Insya Allah...
Monday, May 30, 2011
Monday, May 23, 2011
Ada Yang Berjaya?
Ada sesiapa yang berjaya beli tiket promo dalam 10-20 minit pertama? ok la, jangan cakap 10-20 minit pertama, tetapi 1-2 jam pertama promosi ni dibuka jam 12 tengahari tadi?? Hehehehe.. Kalau tengok komen-komen dalam FB AirAsia, ramai yang frustrated, ada yang marah, yang maki hamun, yang hilang kepercayaan pada AirAsia pun ada!!! Ye, aku paham apa yang mereka-mereka itu rasa, sebab aku juga pernah berada di situasi itu, satu masa dahulu.. Huh..ingat Japan?? pffffffffffffffffffff...
Walaupun pihak mereka (Airasia), dah berulangkali memberitahu bahawa sistem mereka dah diupgrade (entah berapa kali upgrade pun tak tau ler), tapi masih lagi banyak masalah. Aku juga tidak terkecuali, masa main-main (tak tekan Button tu pun) tadi, memang sangat mengecewakan. Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn yang paling menghampakan, apabila AA Mobile pun *rosak*!!!!! Cinabe** betul!!! Kena up strategi baru la gini, kot-kot ada promo lain in the future, tak leh berharap pada AAMobile dah.. cis!!!..
Dipendekkan cerita, hampir 1jam ++ baru lah berjaya aku melihat page untuk buat payment tu, tu pun entah berapa kali duk dekat waiting room AA tuh.. memang buang karen betul, nasib la ari ni cuti. Tu pun tak tau la lepas ke tidak payment tu, silap-silap ari bulan, ada error plak kan??? Ish ish...
Nota: Misi NZ masih terumbang ambing..adoiiiii..serabut pulak la rasanya kali nih...too many distractions kot, sampai tak tau nak decide? errrr..geng, help please??
Saturday, May 14, 2011
Kegilaan Baru!
Pagi-pagi buta lagi, dah mengigau nak makan kimchi jjigae (kimchi stew). Nak buat sendiri macam terlalu complicated, bukannya apa, nak cari bahan-bahan tu la masalahnya dan ditambah lagi dengan *KESABARAN yang TINGGI* aku huhuhuhu..
Jadi apa option yang ada? Emm beli saja yang ready made je la!! Ada dijual kat Jusco. Rasanya boleh tahan juga. Tak silap dulu kawan Biqque, macam ada jual kimchi, tapi masa tu macam tak heran sangat, sebab tak *hooked* lagi dengan kimchi. So lepas ni kalau dia ada jual, leh la try dia punya plak.. *Biqque, nanti roger2 ok?*
Makan kimchi sambil tengok website tourism Korea..emm bila la kan nak sampai???
Subscribe to:
Posts (Atom)
