Koleksi gambar sekitar majlis open house Chawanna secara kecil-kecilan untuk kawan-kawan..
Tetamu yang pertama hadir seperti sebelum-sebelum ni, mestilah John (president katanya), diikuti oleh Byya (pecah rekod jugak dia sampai awal, adakah kerana tak sabar nak makan mee kari? hmmm)
Ini Biqque, yang ketiga sampai ke rumah Chawanna, katanya pakai 8 layer baju untuk majlis open house ni, oleh itu aku belanja dia Chatime, kot-kot panas pakai baju tebal-tebal tu kan! lihat muka dia sungguh excited sambil menikmati kesedapan Chatime tu.. tak sia-sia kan?? (Aku masih tak boleh lupa adegan-adegan di bilik Aqilah ketika selepas solat maghrib hari tu...drama sungguh korang ni, tak sangka BackpackerBusuk paling DRAMA!!, motif sangat korang ni tauuuuuuuuuuuu)
Ok yang seterusnya hadir adalah en. Russell ataupun nama di alam twitternya R.A.W, tokeh kurma dari Dubai, no no dia bukan mat saleh, pak arab pun bukan, dia warganegara Malaysia, tapi menetap di sana demi sesuap nasi katanya..hmmm.. Maaf tiada gambar diambil ketika ini, sebab semua orang kaget dan terkesima serta sejuk kaki tangan nak jumpa R.A.W untuk pertama kalinya hehehhee, jadi agak mustahil tetiba nak amik gambar kan, so baik mantain cool je dulu hehehe
Ok lepas R.A.W datang, kami semua dah tak amik port dah sesiapa yang datang lepas tu kekekek, sebab aktiviti makan-makan telah pun bermula, jadi adalah mustahil untuk memberi perhatian kepada tetamu-tetamu yang datang dikendian waktu itu, maklumlah, katanya mee kari dan coklat kek tu sedap sangat..ye ke?? ehem ehem.. (sapa yang buat?? sila tingalkan komen anda bagi menjawab soalan ini)
Ok jom kita tengok gambar semula..
Ini adalah session memalukan diri masing-masing dihadapan tokeh kurma yang baru saja bersua muka untuk pertama kalinya. Ya Allah apakah mereka ini sudah hilang akal? sungguh bermotif sekali, aku rasa nak terjun bangunan ketika itu! Video Redang yang diambil menjadi tontonan umum okey! hee serammmmmmm sungguh la diorg ni... tak pasti berapa lama masa diambil untuk tayangan perdana video-video tersebut, tapi yang pastinya, aku rasa lama jugak kot..kan??
Aktiviti makan-makan dan interview bersama tokeh kurma diteruskan selepas tayangan video Redang tadi..
Byya dan Aqilah karaoke di Youtube dengan lagu Papaku pulang dari kota...
Suci Sonia Maryam..eh betul ke ejaan namanya gitu kakak cantek?
Persedian mengambil gambar sebelum detik-detik bunga api dan merdeka dilaungkan..eh ye ke? hehehe
Inilah detik-detik yang dinantikan..nasib baik ada bunga api, kalau tak terpaksa refund duit para tetamu yang hadir katanya hahahahaha
Abaikan bunga api di Klcc tu, lihat tangan Mak Esah (Biqque) yang warna kuning tu.. bomoh sangat tau, adalah tu jampi-jampi mentera yang dibacanya sempena merdeka nih..semoga Janji Ditepati ke? ahahahaha. Tak cukup di dalam, kami teruskan sessi suai kenal bersama tokeh kurma di balkoni idaman, katanya sejuk sikit, jadi penuh lah satu balkoni lepas sorang-sorang amik port masing-masing dan menceritakan cita-cita dan pengalaman masing-masing. SUMPAH amat menyeronokkan.. tahun depan buat lagi ye? eh perlu ke tunggu tahun depan hehehe?
Harapnya tokeh kurma cepat-cepatlah pulang ke tanah air terchenta ini, sebab banyak lagi negara belah-belah sini nak explore kan? manalah tau kot-kot leh sekali dengan kitorg untuk misi 2014 nanti..tak gitu? huhuhuhu
Mas Zuber..hmmm
Dari balkoni masuk semula ke ruang tamu, kali ni untuk sessi photography secara berkumpulan pula hehehehe.. cuba perhatikan apa yang tidak lengkap dalam gambar di atas ni? cuba teka! Sapa dapat teka, aku kasi kek coklat seloyang fresh dari oven!
Hmm korang tak dapat teka apa yang kurang dalam gambar diatas tadi kan? gambar yang ni pun korang tak nampak lagi kan apa yang kurang? hehehehe
Jubah mak Esah warna kuning sudah tidak kelihatan, gara-gara terkena cat katil Aqilah yang bertompok-tompok di lantai balkoni.. #bertabahlah, tapi takpa, tetap maintain cun tanpa jubah kuning tu ehehehehe. Byya kelihatan sungguh ceria, apatah lagi yang dua orang dibelakang tu..lagi super bahagia kot kan? Oh yang muka hitam itu adalah Fatt (muka dihitamkan atas permintaan beliau)
John bergambar tanpa perutnya..
Tokeh kurma R.A.W, nasib baik dia menyahut bila kitorg pangil dia RAW.. RAW.. RAW.. emm next time kena ada sessi mengenali nama sebenar masing-masing ye hehehe
Kakak cantek bersama Sami boy yang mamai bangun tidor..lupa la nak kasi duit raya kt Sami, tapi nasib baik dapat Hotwheels dari uncle Cawannya..
Untung siapa dapat jejaka berbaju merah ni, barang siapa yang mahu ke Ikea nak beli almari dan katil boleh la mengajak beliau sekali, tak payah bayar delivery RM65 kat Ikea, mintak tolong dia je, maklum la ada 'lori' tapi dengan syarat belikan untuk dia skali, maklum la nk berumahtangga kelak senang barang dah ada katanya hehehe (#ciri-ciri lelaki matang, pandai merancang! ahahahah)
Menu utama malam itu ialah Mee Kari Kerang, resepi ehsan dari Mak Esah dan juga sumber dari internet :)
Kek coklat yang menjadi igauan president. Agak sentap bila mak Esah mempertikaikan tentang kek ini, hanya kerana aku letak kek ni atas board warna silver! katanya macam beli jerrr..mak Esah siap mintak bukti kek ni aku buat sendiri, terpaksa korek semua bahan-bahan waktu tu jugak..drama sungguh mak Esah ni!!
Tokeh kurma bersama Dan Arif, nampaknya Dan Arif terpaksa melepaskan title 'Lelaki paling tinggi' dikalangan kami semua yang memang agak ketot kurang tinggi. Dan terima kasih R.A.W untuk arabian delights tu, memang arab sangat ko nih ahahaha..moga-moga aku makin tinggi la bila makan benda tu nanti.. (menyesal bukak arabian delights tu kasi kt diorg ni, patut simpan untuk aku sorang je!)
Ok, jangan gosok mata korang semua, ini hanyalah ILUSI OPTIK. Mr President memang pandai posing untuk kelihatan tinggi dalam gambar ini, tapi jangan terpedaya, hakikatnya, R.A.W tetap yang paling tinggi ahahahaha
Hmm akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang bersusah payah hadir ke majlis kecil-kecilan ni, apa yang kurang tu mintak tutup mata je la ek.. kita jumpa di rumah mak Esah next week..
Dan terima kasih sebesar tanah Russia untuk R.A.W kerana sudi hadir dan bersusah payah datang waima kena naik lrt dan taxi untuk ke rumah Chawanna, terima kasih sangat, dan untuk yang tidak dapat hadir, Janggel yang kini di Tokyo, Kak Anash yang bertungkus lumus bekerja di opis hingga lewat malam, MasMZ yang bermastautin di negara Ipoh, dan Lily yang rasanya bercuti-cuti Malaysia di Terengganu, there's always next time..semoga bertemu lagi di hari lain..
