Sepatutnya, aku patut teruskan penulisan untuk entry Osaka, tapi takde mood pulak. Hati dah TERBANG ke lain.
Masih lagi dalam mood bermalas-malasan, sebab almaklum la tak kerja. Eh bukan sebab tiada kerja. Ada kerja, tapi DIPAKSA untuk meng'CLEAR'kan baki cuti yang dah terlebih-lebih bawak dari tahun lepas. Jadi dengan segala masa yang memihak pada aku dari Rabu minggu ni sehingga Rabu depan (yeayyyyyyyyyyyy), aku dapat la finalized kan segala benda remeh temeh tentang MEGA trip akan datang ni. Alhamdullilah urusan transportation dan accomodation dah selesai..CUMA tingal satu lagi transportation yang masih pending!
Jadi aku nak mintak jasa baik korang-korang semua ni, yang mungkin pernah ada pengalaman membeli tiket train THALYS online. Sebab aku dah cuba dari beberapa website antaranya Thalys dan NS HiSpeed tapi malangnya semua transaction denied. Bukan sebab credit card dah penuh limit, tapi sebabnya, mereka tak accept credit card yang luar kawasan dari EU! Haihhhh gile leceh!!
Aku dah cuba RailEurope, memang boleh, TAPI harga tiket diorg dah mark up! Sangat-sangat tidak berbaloi okeh!! (eee nak marah betul rasanya!!). Sapa yang nak bayar lebih, sedangkan tahu boleh dapat harga lagi murah kan??? Kan? Kan? Kan?
Jadi if korang ada cadangan, dan penyelesaian, sila-sila la drop komen korang di entry ni okeh, atau email aku. Dan if sesiapa yang kebetulan ada credit card yang *berasal* dari EU, if korang tak keberatan nak tolong belikan tiket untuk aku pun tak pe, aku bayar cash on the dot ok!
Ok sekian melaporkan, nak merehatkan minda sekejap selepas pening dari malam tadi pikir jalan nak beli tiket train nih!
Yang ni boleh, tapi mahal tahap dewa! Triple dari harga asal!! Oh tidakkkkkkkkk..