjaya, dan kerana ianya terletak di Passeig De Gracia, satu kawasan yang sangat berprestig dan sangat high class, jadi Battlo telah bercadang untuk membuatkan rumah diorg ni lebih outstanding dari rumah-rumah lain yang ada di kawasan tu, supaya lebih glamer lagi kekdahnya.

So demi merealisasikan impian Batllo untuk mendapatkan rumah yang 'cool' dan hebat ketika waktu itu, dia telah melantik Gaudi untuk revamp balik rumah tu. Kalau ikutkan hati si Batllo tu, dia nak suruh Gaudi bina balik rumah dia dari scratch, siap nak robohkan bagai, tapi Gaudi telah berjaya convincekan client dia, supaya tidak berbuat keje gila tu, dia kata renovate saja sudah heheheh..

Tingkap oval yang luas memudahkan cahaya masuk.

Dinding yang sangat colorful, macam coral dekat dalam laut

Aqilah tengah beratur nak beli tiket masuk. Harga tiket EU 18.50. 

Design unik di tangga dan ceiling di dalam Casa Batllo.

Ceiling di Casa Batllo ni berinspirasikan dalam laut. Designnya ceilingnya berombak, dan tingkap-tingkap nya pula mengunakan kaca berwarna warni, macam bubbles dalam laut.

Setiap ciptaan di Casa Batllo, semua ada tujuan tersendiri. Handle tingkap ni dibuat secara ergonomically, bagi memudahkan orang nak pegang handle dan buka tingkap tu dan sangat sesuai dengan design tingkap nya yang berbentuk oval tu. 


Colorful tiles ni pun salah satu dekorasi oleh Gaudi. 

Yang ni central light well. Juga diinspirasikan oleh laut. Translucent, untuk memudahkan pergerakkan cahaya di dalam rumah tu. Gaudi memang mementingkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi. Jadi memang tak hairan la kalau design dia nampak pelik, tapi ada purposenya sendiri kan. Aku pun sama macam Gaudi bab-bab pengudaraan ni (eh perasan pulak hehehe), memang sangat mementingkan pengudaraan keluar masuk rumah aku. Aku tak leh duduk dekat rumah yang tingkap dan pintu tertutup 24 jam, suffocate ko! Rasa macam tak cukup oksigen..

Di catenary arches.. Aqilah pun sibuklah nak bergambar.. 

Aqilah berada di rooftop Casa Batllo, tapi cuaca mendung, so rooftop yang colorful tu jadi tak memberangsangkan sangat, sebab takde matahari. Heh budak ni, bukan main suka lagi dia datang sini, tak reti nak duk diam, abis dia 'explore'

Tips untuk yang nak datang ke sini, tiket boleh dibeli online, kalau nak beli kat kaunter pun boleh, tapi make sure datang pagi, kalau tak queue panjang! Ok, selain Casa Batllo, ada lagi casa lain yang boleh dilawati, antaranya Casa Mila, Casa Amatller, Casa Lleo Morera dan macam-macam lagi la. So kalau nak cuba yang lain pun apa salahnya.

Parc Guell, Barcelona

Sebabkan hari ni dah prepare lunch siap-siap, so kitorg takde la balik ke rumah or nak cari-cari makan. Jadi kami terus ke Parc Guell.

Nak pergi ke sini agak azab sikit bagi yang nak menaiki metro. Kena berhenti di station Lesseps, dan lepas tu kena menapak lagi dalam 20 minit berjalan kaki DAN KENA MENDAKI BUKIT YANG SANGAT STEEP! Macam Baldwin street kat Dunedin NZ dulu! korang ingat tak? ala yang kat sini tu --> Baldwin St, NZ. Tapi yang dekat Dunedin tu, takde la drama sangat, sebab aku main tipu, tak panjat pun, cuma tengok dari bawah je huhuhu..

Tak larat nak tolak stroller. Tu pun nasib baik half way diorg letak escalator. Mengigil kepala lutut hahahah. Masa ni aku rasa menyesal plak nak pegi sini!

Setelah puas bermandi peluh menolak stroller daki bukit, plus menolak stroller atas jalan tak bertar! Eiiii hampeh laaa..memang aku takde mood..sehingga la ternampak benda ni dari jauhhhhhhhhh

So dari atas bukit dekat entrace masuk tadi yang berdebu-debu tu, dah boleh nampak Sagrada Familia..at least dapat jugak aku tengok dia dari angle lain. Nampak macam dekat..tapi takde la dekat sangat.. Nampak tak yang background biru kat belakang tu..tu laut.. Ok mood aku dah mula datang balik, kalau tak tadi macam nak marah-marah, dan rasa menyesal jek! hehehe

Bila toleh sebelah kanan, nampak La Rambla pula. Memang senang nak spotted La Rambla, sebab deretan pokok-pokok tu adalah identity dia..walahhhhh..sekarang kadar sesalan aku dah makin menurun. Tapi aku still tak puas hati, sebab aku masih tak jumpa pun semua taman-taman yang ada cicak besar colorful semua tu!

Bila tengok signboard, semua dalam spanish. Argh..bila tengok kiri dan kanan, tak tau nak teka ikut jalan mana yang betul. Dikala ketika dan saat tu, aku cuma nak cepat je, sebab penat satu hal, satu lagi sebab nak pegi shopping hehehehe. 

So kitorg cuma berserah pada takdir je la, dengan harapan, jalan yang kami pilih itu betul menuju ke tempat yang kami nak tuju.. #dramanya!!

Masa mula turun bukit tu, kami dah mula nampak taman yang banyak bunga-bunga warna purple..emm cantik.. harapnya betul la apa yang mata aku lihat ni...

Hmm dah puas berjalan dalam debu tadi, akhirnya sampai juga kami di taman kat bawah tu..dan betul la ada banyak bunga warna purple kat situ..hehehe tak sia-sia..cantik plak tu.. 

Kalau pagi tadi mendung, petang ni dah cerah..so memang lagi cantik la kan..hijau biru dan purple..suka! suka! suka!

Oh lupa plak nak cerita pasal Parc Guell ni. Taman ni sebenarnya terletak di kawasan perumahan, dan taman ini sendiri adalah kawasan perumahan yang terbengkalai. So entah macam mana, dari kawasan terbengkalai, akhirnya dibina taman yang cantik ni. Ada beberapa koleksi ciptaan Gaudi ditempatkan di sini.

Colonnaded footpath namanya. Korang penah tengok tak America's Next Top Model cycle 7 tu. Haa diorg buat last runway yang final tu kat sini ler..ingat tak? heheheh..cer pegi google tengok..ada kan? kan?

Ni adalah bangunan dekat belah entrance kat bawah. Aku tak tau nama dia apa.

Ni pun sama, tak tau apa benda..pintu untuk orang terjun kot? sebab takde tangga pun hehehe..hmm memang luar biasa la Gaudi ni punya pemikiran..


Mosaic tiles di ceiling..

Bila tengok bangunan ni, terasa macam kat fantasyland gitu..kat tempat lain memang takde la kan bangunan-bangunan pelik macam ni.

Gaudi dan tiles tidak dapat dipisahkan..colorful plak tu..memang meriah..pandai kau Gaudi!



Main terrace yang menjadi tempat lepak visitor yang datang melawat..



Kedai souvenir yang menjual segala cenderamata berkaitan Gaudi..

Cicak Gaudi yang famous..eh cicak ke? ada yang kata dragon..emmm apa-apa je la.. Budak-budak ni sebenarnya ikut rombongan sekolah, agaknya time ni diorg nak balik dah kot. So cikgu dia punya la riuh memaksa budak-budak ni bergambar kat cicak ni. Ko bayangkan budak remaja besar-besar ni, ingat senang nak dengar kata??? Jenuh cikgu tu terjerit-jerit pangil sorang ni, sorang ni lari, pangil yang situ, sorang ni ke lain..ish..aku tengok pun tension, last-last aku jugak yang tak sempat nak bergambar kat sini! Sebab time tu tiba-tiba je mendung dan hujan renyai-renyai! ishhhh

So puas la berjalan satu taman, dari atas ke bawah..dan sekarang masa untuk balik. Bila mengingatkan azab nak datang ke sini tadi, aku terus cakap kat Cawan nak naik taxi je, aku tak kisah la bapa pun kena bayar! Jenuh la Cawan memujuk, jom kite ikut jalan lain pulak, jangan ikut jalan tadi..aku tak nak jugak!! #drama lagi time ni!.. Last-last Cawan cakap 'u nak shopping kan? kalau u dah spend 20-30 euro kat taxi, kang susut la duit shopping' sambil senyum-senyum angkat kening.. Hmm betul jugak kata Cawan tu..20-30 euro bukan sikit tu.. so berjalan kaki la kami balik ke metro, tapi ikut jalan lain yang lagi mudah, tak payah nak turun bukit ke apa ke!! memang sial betul la signboard kat metro tadi tu, aku sumpah signboard tu kena langgar lori biar terpelanting ke tempat lain huhuhu.. Sebagai deal, dapat la aku makan eskrem dan chips on the way nak ke metro dibelanja Cawan huhuhuhu.. (senangkan nak pancing aku? eskrem pun jalan hahahaha)

Info: Masuk ke Parc Guell, percuma je, waktu operasi dari 10 AM - 21.00 AM. Kalau nak pergi sini, make sure allocate half day la, sebab leh tahan besar juga tempat ni. 


Ok berikutnya, kami terus pegi shopping souvenir di La Rambla, dan beberapa kedai lain kat situ, ZARA, H&M dan yang seangkatan dengannya, tapi semuanya untuk Aqilah... dan malam ni kena balik awal sikit, sebab nak kemas beg, esok nak ke destinasi berikutnya pula..tunggu okehhhh..



Wednesday, June 6, 2012

Tips Travel Dengan Baby


Kita berehat sekejap dari entry2 Europe ok.. disebabkan ada yang email dan tingalkan komen di blog Chawanna bertanyakan pasal travel tips dengan baby ni, so aku nak share pengalaman aku sikit.

Aku bukan expert, aku pun baru 2 tahun terjebak travel dengan Aqilah, mula-mula dulu pun aku tak pandai sangat, tapi dah lama-lama jadi pandai sendiri la..semuanya dari pengalaman :)

Tips dari Chawanna ni yang belum tentu berkesan 100%, tapi boleh la dicuba mengikut kesesuaian masing-masing okeh!

1. Bawak la pakaian yang bersesuai dengan cuaca negara/tempat yang nak dilawati. Yang ni common sense la. Kalau ni sendiri tak leh pikir, aku sendiri tak leh nak tolong. Kalau tak tau cuaca kat negara/tempat yang 
korang nak lawati tu macam mana, sila tanya abang Google, korang pasti tak kan kecewa. 

Kalau perlu baju sejuk jenis berbulu-bulu, beli la yang berbulu, kalau tak perlu, jangan la gatal-gatal beli, kang jadi sauna plak anak korang huhuhu

2. Makanan, emm yang ni leceh sikit sebenarnya. Tapi korang bertuah jika anak korang jenis yang bedal segala benda tanpa banyak songeh macam Aqilah (cewah puji anak sendiri plak hehehe). Jadi silalah ajar anak-anak korang supaya lebih open untuk menerima pelbagai jenis makanan. (eh tapi jangan ajar makan fastfood atau yang seangkatan dengannya). Kalau yang jenis suka sumbat anak dengan nestum, korang bawak la nestum, jadi kena la gigih nak mengankut tong nestum tu ke sana sini huhuhu.. Kalau dia suka makan biskut, korang bawak la biskut yang bersesuaian. Jangan plak beli chipsmore/oreo bagai, xsihat! Dan yang paling bagus lagi, untuk yang masih baby kecik2 comel tu, sila BREASTFEED! Tak yah nak angkut susu, tong air panas bagai. Tak ke bahagia hidup??? heheheh. 

Aqilah makan nasi sebab dah ada banyak gigi nak kunyah..
Pengalaman Chawanna: Masa Aqilah mula makan solid food  masa umur 7 bulan, Chawanna selalu beli organic food macam jenis nestum tu kat Cold Storage atau di Just Life di MidValley depan Cold Storage, senang, dan baik untuk kesihatan, Aqilah tak makan nestum (Nestle, etc) yang berada di pasaran, sebab tak baik untuk kesihatan, kandungan gula tinggi!!!

3. Kesihatan. Before pegi oversea, eloklah cek ngn doctor kot2 perlu apa-apa vaksin untuk baby ke tak. Dan make sure bawak ubat-ubat demam/batuk/flu/etc untuk budak tu. Supaya kat tempat orang nanti takde la mengagau nak mencari klinik/hospital/doctor kalau sakit demam dan sebagainya.  Kan dah susahkan diri sendiri!! Pengalaman Chawanna: Kami selalu bawak ubat demam dan cool fever patch tu, kot-kot Aqilah demam, sumbat dan tampal je kat dahi dia.

4. Documentation.Ni paling penting. Jangan lupa bawak passport, birth cert, atau apa saja pengenalan diri anak korang. Kot-kot la korang kena tuduh human trafficking..tak ke naya? at least dengan adanya documents tu semua adalah bukti kan? Pengalaman Chawanna: If gambar passport baby di ambil dari umur 3 bulan, muka baby tu mesti dah berubah bila berumur 2-3 tahun kan? So sila pergi ke imigresen dan bawak 2 keping gambar baru untuk update. FOC je. Pernah sekali Chawanna ditanya kat airport pasal gambar anak lain la, apa la..jenuh aku nak menjawab.

5. Make sure bawak la stroller yang bersesuaian bila travel. Jangan yang berat gedabak, pengsan korang nak bawak turun naik train, tangga etc. Bukan semua metro station/attractions kat oversea baby friendly! Kalau nak yang budget, pegi cari kat Giant, Tesco, memang boleh pakai buang, harga semurah RM99 pun ada. Kalau nak yang elok sikit, beli la brand-brand lain yang ada di pasaran eg McLaren Triumph, Peg Preggo etc. 
Sedap dapat duduk dalam stroller..sambil posing..dia senang..kita mak pak pun senang kan??
Pengalaman Chawanna: Dah banyak travel, dari HK, India, sampai ke Japan, dan baru-baru ni ke Europe, TOLONG LA PERCAYA CAKAP AKU, KORANG JATUH WAJIB kena beli stroller light weight!! Jangan mengharap pada lif/escalator, sebab kadang-kadang memang takde pun!! Jenuh nak mengangkut stroller naik tangga beb, silap-silap naik muscle kat lengan! Melainkan korang ada driver dari pintu ke pintu yang tak memerlukan korang turun naik tangga, boleh la bawak stroller berat dan besar. 

6. Jangan lupa bawak barang/mainan kesukaan anak korang sebarang dua (jangan la byk sangat, nanti tak cukup tangan korang plak nak mengangkut). Bantal busuk ke apa ke, biarlah berpada-pada okeh!  Jangan tak bawak apa-apa, kang meraban pulak budak tu tercari-cari tak tentu arah :) 
Mi Mouse kesukaan Aqilah sejak akhir-akhir ni..terpaksa bawak skali pegi ..ish..

Pengalaman Chawanna: Bantal dan 1 mainan Aqilah PASTI kami bawak, sebab senang nak kasi dia tidur, pernah tertingal bantal Aqilah di apartment masa di Paris satu hari tu, jenuh la dia terjerit-jerit time berjalan nak BUNTAL..nak BUNTAL..nak BUNTALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL...tak ke jenuh kami dibuatnya?? ish ish..

7. Kalau kena naik flight, make sure sampai airport awal, check in dan kasi lepas segala urusan immigration, security seawal yang boleh, maklum lah, bila berjalan dengan budak ni, memang slow sikit la, tapi kite kena pandai adjust supaya tak terkejar-kejar. Pengalaman Chawanna: Selalunya 3 jam sebelum kami dah sampai airport, terus check in bagai. Lepas tu goyang kaki je berjalan ke imigresen dan security, sebab banyak masa, kadang-kadang siap shopping bagai sebelum depart hehehe..#untungla

8. Barang-barang basic macam diapers, wet tissues, pacifier (puting, if dia hisap puting), confirm la 
kena bawak, if diorg masih pakai benda-benda tu semua :) 
Amik feel nak tidur ni..

Pengalaman Chawanna: Benda basic tak pernah tertingal lagi setakat ni, kalau tertingal gak, sila gantung diri sendiri, kerana sikap kurang bijak ni!! Hahahah (acah je, sila beli kt mana-mana yang ada jual benda tu semua)

9. Kalau travel dengan Airasia flight (atau mana-mana flight yang ada ESO), sila beli ESO (Empty Seat Options). Aku dah pernah guna service ni. Sangat sesuai untuk yang ada anak. Sebab korang leh purchase empty seat yang available kat sebelah korang, dengan harga yang sangat murah. So korang ada lah extra space, untuk anak korang nak baring ke, duduk ke, terlentang, terbalik semua boleh. Pengalaman Chawanna: Masa naik AAX pegi Japan, Chawanna purchase ESO untuk return flight, cuma berharga RM76 je, selesa, senang budak nak tidor bagai..cubalah ye.. 

10. Last but not least ikutlah logic akal fikiran korang, letak kan diri kat tempat baby tu, pikir dan renung-
renungkan lah, perlu ke? tak perlu ke?, tapi beragak-agak la ye, jangan terkurang atau terlebih sangat, berpada-pada kekdahnya.

Akhir kata, jangan la takut dan berpikiran negative sangat pasal nak travel dengan baby/budak kecik. Diorg ok, if kita pandai dan tahu nak handle diorg. Percaya la cakap aku, tak susah melainkan kite dah set dalam kepala otak negative, itu yang jadi susah, sekian melaporkan :)

Monday, June 4, 2012

Barcelona: Barri Gotic & Sagrada Familia

Barri Gotic Quarter

Secara jujurnya, aku tidak pernah tau akan kewujudan tempat ni, sehingga la aku baca buku DK Eyewitness yang dipinjam khas dari Lily Riani The Globetrotter. Barcelona adalah last minute plan, mulanya Barcelona TIADA dalam senarai aku nak menJAJAH Europe, tapi entahkan kenapa, selepas baca buku tu, hati ni terlonjak-lonjak nak sangat pergi. So Berlin out, Barcelona in! Itu pun selepas argue dengan Cawan pasal negara-negara yang nak dilawati! Penat aku mempertahankan pendirian aku. Dan kalau ikutkan hati aku yang SEBENAR-BENARNYA, aku nak ke South Spain untuk lihat peninggalan sejarah Islam di Andalusia yang confirm memerlukan aku bertapa disana lebih kurang 6-7 hari. Disebabkan aku tiada masa sebanyak tu untuk di'allocate' di Andalucia, dan jodoh yang tak berapa kuat dengan Andalucia, jadi aku simpan saja hasrat tu buat kali ini, harapnya satu hari nanti aku akan sampai juga di tanah Andalucia tu (tak tahu la tahun bila huhuhuhu)

Ok cukup la dengan cerita sedih aku tak dapat pergi ke Andalucia tu. Jom kita tengok apa yang ada di Barri Gotic ni. Cewahhh cam buat rancangan travel sendiri plak.. Jalan-jalan bersama Chawanna di Barcelona..emm sedap gak tajuk rancangan ni..

Kenapa Barri Gotic? Hmm susah jugak aku nak jawab. Tiada sebab, cuma aku curious nak tengok kawasan ni, sebabnya kebanyakkan bangunan di sini dah wujud sejak zaman Medieval lagi. Maunya aku tak kagum dan tak mo datang dan tengok sendiri? Dengan lorong-lorong kecil yang masih mengekalkan corak labyrinthine, aku teruja.

Banyak sangat lorong-lorong sempit, sampai aku pun tak tau nak lalu ikut yang mana satu. Kita redah saja la.
Sambil jalan-jalan tu, jumpa satu lorong yang nampak bangunan gothic ni..teruja lagi! Maklum la kat KL takde hehe #jakun sat..

Salah satu district lama Barcelona yang pada pandangan aku WAJIB untuk dilawati, jika korang minat la nak tengok benda-benda macam ni hehehe.. kalau tak suka jangan salahkan aku ok!. Lokasi Barri Gotic ni adalah bersebelahan dengan La Rambla. Aku nak terangkan pun susah, sebab aku bukannya hafal map Barcelona tu, so korang pepandai sendiri la cari yek.

Picasso tingal di kawasan ni, Joan Miro juga lahir dan tingal di sini. Mungkinkah ada bakal ada pengganti Picasso dan Joan Miro pada zaman ini yang juga berasal dari Barri Gotic? Tak mustahil jugak, maklum la banyak sangat tangan kreatif-kreatif lukis graffiti kat dinding di kawasan ni.. 

Bendera Catalunya di pintu gerbang salah satu bangunan di Barri Gotic.

Chawanna dan para jemaah memang tiada hala tuju ketika di sini, kami cuma berjalan mengikuti lorong-lorong tu, seakan bermain maze, dengan harapan berjumpalah dengan apa-apa yang menarik nanti. Dan kami memang betul. Memang seronok meng'hilang'kan diri di kawasan ni seketika. Cafe-cafe dan souvenir shops memang bersepah di sini. Kami cuma cuci mata saja dulu. Lagi pun awal lagi kan..

Barcelona City Hall, Barri Gotic

Kami berjalan, sehingga terjumpa satu square (dataran) yang di sekelilingnya, ramai muda mudi (macam budak-budak sekolah..buat rombongan kot?) lepak di sini. Apakah bangunan ni? Ohhh rupanya city hall Barcelona. Hmm..di celah-celah ni pun leh ada city hall?
ESPANYA..Kesukaan Cawan! Mengambil gambar-gambar penutup lubang sewer di jalanan! Dia mulakan aktiviti ni dari kat Jepun hari tu, sekarang di Barcelona pula hehehehe

Placa atau dalam englishnya, plaza. Memang banyak plaza-plaza kat kawasan ni, di antara-antara lorong tadi, nanti tiba-tiba jumpa placa..pastu nanti jalan sikit lagi..jumpa lagi..dan lagi..dan lagi..aku pun tak ingat dah placa apa penyudahnya..


Spanish balcony..Tiba-tiba aku teringat Don Juan, cewah feeling budget aku kat balcony tu, pastu dia kat bawah duk nyanyi-nyanyi nak gorat aku..kekeke (korang penah tengok citer Don Juan De Marco yang Johnny Deep berlakon tu tak? haaaa aku berangan Johnny Deep la nyanyi kat aku kekkkekek)

Ok tersesat lagi..entah kat mana la sekarang ni..jom tengok buku sat..

Barcelona Cathedral (Catedral de la Santa Creu i Santa Eulàlia)

Masih lagi di Barri Gotic, selepas mencari kedudukan sebenar kami, akhirnya ternampak kelibat satu bangunan yang sama macam dalam buku DK tu hahahaha..oh Barcelona Cathedral. Mari jemaah sekalian! Kite bergambar saja sudah, jangan lelebih..huhuhuhu

Cathedral ni memang sangat gothic, tapi sayang, time kitorg nak amik gambar, adalah pulak lori besar bawak equipment macam nak set up pentas! ishhh kenapa la time ni.. So angle gambar terpaksa jadi macam ni hahahaha..

Bumbung cathedral ni pun nampak menarik. Ada patung-patung haiwan dan juga haiwan mistikal yang hanya wujud dalam imiginasi hehehe. Tempat ni dibina dari tahun 13 centuries hingga ke 15 centuries.


Barcelona Museum of History

Tak lama kami di cathedral tadi, sebab sekadar nak amik gambar cathedral gotic saja, kami terus berjalan lagi, sehingga berjumpa dengan Museum of History Barcelona pulak. Ok yang memang sumpah aku tak nampak macam museum. Semua batu bata tinggi melangit dari atas tanah sampai ke bumbung! Pintu masuk pun aku tak tau kat mana (walaupun aku sebenarnya tak nak masuk, tapi teringin gak nak tau kat celah mana kan hehehe)


Amik gambar kat luar je la..

Ok aku agak menyesal sebab aku tak teringin langsung nak masuk museum ni pada hari dan ketika berada di situ!!! Tapi bila cek itinerary aku, memang tak listed pun! Isi kandungan dalam museum ni sebenarnya agak menarik. Dangggg..ish kene ripit ke? hahahaha.. So sapa yang akan ke Barcelona dan minat museum bagai, sila datang sini..nanti story kat aku ye..

Inilah buku DK yang dimaksudkan. Penuh dengan illustrasi dan info. Tq Lily :)

Boleh sewa basikal di sini kalau tak gigih nak berjalan kaki macam Chawanna huhuhuhu

Passeig De Gracia

Hmm bila lihat map dengan mata kasar, semuanya nampak dekat. Pernah tak korang mengalami macam tu? Ye, aku setiap masa pun mengalami benda yang sama. So kami dengan gigih pun sambung jalan kaki ke Passeig De Gracia, sebab kat situ ada Hard Rock Cafe, adik aku memang collect benda-benda HRC ni, so aku slot in la satu time untuk ke sana. Maka berjalan kaki la kami menuju ke destinasi.

Macam mafia..tapi aku di Spain, bukan di Italy..so mungkin mafia bukan istilah yang sesuai hehehehe

Tadi kan aku cakap ada banyak kedai souvenir, jadi aku beli la poskad nak kirim kat diri sendiri. Tapi malang sekali stamp tak dijual di kedai jual poskad. Stamps dijual di kedai tobacco kekdahnya. Jadi dah satu keje pulak nak mencari kedai tobacco!

Passeig De Gracia ni dah masuk kawasan bandar. Ni merupakan salah satu avenue yang famous di Barcelona, macam La Rambla juga, cumanya di sini lebih kelas lagi. Kebanyakkan kedai di sini jual barang-barang branded, macam Chanel, Gucci, LV dan yang seangkatan dengannya. Chawanna tak beli apa-apa, ktiorg cuci mata je. Yang aku perasan, kat sini banyak sangat bangunan yang nampak macam rumah, tapi aku tengok orang pakai smart-smart, macam office pun iye! Bukan seorang dua, tapi jumpa ramai macam pakai baju pergi kerja tu, kat kawasan ni, dan diorg semua masuk kat dalam bangunan yang macam rumah ni!!
Bestnya la kalau office aku rupa bentuk macam ni!

Orang-orang Barcelona memang creative, tengok saja bangunan ni.. dari jauh lagi dah nampak bola-bola bulat tu, aku ingat sarang ulat ke, apa ke tadi..cisss..

Percaya atau pun tidak, baru kami sedar yang kitorg dah berjam-jam dekat sini, dari Barri Gotic sampai ke Passeig De Gracia, dekat 5 jam! Sepatutnye kami ke Casa Battlo yang terletak berhampiran di Passeig De Gracia, tapi aku dan adik aku gedik plak nak pergi usha kedai-kedai yang mengikut kemampuan kami di situ, so cancel casa battlo, kite cuci mata kejap, beli belum tentu hahahaha..ye aku pasti Cawan dan adik ipar aku berbulu-bulu dengan kami berdua kekekeke..

Mengenangkan jam ketika itu dah pukul 3 petang, nak beratur di Casa Battlo beli tiket memang idak la kan, tak kuasa aku, so kitorg decide balik rumah untuk makan-makan dan solat dan berehat dulu hehehe.


Bestnya la kalau dapat naik vespa pusing-pusing Barcelona..tak ke romantic?? ye ke?

FC Barcelona Stadium

Disebabkan Casa Battlo hanya sesuai pergi di waktu pagi, ketika tak ramai orang, jadi aku ubah agenda petang tu, untuk ke FC Barcelona stadium. Walaupun aku bukan peminat Barcelona, tapi aku pergi je la, dah alang-alang sampai, leh gak beli cenderamata untuk Icam tu (eh tapi dia suka Man Utd! aaargg belasah la)
Muka dah refresh balik, lepas pekena nasi sepinggan, mekap pun dah kena touch up hahaha..lihat lipstick yang tak berapa nak fushia tu?? ok aku salahkan kedudukan matahari petang tu, sebab tak menyuluh lipstick aku sebaik mungkin..ish merepek plak dah.. Di mana Don Juan??

Jauh sebenarnya nak ke sini dari station Drassanes di apartment kami tadi..tapi gigih punya pasal kami redah. Dan kali ni aku kena pastikan ada something yang aku boleh bawak balik, kalau tak memang sia-sia hahaha..


Aqilah baru bangun tidur..bangun-bangun je nak posing dalam store FC Barcelona nih..ishh

Untuk die hard fan Barcelona, memang mesti terkinja-kinja, untuk aku yang tak berapa nak layan, aku tengok-tengok je.

Ada orang kata beli baju jersey kat oversi lagi murah, tapi bila aku tengok harga yang ni, emm kirim salam la..baik aku pegi shopping benda lain hahaha. Tapi magnet-magnet nya cantik..so aku rembat la untuk diri sendiri, walaupun tidak memberikan sebarang makna, ada aku kisah?? 2 euro je pun!!

Walaupun aku tak layan liga spanish sangat, tapi aku tau Messi tu sapa.. hahahaha.. kiranya aku amik tau la kan? kan?
Tak pasti yang ni apa, plat-plat nama team yang pernah main di stadium Barcelona mungkin??


Sagrada Familia

Disebabkan siang di Barcelona agak panjang ketika kami di sana, aku tambah aktiviti lewat petang itu untuk ke Sagrada Familia. Church lagi!!
On the way nak menuju ke Sagrada Familia, ni di station metro mereka. Kalau di Japan banyak dengan vending machinenya di setiap pelusuk dan menjual pelbagai jenis barang, di Barcelona juga ada, tapi tak banyak. Walaupun tak banyak tapi BESAR! Jual orang pun boleh. Yatoo Supermercado Rapido namanya hehehe.. lain dari yang lain, so terpaksa masuk jugak dalam blog aku hehehe..

Dari FC Barcelona stadium tadi, agak jauh nak ke Sagrada Familia ni. Kena tukar train dua kali, lepas tu kena jalan nak tukar train ke platform lain satu hal lagi. Jauh ok!! Jam ketika itu dah 8.30 malam. Aku sebenarnya tak berapa pasti sama ada , diorg akan pasang lampu ke tak kat Sagrada Familia tu, tapi kalau google Sagrada Familia at night, memang akan kuar gambar waktu malam. Cantik la jugak. So aku dengan pasrah dan yakin (tak yakin sangat, 50-50) paksa gak diorg semua ikut aku pegi sini waktu malam!

Teng teng teng......

Keluar je dari lif metro station tu, aku pandang belakang, aku nampak bayang Sagrada Familia, tapi gelap gulita!! Mana lampu tu semua???????????? Uwaaaaa rasa nak nangis! Memang sia-sia okeh!! Dah la jauh nak pegi, jauh menapak kat station tu lagi!!!! Mati la aku kena bunuh dengan para jemaah! Rugi tiket train lagi!!!
Datang dekat sikit, kot-kot la kena ada orang baru lampu tu terbukak ke kan!! Haram!!! Aku tengok jam, dah 9 malam, memang tak cukup gelap lagi, nampak lagi langit masih biru, tapi apakah??? Nak suh aku tunggu pukul berapa pulakkkkkkkkkkkk??

Akhirnya aku pasrah..amik je la apa yang ada..esok kite pegi lagi..kata aku (tapi dalam hati je la..mau kena maki ngn para jemaah kalau aku ajak repeat lagi esok kekekeke).

Dah dekat 10 minit di situ, masih lagi tiada tanda-tanda lampu akan di pasang, kami akhirnya setuju untuk berangkat pulang saja. So balik la kami.. Tak sampai 10 langkah, tiba-tiba semua jadi terang di situ..eh lampu dah pasang! lampu dah pasang! aku jerit cam orang jumpa duit atas jalan! Hmmm nasib baik tak turun lif nak ke metro lagi, kalau tak confirm melepas..huhhhh legaaaa...
Cerah sikit biji mata aku nak tengok!

Satu part lagi yang aku tak puas hati ialah pasal angle bangunan ni, sebabnya berdiri di sebelah kiri atau kanan, angle nya tetap nampak sama!! Kalau nak angle lain, jawabnya kena amik dari helicopter pulak. So kami redho je la dengan yang ini je.
Salah satu binaan agung Gaudi yang telah pun menjadi UNESCO site. Dah berkurun church ni dalam pembinaan, tapi langsung tiada tanda-tanda akan siap. Pembinaan ni terbengkalai sejak kematian Gaudi sekitar 1920an (if aku tak salah la)
Construction Sagrada Familia telah bermula sejak dari tahun 1882, bayangkan dah seratus tahun lebih pun tak siap-siap lagi! Hehehe.. Tapi bila lihat betul-betul church ni, memang nampak haunted. Sebab mungkin senibinanya yang berbentuk begitu kot.. agak scary juga.
Pintu masuk ke Sagrada Familia. Sapa yang teringin nak masuk tu, sila cari sendiri info di website yang berkenaan, sebab aku tak masuk. Katanya rugi duit masuk church, masuk masjid pun free hehehe.. tak gitu??
Penat dah tadah muka depan camera, kita posing cara lain pulak ye cik Qilah...ha pandang atas! pandang atas! hehehe
Lepas dah amik gambar, tak buang masa, terus ke metro dan balik ke apartment..huuhuuhuh sejuk-sejuk cam ni dapat makanan panas-panas memang layannnnn..jom kita balik...

Sekian..akan bersambung lagi minggu hadapan... :))