Tuesday, May 8, 2012

Europe Teaser: Double S

Double S yang dimaksudkan Spain dan Swiss hehehe..

Sebab dah lama sangat aku tak update blog, so aku update la sikit-sikit ni untuk cucian mata umum pembaca sekalian..

Barcelona


Barri Gotic, my favourite place of all Barcelona..

Barcelona FC Mega Store..aku bukan peminat Barcelona FC..tapi apa salahnya kan?? hahaha

Anak sapa la ni..gambar ni mengingatkan aku pada kakak the Rugrats yang Angelica tu kot! Muka jahat gileeee

Casa Battlo, salah satu masterpiece Gaudi

Parc Guell oleh Gaudi juga..


La Ramblas, very touristy..but what the heck kan?? pergi jugak..aku tak kisah..muahahahaha
.
Sagrada Familia yang famous di Barcelona..hugeeee..

Ok sekarang kite beralih ke Swiss pula..

Swiss alps..yang memang cun..tiada tandingan..


Aqilah berangan nak try paragliding..

Murrenbach waterfall..cantik tak terkata..dengan ini aku nak istihar aku suka Swiss

Aqilah melaram depan camera lagi..

Cekelat Swiss..

Chapel Bridge di Luzern..

Ok cukup setakat entry kali ni..ada masa aku update teaser lagi..sekarang nak bersiap meronda bandar Luzern pula.. babai


Thursday, April 26, 2012

Cerekarama Hari Ini: Aku Yang Sangat #Drama!

Dua tiga hari ni aku macam takde mood sangat, sebabnya dalam minggu ni aku KURANG sangat masa bersama dengan Cawan. Keduanya, sebab site office aku berada diluar daerah (nunnnnnnnnnnnnn kat Shah Alam!) so memang aku tak suka la sangat, sebabnya..(eh banyaknya sebab), aku kena bangun awal pagi, dan tak boleh rileks2, keluar rumah kena awal, before 7.30 AM! Pastu nak kena hantar dan ambil Aqilah kat nursery, kalau ikutkan hati aku macam nak suruh Aqilah pergi sendiri je, sebab dia kadang-kadang bangun lambat!! eiiiii..

Aku juga banyak berbuat dosa semenjak masuk ke project baru ni, sebab setiap hari aku mencarut sengsorang dalam kereta gara-gara sikap pemandu yang tidak prihatin dan terhegeh-hegeh macam siput ba**! (silap2 gary lagi cepat! kan kak Coco?)

Ok nak tambah lagi sebab apa aku takde mood, malam tadi Aqilah saja dengki tahap dewa langit ke 19, dia rendam handphone aku masa dia tengah syok layan sembang dengan daddynya! Tau-tau plapp masuk dalam cawan air minum aku! Eiiii time tu aku rasa nak campak je Aqilah ke pool bawah, tapi tak boleh la pulak aku nak berbuat begitu, sebab Cawan ada pasang webcam dekat living hall, semata-mata nak skodeng aktiviti aku di malam hari!!! Huihhhh memang tak sesuai, setiap benda aku buat mesti dia nak sms tanya macam-macam pastu..eiiiii  maka bertambah stress la aku malam tadi. Elok-elok nak siapkan buku hikmat europe aku, terus CANCEL!!

Tapi hari ni aku dah ceria balik, walaupun gtalk aku tak berfungsi, jadi tak dapat la sangat nak bergosip, ye kat site ni semua diorg nak block..aku ceria sebab aku dah dapat email yang ditunggu-tunggu sejak berbulan lamanya... so tak perlu la aku macam orang sawan nak calling sana sini tanya pasal e-ticket ni, sebab dah sampai dengan selamatnya dalam mailbox aku hehehehe..




Dan yang paling best antara semuanya untuk petang ini, sebab Cawan dah abis shift malam ni, so aku ada banyak masa nak mengadap dia yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuu, tapi kena kasi Aqilah tidur awal, supaya tiada gangguan, mungkin aku patut singah di mana-mana klinik untuk beli batuk? korang ada suggestion??? muahahahahaha..

Oh ya, sebelum terlupa..terima kasih pada korang-korang atau sesiapa saja yang vote aku untuk kategori Malaysia International Tourism Photography/Art Blog. Segan sebenarnya nak masuk, sebab ramai lagi yang hebat-hebat di luar sana, tapi sebab dah dapat sokongan orang ramai..(cewah org ramai la sangat!!) aku masuk juga..targetnye nak dapat 10 vote je, sebab aku sedar diriku siapa, takde la glamer sangat, tapi sekarang dah ada 97 vote! So apa kata kite genapkan jadi 100 vote? Jom undi aku kat sini http://mitbca.com/category.php?id=6 dan vote CHAWANNA!!

Akhir kata..majulah blogger-blogger sekalian!!



Nota kecik: Kepada kawan-kawan di kategori yang lain tu..selamat berjaya!!! nanti kalau menang, ingat kawan-kawan yang lain... hahahah overst nye statement!! memang #drama!! 




Monday, April 23, 2012

Roadtrip Taiping Bersama #Travelholicawesome!

Tak nak tulis panjang-panjang boleh tak? Sebabnya aku dah mengantuk, tunggu masa nak tidor je ni. Pilih gambor pun berjam-jam dari semalam..ish ish..macam la ada KPI!! 

Ok dipendekkan cerita sebelum aku melalut sehingga menyebabkan entry ini menjadi sampah, baik aku teruskan..

Plan nak ke Taiping dicadangkan oleh Biqque, dan ianya telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah dan suku-sakat geng travelholicawesome! Jadi pada Sabtu minggu lepas kami ramai-ramai berdesup ke Taiping. Sebenarnya ada banyak drama yang terjadi sepanjang perjalanan menuju ke Taiping ni. Tapi biarlah insan-insan yang terlibat saja yang bercerita, karang redundant pula ye dak??? 

Disebabkan sikap kurang sabar aku ditahap 9.9 ketika menunggu para LEMBAGA2 pengarah geng travelholicawesome tiba dari KL, maka aku dan Cawan telah merempit ala-ala Fast 5 menuju ke Taiping, sebab ada perkabaran cuaca hari itu sungguh cantik sekali, jadi untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu, kami melupakan LEMBAGA2 geng travelholicawesome yang terkedek-kedek tadi, demi langit biru di Lake Garden Taiping!! Sorry geng, aku bukan jenis manusia Sumpah Taat Setia Berani Mati punya kawan..hokeyy??

Yeayy dah tiba di Lake Garden....walaupun lokasinya HANYA di TAIPING..tapi scenery memang cung!!

 Tumbuhan menjalar memanjat dahan-dahan pokok di Lake Garden..

Ingat di NZ saja ada Mirror lake? Taiping pun ada!! Sabit ada budak baling batu je time ni, kalau tak memang tenang je air tu!! Cis!! saja sabotaj kan??


Sedang berkonspirasi, sambil buat nak menampakkan rupe lisptick fushia tu? Geng korang tak bagitau buruk ke lawa aku pakai warna tu!??? baik korang bagitau sekarang juga!

 Oh mereka telah tiba..Lake Garden telah di'invaded' oleh Lembaga2 ini..

 Berlakon lagi..

Dan lagiiiiiiiii..tengok muka anak tokeh satey..FAKE gileeeeeeeee..muahahahaha budget Kim K la tuuuuuu..citttt


 Icam si pengembara tumpangan pun turut serta.. Siap la korang..tunggu je le entry dia keluar okeh!! Yang baju kuning pegang camera tu spokesperson Nikon ke? Baju dan sama color ngan logo Nikon...



Yes, kami ada new joiner yang baru.. paling kanan sekali -- Dan Arif. Nama dia lahir2 terus GLAMER! tidak seperti orang tu..sila jangan jeles Danny..eh John..eh Danny! (confuse jap..)

Dah puas di Lake Garden, kami ke Hutan Paya Bakau Matang..Orang Taiping sekalian, dah penah korang jejak kaki ke sini???

First time aku dapat tengok pokok bakau secara dekat..agak menarik..tapi hari dah nak senja..semuanya cepat-cepat je..


 Sunset semakin hampir..

Gambar dia kena paling besar sekali, sebab dia penganjur majelis, dan sponsor dinner kami malam itu..jadi orang lain sila ke belakang pentas!!

 3 dara pinggitan muahahhaha..abaikan teruna di tepi lukut tu..

Pelakon tambahan saja..

Budget nak tengok sunset, tapi nun jauh kat hulu mana tah..takpe la..kami terima seadanya..ini pun bolehkan?

NEXTTTTTTTTTTTT... (aku dah mengantuk sangat ni..kalau boleh nak laju2 karang nih)

Jom pekena Mee Udang Mak Jah...

Pergh tidak sia-sia kami makan sini, sebab memang sedap! Maka hilang sudah mengidam aku petang tu. Aku share dengan Cawan je, sebab takut tak larat habis. Harga mee udang biasa RM7 (mangkuk bulat), yang di belakang tu, mee udang special, RM11. Bezanya cuma saiz udang, rasa tetap sama! Thank u Danny kerana baik ati belanja kitorg...kau lah SEGALANYA.. #drama!

Okeh, ini bukan di Mee Udang Mak Jah, ini satey Pak Ein @ Pak Ian (nama glamer omputihnya). Perghhhhh korang kena rasa satey daging dia..memang marbeles..tp sila jangan jeles, kami makan free malam tu, sebab kami berkawan dengan anak tokey satey..korang MAMPU??? #ok ada riak disitu hehehe.

Bukan 10 cucuk, bukan 50 cucuk, malah kami tanpa rasa segan silu telah makan bercucuk-cucuk! Terima kasih pak Ian, kerana sudi menaja dinner kami!! we lap u!!

Malam kami tidak berakhir disitu, kami dibawa ronda-ronda oleh anak tokey satey tadi pegi ambush tempat pondan melepak..eh ye ke? walaupun tak berapa nak ada, tapi dapat la tengok seorang dua..isk isk..sapa punya idea la nih? eh lupa..ini memang idea anak tokey satey tadi..dia memang suka aktiviti mengintai2 nih..ishhh

Dan rupanya malam kami tidak berakhir dengan melihat pondan saja, balik ke homestay, kami sembang sampai lebammmmmmmmmmmmmmmmmmm sehingga 4.30 pagi!! macam 20 tahun tak jumpe sembangnya!!

OK FAST FORWARD LAGIIII..

Pada keESOKkan harinya.. Pak Ian telah membawa kami ke KILANG ARANG!! sekali lagi aku nak tanya..korang penah pergi kilang arang??? Kalau pernah, korang pernah masuk sampai tempat bakar dan semua-semua restricted area tu??? lalalalalala..sila jeles lagi.. dengan adanya PAK IAN, kami telah mendapat special access untuk melawati kilang arang tersebut.. Motif melawat kilang arang? Saja nak cari kelainan..hahahaha...

Bukan kilang ini..tapi dibelakang sekali..

Dalam ni nak bakar orang pun boleh. Walaupun arangnya dah dikeluarkan, tapi bahang panasnya boleh terasa dalam ni..


 Kayu-kayu yang nak dibakar untuk dibuat arang akan diasingkan mengikut gred memasing..

 Kayu yang telah dibakar menjadi arang.. 

Cer korang agak berapa lama nak bakar kayu-kayu ni supaya jadi arang? sehari? 3 hari? seminggu?..hmm jawapan sebenarnya adalah 1 Bulan okay..sila berkhemah depan tempat bakar ni kalau korang nak tau progress pembakaran arang tersebut..ehehehehe (acah je)


Rupa kilang arang yang dilawati oleh Travelholicawesome! memang AWESOME! Dasat pak Ian boleh pikir nak bawak kami pegi sini.. we lap u again!! Jangan bawak orang lain dah tau!! 



 Sawang-sawang yang dah berubah wajah seakan-akan arang jugak..


Lalang dan bunga liar yang kental hidup di kilang arang yang berbau arang nih hahahah..


Ok tamat sudah..kalau korang nak cerita panjang lebar, sila gigih ke blog-blog travelholicawesome yang lain... 

Walaupun trip ni pendek cuma 1 hari 1 malam dan lokasinya cuma di Taiping, tapi kitorg tetap gembira. Siapa sangka, tempat yang orang tak pandang boleh jadi best kalau kena gayanya..oleh itu, jom cuti-cuti Malaysia lagi.. so ke mana kita lagi lepas ni geng??

Kot-kot la ada yang bertanya berapa kos penginapan kami 1 malam di Taiping tu? harga homestay tu RM180, bahagi dengan berbelas orang, jadinya sorang bayar RM17 je, makan ditanggung halal oleh geng-geng yang bermurah hati.. Akhir kata terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat okay...peluk ciummmmmmmmmmmmmm..