Tempias tiket murah AirAsia ke destinasi baru - Seoul, South Korea memang dirasai. Mula-mula Lane roger kat YM, cakap murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh gila. Member dia dapat beli return ticket ke Seoul dengan harga RM300++ je...
Lepas tu, tertengok pulak status Biq kat FB dia..dah main tekan2 button AirAsia pulak, sambil bergelak-gelak setan..huhuhu..ni aku suspect confirm ke Korea nih..Makanya, aku pun berkonspirasi dengan Cawan nak korek rahsia dia..hehehe..Sekali betul la pulak, tidak lain tidak bukan, memang dah tekan button untuk ke Seoul, tarikh November ini..huhuhu..So kitorg pulak cam mana? Nak join pergi Seoul ke?? Emmmm (sambil mengaru kepala)..
Kalau ikutkan hati, macam ok je, tapi ada sedikit tidak ok dari Cawan, sebab timing tu tak kena sangat. Sebab waktu tu, cuti Deepavali, so susah la sikit, ramai team mates dia yang akan pulang ke kampung halaman iaitu India..So angan-angan nak pergi bercuti pada first week of November 2010, musnah sama sekali..Oleh itu terpaksa la ditunda ke minggu-minggu berikutnya.
Tetapi..........................
ke mana????
Seoul? - musim autumn, confirm cantik gila babas nih..tapi tak pasti pulak dengan places of interest kat sana..Apa yang ada?? Jari ni macam malas nak tekan button google, sebab karang aku meleret-leret cari macam-macam..So kena la tanya kepada orang yang bakal pergi untuk kepastian. (Biq/Sharul, sila respond kepada soalan ini)
Langkawi? - Emm boleh jugak, janji nak bawak Icam, sebab dia nak sangat naik flight, dan nak test Aqilah, tengok tahap ketegaran dia untuk menjadi travelholic huhuhu.. cewah cam Man vs Wild plak dah.. Tapinya, tiket flight ke Langkawi punya la mahal...macam lebih baik beli tiket ke destinasi lebih jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh je.. (Emm pikir..pikir..)
India? - Cawan ada kasi suggestion untuk ke India..tapiiiiiiiiiiii aku agak skeptikal, sebab India tu punya la besar, so tak tau nak pegi tang mana dulu huhuhuh...Emm pegi dengan geng lebih baik kot.. (Darjeeling! Darjeeling! Darjeeling!)
Beijing China? - Salah satu *Must Go* punya destinasi, boleh bawak Aqilah tengok panda, dan suruh dia panjat Great Wall of China tu..
Perth, Australia? - Cawan asyik ajak pegi sini je. Sebab kononnya boleh la tawan habis Oz tu hahahaha.. Tapi aku nak cop passport dari negara lain plak, asyik Oz jek.. (huhuhu lain kali laaaa)
Susahkan nak buat decision pasal nih?..Balance cuti ada 19 hari lagi. Planned nak habiskan seminggu purposely untuk vacation bulan Nov or Dec 2010.. Tapi destinasi masih tak tau ke mana. So anyone ada suggestion lain selain dari di atas tu?? :)
P/s: Aqilah pun follow sekali nanti, tak sanggup nak berpisah dengan itu budak...
Sunday, August 8, 2010
Monday, July 26, 2010
Sudah 2 Tahun..
Hari ini genap tahun ke 2, kami bernikah..waaaa...macam tak percaya. Tapi kali ni, dah ada Aqilah..So untuk celebration, belum buat apa-apa lagi, sebab Cawan dah mula kerja minggu ni, so agak busy la sikit nak celebrate waktu-waktu macam ni. Maybe this Thursday kot nak pegi celebrate. Di mana dan buat apa tu, belum dipastikan lagi..kena consider si Aqilah ni..maklum la sekarang bertiga huhuhuh..
Tahun lepas, Cawan kasi kad..lepas tu, kebetulan pulak dapat tiket murah ke Melbourne, so kitorg anggap la tu hadiah anniversary yang pertama (walaupun beli tiket bulan July, tapi perginya September). So tahun ni macam mana? Ada ke mana-mana ke???
Untuk si Cawan tersayang, terima kasih untuk segala-galanya..Muah muahsssssssssssssssssssssss..I HEART U.. Semoga jodoh kite terus berpanjang-panjangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dan murah rezeki, bahagia aman damai..Amin.
(tak leh over2 sgt tulis cintan2 nih hehehe)Wednesday, July 14, 2010
Hello, Aqilah Di Sini
Lama betul nak amik feel nak update blog ni. Al maklum la, schedule harian dah berubah, asyik melayan Aqilah je hehehe.. Tapi nasib baik la Aqilah ni tak banyak ragam sangat, cuma menangis time nak susu dan tukar diaper je. Yang paling tak tahan, time tukar diaper, kalau lambat sikit, menjerit macam nak keluar anak tekak!!! Nasib la daddynya penyabar dan pandai melayan. Kalau ikutkan aku, saiko jugak rasanya..huhuhuhu...
Pasal pengalaman bersalin pulak, ada yang bertanya macam mana? Senang ke susah? Emm tak tau la aku nak cakap senang ke susah, sebab baru sekali je bersalin, so tak boleh la nak kasi rating. Tapi yang pastinya, sakit contraction di saat-saat akhir sebelum baby kuar memang sangat sakit. Macam period pain tahap dewa punya. Sampaikan terpikir nak ambil epidural!!!! Nasib la tak amik heheheh...Tapi time nak push tu, tak de la teruk sangat sakitnya, cuma rasa cam nak ter'berak' sangat2 je, tapi tak de benda nak kuar hehehe..ibarat macam orang kene sembelit la..hehehehe..Aku admit kan diri sendiri jam 5.30 PM, 3 July. Jam 8.05 PM, Aqilah selamat dilahirkan...yippie!!!
Selesai yang tu, timbul lagi rasa tak senang. Sebab lepas bersalin tu, dalam 2-3 jam lepas tu, rasa nak terkencing sangat2!! Mengenangkan cerita dari member2 yang rata-rata mengatakan "nak kencing dan buang air besar amat la sakit, sebab dah kena gunting kat bawah tu"..Aku pun apa lagi, fobia gila la nak ke toilet. Tapi nature call itu telah mengatasi segala-galanya, mana boleh tahan-tahan kan kalau nak kencing uhuhuuhuh..dengan berat hati, pegi la toilet. Hairan! Apsal tak sakit pun?, tadi tak silap doctor kata memang kena gunting, siap kena jahit lagi. Ok ok ni sudah bagus.. hehehe.. lepas tu terus sambung tidor dengan senang hati. Pagi esok nya, selamat buat 'bisnes besar' pulak heheheh...uweee...so tak payah la berdiri ke, menongeng2, atau bersimpuh seperti yang diwar-warkan tu...
So kepada yang bakal bersalin tu, jangan terlalu mendengar cerita-cerita gerun tu, sebab tak semua orang sama :) Pikir positive, maka positive la hasil nya, insya Allah..
Eh lupa plak nak kasi tau, nama baby Nur Aqilah Bt Mohd Faizul (smlm baru official, sebab baru buat daftar kat JPN), berat masa lahir 3kg!! ..Tarikh Lahir: 3 July 2010, di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju..
Subscribe to:
Posts (Atom)