Tuesday, April 10, 2012

Osaka: Keseronokan Tidak Mencapai Tahap Maxima

Ish..marah orang Osaka baca tajuk entry aku nih hahaha. Sorry la if aku dah spoilt kan mood kepada para-para pengembara yang akan ke Osaka akan datang nanti. (Ini pendapat aku saja, pendapat orang lain mungkin berbeza)

Oh ya satu lagi, entry kali ni aku tak kan bercerita panjang dan eloborate macam-macam, sebab hati aku memang dah ke lain ditambah lagi dengan keMALASan tahap MAXIMA, maka pendek saja la ye.. yang penting kena jaga hati peminat (bak kata Janggel kekeke)

Mencari arah tuju, dari hotel nak menuju ke Osaka Castle. Aku bukan macam blog lain yang akan tulis turun station mana, exit kat mana, platform nombor berapa etc etc blah blah blah, sebab agak membosankan, jadi if korang nak tau station mana nak ke Osaka castle atau mana-mana saja destinasi korang nak pergi dekat dalam Japan, sila cari sendiri di Jorudan atau Hyperdia. Sekian wasalam..

Osaka Castle


Western gate di Osaka Castle. Sebaik melangkah masuk ke kawasan Osaka Castle, hujan mula turun rintik-rintik, nasib tak lebat, kalau tak confirm lenjun. 

Osaka castle dikelilingi sungai kecil..eh sungai ke?

Osaka castle ni antara istana yang popular di Jepun, dan selalu menjadi tumpuan pelancong asing dan rakyat tempatan.


Central tower Osaka Castle. Aku tak masuk dalam castle ni, sebab malas nak berebut-rebut dan beratur. Dalam tu memang crowded dengan orang diorg je. So aku skip. Tengok dari luar la kekdahnya.

Jangan tingalkan abanggggg! Kata panglima jepun di belah kanan nih hahaha

First time merasa takoyaki, 400 Yen saja. 

Jom kita ke plum grove pula, tengok apa yang ada!

Banyak pokok plum, tapi tak semuanya tengah berbunga..ada la segelintir macam ni yang kembang tersenyum lawo..heheheheh

Osaka Museum of History

Berdekatan dengan Osaka Castle tadi. Jadi dah alang-alang ada Osaka Unlimited Pass, kami dapat masuk sini secara percuma, kalau tidak kena bayar 600yen seorang. Nak tau pasal Osaka Unlimited Pass? Sila click Sini.

Dalam ni ada history tentang Osaka sepanjang 4 zaman. The Age of Naniwa, The Age of Osaka Greater Distribution, The Age of Greater Osaka dan The Age of Osaka Hongan-ji temple. Korang akan disuruh naik lif ke level 10, untuk memulakan misi menjejak sejarah Osaka. Dan dari situ korang akan turun dari satu floor dan floor berikutnya sampai le ke bawah okeh!





Osaka castle dari museum ni..

If sesiapa nak mencuba pakai kimono percuma, dalam Osaka Museum of History ni ada disediakan. Tapi aku malas nak cuba, sebab malas aku nak main sarung-sarung ikat sana sini hehehehe. 

Replika rupa bandar Osaka bila dah masuk ke era moden. ok nextttttttttttt..

Dotombori

Tak sah rasanya kalau ke Osaka dan tidak menjejakkan kaki ke Dotombori. Sebab ni salah satu tempat menarik untuk dilawati. Macam-macam ada. Tapi aku tak feel sangat kat sini. Tak tahu kenapa entah. Tiba-tiba je rasa menyesal tak duk lama kat Kyoto! cissss

Hmm tiba-tiba hujan renyai-renyai muncul sekali lagi petang itu. Tapi nasib baik kitorg dah bawak payung siap-siap.


Luas, dan besar. Tak larat aku nak jalan setiap lorong-lorong yang ada. 

The famous crab! Hahaha. Kat Dotombori ni BANYAK sangat restoran makanan. Takoyaki bersepah-sepah. So if korang jenis kaki makan, sila la try, tapi aku tak jamin halal la ek. Pachinko parlor pun banyak gila kat sini...zzzz

Aku terkejut masa nampak Ju-on ni..

Muka tak excited hahahah..dipaksa senyum oleh Cawan!

Ok masuk toilet sat, nak lepaskan hajat. Cawan tanya, ada tak aku main tekan ke button flusing sound tu, aku jawab tak! Aku tak darat sangat cam dia! hahahaha


BIC Camera, salah satu chain kedai kamera yang terbesar di Japan. Aku tak masuk tengok, sebab aku yakin harganya mahal. Baik aku pegi Low Yat or BB Plaza jek..kekekek

DenDen Town

Katanya lebih kurang macam Akihibara di Tokyo..ye ke?

Banyak la kedai-kedai games dan toys di sini. Of course Cawan sengih la, aku muka toya jek..tiada perasaan hahaha..

Minah maid yang bekerja di restoran kucing perasan lawa, nampak Cawan nak amik gambar, main nyorok-nyorok plak. 

Masuk kedai toys. Syurga buat Cawan. Katanya banyak yang tak masuk Malaysia. Tapi harga lebih kurang macam kat KL je, so kalau nak beli cuma beli yang tak masuk Malaysia je la.


Tomica Shop @ Umeda

Tak puas di Namba dan Denden town tadi. Cawan mengajak aku ke Tomica Shop di Umeda. Pergh..tetiba je dia nak pegang map dan bertanya kat orang kat sana mana nak cari kedai ni. Sampaikan tulisan dalam Jepun pun dia mintak orang tu translatekan, sebab alamat dalam buku Tomica tu semua dalam Japanese! GIGIH sangat!

Ha sebesar-besar alam...

Ha pilih-pilih! Memang aku kasi chance kat Cawan amik la masa lama mana pun nak pilih kekekek.. Kat sini leh buat custom car dan lihat sendiri cam mana diorg pasang keta ni sebijik macam kat kilang Tomica. Tu yang dia beria-ia sangat nak pegi tu.

Ni la booth pasang keta Tomica tu. Kecik je pun, tak sampai 1 minit dah siap assemble..apa daaaaa

Aqilah pun sama nak tolong daddy dia pilih keta. Maklum la daddy dia dah rambang mata. Damaged hari itu RM 400+ ...GIGIH dua beranak nih hahahah

Merchandise lain yang ada dalam Tomica Shop ni..nasib takde baju budak pompuan yang comel, kalau tak, dengan aku sekali damage nak membayor hahaha

Umeda Floating Garden


Sebabkan masuk sini percuma jugak dengan pass tadi, kitorg pegi la tempuh jugak, walaupun dah lewat malam. Ketinggian Umeda Sky Building ni ialah 173meter. Katanya boleh nampak satu Osaka.

Macam nak naik kapal angkasa pun ada nih. Wah memang bergemerlapan sky gardennya.

Osaka skyline dari Umeda Sky Building ni. Aku tak keluar pun, sebabnya angin sangat kencang, dan satu lagi sebab aku gayat, tempat ni macam terlalu open. So aku duk belah dalam je dengan Aqilah.

Umeda Sky Building ni pernah masuk dalam Amazing Race dulu hahahah..

Aqilah gigih menemani aku yang kesejukan dan kecut perut di situ

Berbaloi sangat amik Osaka Unlimited pass tu, sebab boleh naik semua subway dan ada banyak attractions menarik yang percuma. Cuma korang larat nak kejar masa nak tengok semua ke tidak..itu je..tapi kitorg berjaya jugak dapat balik modal dengan pass tu hari ini.. Puas hati? tak puas! Sebab apa aku tak rasa se-best macam Kyoto nih?? Aku tak feel Osaka! 


Nota kecil: Mungkin aku je berperasaan begitu kot, orang lain mungkin suka. Pada aku, Osaka adalah satu bandaraya besar! That's it la..lain-lain tu macam biasa je.. 



Friday, April 6, 2012

Diskriminasi Kredit Kad

Sepatutnya, aku patut teruskan penulisan untuk entry Osaka, tapi takde mood pulak. Hati dah TERBANG ke lain. 

Masih lagi dalam mood bermalas-malasan, sebab almaklum la tak kerja. Eh bukan sebab tiada kerja. Ada kerja, tapi DIPAKSA untuk meng'CLEAR'kan baki cuti yang dah terlebih-lebih bawak dari tahun lepas. Jadi dengan segala masa yang memihak pada aku dari Rabu minggu ni sehingga Rabu depan (yeayyyyyyyyyyyy), aku dapat la finalized kan segala benda remeh temeh tentang MEGA trip akan datang ni. Alhamdullilah urusan transportation dan accomodation dah selesai..CUMA tingal satu lagi transportation yang masih pending!

Jadi aku nak mintak jasa baik korang-korang semua ni, yang mungkin pernah ada pengalaman membeli tiket train THALYS online. Sebab aku dah cuba dari beberapa website antaranya Thalys dan NS HiSpeed tapi malangnya semua transaction denied. Bukan sebab credit card dah penuh limit, tapi sebabnya, mereka tak accept credit card yang luar kawasan dari EU! Haihhhh gile leceh!!


Diskriminasi betul la diorg nih!!! hehehehe

Aku dah cuba RailEurope, memang boleh, TAPI harga tiket diorg dah mark up! Sangat-sangat tidak berbaloi okeh!! (eee nak marah betul rasanya!!). Sapa yang nak bayar lebih, sedangkan tahu boleh dapat harga lagi murah kan??? Kan? Kan? Kan?

Yang ni boleh, tapi mahal tahap dewa! Triple dari harga asal!! Oh tidakkkkkkkkk..

Jadi if korang ada cadangan, dan penyelesaian, sila-sila la drop komen korang di entry ni okeh, atau email aku. Dan if sesiapa yang kebetulan ada credit card yang *berasal* dari EU, if korang tak keberatan nak tolong belikan tiket untuk aku pun tak pe, aku bayar cash on the dot ok!



Ok sekian melaporkan, nak merehatkan minda sekejap selepas pening dari malam tadi pikir jalan nak beli tiket train nih!

Sunday, April 1, 2012

Sekinchan: Ini Bukan Teaser

Tak perlu cakap apa-apa, takut ada yang tersentap nanti kekekek.. kita tengok gambar saja la okeh!!

Masing-masing teruja!

Aqilah pun teruja! First time ke sawah padi!

Aqilah control gayat hehehe

Aqilah dan payung cik Maimon..

Muka tak boleh blah..memang fake gile..kekekeke

Napa la dari dulu lagi tak jumpa sawah padi hijau macam nih!!


Kak Coco maintain sopan je..tak macam orang lain..macam hantu!!

Pandai berlakon cik Maimon..eh RIANY!! tersilap sebut nama pulak..


 Mengejar teruna yang sorang..eh teruna kah??

Kan aku kata kak Coco memang sopan..lensa camera tidak pernah menipu.ecececece

Cumi-cumi pun ada!

YB ke Pak Imam mana nih? 

Aktiviti mengsabotaj camera orang hehehe

Budget ayu la konon..cit podahhhhh

Ni pun budget ayu gak nih..tepi jambatan pun jadi..ish ish...Maimon..Maimon..eh Riany!

Apa???? John eh Danny tak boleh ikut kite ke Sekinchan?? Alaaa *sambil buat muka sedih*...

....
............
........................

















YESSSSSSSSSSS John takde, eh Danny..banyak la gambar aku dan mereka-mereka yang lain!! YESSSS! YESSSS! YESSSSSSSSSSSS...