Monday, September 28, 2009

Special Edition Day 3: Raya in Melbourne

Aidilfitri Dikejauhan....


Emm tak payah la panjang-panjang aku story, tapi kitorg memang dah siapkan baju raya dan kuih raya ke Melbourne nih. Walaupun takde rendang/lemang atau takbir raya, tapi tetap syok jugak. Pengalaman baru la katakan...

Malam tadi dah set jam, nak bangun awal sebab nak mandi sunat Aidilfitri ehehehe..sejuk, tapi ku teruskan jua....Pas tu siap2 pakai baju kurung, Cawan plak dengan baju melayu dia, off we go to Melbourne CBD sebab nak amik gambar, buat kenang-kenangan.

Time kitorg bergambar nih, baru jam 7 AM kat Melbourne, waktu Malaysia dalam kul 5 pagi, so kiranya kami beraya dulu la dari orang Malaysia, hik hik hik.. Walaupun sejuk kaki tangan dan seluruh badan, tapi maintained ngn baju tradisional tu, tak mau pakai sweater dan sebagainya..Nanti tak raya la kan..heheheh..

Layan..


Ni posing kat depan Flinders Station, antara landmark paling popular kat Melbourne..Ramai jugak orang tengok kitorg yang pakai baju macam ni, siap amik2 gambar, tapi gasak la...


Kuih raya yang diimport khas dari KL.. nasib baik lepas masa kat airport tu, kalau tak, memang tak de kuih raya la kitorg.. (Nampak belakang tu, Federation Square??? hehehe)


Ha amacam? sapa kata kami tak raya??? hehehehhe....

Sunday, September 27, 2009

Day 2 - We conquered Great Ocean Road

Great Ocean Road
Hari ni bangun seawal pagi, sebab nak buat trip ke Great Ocean Road, iaitu sejauh 300++ KM dari Melbounrne. Great Ocean drive ni merupakan one of the great drive in the world (tak tau la betul ke tak kan heheheh, katanya begitu laaa)


Nampak gayanya cuaca pagi ni agak cerah. Tapi tak tau la on the way karang cam mana kan, state Victoria ni, memang terkenal dengan 4 MUSIM dalam 1 HARI!!! Memandangkan perjalanan ke GOR ni agak jauh, jadi strategi kami, adalah pegi ke sana melalui freeway, supaya sampai ke destinasi lebih cepat. Kalau pergi ikut route GOR tu, alamatnya 4 jam lebih baru sampai. Tapi kalau ikut freeway baru 3 jam je, balik nanti baru ikut Great Ocean Road. Advantage buat macam ni, dapat la tengok kawasan inland diorg, tak de la pegi laut, balik pun laut je kan heheheh..

Sepanjang jalan ke sana, macam2 pekan kecil yang kitorg jumpa. Tapi yang paling menarik perhatian, kawasan yang kuning yang sedikit kehijauan. Macam semalam, tapi kali ni lagi besar dan luas kawasan nya. Agaknya ni kawasan tanaman bunga kot. Sebab macam banyak sangat, pastu dalam pagar je semuanya. Tapi sayang, cuaca plak la cam mendung sket. Arggg belasah laa.. janji cantik..



Pastu jalan lagi, dan jalan lagi, akhirnya, sampai ke satu junction yang akan bawa terus ke Port Campbell National Park, dimana terletaknya 12 Apostles yang gah itu.. Jalan ni cam jalan kampung gile. Tapi kampung-kampung pun, jalan nya cantik. Kalah la jalan lobang-lobang kat KL nun!! Padahal jalan diorg ni kecik je. Sepanjang jalan tu, signboard wildlife memanjang je ada. Berdasarkan pengalaman orang2 yang dah pernah drive ke Great Ocean Road ni, memang diorg suh berhati-hati sket, sebab kangaroo memang anytime je akan lepak kat tepi-tepi jalan, dan jugak melintas jalan sesuka hati diorg. Koala terbaring tengah jalan pun ada!!! Tak berapa lama kemudian, tanpa disangka-sangka, kami ternampak plak kangaroo liar kat tepi jalan!! Ha terkejut la jap, sambil terkial-kial cari camera. Dapat la sekeping hhehehehe

Pastu journey kitorg jadi makin mencabar, dah la google map pun suh ikut tu, pas tu, kebetulan plak signboard tu pun tunjuk kan arah yang betul. Ha kitorg apa lagi, terus follow. Pastu, siap ada signboard ckp jalan tu tak sesuai utk caravan, cuma sesuai utk small vehicle jek. Jalan plak tak berapa baik, sebab tak berturap.. Kitorg ingatkan kejap je, sekali jalan punya jalan, tak sampai2..huih..berpeluh gak rasenya. Cawan pun dah cuak ni. Bayangkan kiri kanan hutan tebal!!! pastu plak cuaca pun cam malap je..uish seram. Kalau jadi apa2 memang tak tau la nak mintak tolong kat mana. Aku plak dah baca doa macam2 yang Opah aku kasi dalam hati. Sambil2 tu leh la buat lawak bodoh ngn Cawan, sebab nak ilang kan resah. Pas tu terjumpa lagi kangaroo..kecik je, benti jap, dalam takut2 tu, amik gak gambar. Pastu terus jalan...

Dah la tak leh bawak laju, sebab jalan memang batu kecik2 tu, mendaki bukit plak, makin lama makin naik, makin lama, makin malap, pokok2 cam ala2 Lord of The Ring tu ha..uish mak ai... Aku tanya Cawan nak patah balik tak? Dia ckp tak nak!! Rugi masa katanya.. Pastu, dah la satu haram signboard tak nampak dah..aduiii mana la aku nk pastikan ni arah yang betul ke tak kan?? Ya Allah pengsan cam nih...

Dalam 40 minit jugak la kami melalui jalan tu, akhirnya, sampai ke kemuncak, pastu terus jalan bertar elok je..Jalan depan sikit, terus jumpe jalan besar, siap ada town kecik, cafe segala macam la ada kat situ. Lega!!


Terus berhenti, dan p beli hot chocolat, dan pegi toilet. Sejuk gile haa dalam utan tu.. Sembang-sembang jap ngn owner cafe tu, dia tanye kitorg dari mana? Ha kitorg pun ckp la dari utan belantara nak menuju ke Port Campbell National Park. Haa terkujat dia dengar, dia ckp berani betui kitorg masuk kawasan tu, jalan tu tak ramai orang lalu, sebab tak berapa baik, lagi pun bahaya, dia sendiri tak penah terpikir nak lalu situ, inikan pula tourist cam kami!! Haih nasib baik la semua selamat..kalo tak, tak tau la bile nak sampai kan hahaha..(memang hampeh nya google map!!!)

Dari cafe tu, dah tak jauh nak ke 12 Apostles tu, sepanjang jalan scenery memang best2, siap berhenti la jap amik gambar. Tapi sayang, dah elok2 nak berenti, sekali tengok tak leh masuk amik gambar, tempat tu dah dipagar semua. Signboard "Lookout point" tu memang tak diupdate!! cis!!

Tanpa buang masa, terus ke 12 Apostles..dari jauh dah nampak dah tonggol2 tu, tapi cuaca agak mendung sket. Turun je dari kereta, terus menuju ke lookout nya. Adeh..sejuk gile kat sini..Angin tak payah cakap la, seram gile bunyi dia..Aku pegang camera nak amik gambar pun, tak leh nak focus, cam gerak2 je tangan aku. Nak amik gambar cun2 pun susah, tudung asyik senget2 je dek angin kencang tu. Tapi view kat situ memang cantik sesangat la..tak tau nk ckp cam mana dah. Since kitorg sampai time tengahari, so tak de la cun sangat cam time sunset atau sunrise. Takpe la..janji sampai..







Dalam 30 minit disitu, kami teruskan perjalanan ke Apollo Bay, sejauh 1 jam perjalanan dari 12 Apostles tu. Ni kira jalan balik ke Melbourne melalui Great Ocean Road la.. Tapi kan memang tak tipu la..sini memang scenery cun-cun belaka.


Sampai je situ, terus berenti kat laut tu, niat dihati konon nya nak mandi laut, , tapi cam sejuk bebenor ha...ape kes kan..amik gambar je la..tengok laut kat sini, teringat plak kat Byron Bay, adeh..cun haa..



Pas tu sambung lagi ke Lorne, selama 45 minit dari Apollo Bay tadi. Sini pun ok gak, cume berhenti amik2 gambar, dan masuk kedai souviner. Dapat la magnet Great Ocean Road utk aku dan Biq. Tapi sepanjang perjalanan tu, semua tempat stop jual Great Ocean Road nya magnet jek


Kemudian kami berenti kt light house Split Point. Dah nama pun light house, so memang lebih kurang je la cam light house lain. Tapi amik je la gambar...ni beza sket dari Byron bay, sebab kat Byron Bay cuaca cerah, ni kat sini, ala2 mendung, matahari main sorok, tp langit dia unique la, sebab cahaya matahari kuar sket2 suluh 2-3 tempat berbeza ikut celah2 awan tu..



Dari satu pekan ke satu pekan, akhirnya sampai la ke Anglesea, kat sini terkenal dengan kangaroo liarnya yang suka menganggu ketenteraman penduduk awam, tapi time kitorg kt sini, haram sekor pun tak jumpe.
Next stop ke Torquay, tempat ni merupakan surfing capital kat Victoria, tapi time kitorg sampai dah nak senja, so tak sempat la ke Bells Beach yang famous tu. Torquay ni jugak merupakan pintu masuk ke Great Ocean Road, tapi untuk kitorg, ni pintu keluar la kan hehehe..


Kat sini jugak, terdapat banyak surf brand cam Billabong, Ripcurl, Roxy dan Quicksilver, maklum la tempat surfing yang famous. Mulanya ingat nak p shopping wetsuit kt warehouse kat situ (maklum la nk ke Phuket plak pas ni, harus la ada satu kan heheheheh), katanya murah2, sekali dah tutup la plak..emm tak de rezeki la tu ..



Maka tamat la journey kami ke Great Ocean Road, since tak de plan kat Melbourne untuk malam ni, Cawan pun tak de la rushing2 bawak keta, rileks je..ari pun cam nak ujan.
Think Melbourne is boring? Don't Think So..

1 jam perjalanan dari Geelong ke Melbourne, akhirnya sampai jugak, rupanya2 kat Melbourne baru lepas hujan..Entah cam mana, tersalah jalan pulak, Melbourne ni dibahagikan ikut Yarra River, sepatutnya kami kena ke arah CBD, tapi sekarang kami ke arah South Melbourne pulak..aisey..Lepas tanya orang, kami menghala terus ke Melbourne CBD dan terus pegi cari Nando's. Jalan-jalan kt Melbourne CBD ni sebenarnya senang, kalau dah familiar, tapi kitorg tiap kali masuk town je, mesti tersalah jalan, tension betul. Kali ni kitorg cadang untuk cari 1 street yang boleh dijadikan guideline utk kitorg heheheh..so Bourke St la yang kami paling kenal sekali.

Lepas makan sekenyang2 nya, tanpa membuang masa, berjalan kaki kat Melbourne city untuk melihat sendiri bandar ni di malam hari dan amik gambar. City diorg ni cantik kalau malam2, sebab lampu banyak..Parked keta dekat Federation Square, terus jalan kaki..Hahahah bijak2..sejuk gile time ni...mengigil2, sampaikan numb jari kaki dan tangan kitorg. Nak tekan button camera pun rase payah gile..Ya Allah tak tahan siut..Memang aku surrender la, tapi gambar punya pasal, kitorg redah jugak. Dah la malam minggu, macam2 orang kitorg jumpa, yang mabuk, yang gila, yang tah apa2, semua ada, cuma kena hati2 jek..





Ini khas untuk Biqque..


Bandar diorg nih, memang artistic sket la, macam2 jenis benda pelik2 ada, memang orang2 kat sini suka dekat art kot..time kitorg amik gambar kat National Gallery diorg, tengok orang berlongok2 kuar dari situ, sebab layan pameran dan jugak layan teater..hebat betul...




Hampir 2 jam kitorg kesejukan, akhirnya kitorg surrender jugak, terus balik ke hostel, dan bersiap2 untuk mandi manda dan tidor..esok kan nak raya dah..ada project baekkk punyaaa..Malam tu memang tidor tak sedar diri la..sejuk plak tu..bestttttt


Nantikan update seterusnya, Raya Edition.....

Thursday, September 24, 2009

Day 1 - Melbourne - The Adventure Begin

Hari ini sungguh seronok, maklum la nak berangkat ke Melbourne. Perjalanan dari KL ke Melbourne mengambil masa selama 7 jam. Memang tak sangka betul, ingatkan lambat lagi. Kali ni kami menaiki pesawat Airbus 330, emm boleh tahan selesanya, berbanding dengan Gold Coast hari tu, boleh tidor dengan selesa lagi. Mula-mula, niat dihati macam tak mampu nak abiskan puasa, sebab rasa dehydrated dalam flight tu, tapi berkat kesabaran dan rasa sayang nak tingal puasa, kami puasa juga.


Tepat jam 11.30 PM (waktu Melbourne), kitorg selamat sampai. Selesai bab imigresen, dan bagasi, kitorg pusing-pusing dalam airport tu, tengok port mana sesuai untuk tido, dan jugak amik gambar. Kononnya nak lepak kat luar, ambil angin, tapi tak tahan, sejuk gila....mengigil aku dibuatnya, suhu time tu 10 celcius. First time ni travel ke oversea rase suhu serendah nih..adey..

Penyudahnya, kitorg tidor dekat prayer room yang ada disediakan dalam airport tu, nasib baik la kan, sempat la bersolat. Dalam syok-syok berehat dalam surau tu, tiba-tiba Cawan dikejutkan oleh sorang mat saleh ni, aku dah sedar dah time ni, tapi buat-buat tidor je. Rupe-rupenya, dia kasi makanan untuk bersahur kat kitorg. Nak tau makanan apa? buah kiwi, pisang dan roti :)Memang rezeki betul, rasanya dia muslim jugak kot. Kalau tak mana dia tau time sahur bile, time subuh bile.

Queen Victoria Market, Melbourne City
Jam 5 pagi, kitorg dah bangun bersiap sedia untuk ambil kereta sewa, destinasi pertama bandar Melbourne. Nak pegi ke Queen Victoria Market. Katanya kat sini barang-barang souviner murah-murah belaka. Mula-mula tersesat jugak, walaupun ada map, maklum la first time, tapi nasib baik la penduduk kat sini baik2 belaka, semua ramah-ramah, kalo bertanya tak pernah lagi la yang buat2 tak layan ke ape ke. Paling kelakar sekali, aku bertanya dalam bahasa inggeris kat sorang mamat nih, tengok muka cam asian, tp tak pasti la kan, so belasah je la ckp bahasa inggeris, sekali dia jawab dalam bahasa melayu...lohhhh dia pun org malaysia jugak rupenye..hampeh..tergelak la kitorg kat situ..hehehehe... Sampai je QVM tu, terus cari souviner yang dicari-cari, hehehe magnet la, ape lagi!! (Jgn risau Biqque, magnet Melbourne u ada!!)
Dalam sibuk mencari-cari tu, ada terjumpe sorang peniaga tu, wife dia org Malaysia, so dia kasi dicount gile2 kat kitorg, maklum la awal pagi kan, cam nak kasi ong sket la kat kedai dia. AUD 10 utk 7 magnet!!! pas tu kitorg pun pilih la sepuas-puasnya. Bila dah sampai hostel, kira-kira balik, dia termasukkan 8 magnet! heheheheh syok nyee..




Kat QVM ni macam2 ada, souviner, segala macam daging, sayuran dan buahan, serta roti dan cheese pelbagai la..Tapi mostly peniaga kat situ, cina yang dari China atau Hong Kong. Besar gile strawberry ni kan? Yang ni kitorg beli AUD 1, untuk satu kotak sederhana cam kat Cameron Highland tu, tapi semua gemuk-gemuk..


Tesselar Tulip Festival, Silvan

Sejam je kitorg kat QVM tu, sebab pastu nak gerak ke Silvan, dalam 1 jam perjalanan dari Melbourne CBD. Kat Silvan ni ada festival tulip. Memang excited sangat la time nih, maklum la nak tunggu p Holland cam tak tau bile lagi kan, so belasah la kat Melbourne pun jadi laa..Tapi on the way nak ke Silvan tu, kitorg dah berenti kat shopping complex yang ada, sebab Cawan sibuk nak mencari HOTWHEEL diaaaaaaaa!!! Ya rabbi, punya la lama..pastu borong tak ingat. Muka aku time tu dah merah dah tahan marah + sakit hati. Dia kate nak kejap je, last-last dalam 45 minit gak kat situ!!! Hangin aku satu badan!!!



Dah settle pasal HOTWHEEL dia, terus kitorg sambung perjalanan, dan sepanjang tu kitorg disajikan dengan pemandangan yang sungguh indah-indah, dengan udara segarnya lagi..Ya Allah memang best. Pastu rumah-rumah orang kat kawasan kampung2 ni, comel2 belaka. Geram aku nengoknya!! Sejam kemudian kitorg pun tiba la ke festival tu, emm dari jauh dah nampak tulips berderet-deret. TERUJA!!!!





Sebenarnya festival tulips ni cuma ada masa musim spring je, aku pun tak tau kewujudan festival ni,, belek-belek brochure tourism Melbourne, ternampak iklan pasal festival ni. Apa lagi, terus masuk dalam itinerary la..


Untuk masuk ke festival tu, kena bayar AUD 15 sorang. Tanpa buang masa, terus aku beratur dan beli tiket. Masya Allah, cantik gile ok!! Kitorg amik gambar macam tak menang tangan dah. Ni baru dua orang nih, kalo la geng-geng lain ikut serta, mau kitorg je conquer kawasan tu untuk bergambar. Kat sini, walaupun cuaca terang benderang, dengan matahari yang menyinar, tapi suhunya leh tahan sejuk. Dalam 18 celcius..tapi best la untuk berjalan-jalan nih. Ambil gambar time ni pun best sangat rasanya, sebab langit biru je..



Dalam ni bukan takat ada bunga tulips je, tapi ada jugak sculpture2 yang unik. Memang dipamerkan khas sempena festival tulips nih. (Gambar tengok album je la nanti ek ataupun facebook)

Mornington Peninsula, Victoria

Berjam-jam kitorg dekat tulip festival tu, akhirnya terpaksa gak keluar sebab nak meneruskan perjalanan ke Mornington Peninsula. Berbekalkan google map, kami meneruskan perjalanan selama 1 jam. Kat sini tempatnya orang cakap ala-ala Mediteranean sikit, lagi satu tempat ni, paling famous sebab ladang2 anggurnya untuk buat wine. Itu la aku nak tengok sangat tu. Apa yang mediteranean nya?

Sepanjang perjalanan, matahari dah semakin terik, leh rasa panasnya dari dalam kereta, tapi bila sentuh cermin kereta, sejuk pulak. First stop, kami turun kat Frankston, cuma ambil-ambil gambar je. Tak de apa yang menarik sangat.


Pas dah bergambar, terus sambung lagi, ke destinasi seterusnya. Sepanjang jalan tu, asyik nampak 'Historic Park' je. Mesti cam bosan kan? Kitorg pun cam takde rase nak berhenti atau pun tengok2. Entah macam mana, tiba-tiba je nampak dari jauh, kawasan tu kuningggggggg jek. Wah menarik ni.. Nampak je entrance masuk, terus belok. Belum sempat pun masuk jauh, dah nampak view cantik. Hah apa lagi, terus capai camera la...macam tak cukup tangan pun ada..hehehehehe...






Bunga-bunga tu kecik je, warne kuning, macam wild flower cam tu la lebih kurang. Tapi memang syok la layan view kat situ. Nama tempat ni The Briars Historic Park. Nama cam bosan kan?? Sapa la yang nak masuk..ish ish ish.. Memang best la jalan time musim spring nih, sebab cantik sesangat!! Dah puas bergambar terbaring, terduduk, kitorg blah dari situ, dan terus ke Arthur Seat.
Aku tak berapa pasti la Arthur Seat ni nya sejarah silam, tapi yang pasti nya, dari Arthur Seat ni, kite leh view kawasan-kawasan Mornington Peninsula dan juga Port Phillip. View nya boleh tahan cantik la.



Pastu satu lagi, kat sini adalah satu replica Arthur Seat ni. Cam simbolik tempat dan juga merupakan landmark paling popular kat Mornington Peninsula.
Enchanted Maze Garden, yang ni si Cawan nak sangat2 pergi. Aku cam dah malas je, sebab time tu dah jam 4 lebih, diorg tutup dlm kul 5.30 PM. Cam rugi la pulak kan. Tapi dah dia berkeras gak nak pegi. Masuk la jugak ke situ. Maze garden dia memang cantik. Pas tu ada gak ukiran-ukiran unik yg pelik dan menakutkan. Kitorg sempat la main dalam maze tu. Kata budak tu, kena cari 5 patung buddha, pastu nanti baru akan jumpa Japanese fountain. Haih berpeluh gak la duk pusing-pusing dalam tu, nampak cam senang, tapi susah gak nak cari jalan keluar.



Penyudahnya, kitorg tak cari pun 5 buddha tu, cuma jumpa 2 jek. Pastu tah macam mana, terus terjumpa Japanese garden tu. Heheheh melompat keriangan la kitorg.


Pas tu tak larat dah nak main maze yg lain. Sebab tempat tu cam seram je. Lagi pun dah nak malam kan. So lepas dah puas pusing satu garden tu, dah tengok segala benda tok nenek dalam tu, terus pegi ke souviner shop. Emm tapi magnet plak tak de. Adeh..bosan betul...


Hari dah hampir malam, tapi ada satu lagi tempat terakhir yang kitorg nak pegi, Sorento. Mengikut kata website diorg, kat sini beach nya dihiasi dengan colorful hut. Tu la yang kitorg nak sangat tengok tu. Sampai je situ, memang sepanjang jalan la ada hut. Warna warni!! Sempat la snap a few pics, sebab time ni dah letih gile..
Dah puas ati dengan gambar yang diambil, terus kami balik ke Melbourne. Nak check in dan cari makan. Malam tu, dah tak pikir apa dah, cuma tau nak rehat dan makan je. Gambar Melbourne esok je la amik...heheheh..

Dah settle check in, kononnya nak mandi, tapi punya la sejuk yang teramat2, pakai water heater pun aku rase sejuk lagi. Time nak tidor pulak, aircond & kipas, semua tak de dlm bilik tu, tapi bilik dan katil sejuk jugak. Dalam selimut pun aku leh rase sejuk lagi, tak penah rasa sesejuk nih..aduihaii....tobat la nak p bercuti time winter kan hahahah..ini baru spring jek...


(entry yang berikutnya akan diupdate dalam masa 2-3 hari lagi, sebab nak sort gambar, time kat Ipoh ari tu tak de pc/laptop dan internet)