Monday, June 24, 2013

Gambar: Paris

Entry bisu..


 Eiffel Tower



 
 Arc De Triomphe & Champs-Elysees



 Palace of Versailles






 Subway Paris


 Sacre Coeur Montmartre 

Moulin Rouge

Thursday, June 20, 2013

Malas Bertingkat-tingkat

Dah hampir setengah tahun, tapi nampaknya entry di blog tahun ni cuma ada 9 saja (masuk entry ni) ..sungguh tidak productive seperti tahun-tahun sebelum ni.. 

Kemalasan yang bertingkat-tingkat dan rasa bosan makin menebal dalam diri ni, menyebabkan segala aktiviti berkaitan blog tidak macam dulu lagi. Lagi pun takde benda nak dikongsikan, so aku duk diam-diam sudah la kan hehehehe, bukan macam orang lain, tiap-tiap bulan berjalan sana sini, ada la jugak nak share itu ini, aku??. 

Takpelah, aku pasrah dan redho, hujung tahun ni aku balas balik lepas assignment aku selesai akhir October ni nanti! Ha tunggu la entry berikutnya bulan November nanti mungkin?? :)

Source: Google image 

Amacam boleh teka??


Monday, May 27, 2013

Minimoon: Pulau Mabul, Semporna

Hari ni kami ke Pulau Mabul pulak, dari Jeti Semporna ke Pulau Mabul ambil masa lebih kurang 45 minit. Kami menginap di Mabul Backpackers. Hasrat mula-mula nak menginap di Uncle Chang, tapi memandangkan semua bilik dah fully booked, kami pasrah je la dengan Mabul Backpackers, nasib baik ok. 

Sebabkan hari ni tak banyak drama macam kat Bohey Dulang tu, so aku malas la nak tulis panjang-panjang, layan je la gambar-gambar pemandangan di sekitar Mabul yang sempat kitorg ambil masa jalan-jalan kat sekitar pulau tu.

Masa mula-mula sampai, kami disambut owner hostel ni. Macam-macam briefing dia kasi. Disebabkan hostel ni siang-siang takde letrik, so terpaksa la creative sikit untuk memenuhi aktiviti masa lapang. Jadi sementara nak tunggu trip snorkeling, kami pusing-pusing dalam pulau ni, berbekalkan map yang ada di ruang buletin hostel ni. 

Ha jom la kita! Sebelum tu, kami dah tanya kat brother yang keje kat hostel ni, boleh ke nak jalan-jalan kat kawasan SMART (Sipadan Mabul Resort) tu, dia cakap boleh je, walaupun kami tak berapa confident sebab ada signboard NO ENTRY, tapi belasah je la, kita buat-buat cam kite guest kat resort tu..huhuhu


Ni la rupa jalan kat dalam kawasan resort SMART ni, memang style kampung, dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang rapat-rapat, so sejuk la nak berjalan, walaupun matahari panas terik. Memang best la masa jalan tu!

Jalan dan jalan sampai la ternampak laut..

Cantik kan? cantik kan? 

Ok jom naik jeti ke water bungalow SMART ni pulak, tak dapat menginap pun tak pe la, asalkan dapat melihat-lihat hehehe

Dari sudut macam ni, nampak macam biasa je, kalau dapat gambar dari atas mungkin lagi lawa kot macam gambar promo dalam website diorg tu hehehe


Bot lama yang dah jadi bangkai

Ha amik, rasa tak sabar-sabar dah nak pegi snorkeling ni..air jernih gila!

Sebabkan dah tengahari buta, kitorg pun tak tahan panas, so cepat-cepat la balik semula ke hostel, sebab makanan tengahari akan dihidangkan, maklumlah lapar..tapi sayangnya tak berapa sedap! frust menonggeng sangat, jauh beza la makanan macam kat Redang kalong hari tu ;p

Sementara menghadap makan tengahari yang tak berapa sedap tu, hujan rintik-rintik mula turun, si budak bajau laut ni pulak kesian aku tengok, asyik mintak duit dan gula-gula je.

Nasib baik hujan tak lama, dalam 10 minit ada kot. Dalam pukul 2 kami naik bot dan ikut para-para divers sekalian pegi diving, tapi kami snorkeling je la, kesian gile..terpaksa la pegi lain kali dengan bergaya untuk scuba diving pulak. (Video snorkeling ada, tapi tak transfer lagi, harap bersabar)

Cuma satu je aku nak share, walaupun setakat snorkeling kat Mabul ni, macam-macam jenis ikan yang tak pernah tengok korang akan jumpa, seriusly tak sama macam kat Redang! memang OMG sangat! Yang divers semua tu, diorg naik bot je, gembira teramat sebab dapat jumpe turtles katanya, terpaksa tumpang gembira kejap!

Aku pun tak tau berapa jam kitorg pegi snorkeling, tapi tau-tau je balik perut dah lapar, nasib ada pisang goreng untuk dimakan. Memang terbaiklah makan pisang goreng sambil dapat baring kat hammock macam ni.


Dia pun nak jugak!

Tengah syok-syok baring kat hammock sambil amik gambar, tetiba datang budak bajau laut ni naik sampan dia keluar dari bawah hostel tu! (maklum la hostel atas air uols) oh mak kau..terkejut aku hahaha.. pastu asyik mintak duit je keje nye.. ha mai sini aku amik gambar hang dulu, sila pose!

Ha apa lagi, terus dia tunjuk skill terjun tiruk la, renang gaya duyung la, aku kagum hehehe

Ha lagi satu..pose atas sampan pulak..

Dah puas melayan budak bajau laut ni, perut pun dah kenyang diisi dengan pisang goreng, kitorg balik bilik dan mandi manda dulu, lepas ni nak tunggu sunset pulak. 

Kononnya nak duduk la dekat cafeteria hostel ni, sebab menghadap laut, tapi macam malas la pulak aku nak bertudung bagai, so aku bukak tingkap bilik, dan tadaaaa..eh boleh tahan gak view ni..ada la sikit benda nak jadi object dalam gambar..

View dari bilik twin kami..lawa tak? Lepas amik gambar, baring balik, sebab nak tunggu warna langit tukar warna lain pulak.. untungkan leh amik gambar dari bilik je?

Ha warna dah bertukar lain! Jom amik lagi..lihat pembiasan warna matahari kat atas air tu..lawa kan? 

Langit pun cantik..Subhannallah

Ok dah makin gelap.. waktu ni, bajau-bajau laut tu dah mula bawak bot diorg ke tengah laut sikit, masing-masing dah amik port untuk bermalam. Dan sebenarnya kat Pulau Mabul ni macam takde ombak pun, actually bunyi ombak pun takde! Patutla bajau laut ni tak heran nak buat rumah kat atas tanah kot, sebab air kat laut macam tenang je..walahualam..(teori aku je, jangan percaya!)