Kinkaku-ji Temple (Golden Pavillion)
Kami teruskan agenda hari ini dengan Kinkaku-ji. Ok hari ni memang tak sia-sia bangun awal pagi, sebab cuaca sangat cantik!!! Keluar je dari pintu hotel, kami disambut dengan matahari pagi yang bersinar. Dapat vitamin D percuma pagi itu!
Jarak bus stop Kinkakuji-michi ke pintu masuk Kinkakuji lebih kurang 500 meter sahaja.
Kinkaku-ji atau dikenali dengan nama lain Rokuon-ji. Temple ini juga merupakan salah satu Historic Monuments of Ancient Kyoto World Heritage Site. Entrance fee cuma 400Yen saja. Sebelum menjadi temple, bangunan ini adalah villa kepunyaan Shogun Ashikaga Yoshimitsu, hanya selepas kematian beliau, villa ini telah diwasiatkan oleh beliau supaya menjadi zen temple. Ginkaku-ji (Silver pavillion) dibina atas sumber inspirasi dari Kinkaku-ji ni. Sebab tu la design dan style temple ni lebih kurang, yang membezakannya adalah warnanya.
Hari-hari minggu, ramai rakyat tempatan datang melawat tempat-tempat menarik di sekeliling Kyoto ni.
Taman-taman zen di sekeliling Kinkaku-ji..
Kolam yang mengelilingi Kinkaku-ji dari arah belakang..
Dekorasi utama di temple-temple di seluruh Kyoto (mungkin seluruh Jepun) ialah moss! Aku memang impressed tengok moss-moss yang dijaga rapi ni!
Mengikut sejarahnya, Kinkaku-ji ni dah beberapa kali dah terbakar semasa perang dulu-dulu. Dan paling terbaru sekali, temple ni pernah terbakar pada tahun 1950, dibakar oleh monk-monk yang fanatik.Tak tau la fanatik apa sampai boleh nak bakar temple tu.. Tapi diorg dah buat restoration balik, so cantik la balik temple ni.
Setiap tingkat di Kinkaku-ji ni mempunyai style yang berbeza. Tingkat 1 mengikut style Shiden iaitu ketika era Heian. Style ini lebih banyak menggunakan kayu-kayu dan plaster dinding putih. Tingkat 2 pula lebih kepada style Samurai. Semua exterior dihiasi dengan daun emas. Manakala tingkat 3 pula lebih kepada style Chinese Zen hall.
If korang datang dari arah Kyoto station, boleh la ambil Kyoto City Bus bernombor 205 ataupun 101. Perjalanan dari Kyoto station ke sini lebih kurang 40 minit saja.
Kyoto's Streets
Dari Kinkaku-ji kami menaiki city bus menuju ke Kyoto city centre. Agendanya adalah untuk ke Nikishi Market. Tapi kami tersalah turun bus stop pula ngeh ngeh ngeh..jadi terpaksa la menapak jauh...pfff.. Takpe la..dengan kesempatan yang ada, sempat la melihat sekeliling dan capture gambar apa yang patut.
Walaupun hari Sabtu, traffic agak congested pagi itu..ke manalah agaknya mereka ini kan?
Berbasikal di jalan raya adalah pekara biasa bagi penduduk Kyoto. Parking basikal juga ada disediakan, so tak perlulah risau basikal kena curi dan sebagainya. Cuma pastikan basikal diletakkan ditempat yang disediakan. Mungkin lain kali, aku nak cuba berbasikal di Kyoto pula. Pasti lagi menarik kan?
Tanpa disedari, kami dah sampai ke Nishikikoji-dori. Dan aku pasti kami akan tiba di Nishiki Market bila-bila masa saja lagi..
Lain kali aku pun boleh carry Aqilah naik basikal macam ni. Mesti best kan..eh suh Cawan la, buat apa aku nak susah-susah, tak ranggi la nanti kekekekek
Jangan bawak basikal dan motorcyle di sini! Saman nanti..
Makcik-makcik ni pun pasti nak ke Nishiki Market. Excited sungguh mereka!
Err apakah yang cuba disampaikan oleh signage ni? Hair dresser female inside ataupun, saloon untuk wanita saja di dalam?? emmm
Nishiki Market
Nishiki Market terkenal dengan jolokan nama Kyoto's Kitchen. Tempat ni Cawan yang beria-ia nak pergi! Dia memang suka sangat pegi market-market macam ni, tak kisah la dekat negara mana sekali pun. Jadi dah alang-alang ada market sebegini di Kyoto, dia tak nak lepaskan peluang yang ada.
Nishiki market terletak di central Kyoto. Jadi amat mudah nak ke sini dari Gion mahupun dari Kyoto station. Dan market ni tersangat la besar. Terdapat 5 blok shopping streets, lebih dari 100 lebih restoran dan pelbagai jenis kedai.
Di market ni terdapat pelbagai jenis makanan, dari makanan mentah seperti makanan laut, jeruk-jeruk, perkakas masakan (periuk, pisau, lesung batu pun ada!), segala manisan Jepun, makanan kering, sushi dan macam-macam la.. (korang pegi la tengok sendiri nanti, kalau pegi sini!)
Kebanyakkan product yang dijual di sini, semuanya hasil dari tempatan. Oh kedai souvenir juga terdapat di sini, tapi tak banyak sangat. Kebanyakkan kedai makanan di sini, ada memberikan sample makanan untuk dicuba oleh pelanggan yang datang. Dan semuanya dihidangkan dalam bekas yang cantik-cantik! Aku tengok pun sampai rasa teringin, waima tak tau halal ke tak.. (tapi aku tak cube la!)
Fatty salmon yang masih mentah lagi. Cara makannya, perah je lemon di atas stick salmon mentah tu, dan ngappppp! Kat sini macam susah sikit nak tengok diorg jual ayam. Kebanyakkannya ikan dan semua jenis seafood. Daging-daging lain pun macam tak jumpa je, mungkin di tempat lain kot?
Ha yang ni paling unik sekali kedai ni. Kedai ni jual ikan buntal!
Hanya kedai yang berlesen saja boleh jual ikan buntal ni. Cer tengok harganya!! Boleh pengsan beb! Kalau salah siang ikan ni, silap-silap pemakannya boleh masuk liang lahat terus hehehe
Kebanyakkan kedai di sini diusahakan oleh ahli keluarga sendiri dari turun temurun bergenerasi lamanya..
Lauk makan tengahari dah siap!! Alangkah indahnya ketika ini kalau aku boleh makan semua ini!!
Pickles berwarna warni..sangat tempting..masa tengok ni semua, teringat plak kat kimchi!!
Tak tahan tengok! cium bau pun aku dah terliur, nampak macam halal la sangat!!..balik Malaysia memang aku nak lenjan ayam goreng KFC! hahaha
Kami tak shopping apa pun di sini, sebab macam tak sesuai je nak dibawa balik.. kat umah pun banyak lagi rempah ratus kat dapur tu hehehe..tak tau la bila nak masaknya kekekek..
Dari Nishiki market kami terus menaiki bas untuk balik ke hotel dan mengambil beg, selepas itu ke Kyoto station menaiki bus, sebab destinasi terakhir kami pada hari ini di Kyoto ialah Fushimi Inari. Semua beg di simpan di locker yang terdapat di Kyoto station dengan harga 600 yen (untuk locker besar), sangat mudah!
Fushimi Inari Shrine
Jarak Fushimi Inari shrine dari Kyoto station menaiki train cuma 10 minit saja. Dan tambang train JR sangat murah iaitu 140 Yen (one way).
Tren JR lama. Walaupun lama, tapi masih elok lagi, dalam train pun bersih. Kami sepatutnya menaiki train menuju ke Inari di platform 9. Jadi tanpa menoleh ke kiri atau ke kanan, sebab yakin kami di platform yang betul, terus kami naiki train yang sedia ada disitu.
Hmm 10 minit berlalu, tiba-tiba je kami lihat kami dah sampai di station yang lain, dah lepas station Inari! Cis, macam mana boleh terlepas ni, setahu aku tadi memang takde stop pun kat station Inari! Oh tidak..rupa-rupanya kami naiki train yang salah. Kitorg ternaik train lain yang memang tak berhenti di Inari! So terpaksa la keluar dari train dan ambil balik train lain ke Inari. Nasib baik 1 station jek! Kalau tak memang haru.
Ok dah selamat naik train yang betul menuju ke Inari.
Ni kalau Icam ada ni mesti suka gila nih!
5 minit kemudian, tak sempat pun nak panas bontot, kami tiba di station Inari. Ingatkan kena menapak jauh la dari station nak ke Tori gate tu..rupanya TIDAK!! Keluar je dari station, dah nampak Fushimi Inari Shrine!! Yeayy..jimat masa untuk berjalan!
Kami tak punya banyak masa, sebab waktu ni dah nak sunset. So semuanya cepat-cepat je..
Hari ke 3 di Kyoto baru nampak sunset!
Ambik air wuduk dulu sebelum masuk shrine...hahaha acah je..
Inilah tori gate yang berderet-deret tu.. lawo takkkkkkkkkkk??
Fushimi Inari Shrine ni ialah salah satu shinto shrine yang penting di selatan Kyoto. Tori gate yang banyak ni terhasil daripada donations dari orang-orang kenamaan dan syarikat-syarikat yang berhajat nak derma la.
Kos untuk setiap tori gate ini bermula dari harga 400,000 Yen untuk saiz kecil dan boleh mencecah jutaan Yen untuk tori gate yang besar! Memang pengsan!
Setiap kayu yang ada ukiran nama tu, ialah nama-nama penderma tiang tersebut!
Dah nak malam dah ni..sebenarnya tori gate ni ada banyak lagi, sapa yang rajin nak mendaki sampai atas, boleh la naik yang belah atas-atas lagi. Aku memang surrender la kan! Untuk yang ada banyak masa dan kalau rajin, boleh la terus lagi ikut trail yang disediakan, sebab di hujungnya nanti korang akan berjumpa Mount Inari yang dikatakan suci itu.
Hari dah makin gelap. Seluruh shrine ni dihiasi dengan lampu-lampu..sangat CANTIK!! Tak rugi juga kami pergi waktu dah senja-senja macam ni..hehehe
Oh ya lupa nak kasi tau, masuk ke Fushimi Inari adalah percuma! Jadi jangan lepaskan peluang anda..cewahh..promote pulak!
Ke Osaka Menaiki Shinkansen Nozomi
Nak tak nak, suka tak suka, kami terpaksa meninggalkan Kyoto. Hari pun dah malam. Rancangan asalnya ialah menaiki JR Rapid Train dari Kyoto ke Osaka, perjalanan lebih kurang 40 minit. Harga pun murah!
Tapi sebab aku mengada-ngada tahap cipan laut, aku pujuk jugak Cawan naik shinkansen. Sebabnya seumur hidup tak pernah naik lagi (aku akui, aku memang DARAT). Cawan macam tak paham, napa nak kena naik jugak, sedangkan naik train Rapid biasa cuma mengambil masa 40 minit je, selesa jugak! Bagi dia, buat apa nak buang duit semata-mata nak cuba, katanya kat Europe esok pun naik bullet train lagi.. "Ehhhhh lainnnnnnnn..europe lain..ni Japan..tak sama! tak sama!" kata aku!
Kami melakar sejarah (cewahhhhhhhhhhh) membeli tiket shinkansen dari Kyoto station menuju Shin-Osaka station, dengan harga 1380 Yen one-way. Selain tujuan utama nak merasa, satu sebab lain lagi adalah nak amik gambar shinkansen. Dah pegi Jepun tak naik shinkansen, rasa macam POTONG plak kan?? hahaha. Shinkansen ada track khas, so kalau nak tengok dari platform train biasa, memang kirim salam je la huhuhu. Disebabkan tiket kami tu bukan jenis JR Rail Pass, so kitorg layak untuk menaiki Nozomi, iaitu shinkansen paling laju sekali sebab dia tak berhenti di semua station. Nota: Station shinkansen di Osaka adalah Shin-Osaka, kalau sapa-sapa berangan nak turun di station Osaka, memang kirim salam la, sila naik JR Rapid biasa tu okeh!
Ha dah sampai pun si Nozomi ni.. tetiba aku pulak rasa excited naik naik train, mengalahkan Icam!! kekekeke.. (kesian Icam tak dapat merasa naik shinkansen!)
N700 series
Kami beli seat untuk coach Unreserved je, kalau tiket Green coach, lagi mahal ler. Cawan yang rajin nak tawaf amik gambar kat green coach, sekali takde orang pun!! hahaha. Legroom dia pun luas..memang selesa la, tak sia-sia kot perabis duit beli JR Rail pass tu untuk sesiapa yang nak travel lama di Jepun! Sebab cepat dan selesa. Ingat! Masa itu emas :)
Belum sempat nak melepaskan penat duduk di kerusi empuk shinkansen tu, tiba-tiba dah ada announcement cakap akan sampai ke station Shin-Osaka!! sh**!! Kejapnya hahahah. 10 minit -+..pergh..tak sia-sia! Tapi Cawan entah hilang ke mana! Aku risau dia tak dengar je announcement tu, sebab train ni akan terus ke Hakata! Shinkansen ni takde benti lama-lama pun, masa kat Kyoto tadi pun dalam 2-3 minit je stop, pastu jalannnn... Tengah aku sibuk duk ambik beg semua, Cawan pun datang, pufffff nasib baik! Kalau tak, ke Hakata la dia!
Umeda
Turun dari shinkansen tadi dekat Shin-Osaka, jadi terpaksa ambil subway untuk ke Umeda. Dah sampai Umeda, kami macam lost sekejap. Sebab bawah tu besar sangat. Shopping malls, kedai-kedai, restaurants, semua ada situ. Lepas tu banyak sangat lorong. Okkkkkkkkkkk aku ternganga! Sebab aku langsung tak study Osaka punya subway kekekeke.. Yang aku tau, cuma nak ambil train mana dan turun di station mana untuk menuju ke hotel. Terdapat lebih kurang 8 private line di Osaka tak termasuk JR dan lain-lain line lagi.. Memang boleh pening sekejap bila mula-mula tengok!
Takpe, kite bergambar dulu...walaupun pening pala nak pikir hala tuju..
Kami cuma mengikut signboard menghala ke Higashi-Umeda. Di station Umeda ni, ada beberapa lagi station lain untuk setiap line. Jadi untuk ke hotel kami, kami terpaksa ke station Higashi-Umeda dan turun di Minamimorimachi station. Apa yang aku lihat, di Umeda sangat sesak! Kat bawah subway pun dah macam ada bandar sendiri! Kalah dekat Hong Kong macam ni. Ok aku tak sabar nak tengok Tokyo..(emm bila la tu ye? takpe Biqque ada nak pegi! kekeke)
Yang ni macam senang sikit nak baca, sebab ada nama english, so takde la nak tergaru-garu kepala masa nak beli tiket nanti okeh! Counter tourist mereka di sini pandai berbahasa inggeris, jadi jangan segan dan takut untuk bertanya kalau dah tak reti sangat. Tapi orang-orang di Osaka tak se-friendly orang di Kyoto!
Jarak antara Higashi-Umeda ke hotel kami cuma 1 station saja. Dari station subway menuju ke hotel cuma 2 minit jalan kaki saja. Harga hotel kami cuma 5000 Yen 1 malam..ok la tu kan??
Ok cukup untuk entry kali ini, akan bersambung lagi nanti..
p/s: Sapa-sapa yang nak tau pasal hotel, aku tulis la di entry berikutnya, jari-jari aku dah kebas nak menulis panjang-panjang nih..
32 comments:
aku repot kat bos ko sbb x g keje pastu update blog jeee!!!!
firsttt!!! lama dah x buat. kekeke
sume gmbr cantik...oleh itu ingin melantik janggel, masmz dan cawan utk jadik official photgrapher aku ketika bercuti. sekian...
John: Mana ada aku update blog tiap2 ari..DENGKI!!
Apa ko ingat semua gambar cantik tu Cawan yg amik?? NI AKU SENTAP NI WEHHHH...aaa blah la... Aku tak izinkan Cawan jadi photog ko kekekke...
jap...JAPPPP! rasa cam sayang nak baca sampai abis mcm takut nak abiskan coklat kiwi nz hahaha!
ok!
cantek eh kinka tu! kena gi dua2 la ni kalo nak merasa.
seperti biasa, moss mmg cantik!
alamak, cun nyer minah jepun tu pakai...i nak kaler rambut la!
nak naik beskal! nak naik beskal! kena pikir cara utk bergambar sambil kayuh hahaha!
sign tu cam gunting, sikat, is pompuan. makanya...kalo tgk gunting ngan sikat, itulah perempuan! hahaha!
market tu nyer makanan ya Allahhhhhhhhhh sungguh tersiksa batin! tak leh ke rasa skittttttttttt? sob sob...
alamak, fugu! nak try takut mati free hahaha :D
fushimi inari nanti nak try ukir nama :D kira jadi penderma gak la...derma vandalism hahaha.
HUIYOOOOOO!!! NAIK NOZOMI SIUTTTTTTT!!! JELESSSSSSSSSS!!! CANTIK GILEEEEEEEEEEE!!! ARGHHHHH!!! (ye, train itu sungguh cantek, sob sob...)
umeda besar? Allah...jenuh ni...
ok, nanti i cover tokyo plak!
p/s: mcm biasa, gambar tebabom.
tiang merah tuh cantikkkkkkkk
naik train laju? wow...bestttt(walaupun 10 minit..kata laju,kan?)
wah..dapat tengok / dok belakang pakcik pilot train ker???
lumut..pun cantik (pesal lumut kat dalam bilik air rumah tak secantik tuh??)
ikan buntal itu juga cute
aik? model cilik tak de kali nih?
i nak rentap ko, naik shinknasen dari ujung hokkaido sampai okinowa... ada ke? ehhehehheh.... drama lebih. inari lawaaaa...
pavi i tak gi sbb slalu dok gi yg KL nye dah. AHHAHHAHA...
aku suka salomon tu! cam sedap....ikan buntal tu kiut!
Biq: Nak kasi award kat u la..Award tukang komen dan soklan paling panjang antara semua org!!
U try la naik beskal tu, i pn rasa cam best jek! Nk prektis naik basikal, try la pakai kain batik, baru terkepit sikit hahaha.. Jgn lupa bawak pemahat, leh main ukir2 nama nanti kat fushimi tu, tak pun liquid paper ke kekeke
Ha naik NOZOMI.. nanti kim salam kat HIKARI or KODAMA okeh!
Kak Coco: Nak merasa punya pasal, 10minit pn jadi la, nanti org kampung tanya, boleh ckp dah naik shinkansen hahaha.. Pilot train tu, hanya train biasa je..
Model cilik boikot nk bergambar sb takde gaji!
Lily: Rentap la cik Maimon oii, tunjuk kat i, u leh naik shinkansen dari hokkaido ke Okinawa.. (if ada la shinkansen p Okinawa lalalalalalala), kalau ada shinkansen pegi okinawa, malam ni jugak i masak satey utk cik maimon ni :))
I sebab cawan tak penah pegi pavi, so i terpaksa pegi pavi kyoto kekekeke
weiiii lajunyerrrr hapdet blog, pepanjang laksss tu.... aku baru masuk opis balik nihhhh..... pepun ikan buntal gantung2 tu santek dan aku nak pasang cita2 posing kat tori gate dan nak naik shinkansen....
Janggel: Salamon? Sailormoon? Ke SALMON? Nanti tahun depan kata nk pegi jepang, boleh la ko try ikan salmon kat stick tu..ikan buntal pun comel, mcm aku hehehe
masMZ: Mesti la laju aku update blog, aku kan naik shinkansen, korang naik tuk tuk, apa kelassssssssssssss!! ngeh ngeh ngeh.. *mode RIAK - jgn baling telur kat aku okeh* hahaha. Kt tori gate nanti ko pakai baju Kuning or ijo..baru meletop!
hahahahahahaa.... hurrmmmmm best gak! nape bagi idea baling telur tuh??!!! hehehehehehe terus kua tanduk ~ menu telur mentah, telur rebus ke telur tembelang??? hahahahahahaa..... kami memang memilih jalan susah ~ haruslah naik tuk tuk! ekekeekekekeke
Cop baju kuning ang ang! gitewwww
eeeiiiiii riak naik shinkasen dpt update blog laju2. cis...ko tgk nnt aku naik kapal terbang a380. baru terjuih air liur ko. hahah. lol
btw, aku lantik ko sbg fotographer official aku gak. kira dh ade 4 org dah skung ni...heheh. boleh la amek gmbr setiap angle. kiri kanan atas bawah...wahhh! glamor abes aku! tp takpe, aqilah aku boleh dukung utk enterframe. ngeh ngeh ngeh...
tibe2 rse nk kaler blonde rambut bila g japan nnt. kekeke
masMZ: Oh lupa plak tema korang *KAMI MEMILIH JALAN SUSAH* hahaha.. sila bertabah la yek kalau dah gitu temanya..
John/Danny: Riak mesti!! KO MAMPU? Muahahahahah... ok meh aku juihkan mulut aku siang2 sb ko nak naik A380.
Aku suka idea ko nk caler rambut jadi blonde untuk Japan nanti hahahah...
pergi facebook nampak kyoto, pergi blog nampak kyoto. kyoto.kyoto.kyoto. ramai giler org kyoto nih... wow~
saya terima award itu! mekasih dunia! :D
nanti i kim salam kat kodama n hikari ye :D kalo bleh kat sagano skali hehehe!
ok kompom nak kaler rambut! or else, i pakai wig! tak kira! tanak kalahhhhhh ngan nihonji!
Ainul: Hahahaha nampak gayanya Kyoto tgh trending la kot tu..
Biqque: Hahaha color2..setiap helai kaler lain2..lagi gempak..rainbow terus!!
memang menarik ;)
brape hari kat sna ?..
nmpak mcm singkat je masa..
x macam g NZ aritu .. heheh..
Ieda: Hahahah memang pegi kejap je, cuma 6 hari, sebab tu singkat. Takleh pegi lama2, sb ada trip akan datang lagiiiiiiiiiiiiiiiii lamaaaaaaaaaaaaaaa dari NZ this coming May heheheh. Entry Jepun ni tak abis lagi, ada citer kat Osaka lagi 2 hari kekekek..bertabahla ye :)
Cantiknya kat inari tu...Ala tak der gambar aqilah comeiii..
cipan laut masak gulai darat? hahah....haah la mana si cilik foto ni tak muncul dlm post ni?
machonya muka takasuki nozomi, pakai spek itam tp pipinya tembom. dlmnya bersih & roomy bleh tapau cabin AA 8 tiang.
fugu? errr...nice to see, once eaten consider you're gone (kes silap haribulan).
Rozita: Aqilah mogok hari tu, xbyk gambar sgt, gmbar tidor je ada hehehe
3plepl8: Ha a macho jugak. Tp aku tgk Hikari pun macho lebih kurang tu jugak. AA bukan takat 8 tiang tingal, bertiang2 kekekek
singkat pulak rase kt Kyoto ni, kalo nk diceritakan rase bernaskah2 novel cawan nk terbitkan.. pulak.. he he..
ye visit local market tu mmng agenda atas permintaan cawan ye kawan2, mcm2 gelagat..
kalo bleh mmng tiap country akan visit local market ni.. takde laa kt pasar ikan jek, loose item, cenderamata, gadget, pakaian.. wink wink! tringat plak kt Melbourne.
visit kali ni lebih kurang 50-50% yg dh cover, kire mcm kena repeat lagi skali laa ke Japan ni.. Jalan pun Na dh hafal tu.. la laaa..
Jepun mememng bestt...rasa gatal tangan je nak beli tiket malam tadi ,gi Osaka oulak kali ni ..tapi..ntahlah......hahaha...
tahun depan la kot.
Cawan: Nanti ada rezeki lebih kite pegi lama2 lagi okeh, u nk duk 8 bulan sana pun tak pe..
Wa: Memang tidak boleh disangkal lagi keseronokkan di tanah jepun ni.. :)
View yg sgt cantek...musti tenang tgk scene + moss yg colourful..great pic ;)
Perrhh..tak sangka,ada jugak cara mudah dan murah utk nek shinkasen. Ingatkan tak dapat merasa dah nek menatang ni,maklumlah mahal..credit to chawanna, thumbs up guyz!!
Hamra: Iye Kyoto tersangat la cantik, moss di temple2 tu sangat hijau :)
Orga: Ha a, klau nk merasa sekali dua apa salahnya kan :p, cuba la nanti kalau ke Osaka-Kyoto nanti okeh!
Insyallah, klu takde aral melintang, May'12 nanti gerak pg sana...semangat nih!lepas tengok korangnyer pics yang superb, asyik dok m'hitung ari jer nih...now tgh concntrate kat visa dulu...
Orga: Bestnye!! mesti time korang byk pokok dah ada daun, dan cuaca makin ok kot. Good luck utk visa tu.. Jom la sama2 kite menghitung hari utk trip akan datang kekkeke :))
Hi, boleh tau tak sekitar kyoto JR railway ni berguna tak?
thanx
Zt: Maaf saya tak paham soklan, JR railway berguna sekitar Kyoto? atau pun JR Railpass? kalau railpass memang tak berapa boleh gune semua kt Kyoto, subway diorg memang bukan JR, so kena beli tiket lain, bas pun sama.
Post a Comment