Tuesday, May 29, 2012

Chawanna Terjah Europe

Chawanna Terbang Ke Europe

Chawanna sekeluarga tiba di KLIA menjelang senja. Sunset yang cantik menyambut kedatangan kami lewat petang itu, jadi terpaksa la keluarkan camera dan amik gambar, kot-kot la kat Europe nanti tak dapat gambar sunset hehehe.

Selesai urusan check in, Chawanna dan Aqilah terus ke terminal departure menaiki Aerotrain yang disediakan. Aqilah memang suka bab-bab naik train ni, dan yang terbaru menjadi kesukaan Aqilah ialah travelator ni! Sampai siap bertinggung, budget macam naik skateboard agaknya hahahaha. Dan part paling mengembirakan hati aku selaku seorang ibu yang gemar travel ialah, apabila Aqilah diberikan seat walaupun tiket dia hanya Infant yang hanya melayakkan untuk duduk di atas lap aku saja! dah la flight penuh plak tu. Gigih pramugari tu tolong adjustkan seat untuk kami sekeluarga. Habis disuruhnya passengger lain tukar-tukar tempat, demi Aqilah. Terima kasih cik pramugari. 

Kami tiba tepat di CDG pada 6.10 AM. Tanpa berlengah terus menuju ke belt untuk collect luggage semua. Wow, aku masih tak percaya yang Chawanna dah sampai ke Europe. Semuanya nampak normal, kecuali signboard dalam french! hahahaha

Mengikut agenda yang aku dah prepare 2-3 minggu lepas, kami akan berangkat ke Barcelona. Maka ke Terminal 2 la kami tuju dengan menaiki shuttle train yang disediakan. Agak jauh dari terminal 1 tadi. 

Yeay kami dah tiba di Barcelona airport. Tapi agak kaget sekejap, bila dalam airport macam gelap je. Energy saving kah? Kedai-kedai dalam airport pun semua tutup, bila aku cek jam, baru jam 1 tengahari! so takde chance nak survey magnet dan cenderamata yang berkaitan. Ish memang potong! Seriusly, airport BCN sangat kecik ok! Kalau tadi tengok signboard dalam french, sekarang dalam spanish pula hehehehe

RENFE Menuju ke Barcelona City

Dari airport BCN kami menaiki train RENFE menuju ke city center dan turun di Passeig De Gracia. Kos tiket Euro 4.70 per person (one way). Train station ni agak jauh dari terminal arrival tadi, kitorg pun meraban cari, sebab takde atau aku yang tak nampak signboard. So kena la bertanya di kaunter I (information) yang disediakan. Luckily diorg speak english dengan baik, so takde la aku nak angkat-angkat tangan bagai hehehehe..

Untuk map train dan metro Barcelona, boleh rujuk di sini --> Barcelona Metro Map. Pembelian tiket train boleh di beli di kaunter (secara manual), tapi queue agak panjang. Aku beli tiket di mesin saja, tapi dengan bantuan officer yang ada disitu, cepat dan mudah, queue pendek saja.

Aku dan Aqilah gigih baru nak study map metro dan train di Barcelona. Takde la complex mana pun, cuma kena tahu station mana yang nak turun dan tukar ke line mana saja. Disebabkan aku dan Aqilah dah survive di Japan dulu, jadi yang trip ke Europe ni kitorg tak study apa-apa pun hahaha 

Kami tiba di station Barcelona Passeig de Gracia 30 minit kemudian..humm takde la jauh sangat..tapi sepanjang perjalanan, aku nampak tanah kontang je, macam kat gurun pun ye..cuaca nampak sangat panas. Seterusnya, kami kena mencari station metro yang juga terletak di sini. Dengan yakin, kami mengikut signboard yang disediakan untuk ke metro station (Passeig de Gracia) yang dimaksudkan.

Wowwww weeee..apakah ini semua???? Mana metro station nye? Ini exit terus ni!! Kalau tadi nampak tanah kontang macam gurun je sepanjang perjalanan menaiki RENFE tadi, lepas tu duduk bawah underground berminit-minit, sekarang kami sedikit teruja bersama beg-beg besar dan stroller, boleh berhenti amik gambar pulak lagi..sebab tak tahan tengok cuaca yang cantik macam ni. Terlupa sekejap misi nak cari metro station!!

Boleh rasa keterikkan matahari, tapi nasib baik sejuk..tak mustahil Chawanna sekeluarga akan 'rentung' tidak lama lagi hehehe. Ok, berbalik pada cerita mencari station metro tadi, disebabkan kami terpinga-pinga nak menuju ke arah kiri atau kanan, dengan takde signboardnya, so aku tanpa membuang masa terus bertanyakan orang yang lalu lalang disitu arah ke metro station. Rupanya kena berjalan kaki sikit, lebih kurang 600-700meter dari Renfe station tadi. Metro station dan Renfe station tadi tak bersambung sekali, ish leceh betul!! 

Destinasi yang perlu kami tuju ialah Drassanes. Cuma 3 station dari Passeig De Gracia. Tiket metro boleh dibeli di mesin. Ada bermacam-macam pilihan jenis tiket yang disediakan, dan Chawanna telah memilih tiket T-10 (Zone 1 ticket). Kelebihan tiket ini ialah, ianya boleh digunakan lebih dari seorang. Macam kes aku ni, aku kongsi dengan Cawan. Tiket T-10 ini ada 10 journeys. Jadi if share dua orang, setiap sorang dapat 5 journey. Aku rasa beli tiket macam ni lebih mudah, dan tak membazir. Sebab kite boleh kira berapa banyak perjalanan yang kite perlukan. So, bila tiket yang pertama kali dah abis guna, boleh beli tiket lain, nak share 4/5 orang pun boleh, demi meMAXIMIZEkan tiket sebaik mungkin tanpa sebarang pembaziran. Harga tiket T-10 ni cuma EURO 10.75. Kalau beli tiket single EU 2.00! Jimatkan?? ;p

Cara guna tiket ni mudah saja, masukkan kad pada slot pintu automatic tu, sehingga gate turnstile tu terbuka, kemudian lalu la keluar, tapi kad tu perlu ditinggalkan di slot machine tu untuk orang yang berikutnya. Mudahkan? Untuk mengetahui pasal tiket T-10, sila masuk sini --> Barcelona Metro T-10 ticket

Mencari exit terdekat. Sebabkan apartment yang disewa dekat dengan metro station, jadi takde la meraban sangat nak menapak ke apartment Nou Rambla tu.

Maka berjalan la kami anak beranak mencari apartment yang dimaksudkan. Sebaik sampai je disitu, kami disambut dengan receptionist.. 'olaaaaa' katanya.. Aku tunjukkan booking. Dia angkat telefon dan telefon (aku pun tak tau di call sapa).. lepas tu terus dia kasi direction suh pegi tempat lain!! Aiksssss..ni yang buatkan aku panas hati ni. Dalam booking, ko cakap kat sini, apahal plak nak suh aku pegi tempat lain. Aku pura-pura tak paham. Aku cakap 'English please'..dia geleng-geleng plak! Balik-balik asyik duk cakap Rambla 25...Rambla 25..  ye aku paham ko nak suruh aku pegi Rambla 25, tapi aku tak nak!!! Sebab aku malas nak cari. Last-last dia pun tension dengan aku, sebab aku buat angkat-angkat bahu hehehe..so dia kata dia tunjukkan jalan. Heihhh kan ke senang kalau dari tadi ko je bawak kan, tak yah nak Rambla 25, Rambla 25!! 

Rupanya office apartment ni kat tempat lain. Betul-betul kat La Rambla. Nasib baik dekat je, kalau tak memang aku nak mengamuk la kan! Tapi sayang, semua kat office ni tak reti cakap english plak dah. So semua urusan antara aku dan receptionist tu english-spanish, dia kata cam tu, aku kata macam ni. Bila masuk part payment, dia kata diorg tak accept semua credit card! (padahal dalam website kata accept!!) Dangggggggg..maka susut sudah Euro kami untuk hari pertama.. EU 315 goneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. 

Inilah rupa apartment kami. Nasib baik bersih dan complete semua. Siap ada balcony kat living hall dan bilik! Dapat la merasa duduk kat apartment spanish hahahaha.. Apartment ada 2 bilik, 1 bilik air, dan ruang tamu, dining, dan kitchen yang spacious, sesuai la untuk keluarga.

Disebabkan kelaparan tahap maksima, jadi kitorg masak-masak dulu. Masak nasi je, lauk cuma panaskan dalam microwave je.. Bila dah kenyang rasa malas pula.. lepas solat, tanpa membuang masa, terus Chawanna sekeluarga landing atas katil. Haihhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaa baring. Mata memang mengantuk sangat. Waktu ketika itu lebih kurang 4 petang..

Entah macam mana, tanpa kami sedari, Chawanna dan Aqilah memang tertidur terus..baekkkkkkkkkkk punya tidur, maklum la, kalau ikut time Malaysia, memang waktu tidur pun. Sehingga la aku terdengar adik aku terjerit-jerit nama aku kat luar bilik.. 'oiiiiiiiiiiiii bangun! bangun! yang korang pegi tidur tu buat apa..abis la malam kang tak leh tidur!! jom jalannnnnnnnnnnnnnn' 

Oh mai..tak pernah la dalam sejarah aku p travel mana-mana, sampai hotel terus nak tidur (kecuali sampai malam la kan)!! Ni pecah rekod! Tapi seriusly memang sangat letih dan mengantuk..heheheh

Apartment kami cuma beberapa langkah saja dari La Rambla. (dekat pokok tinggi tu), manakala Palau Guell bersebelahan saja (yang ada pokok kecik dalam pasu tu)

Itinerary aku dah tak layan, mengikut plan asal, kitorg sepatutnya ke Casa Battlo dan Sagrada Familia, tapi aku plak rasa malas, sebab takde mood tetiba, so aku cuma ajak diorg pusing La Rambla je, seriusly aku mamai gila, no mekap, cuma basuh muka, gigih sarung seluar dan jaket. Masa tu rasa nak nyumpah-nyumpah je sebab tidur terganggu! hahahaha..

La Rambla

Terdapat attractions lain berdekatan dengan La Rambla, semuanya walking distance saja. La Rambla ni adalah salah satu street yang famous di Barcelona. Bermula dari Barri Gotic hingga ke El Raval, tempat ni memang menjadi tumpuan tourist. Sebab kat sini macam-macam ada, restaurants, souvenir shops, museums etc. Gigih dengan tak je nak tengok semua tu hehehe.

Ternganga jugak aku masa ni bila ditanya para jemaah nak hala ke mana dulu? Aku yang biul-biul, cuma jawab..ha pusing je la kat sini sampai lebam..malas aku nak pikir!!! Nasib para jemaah tak banyak soal hehehe..

Makanan bersepah-sepah di La Rambla ni, ada yang halal ada yang tak halal. Tapi memang nampak menarik.. Disebabkan kami dah makan tadi, jadi takde la kebulur sangat tengok menu paella ni.
La Rambla sepanjang 1.2 KM ini dipenuhi dengan pelukis-pelukis jalanan, selain dari restaurants dan souvenir shops tadi. Tempat-tempat macam ni memang menjadi kegemaran Cawan la kan, banyak peluang nak tengok macam-macam.

Buku guide Barcelona dalam pelbagai bahasa juga terdapat banyak dijual di sini, tapi bahasa Melayu takde la ok.. Sambil-sambil berjalan tu, sempat la jugak survey harga fridge magnet. Dan nasib baik harganya boleh tahan. Tapi kebanyakkan kedai letak harga lebih kurang. Rasa macam nak beli semua magnet yang ada, sebab semua cantik-cantik!! Tak menahan kekdahnya setakat nak tengok saja kan hehehehe..

7.45 PM, masih cerah lagi..katanya sunset lebih kurang 8.45 PM.. hummmm nasib siang panjang, takde la ralat sangat aku tertidur tadi hehehe

Statue di hadapan Museu De Cera Barcelona (Wax Museum), salah satu attraction yang dekat dengan La Rambla

Hmm pilih-pilih nak yang mana..sepanjang-panjang La Rambla ni leh pilih, janji korang kena ingat kedai yang mana satu korang berkenan hehehe

Taxi pun canggih mangih..

Barcelona Military Buidling & Maritime Museum

Kami berjalan sehingga ke penghujung La Rambla, dan kemudian menjumpai military buidling. Aku tak ingat namanya dalam spanish. Tapi bangunannya agak menarik, ramai pulak tu amik gambar depan tu hehehe.


Terserlah bendera Espanya dengan latarbelakang langit biru!



Maritime Museum Barcelona. Bila lihat bangunan ni, memang terasa berada di Europe, sebab kat KL takde macam ni hehehe. Aku paling suka waktu ni, sebab cuaca sangat best, tak berapa sejuk, dan matahari cantik sangat menyuluh bangunan dan kawasan tu semua..

Aku tak paham napa Cawan berkeras gak aku bergambar dekat pintu bangunan military ni. Apakah yang cuba disampaikan? Nak tunjuk pintu tu besar kot? ha? tapi sebabkan gambar ni buat aku nampak kurus, aku taruk la untuk tatapan korang okeh!! hehehehe

Port Vell & Mirador De Colon

Seterusnya kami terus berjalan ke hadapan lagi, sehingga berjumpa Port Vell. Ianya merupakan waterfront harbour Port of Barcelona.

Christopher Colombus Monument atau dalam bahasa spanishnya Mirador de Colón. Tugu ini dibina di atas lokasi ketika Columbus pertama kali menjejakkan kaki pulang ke Spain selepas pelayaran beliau ke Amerika.

Monument ini sebagai tanda memperingati Columbus. Dikatakan statue diatas sekali tu menunjukkan tangan kanan Columbus menghala ke Dunia Baru!


IMAX dan aquarium terbesar di Europe ada di sini! Mengikut sejarahnya, Barcelona hari ni terhasil daripada pelbagai bangsa, kaum, dan juga agama. Dari Christianity, ke Jewish, hinggalah kedatangan Islam, oleh Moorish sekitar 711.


Sebelum harbour ni popular macam sekarang, ia pernah menjadi tempat untuk kilang-kilang beroperasi dan juga gudang simpanan barang, sehinggalah kedatangan sukan Olympic pada tahun 1992, tempat ini telah di-revamp, oleh kerajaan Barcelona hehehehe.. Dan sekarang, dah jadi port tourist. 

Placa Reial

Nama gempak yang lain ialah Royal Plaza. Sini tempat-tempat lepak. Banyak restoran. Suasana kat dalam ni best, sebab memang rasa macam kat Spain. Dengan bangunannya, musicnya, cahaya-cahaya yang suram, dan menu-menu makanannya yang sungguh mengancam..ish

Terliur je aku tengok diorg makan, time lalu lalang sini! Padahal halal haram belum tentu, tapi aku terliur gak hahaha.

Terletak di Barri Gotic, bersebelahan dengan La Rambla tadi dan waktu yang sesuai untuk ke sini adalah waktu malam, baru dramatic sikit sebab ada lampu-lampu tu semua.
Abaikan muka aku yang macam tak siap tu. Sebabnya kena paksa dengan Cawan untuk bergambar! Tension aku tau, tak abis-abis dia mengungkit, yang kononnye aku kan dah lama nak ke europe, so bergambar la dengan muka-muka aku sekali! Tapi aku punya muka blur-blur bangun tidor. Time ni baru teringat kat Biqque dan John, kalaulah diorg ada, terselamat la aku dari kena paksa. Seriously aku tak reti bab2 nak posing bila sengsorang ni, otomatik jadi kayu..cam mana tah..cer kabor!! Cawan pun naik bengang nak suh aku posing, katanya aku tak paham bahasa yang dia cakap, last-last dia kata ilang mood amik gambar aku.. salah aku ke?? dia yang paksa!!!

Selepas selesai aktiviti paksa memaksa bergambar tadi, aku pikir dah alang-alang di Barri Gotic (salah satu attraction yang memang aku nak sangat pegi dan tak sangka sangat dekat dengan apartment kitorg) elok la kitorg ronda-ronda satu round dulu, leh tengok suasana belah malam kan..lagi pun jam baru pukul 10..... errr 10 malam? emm patut la aku penat semacam jek..

Celah-celah lorong kecil di area Barri Gotic. Aku suka jalan kat sini, sebab rasa sama macam tengok dekat dalam movie je tempat-tempat macam ni, tapi sekarang, aku sendiri dah jejak kaki... eh terfeeling pulak :p

Aku tak perasan ni kat mana, sebab yang ni Cawan yang amik..dia sendiri pun tak ingat kat celah mana huhuhuhu..

Vandalism bersepah-sepah di Barcelona, terutama di Barri Gotic, tapi nasib baik cantik-cantik..ish teringat pulak graffiti kat Melbourne hari tu..heheheh

Kami berjalan, dan berjalan, sampai masuk balik ke La Rambla, nasib baik jumpa lorong nak balik ke apartment, kalau tak jenuh la malam-malam buta tu..aktiviti kami berakhir di depan pintu apartment, sebab kunci apartment ada 1. Adik aku dah balik awal tadi, so diorg yang pegang kunci, maka terjadilah kejadian terjerit terlolong di celah-celah lorong kecil tu nak panggil diorg suh bukak pintu kat bawah tu, walaupun apartment kami di tingkat 1, tapi jenuh nak panggil, sebab diorg tak dengar.. Ish tak sesuai betulllllllll.. 

Ok sekian..cerita akan bersambung di episod berikutnya..sila bersabar..




41 comments:

Ely Hasrul said...

aku xpaham tetiba ade adik ko dlm cite nih hahhaa ingtkn ko mimpi ke ape.. tp sumpah kalu aku dh ttdo smpai mlm, patu sumpah qilah comel tertinggul kt traveletor (cemana eja) tuh hhahahhaha

Maya Dhira said...

sile updateee....mmg ade verangan nk wt europe trip tp xtau cmne dan bajet bp...yg biase2 je bkn yg mewah2 =)

Unknown said...

Skin: Adik aku ikut skali la pegi europe tu. Kitorg ber4, 2 baby! Dia memang ada gaya2 tak nak pegi europe ari tu, sb nak main travelator..jenuh aku pujuk!!

Sumayyah: Akan diupdate perlahan2..gmbar pun tak abis tgk lagi nih.. Takpe la, mula2 berangan, lama2 jadi kenyataan la. Budget kitorg pun biasa2 jek, takde yg mewah pun.. :)

just.HY said...

ok dh abes baca. 1st, best gilerrr sbb siang panjang! kalo aku, mmg gunakan sepenuh hati yakni smpai kering air dalam badan gitu. kekeke...#untungla ade rumah kat barcelona.

2nd, PENIPU BESAR TAK PANDAI posing! hahaha...oleh itu, sila bwk aku dan biq dilain masa. aku jnji akan berikan pose yg terbaek utk anda semua! ewahhh!!! hahaha

we want more, but i do want osaka as well!

Leez M. Saaid said...

bestnya gi barcelona.....nak sangat gi sini. My dream country.
Susah kan kalau depa tak faham english. takkan basic english pun tak tau kann.

Biqque said...

sat, i baca line by line, tak tahan, NAK GELAKKKKK! KELAKAR OK! BEST GILE!

ok sedia!

gambar aqilah memula tu, i ingat distort! sbb dia nampak midget gile! rupanya dia bertinggung! kalo i ada, mesti i bertinggung skali ngan dia.

tiket berulang tu mmg berbaloi! kalo i ada, mesti i jalan lepas u.

bab speaking spanish tu, kalo i ada, i akan sebut "vamos rafa, vamos rafa" jer utk lawan rambla 25, rambla 25 dia.

u tido terus tanpa sukahati nak berjalan? pelik! kalo i ada, i pun akan paksa u kuar bilik.

tak ikut itinerary sungguh ke? teriban buang sume? kalo i ada, mesti u suka kan? kan?

amboi jam beso tu tissot! melampau! kalo i ada, mesti i letak tangan i kat situ.

i suka gambar bendera spain! kalo i ada, i dah panjat amik!

pintu besar tu, kalo i ada, mesti i offer kat cawan utk jadi model. tak yah paksa2 u.

muka tak siap??? kahkahkahkah! mana lipstick fuschia mu itewwww? if i ada, mesti u lawa2 kan? kan?

celah2 lorong tu sebijik cam cite omputih dulu2. if i ada, mesti i dah pakai cam baju kembang korset ketat2 tu!

in conclusion, LEN KALI BAWAK I!

sila sambung dgn kadar segera. tima kasih.

Ren said...

OMAIIIII'

First nak komen: Ko bejaya nampak kurus dalam gambar ni, apa rahsianya? boleh share tak?

Akilah bertenggong tu adakah melambangkan keeksaitedtannya? comel.

Barcelona memang santek. Nak verangan je la kot2 leh terasa bayu sana.

kbai...sonokla siang panjang..aku g ostolia siang pendek...nyampah.

Unknown said...

Danny: Mula2 memang best, nanti ko baca la kisah2 berikutnye hahahaha.. ha a..UNTUNG sangat ada umah kt obersi kan!!!
Mana ada tipu la, aku pandai posing bila korang semua ada je, kalo sorg2 aku rasa segan, sb cam nanti org tgk kat aku, kalu ramai2 xpe.. Ko nk osaka jugak? apa kejadahnya, org dh lepas ke lain dah hahahah

Leez: U pun dh pusing byk negara kt europe tu hehehe..takpe la, nanti pegi la kan? kan? kan? :)

Unknown said...

Biq: U memang deserve menang PengKOMEN terhebat dan terpanjang skali, komen u mesti berline2 kalah peserta2 lain!! Siap ada OK SEDIA lagiiiiiiiiiiiiiiii.....hahahahha

I baring mula2, ko nk rest jap, pastu TERTIDUR! tak tau la napa, tp ari tu memang penat sgt rasanye.

Itinerary tu ikut la, cuma tak follow exactly mcm i buat, i tukar yg esok nye masuk hari lain, hari ni tukar buat hari lain punya itinerary, takde la fix kene ikut gak..flexibility kekdahnya..

I dah boleh agak dah, mesti u akan posing kat pintu tu sakan, kalau u ada skali, silap2 gambar u ada 10 keping, i cuma ada 1 keping jek..cayalahhhhhhhhhhh

Lipstik fushia tak sempat pakai, basuh muka pun ala kadar, cam P ramlee tu, lagi ada ati nk pakai lipstik..memang wasalammmmmmmmmmm

Baju harajuku pun tak pakai, ada ati nk pakai baju gaun kembang2 kekekkeke!!!

Len kali kite pegi ler..dengarnya 2015 AAX nk fly ke europe balik..aminnnnnnnnnnnnnn

Janggel: Rahsia kurus? Makan pati ular sawa, dicampur asam limau, buh cencalok sikit..insya Allah leh kurus!
Aqilah excited nk main travelator tu, bukan excited nak naik kapalterobang p europe hahahah.. Sempat la ko berangan, 2015 diorg akan bukak route europe balik kabarnya.. :)

Anash said...

Sebenornyer berdebar nak buka entry cawana ke europe
siap dtg opis awal sejam tau!!(sbb lappy masuk spital..waaa)

first : tahniah ke barcelona (akak pun tak sampai lagi...)

second : wah ..nape bangunan maritime tuh nampak sangatttt unik???

third : aqilla soooo sweet bertinggung kat travelator...lagi sweet kalau auntie anash join sekali ..hahah (sengals)

fourth : yeap..bab posing, sila bagi mereka yang biasa bebeno berposing..disebabkan merekalah maka akak mula menjinakan diri dalam bidang modelling (pulak??)

fifth : sah! bape riban le gambo kali nih?

sixth : wah..terlebih komen nampak??

seventh : kbai..(bagi peluang org lain komen)

Biqque said...

mau tak berdebar tgk tajuk eu dah kuar! tu yg baca satu2 tu! sambil tak puas tgk gambar, cam tak cukup la, tak feel lagi ni...tak mariiii lagi...cepat!

oooo ubah iti, bukan tak buat lgsg, ok la camtu, diterima. hahaha!

akan ku tuntut khabar angin 2015 tu! tak kira, tak kira, tak kira!

Hamra said...

Best..best...seronok..excited..tu je blh kate ;)**cm sy plk yg g**** upload byk2 pic aksi aqilah kt sne..hehe...musti tsgtla comey

Rozita said...

Gambar memang superb !! Na nampak kurus lah. Aqilah cam biasa maintain comeii

Farah Deeb said...

Wahh bestnya. Daku taknah gi luar negara lagi huhuuu... BTW, nice jurnal pict!

Almiraz said...

Na,

Seperti biasa, gambar2 memang lawa....Aqilah tu comey je atas walkalator tuh...looking fwd La sagrada....

I dulu terkilan tak dpt pegi Spain..tiket suma dh beli tapi acommodation takde plus pulus dh kering so tiket tu burn je..(masa tu berapa Euro je la..murah utk di biarkan burnt)....heheheh

Unknown said...

Kak Coco: Ya Allah! panjang nye komen, tak tau nk jawab cam mana dah! Ye Aqilah la yg comel, semua Aqilah! Aqilah! Aqilah!!! sia2 je saya yg posing pandang camera itu..sedihh sob sob sob..

Biqque: Ingat u je yg tak mari? I pun belum mari jugak tgk semua ini..ish ish

Hamra: Saya pun tak tau nk kata cam mana dah..hahahaha

Unknown said...

Rozita: Nampak kurus? Tu hasil makan cencalok selalu hahahah.. (takde la..acah je tu...ok balik ni nk pegi timbang, kot2 la betui kurus hahaha)

Farah: Luar negeri pun ok, tak semestinye luar negara je best. Dah pegi Melaka? Penang? Sabah? PEGI LA..tempat2 tu semua best!!!

Almiraz: Mungkin bukan rezeki u nk sampai dulu kot..mana tahu tahun2 akan dtg ni u akan sampai! Sama2 lah kite berdoa yek hehehe

niL said...
This comment has been removed by the author.
niL said...

Chawanna...Mane cekelat yg dalam gambo tuh? ader lebih ke takk?

Aku stuju gambar ko pose dari sisi tu nampak kurus..Apa rahsia??

Apartment ko tu cun & bersih je.Aqilah tido ngan saper? tak jatuh tergolek ke?

**Bestnya jadi Aqilahh..berjalan tak payah kuar duit pun! Huh!

rose said...

akhirnye...dah kluar entry europe. hari2 nengok blog u dalam ati...aisehhh...tak kluar lagi.

tak sabo nak tunggu next entry

Anonymous said...

salam chawanna...

mcm best gi europe kan??



*cantik handbag...hahaha.. saya peminat handbag tegarrr

puan seri..

masMZ KaKiJaLaN said...

wALLA semua komen siap ada 1, 2, 3 ni haaaaa......

1. Qilah dah nampak dah gaya sebagai seorang traveller.... ok tak dia jenjalan 'malam tu?' cayalah qilah

2.#untungla merasa ada rumah kar Barcelona, hehe

3. ok, mmg dalam gambo tu ko nampak kurus

4. adegan menjerit??? hahaha lawakssssss

abbazsmakl@gmail.com said...

salam chawanna,

i'm one of ur silent reader.

yeay! naik dah euro trip report.

btw i xpasti u pasan or x, area barri gotic yg ade tiang2 tinggi tu kan, sebijik mcm kat mexico yg ade open prostitution tu. kat sana selamba badak je wat tgh2 jalan. haha. gerun gak keadaan dier eh.

btw u g barcelona tu naik ape eh? tren ke? or flight?

tq! keep on posting!

Unknown said...

Nily: Coklat dlm gambar tu aku tak beli. Aku beli cekelat lain, ada la skit lagi kat umah..ko nk ke??? meh dtg umah heheheh. Rahsia kurus? Posing je amik gambo mengiring cam tu, nampak la kurus kot hahahaha...
Apartment tu memang bersih, tp air paip dia rasa payau.. Aqilah tidor ngn kitorg ler, kitorg rapatkan katil, kang terselit celah katil plak kalau jauh2 heheheh..

Rose: Ha a..minggu lepas dan minggu ni busy, tu yang tak sempat nk post cepat2 tu..next entry dlm progress, baru process pemilihan gambar ni.. :)

Puan Seri: Ha a..memang macam best. Tapi memang BEST pun!!! hahahah

Handbag cantik? hahahah dah dekat 2 tahun usung handbeg tu je, beli kat carlo rino midvalley time sale heheheh..

MasmZ: Qilah ok je, dlm flight tidor ngn daddy, nasib baik dia tido lama, aman sikit dunia aku dlm tu hehehehe..

Abbazsmakl: Oh tempat tiang2 tu mcm mexico ke? I tak penah sampai mexico lagi, jadi i tak tau, nampak gayanye next mega trip kene ke mexico plak la gayanya hahahahha..

Pegi BCN naik flight Jetstar :)

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - tp mexiconye bahayalh kot..gerun ok tgk cartel2 dadah der mengganas tu.

owh jetstar? eh ade ke jetstar kat situ? ingt ryanair or easyjet jeh yg famous.

Unknown said...

abba: i panggil u Abba je la yek, boleh? heheheh. Wow bestnye ada pengalaman tgk cartel dadah!!

Eh silap, bukan JETSTAR, tapi EASYJET heheheheh..

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - ABBA? woah!!!! hahahaha.. kelas jugak org panggail ABBA ni =p. uish. xdenye i tgk live dpn mata. live dpn tv adelah. hahaha

fuuuuuuu.naseb baik easyjet ingt jetstar dah bertapak dah. pelik plak kan? hahaha.

mmg btol eh org ckp easyjet lg best dr ryanair?

omg. xsbr dah for ue next post. =D

Unknown said...

Abbaz: Ok panggil Abbaz la. Boleh? heheheh.. Ha a..nasib baik easyjet, kang ada pulak yg meraban cari jetstar nk pegi barcelona hahahaha.. I tak penah naik ryan air, tp berdasarkan pengalaman yg org dh naik, semua kata ryan air cam tak best sgt, walahualam la kan..

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - abbaz blh2. ok jeh. =D tu bkn meraban tu. mahu gak meracau! hahaha...tula. tp hage ryanair kdg2 xmasuk akal punye murah kot. tp mmg ramai ckp servis dier kureng skit pon.

MasZuber said...

Oh maiiiii... Langit punye la biru nase siang...mmg terbaek.

Mase vkorang pegi nie tgh barcelor master. X jumpe memane player tenis je weiii......

3plepl8 said...

weather terbaekkkk kt barca....haha first pic (bottom left) buat aku tergamam 18saat. igtkan something wrong dgn cik qilah, sejak bila dia jd ala Mini Me. rupanya dia bertinggung gayat naik travelator kahkah.....

Unknown said...

Abbaz: Betui tu, harga Ryan Air memang tak masuk akal murah, tapi nanti kang bila dah tambah tolak macam2, harge lebih kurang cam flight lain. Tak tau la kan, mesti kena cuba gak naik ryan air kalau nak ke europe nanti masa depan nanti heheheh..

MasZuber: Idok la pulak aku berjumpe mana2 tennis player, apa ko ingat dorg duk p jalan2 lepak kat tempat yg kitorg pegi nih?? baik diorg pektis kt ladang jagung nun heheheh

3plepl: Itu ler, mungkin dia gayat jugak kot, sb tu duk tinggung cam tu. Cuaca di Barca aku tak jangka mcm tu, sb weather forecast dia semua kata hujan sepanjang kami kat sana!! ishhhh

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - tula. kdg2 bnci btol hidden cost ni. i'allah kita g next yer ke europe. tp ikot kelana convoy lah. for sure u penah dgr nama ni kan? =p. napelah AA ni tutup route europe nih. sigh~

Biqque said...

AA, SILA BUKAK BALIK ROUTE! I NAK GI LADANG JAGUNG! HUH! BENCI!

TOLONG LAAAAAAAAAA...

sob sob...

Aku Along25 said...

hi chawanna,

soklan dari amatur:

1. bila travel, saya perhati chawanna bawak stroller aqilah. stroller bawak dr sini? mudah tak proses packaging tu? huhu...dok terbyg cam nak kena wrap bagai stroller tu. huk2.

sronok tgk pi travel2 ni..dok berangan je laa dulu saya ni. hehehe..

nak lagik..nak lagik...hehehe

thank you.

Unknown said...

Abbaz: Ha a..hidden cost tu la yg nyampah nye hehehe..dr murah tibe2 jadi mahai. Dengar citernye AAX akan fly balik ke europe 2015 ni..marilah kite sama2 berdoa..
Kelana Konvoy memang famous, byk gak org ikut tour diorg tu :)

Biqque: Kitorg pun mengharapkan AAX bukak route ke europe secepat mungkin, utk misi mega masa2 hadapan, jgn ckp ladang jagung, segala ladang yg ada kt sana rasa nk terjah heheheh

M1ss F0r3st: Ha a, Chawanna memang akan bawak stroller Aqilah ke mana saja (kecuali kt NZ, sb yg tu driving sendiri, & xbyk jalan). Process packaging? setakat ni, kitorg tak pernah lagi wrap stroller pegi mana2, masa check in, terus check in stroller skali. Calar balar tu adat la, tp kitorg tak kisah sgt, sb memang cari stroller yg sesuai utk dilenjan time travel. Sekian..hehehe..

Fatt said...

aku belum habis baca lagi tapi nak komen dulu....gambar cantek ok!!! ok now sambung baca balik

Mulan said...

coooool trip..!!!

ada dalam list tapi tak tau bila...

tqs for sharing...

niL said...

sambung please!!!!

Unknown said...

Fatt: Hehehehe..sila2

mulan: Insya Allah nanti u sampai la tu:)

Nily: Dah sambung dah..sila baca.. :P

shapel said...

Learn More luxury replica bags have a peek at this website replica gucci web link replica bags buy online