Sunday, September 2, 2012

Open House at Chawanna's

Koleksi gambar sekitar majlis open house Chawanna secara kecil-kecilan untuk kawan-kawan..


Tetamu yang pertama hadir seperti sebelum-sebelum ni, mestilah John (president katanya), diikuti oleh Byya (pecah rekod jugak dia sampai awal, adakah kerana tak sabar nak makan mee kari? hmmm)

Photobucket
Ini Biqque, yang ketiga sampai ke rumah Chawanna, katanya pakai 8 layer baju untuk majlis open house ni, oleh itu aku belanja dia Chatime, kot-kot panas pakai baju tebal-tebal tu kan! lihat muka dia sungguh excited sambil menikmati kesedapan Chatime tu.. tak sia-sia kan?? (Aku masih tak boleh lupa adegan-adegan di bilik Aqilah ketika selepas solat maghrib hari tu...drama sungguh korang ni, tak sangka BackpackerBusuk paling DRAMA!!, motif sangat korang ni tauuuuuuuuuuuu)

Ok yang seterusnya hadir adalah en. Russell ataupun nama di alam twitternya R.A.W, tokeh kurma dari Dubai, no no dia bukan mat saleh, pak arab pun bukan, dia warganegara Malaysia, tapi menetap di sana demi sesuap nasi katanya..hmmm.. Maaf tiada gambar diambil ketika ini, sebab semua orang kaget dan terkesima serta sejuk kaki tangan nak jumpa R.A.W untuk pertama kalinya hehehhee, jadi agak mustahil tetiba nak amik gambar kan, so baik mantain cool je dulu hehehe

Ok lepas R.A.W datang, kami semua dah tak amik port dah sesiapa yang datang lepas tu kekekek, sebab aktiviti makan-makan telah pun bermula, jadi adalah mustahil untuk memberi perhatian kepada tetamu-tetamu yang datang dikendian waktu itu, maklumlah, katanya mee kari dan coklat kek tu sedap sangat..ye ke?? ehem ehem.. (sapa yang buat?? sila tingalkan komen anda bagi menjawab soalan ini)

Ok jom kita tengok gambar semula..

Photobucket
Ini adalah session memalukan diri masing-masing dihadapan tokeh kurma yang baru saja bersua muka untuk pertama kalinya. Ya Allah apakah mereka ini sudah hilang akal? sungguh bermotif sekali, aku rasa nak terjun bangunan ketika itu! Video Redang yang diambil menjadi tontonan umum okey! hee serammmmmmm sungguh la diorg ni...  tak pasti berapa lama masa diambil untuk tayangan perdana video-video tersebut, tapi yang pastinya, aku rasa lama jugak kot..kan??

Photobucket
Aktiviti makan-makan dan interview bersama tokeh kurma diteruskan selepas tayangan video Redang tadi..

Photobucket
Byya dan Aqilah karaoke di Youtube dengan lagu Papaku pulang dari kota...

Photobucket
Suci Sonia Maryam..eh betul ke ejaan namanya gitu kakak cantek?

Photobucket
Persedian mengambil gambar sebelum detik-detik bunga api dan merdeka dilaungkan..eh ye ke? hehehe

Photobucket
Inilah detik-detik yang dinantikan..nasib baik ada bunga api, kalau tak terpaksa refund duit para tetamu yang hadir katanya hahahahaha

Photobucket
Abaikan bunga api di Klcc tu, lihat tangan Mak Esah (Biqque) yang warna kuning tu.. bomoh sangat tau, adalah tu jampi-jampi mentera yang dibacanya sempena merdeka nih..semoga Janji Ditepati ke? ahahahaha. Tak cukup di dalam, kami teruskan sessi suai kenal bersama tokeh kurma di balkoni idaman, katanya sejuk sikit, jadi penuh lah satu balkoni lepas sorang-sorang amik port masing-masing dan menceritakan cita-cita dan pengalaman masing-masing. SUMPAH amat menyeronokkan.. tahun depan buat lagi ye? eh perlu ke tunggu tahun depan hehehe? 

Harapnya tokeh kurma cepat-cepatlah pulang ke tanah air terchenta ini, sebab banyak lagi negara belah-belah sini nak explore kan? manalah tau kot-kot leh sekali dengan kitorg untuk misi 2014 nanti..tak gitu? huhuhuhu
Photobucket
Mas Zuber..hmmm 

Photobucket
Dari balkoni masuk semula ke ruang tamu, kali ni untuk sessi photography secara berkumpulan pula hehehehe.. cuba perhatikan apa yang tidak lengkap dalam gambar di atas ni? cuba teka! Sapa dapat teka, aku kasi kek coklat seloyang fresh dari oven!

Photobucket
Hmm korang tak dapat teka apa yang kurang dalam gambar diatas tadi kan? gambar yang ni pun korang tak  nampak lagi kan apa yang kurang? hehehehe

Photobucket
Jubah mak Esah warna kuning sudah tidak kelihatan, gara-gara terkena cat katil Aqilah yang bertompok-tompok di lantai balkoni.. #bertabahlah, tapi takpa, tetap maintain cun tanpa jubah kuning tu ehehehehe. Byya kelihatan sungguh ceria, apatah lagi yang dua orang dibelakang tu..lagi super bahagia kot kan? Oh yang muka hitam itu adalah Fatt (muka dihitamkan atas permintaan beliau)

Photobucket
John bergambar tanpa perutnya..

Photobucket
Tokeh kurma R.A.W, nasib baik dia menyahut bila kitorg pangil dia RAW.. RAW.. RAW.. emm next time kena ada sessi mengenali nama sebenar masing-masing ye hehehe

Photobucket
Kakak cantek bersama Sami boy yang mamai bangun tidor..lupa la nak kasi duit raya kt Sami, tapi nasib baik dapat Hotwheels dari uncle Cawannya..

Photobucket
Untung siapa dapat jejaka berbaju merah ni, barang siapa yang mahu ke Ikea nak beli almari dan katil boleh la mengajak beliau sekali, tak payah bayar delivery RM65 kat Ikea, mintak tolong dia je, maklum la ada 'lori' tapi dengan syarat belikan untuk dia skali, maklum la nk berumahtangga kelak senang barang dah ada katanya hehehe (#ciri-ciri lelaki matang, pandai merancang! ahahahah)

Photobucket
Menu utama malam itu ialah Mee Kari Kerang, resepi ehsan dari Mak Esah dan juga sumber dari internet :)

Photobucket
Kek coklat yang menjadi igauan president. Agak sentap bila mak Esah mempertikaikan tentang kek ini, hanya kerana aku letak kek ni atas board warna silver! katanya macam beli jerrr..mak Esah siap mintak bukti kek ni aku buat sendiri, terpaksa korek semua bahan-bahan waktu tu jugak..drama sungguh mak Esah ni!!

Photobucket
Tokeh kurma bersama Dan Arif, nampaknya Dan Arif terpaksa melepaskan title 'Lelaki paling tinggi' dikalangan kami semua yang memang agak ketot kurang tinggi. Dan terima kasih R.A.W untuk arabian delights tu, memang arab sangat ko nih ahahaha..moga-moga aku makin tinggi la bila makan benda tu nanti.. (menyesal bukak arabian delights tu kasi kt diorg ni, patut simpan untuk aku sorang je!)

Photobucket
Ok, jangan gosok mata korang semua, ini hanyalah ILUSI OPTIK. Mr President memang pandai posing untuk kelihatan tinggi dalam gambar ini, tapi jangan terpedaya, hakikatnya, R.A.W tetap yang paling tinggi ahahahaha 

Photobucket Oh yang ini adalah pasangan bahagia, sila doakan kebahagian mereka berdua semoga cepat-cepat la langsung, aku tak sabar nak makan nasi minyak. Nak request menu best-best untuk kenduri nanti boleh tak?? heheheh

Hmm akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih pada semua yang bersusah payah hadir ke majlis kecil-kecilan ni, apa yang kurang tu mintak tutup mata je la ek.. kita jumpa di rumah mak Esah next week..

Dan terima kasih sebesar tanah Russia untuk R.A.W kerana sudi hadir dan bersusah payah datang waima kena naik lrt dan taxi untuk ke rumah Chawanna, terima kasih sangat, dan untuk yang tidak dapat hadir, Janggel yang kini di Tokyo, Kak Anash yang bertungkus lumus bekerja di opis hingga lewat malam, MasMZ yang bermastautin di negara Ipoh, dan Lily yang rasanya bercuti-cuti Malaysia di Terengganu, there's always next time..semoga bertemu lagi di hari lain..


22 comments:

just.HY said...

ohmaiii! aku first ke??? gigih tau bukak lappy pagi2 buta. walhal dh tinggi matahari dah.!


yeayyyy! byknya muka aku dlm ni? motif? perut masuk dlm frame???? muahaha...

terima kasih kpd tuan rumah a.k.a chawanna sbb sudi jadik host utk kal ke berape ntah. makanan yg sungguh enakk! next week roti jala + kari ayam okeh! wahh main order2 je nih!. terima kasih gak kpd RAW sbb layan kami berborak smpai ke pagi? hahaha motif pagi?

sila bwt lagi tahun depan! eh, raya haji kan ade..kita sembelih je lembu sekor.

Naramas Aman said...

Seronok nyer. Tokey kurma ada bawa kurma tak?

niL said...

Naa..gambo sgt meriah..tp ko mcm nmpk sedikit.....chubby? erkk..

Anyway...cun ler Biqque pakai tudung camtuh..camne pakai aa?

Unknown said...

John: Hehehehe gigih nk sembelih lembu? reti ke? hehehe

Naramas: Tokeh kurma bawak kurma bersalut coklat berintikan badam..haaaa terliur dak? hehehe

Nily: Harus la chubby, dh keje makan je, time pose turun 3kg, raya pertama je dh naik balik berkilo2..ha guane tu.. #sia2 belaka hahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

owhhhh noooOOOOOOOOOO........ ada ARABIAN DELIGHTS????? huhhhhhhhhh!!!!!! tetiber aku nak tuntut jugak larrr pada tokeyy kurma tuhhhhhhhh......

hurmmmmm... saya juga berada di pejabat sehingga malam pada hari tersebut... #pasrah melihat gambo MEE KARI itewwww... juga KEK COKLAT yang disebut-sebut akan kelazatannya...

Harapan ~ raya aji ada, deepavali ada, cny, gawai semua raya lehhhhh

Diana Diane Teo said...

Best yeh! Ramai-ramai pergi rumah Chawana. Adui! Saya asyik tengok FM awak. Banyak gila!

Ely Hasrul said...

tgh bsabo sbb susah nk komen patu smpai ke sudah xleh upload gambo, line teruk aka kena bayo bill hahaha

Ren said...

WOWOWOWOWWWW

Biqque said...

KAHKAHKAHKAHKAH ENTRY NI LAWAK GILE HOKEH! BANYAK SUNGGUH PERIHAL MAK ESAH DISINI TAPI MAK ESAH SUKAAAAAAAAAAA SGT!

1) nasib baek en.cawan pandai. dgn thinner yg ada, cat itu kembali hilang TANPA meninggalkan sisa lgsg! seb beik tak reput baju aku hahaha!

2) mee kari SEDAP! tapi nak marah sbb TERLUPA nak mkn ketam tu! arghhhh!

3) kes dlm bilik aqilah tu mmg drama melayu terakhir! hahaha! kita2 je yg tau okehhhhh!

4) best la tokey kurma raw dtg. dpt la kita memalukan diri sendri tapi hakikatnya kita mmg SEMPOI, takde cover2 plastik2 der...

5) mekasih banjer chatime! SEDAP rupanya!

MINGGU DPN UMAH MAK ESAH PLAK YEEEEEEEE! SILA PAKAI JUBAH FADANG FASIRRRRRRRRR :)

Biqque said...

btw nil, tudung tu cara hana tajima jer :)

Anash said...

wah
memang happening
walaupun 2/3 aje yang datang
(sambil marah kat meja opis kenapa kena kije sampai lewat malam itu...nak marah bos...tak leh...bahaya..hahahah)

buat la lagi kek cekelat itu!!!

Muna said...

Eh Eh nape takda muka Aqilah ni.. Next week g umah mak Esah upload gambar Aqilah comel ok..hehehe

#wahR.A.Wtunampaksmartnye..;p

Dan Arif said...

1. Terima kasih la sudi menerima kunjungan kami2 nie yaa

2. amboi siap promote khidmat penghantaran ikea aku lg eh.. bagus2.. sapa yg nk mintak tlg angkat barang korg tu.. makesure beli 2 ya..

3. bab terpaksa melepaskan title tu yg aku paling x puas hati dgn RAW tu!

4. hishh ada jgak mak esah enterframe dkt gambar kitorg tu.. tp nk buat mcm mana.. sbb dia berjawatan sbg tukang jampi.. terpaksa terima jgak la watak dia dlm gambar tu

MasZuber said...

wahai Na ku,

1: terimakasih banyak kat tuan rumah sebab menganjurkan majelis yg julung gemilang nie

2: aku masih ingat aqilah request "nak lagu pon pon pon pon pon" oh maiii i loveeeeeeeeeeee aqilahhhhhhh!!!

3: Suke sumer gambor!!!!

4: iya saya bahagia di sisi dia. ahem!

Ramble and Wander said...

Hah! Sampai2 Dubai je terus check entry ni sebab sebelum ni pix lambat sgt nak download kat phone. First comment: Haish! Byknya gambar! Buat malu den ja... Hahaha! Tapi dlm paling banyak gambar, gambar Mak Esah menyeru sambil angkat dua2 tangan waktu ada bunga api tu yg tak tahan tu... hahaha! Lawak habis!

@Danny / John: No worries, my pleasure. (Motif tunggu sampai pagi sebab driver tak nak balik2 lagi... haha! Just kidding! ;-))

@Naramas Aman: Err diorg ni je yg pandai2 panggil tokey kurma...

@masMz: Boleh tuntut kalau ada open house je, haha! ;-)

@Biqque: The pleasure was all mine :-)

@Muna: Errkk! #mukamerah

@Dan Arif: Hahaha! Takper, next time hang pakai kasut platform, confirmed boleh dpt balik title tu...

@MasZuber: Wahhh! Statement no. 4 tu...

@BlueEwoke: Eh! Sorry, terlebih2 pulak komen. Dah macam entry sendiri la pulak nak komen panjang2 ni, haha! Thanks for the invite btw!

Unknown said...

MasMZ: chocadates Arabian delights tu ada lagi, aku mkn sikit2, tapi aku tak mo share ngn sesapa, waima ko skali pun..sila menangis! Hari gawai nanti aku buat open house lagi, jemput datang okeh..

Diana: kalau u ada kt KL confirmed i ajak dtg juga :)

Skin: Terima kasih kakak cantek utk komen ini..perluke nk kasi tau part nk bayor bill tu? ahahahaha

Janggel: Adakah anda sudah kehilangan kata2 melihat keriangan kami berganda2 di sini?? heheheeh

Unknown said...

Biq: Kalau reput baju u tu, terpaksa la kitorg gune duit Aqilah ganti baju baru..
Plastik2 tak main ok, kalau nk plastik, sila ke channel lain kekekeke..
So open house u sila sediakan chatime utk para2 tetamu terhormat heheheh
OPEN HOUSE MAK ESAH CONFIRMED KAMI TERJAH, JGN RISAU.. PUDING ROTI... SAYA DATANGGGGGGGGGGGG!!!

Kak Anash: Nanti saya buat di majlis open house hari gawai itu yek.. tunggukan saja kemunculannye..

Muna: Aqilah sibuk nyanyi pon pon pon..
U nk berkenalan ke ngn R.A.W tu? sila prektis makan kurma tiap2 ari hehehehe..

Dan Arif: Amboi siap komen ada nombor2 hahahah..
1. Esok2 kami lepak umah hangpa plak (bila dh kawin)
2. Kena la prmote supaya aku dpt diskaun nanti.
3. Pasal title tu, ko f2f je la ngn dia..
4. Mak esah memang sokmo kacau daun! ahahaha

Maszuber: Sila refer jawapan komen seperti di atas hehehe..
4. Amboi bahagia sangat..ko tak takut ke duk jauh2 dari si dia? kang ada org lain kebas kang? ha nyesal huhuhu

R.A.W (tokeh kurma):
Wah sungguh gigih demi melihat entry yg tak leh tgk gambar kt phone! ahahahah.. Tak perlu malu gambar byk2, silap2 esok bertambah peminat ko, sapa yg untung? ko jugak kan?? heheheh
Wah banyak gile komen ko..rindu nk sembang ngn kitorg ke? ahahahahaha.. Apa pun terima kasih la sb sudi dtg umah kitorg dan lepak sampai ke pagi, esok2 buat lagi..
(Mr president, terima kasih la sb sudi tlg hantarkan tokeh kurma ke rumah lewat pagi tu, aku hampir2 nk bentang tilam dah nk kasi korang tidor umah aku jek kekekekek)
Aaaa satu lagi pesanan utk tokeh kurma, next time jumpe sila bawak lagi chocodates tu hehehe #meminta2tanpasegansilu

just.HY said...

motif sangat kan driver takmo balik2 lagi waima dh masuk waktu pagi? hahaha walhal mmg slalu lepak dasar x reti2 nak balik rumah sendiri pung!!! hahaha.. kene share duit loan rumah la nmpknya. sorang rm10/sebulan kira okla kan. kekeke.

just.HY said...

lamanyaaa nak tunggu entry baru! berjanggut dah ni haaa. kbai!

Fatt said...

na,
aku nak rekues ni tapi malu...kikiki...apa kata nanti ko buat lagi kek cekelat masa parti padang pasir kat umah biq...bleh kita makan waktu pillow talk! (pillow talk katanyaaaa =P)

and of kos...terima kasih tuan tanah sekeluarga sbb menjemput sy yg muka tembok ni...makanan sume sedap lazat...pasembor pun sedap...wlpun ko tak buat pasembor tu tapi aku anggap je ko yg buat..kekeke...nanti aku masak laksa pulak....potluck lagi...lazatttt....

pasni ada parti balkoni lagi tak? hihihi...

ps: malu ai uols mention psl drama dlm bilik aqilah. yg tak tahan si mak esah tu le..elok bagi salam terus join melompat...motip sgt...apa2 pun uols the best...syg sume =)

Unknown said...

Danny: Wah nk tumpang bayar duit rumah? bagus cadangan ko tu..heheeh.. Entry baru? hmmm tunggu la minggu depan, nk select gambar pun payah..

Fatt: Hehehehe terima kasih la sebab menganggap aku yg buat pasembor tu, tak sia2 aku beli kt bawah hahahaha.. ye sila potluck bebila dan bawak laksa ko tu, aritu cawan complen kata tak puas makan hahaha.. balkoni party sentiasa ada, nantikan edisi berikutnye.
Pasal kek tu, smlm aku dh beli bahan dah, tunggu masa nk adun je, tau2 je ko ni (oh ye, nanti aku kena tunjuk gambar aku buat kek tu, kot2 la mak esah ingat aku beli kt kedai.. sentap tau!)

Pak Henra said...

ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi PAK SUGENG di NO TPL 082-315-999=679
ATAU KLIK

http://www.pesugihan47.com/



atau pegeng togel 2d 3d 4d 5d 6d di jaming 100@ tembus












ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
ALHAMDULILLAH..!!
saya bersyukur kpd Allah SWT.
atas keberhasilan PENARIKAN UANG
GHAIB.setelah melalui proses panjang &
sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
dngan catatan:
1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
2.tidak untuk memperkaya diri
3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
--------------------------------------------------
bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
silahkan menghubungi PAK SUGENG di NO TPL 082-315-999=679
ATAU KLIK

http://www.pesugihan47.com/



atau pegeng togel 2d 3d 4d 5d 6d di jaming 100@ tembus