Sunday, November 21, 2010

Hong Kong: The Journey

Yahoooooo...hari yang dinanti sudah pun tiba.. Excited sebab dah hampir setahun tak pergi travel ke mana-mana. Dan kali ni, Aqilah ada sekali. Perasaan kali ni = excited + suspend!! Pukul 2.30 PM, kami bertolak dari Danau Kota ke KL Sentral. Sebaik tiba di KL Sentral, terus check in kat kaunter MAS...boleh la kami berlengang kankung tanpa bagasi di tangan..hehehe.. ERL ke KLIA cuma ambil masa selama 30 minit saja, sebenarnye kitorg dapat beli tiket ERL masa promo hari tu dengan harga RM1 untuk 1 way. Kalau tak jangan harap la..


Stroller Aqilah, kami bawa ke KLIA terus, sebab boleh tolak sampai depan pintu flight, nanti diorg akan tolong simpankan stroller nih, cuma tingalkan di tepi pintu flight je. Tapi make sure kena inform kat officer masa check in kat kaunter tadi, nanti dia akan kasi receipt untuk id stroller tu.


Flight ke Hong Kong cuma mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Masa ni aku risau jugak, sebab first time Aqilah naik flight, so tak tau la dia macam mana nanti. Tapi susu dan pacifier memang dah standby. Nak kasi kat dia, time take off nanti, so takde la sakit telinga dia kene pressure nanti. For the first 5 minutes lepas take off, Aqilah ok je, sengih-sengih minum susu..tapi lepas tu, bila dah makin tinggi..dia mula tak senang duduk, macam-macam kitorg buat, last-last menangis jugak. Mungkin dia rimas kot tengok orang keliling dia duduk rapat-rapat dengan dia, ataupun telinga dia sakit. Time ni susu/pacifier, memang tak berkesan. Penyudahnya, Cawan dengan tanpa rasa segan silu, terus bangun dukung Aqilah berjalan dalam flight, walaupun sign seat belt tu masih ada!!! Aqilah diam jugak akhirnya, bila daddynya bawak jalan-jalan.. (dia sudah tunjuk taring mahu jadi travelholic, tak leh duk diam2!!!).. 15 minit kemudian, Aqilah tertidur terus, dan aku pulak orang pertama dalam flight yang dapat makan hehehehe..orang lain cium bau je la dulu (terima kasih Aqilah sebab menangis!!!)

10.30 PM, kami tiba di Hong Kong International Airport. Selesai urusan immigration dan baggage, kami terus ke customer service center, untuk beli Octopus Card (macam touch n go) berharga HKD 150. Octopus card ni boleh digunakan dimana-mana, termasuk la restaurants, 7 Eleven dan semua transportation, kecuali taxi. Mula-mula ingat nak naik airport express, tapi macam nak kena ambil taxi pulak untuk sampai ke hotel, so kami pun bersetuju airport shuttle beramai-ramai, dengan harga HKD 33 seorang, tak payah tukar-tukar train/naik teksi dah. Bas double decker, beg dan stroller leh angkut masuk dalam bas, so tak payah masuk kat bawah tempat barang-barang tu. Dalam airport shuttle ni, ada wifi, so senang la kitorg nak cek map, untuk tau lokasi setiap masa. Dalam bas tu pun ada disediakan electronic information board, yang kasi tau next stop kat mana, memang mudah la sesangat.


Sampai stop no 12, kitorg dengan confident turun. Sebab dalam email yang diterima dari hotel, katanya leh turun kat stop 12 atau 13. Since kitorg tak penah cek dalam google map, kitorg belasah la turun kat stop 12. Rupa-rupanya kena jalan dalam 10 minit lagi haaaa...maka mengangkut la beg dikiri dan kanan tangan, berbekalkan iPhone Lane, untuk kepastian yang kami berada di track yang betul hahaha... Hong Kong masih lagi hidup, lampu masih bergemerlapan di sepanjang jalan. Arggg tak sabar nak tunggu esok. Sampai hotel lebih kurang pukul 11.35 PM, tanpa buang masa terus check in. Huh..sungguh dodgy kawasan hotel tu. Imagine flat DBKL yang zaman 10-20 tahun sudah ditransformkan menjadi hotel. Bilik memang kecik gila., solat pun atas katil. Tapi harga macam setan (mahal nak mampus macam taraf 3 star kat KL).. Apa nak buat, kami belasah je, janji ada tempat tidur sudah, bukan duk dalam bilik 24/7 pun kan....

Tak sabar nak tunggu hari esok....

Thursday, November 11, 2010

Hong Kong . Macau . Shenzhen

DSC_0787
Mereka sudah ready untuk beraksi..

DSC_0847
Reading materials dalam flight ..& duit untuk dijoli...


Hong Kong . Macau . Shenzhen


checklist: : visa siap hari ni, packing bag esok, cookbook tak print lagi, byk benda tak print lagiiiii adeh... dan tak sabor nak update countdown utk destinasi baruuuu...uweeee

Monday, November 8, 2010

Icam dan Kenny Rogers

Lokasi: Kinta City, Ipoh

Icam: Icam teringin la nak makan Donimo's Pizza..sedap tak agak-agaknye?  (sebenarnye Domino's, tapi dia selalu cakap terbalik)
Aku: Emm boleh tahan jugak..napa? Icam nak cuba ke?
Icam: Emmm boleh jugak..
Aku: Ok nanti yona belanja..

40 minit kemudian, dalam perjalanan ke parking lot Kinta City nak menuju ke Domino's...

Icam: Emmm Icam rasa tak jadi la nak makan Donimo's tu..takut rase dia tak berapa sedap..
Aku: Emm pulak..abis tu nak makan apa nih??
Icam: Sambil menunding jari ke Kenny Rogers.. Icam tak penah try lagi yang ni..
Aku: Icam nak makan KR nih? Boleh tak??
Cawan: Emm boleh laa..

Sambung jalan-jalan dalam Jusco, sebab tak jadi pegi ke Domino's.. 20 minit kemudian, berjalan menuju ke KR

Icam: Yona..Icam rasa, tak nak la makan KR..makan Mee Rebus Ramly laa..
Aku: Haaaa? Mee Rebus plak? Apsal tak nak KR?
Icam: Nasi KR tu macam mana?
Cawan: Ada jagung-jagung dalam nasi tu...
Icam: Sambil berfikir... emm Icam tak nak la nasi ada jagung dalam tu..Icam tak suka..nanti tak sedap..
Aku: Eh pepandai je u nih...bila plak ada jagung dalam nasi tu..jom kite tgk menu dulu..

Berlalu pergi, dan berdiri di depan restaurant KR..sambil selak menu..

Aku dan Cawan: Haa..tak de jagung la dalam nasi tu..tengok nih...
Icam: Emm ok la macam tu..
Cawan: Icam kena pilih side order nih..ada 3 pilihan..Icam nak yang mana?
Icam: sambil terkebil-kebil memandang menu side order tu... Emm nak nasi ni..(sambil tunding arah menu nasi), lagi nak fresh fruit salads..
Cawan: Ha lagi satu apa??
Icam: mata masih melilau ke atas dan ke bawah, melihat menu.. Icam nak yang nih..(sambil tunjuk ke arah Mashed Potatos & Gravy)..Ni kentang putar macam kfc tu kan?
Aku: Ha a..
Icam: Tapi Icam nak yang depan je..(sambil tunjuk pada perkataan Mashed Potatos) yang belakang tu (sambil tunjuk perkataan Gravy), Icam tak nak..
Aku dan Cawan saling berpandangan..sambil mengerutkan dahi, dan tergelak..
Aku: Icammmmmmmmmmmmmm..gravy tu dapat sekali laaa...tak yah pilih dia kasi skali dengan mashed potato tu..
Icam: Ooooo..mana Icam tau..gravy tu apa Yona??
Aku: zzzzzZZZZZ.. gravy tu macam kuah laa..
Icam: oooooo..

Seminit kemudian, masih lagi berdiri tunggu turn nak dapat meja..

Icam: Tapi Yona, ayam tu, ada gulai apa?? (tanya dengan muka tak bersalah dan tanpa rasa malu)
Aku dan Cawan, berpandangan sekali lagi, dan terus tergelak hentak-hentak kaki depan restaurant KR tu...tak boleh blah punya soalan..GULAI ok!!!
Cawan: Ayo tambi..mana ada gulai laaaaaaaaaaaaaaaaa..ingat makan kat mamak ke???? pandir betul la budak nih!!!
Aku: Tak de gulai laaa...adoiii
Icam: oooo (untuk yang kesekian kali)...

20 minit kemudian..Di meja makan..

Aku: Ha makan la..baca doa dulu..
Icam: Tergaru-garu kepala yang tak gatal...sambil pandang kiri kanan..seolah berat hati nak makan..
Aku: Makan je la..tunggu apa lagi..
Icam: menyuapkan nasi ke mulut mengunakan garfu..sambil-sambil tu pandang kiri kanan..
Aku kehairanan..apa la yang budak ni tengok..tiba-tiba, Icam bersuara dengan kata-kata yang sungguh power!!!.
Icam: Dalam dunia serba moden nih..sudu pun tak de..ish ish ish (mengeluarkan kata-kata dengan selamba..sambil menyuap nasi ke mulut mengunakan garfu)

Aku dan Cawan sekali lagi tergelak mendengar statement Icam tu..hahahaha rupanya dia pandang kiri dan kanan sebab tengok macam mana orang lain makan nasi tuh..dengan garfu atau sudu huahuahuahuahua..
Cawan: Icam..org putih makan nasi guna garfu tau..sudu tu guna utk makan sup je..
Icam: Emm.. (buat dek..seolah-olah mengatakan, cakap Cawan tu tak boleh pakai jugak!!)

Tu la kisahnya Si Pandir Icam dan Kenny Rogers nya...kitorg balik rumah gelak sampai keras-keras perut gelak masa bercerita kat mak pasal anak jantan dia sorang nih..kui kui kui..