Thursday, June 30, 2011

Gambar Lama: Split Point Lighthouse



Masih ingat lagi waktu gambar ini diambil, masa tu on the way nak balik ke Melbourne dari 12 Apostles. Waktu ni dah petang sangat dah, matahari pun dah nak masuk tidur time ni, lebih kurang 6.30 PM!, tapi cuaca ketika tu macam tak berapa betul sikit, seminit panas, seminit lepas tu mendung pulak. Jadi kami snap je la mana yang dapat.

Destinasi kami yang sebenar ialah Cape Otway Lighthouse, tapi entah macam mana, tersampai ke lighthouse yang lain pula, Split Point Lighthouse!!  Emm belasah je la kan. Sikit pun tak rasa menyesal sebab tak sampai ke Cape Otway tu, sebab Split Point lighthouse pun boleh tahan juga cantiknya.

Mengikut sejarahnya, Split Point lighhouse ni dibina pada sekitar tahun 1891. Antara nama lain Split Point lighthouse ni, ialah White Lady dan White Queen. Split Point lighthouse ni terletak di Aireys Inlet, lebih kurang 120KM dari Melbourne. Jadi sesiapa yang ada rancangan nak ke Melbourne tu, boleh la extend kan journey korang ke Great Ocean Road, tapi lebih afdal drive sendiri, sebab ada masa untuk berhenti sesedap rasa korang, barulah nikmat.


Split Point dah tengok, Cape Otway bila pula Chawanna?? Ehem..

Sunday, June 26, 2011

Netbook ASUS EeePC 1015PW


Dah lama plan nak beli, tapi tak juga beli, sebab Cawan selalu buatkan aku dalam dilema. Tak habis-habis dia tanya tak menyesal ke kalau beli netbook tapi orang lain pakai Ipad 2? Aku ada sebab tersendiri sebab apa memilih netbook dari Ipad2... hehehe.. Antara sebabnya, Ipad2 takde external port untuk USB, nanti susah la nak cucuk external HD, mouse ke, atau apa-apa yang leh cucuk guna USB la kan?, memory card slot pun takde!!!! Ha kat situ saja sudah fail.. (aku kan suka amik-amik gambo, pastu upload kat blog la, flickr la, FB la..ha cane? cane?).

Laginya, sebab senang nak guna MS Office, macam Excel or Words, sebab aku kan travel agent organizer/secretary untuk Chawanna :p, jadi selalu la guna dua benda nih, nak buat calculation, jadual itu ini, nak simpan document pun senang, sebab storage kat netbook besar.. hehehe. Multitasking pun senang dengan netbook ni ha, sambil-sambil tulis blog, boleh upload gambo dari memory card dan yang paling mustahak sekali, mana-mana browser pun dia boleh pakai, sebab dia support flash, senang la aku nak berblog :) ngeee.. Setelah Cawan mendengar hujah aku yang berjela-jela pagi tadi bagi menjawap soklan Ipad 2 vs Netbook, makanya terdiam la dia, tak boleh cakap apa-apa, sebab aku tau apa yang aku nak hahahahaha....buwekkk padan muka!!

Niat dihati mula-mula nak ambik HP Mini/Toshiba NB520/Inspiron Mini, tapi bila dah lihat dan sentuh bendanya, rasa macam takda jiwa!! Test pertama yang aku buat adalah typing, ish ish, memang fail. Tak syok betul bila tengah syok-syok menaip pastu ada berlambak typo error kan? Hanya dua netbook yang lulus ujian typing (mengikut piawaian aku, sebab aku kan seorang blogger, so typing tu sangat la pentingkan??) ialah Samsung NC210. Jiwa terus melekat, sebab keyboardnya jenis chiclet dan sangat best, tapi en.Cawan tak suka SAMSUNG pulak, abis ditentangnya, macam-macam alasan la, sampai aku dah tarik muncung..

Dengan hati yang dicarik-carik, aku try pula Asus Seashell, hmmmmm, ujian typing dilakukan sejurus bertentang mata dengan Asus ni, dan bila selesai ujian, terus aku tersenyum, dan memberi tanda ok sambil tersengih puas hati... 

Tau-tau je terus pergi kaunter bayar..huhuhuhu


Gadget terbaru saya ASUS EeePC 1015PW (Seashell Series)
Processor: Intel Atom N570 (1.66GHz) (N570 dual core CPU)
Memory: 2GB (DDR3)
Hard Drive: 500GB
Display: 10.1" LED Backlight WSVGA
Operating System: Windows 7 Starter

Dan antara features yang menariknya sebab ada Express Gate (Dual operating system). Tak perlu masuk sampai ke Windows tapi masih boleh surf internet, chatting, atau main game online :)

Chiclets Keyboard.. lebih mudah nak typing sebab jarak key jauh antara satu sama lain dan boleh kurangkan typo error... touchpad pun besar berbanding HP Mini, dan Toshiba NB520. LIKE 1000x!!

Slim dan light, cuma 1.25kg saja.

Macam seashell..




Kos yang ditanggung oleh Chawanna untuk sebijik netbook di atas adalah seperti berikut..

Jumlah Jam yang digunakan: 5 jam  
(termasuk waktu makan, melihat-lihat, mencuba-cuba, bertegang lidah demi menegangkan pendirian, pegi toilet dan minum-minum)

Jumlah RM yang dilaburkan : RM 1xxx 
(Parking RM 9 - nasib ada hasil!!, RM 25 makan minum, dan selebihnya untuk Netbook :p}




P/s: Entry ni ditaip guna netbook baru :) SEKIAN... eh lupe nak ucapkan TERIMA KASIH Cawan untuk Netbook ni..muahssss... Mudah-mudahan rezeki u lagi BESOR lagi pas ni..Amin..

Sunday, June 19, 2011

Happy Daddy's Day... Daddy!!

Ini Aqilah.




Ini pula DADDY Aqilah. 


Aqilah ada banyak sebab untuk SAYANG daddy..

1. Daddy selalu teman Aqilah tidur. Aqilah buat ragam macam mana pun, mesti daddy yang datang dulu, dan mesti layan pe'el Aqilah. Last-last Aqilah mesti tertewas, tau-tau dah keluar air liur basi jek.

2. Daddy selalu main geletek-geletak dengan perut Aqilah yang bulat macam nak meletop ni. Aqilah suka sangat, terkekek-kekek Aqilah gelak!

3. Daddy selalu suap Aqilah makan bila daddy tak kerja. Daddy mesti pastikan Aqilah makan pagi, walaupun mummy dah bising-bising sebab lambat nak pergi kerja.

4. Daddy selalu pujuk mummy belikan mainan untuk Aqilah, walaupun sebenarnya Daddy yang nak mainan tu, tapi selalu end up kami tak dapat mainan tu, sebab mummy kedekut!!

5. Daddy selalu salah match baju untuk Aqilah, kadang-kadang seluar biru, baju kuning, tak pun baju tidur jadi baju jalan-jalan, baju jalan pakai untuk tidur, Aqilah tak kisah pun kalau nampak macam clown bila pakai baju.. tapi bila dah jadi macam tu, daddy kena terima padahnya dari mummy.. (Kena bising dengan mummy la, kesian daddy Aqilah)

6. Kalau Aqilah sakit/demam, daddy yang akan beria-ia cek temperature la, pakaikan cool fever la, sapukan ubat itu la, ini la, mummy buat rileks je.. Pegi klinik pun selalu daddy seorang yang bawak kan :p

7. Daddy suka pasang lagu Doraemon untuk Aqilah, dan daddy dah kasi pun Doreamon daddy kat Aqilah..Aqilah suke!!

8. Daddy rajin basuh, sidai dan lipat baju Aqilah yang comel-comel, kalau harapkan mummy..emm entah laaaa :))

9. Daddy macam Raja Lawak, selalu buat Aqilah ketawa, marah tu ada jugak, tapi kadang-kadang je, bila Aqilah notti. (tapi Aqilah baik je selalu hehe)

10. Selalunya daddy yang akan concern lebih-lebih, especially bila nak hantar Aqilah pegi school (taska), susu cukup ke, diapers cukup ke, baju ada ke? macam-macam daddy tanya, sampai mummy tension. Paling teruk, daddy penah suruh mummy buat list khas letak dalam beg sekolah Aqilah, tuliskan DO's and DONT's untuk taska semata-mata nak pastikan Aqilah ok masa dalam jagaan taska! Mummy muncung sekali lagi, sebab daddy over sangat!

11. Daddy selalu cakap Aqilah comei macam daddy. (mummy muncung sekali lagi)

12. Daddy selalu menyanyikan macam-macam lagu untuk Aqilah. Lagu ciptaan daddy sendiri, kalau orang awam dengar mesti macam nak pengsan, Aqilah dan daddy je yang boleh dengar lagu tu..exclusive kan? hek hek hek.. (mummy memang tak geng bab2 lagu ni ihiks)

13. Daddy selalu perabis duit untuk Aqilah sejak Aqilah lahir lagi. Semua daddy sponsor, mummy selalu sponsor baju-baju je..

14. Sekarang Aqilah nombor 1. Hobi daddy nombor 2. (eh mummy nombor berapa??)

15. Daddy suka ambil gambar Aqilah, video Aqilah pun banyak... macam-macam gaya Aqilah ada dalam gambar dan video..boleh buat scrapbook nanti :)

16. Daddy selalu bawak Aqilah jalan-jalan kat bawah rumah tu, sebab ada macam-macam Aqilah nak tengok, mainan yang masuk coin tu pun daddy kasi Aqilah main, walaupun Aqilah tak berapa reti nak main. Kalau harapkan mummy, mesti takde harapan la Aqilah nak merasa mainan yang masuk coin tu..

17. Daddy rajin ajar Aqilah berjalan, merangkak, berguling..sekarang tunggu masa daddy nak ajar swimming je.. bilakah daddy?

18. Aqilah selalu temankan daddy masak dekat dapur, bila daddy shift malam..daddy pandai masak, sedap pula tu, macam mana lah Aqilah tak gemuks..huhuhu..

19. Aqilah suka bila daddy backing Aqilah bila mummy garang-garang dengan Aqilah. Bestnye..bestnye..padan muka mummy!! buwekkk..

20. Akhir kata, daddy Aqilah la yang paling best dan cool sekali di dunia..bestnya Aqilah!! (jangan risau, daddy orang lain pun best juga!!)



Happy Daddy's Day untuk daddy..Aqilah muah-muahs daddy.. Ada byk sebab lagi, tapi Aqilah tak larat nak ingat la daddy..tahun depan Aqilah tulis lagi ok?


P/s to daddy: Jangan mintak hadiah daddy's day kat mummy pulak..mummy garang tu..