Wednesday, December 19, 2012

Singapore: MBS & Gardens By the Bay

Bertemu kita kembali dalam episod seterusnya. Untuk episod kali ni, meh aku kongsikan pasal icon terbaru Singapore selain dari singa Merlion tu..Marina Bay Sands. Barang siapa yang pergi Singapore tahun 2009 atau 2010 tu, memang korang tak kan nampak MBS nih, sebab masih dalam pembinaa, oleh itu, sila datang Singapore lagi untuk lihat bangunan yang pernah menjadi topic hangat di seantero nusantara suatu ketika dulu hehehehe

Ok jangan kita buang masa, jom kita layan gambar je lah, sebab aku malas nak bercerita dengan lebih terperinci, lagi pun korang semua dah sampai Singapore 13 kali kan? mesti lebih arif dan tahu kekdahnya.

Ada light show, tapi macam biasa-biasa je, aku rasa Symphony of light Hong Kong lebih syok kot dari yang ni 

Kemudian kami ke Garden by the Bay pulak.. 

Lepas tu kami ternganga melihat pokok-pokok giant yang diselaputi lampu lip lap ni (ingat??? yang kami tak pernah sampai sini, sebab tu ternganga jap hehehe)

Boleh nampak Singapore flyer dan flower dome dari atas ni..

Supertree grove..memang sangat tinggi dan besar supertree ni..dah nama pun SUPERTREE kan.. nampak tak jambatan kat atas yang ada lampu warna oren tu? sebenarnya boleh naik atas tu, kena bayar SGD 5 untuk dewasa dan SGD 3 untuk kanak-kanak, last admission jam 8.30 PM. Kitorg tak sempat naik, sebab sampai sini 9 PM. 

Dari sini boleh nampak MBS jugak, nampak cun kan? Masa ni ada light & sound show, agak best jugak la, sambil-sambil setting tripod, duduk-duduk minum, dah la takde orang sangat, pastu gelap je, cuma mengharapkan lampu-lampu di pokok besar tu, dan juga lampu-lampu di celah bedah pokok-pokok yang lain, romantic uolsss hahaha

Melintas jambatan dari Garden by the Bay menuju semula ke Marina Bay Sands.. Singapore flyer tu tak sure la berfungsi ke tak, sebab cam tak gerak je

Agak kagum juga bila dah masuk dalam MBS tu, sebab teringat Venetian kat Macau, ada casino, ada hotel, ada shopping complex, tapi sayang semua kedai-kedai dalam tu, bukan untuk orang macam aku yang tak berapa nak berduit nih, kalau ada pun hanyalah beberapa kedai yang memang tak berapa inzal nak pegi beli kekekeke.. dan besar nak mampus kot, lenguh nak berjalan dalam tu..

Frust selepas tak dapat bershopping apa-apa dalam tu, kami masuk Epi Centre, konon-konon nak beli ipad mini (sebab masa tu kt KL tak kuar lagi) tapi sayang, dah abis stok pulak, so frust jadi dua kali ganda, akhirnya kitorg keluar dari MBS.. pastu amik gambar lagi.. 

Helix bridge, terasa macam scientist bila lalu kat sini, sebab bridge ni ada rupa macam dna-dna yang nampak kat dalam microskop tu hehehe. Bridge ni adalah laluan pejalan kaki dari MBS, leh bawak korang sampai ke Esplanade dan Merlion, yang kat bawah tu pulak, sungai Singapore. 

Marina Bay Sands, Helix Bridge dan Singapore Art Science Museum... ok yang ni serius cantik viewnya..


Cara mudah nak ke Marina Bay Sands ialah turun di Raffles Place, tapi if korang bakar kalori macam aku, sila turun di Marina Bay station, masa tu baru korang tau tinggi rendah langit,sebab jauh gile nak jalan hehehe

Cara nak ke Gardens by the bay tadi ialah dengan turun dari MRT Bayfront, pastu ikut saja signboard, lepas tu jalan kaki sikit, lepas tu sampai.. perlu ke aku nak cakap panjang lebar lagi?? ;p

Nota: Acara sightseeing diatas semuanya free of charge, cuma perlu bayar tiket MRT dan beli air untuk hilangkan dahaga, oh satu lagi jgn lupa pakai walking shoes yang sangat inzal dan selesa :)

Nota 2: Kami tak sempat naik skypark kat MBS tu, mungkin lain kali la kot, oh ya, untuk yang teringin nak naik tu, tapi tak mampu nak tidur sehari semalam di MBS, jangan risau, korang masih boleh naik atas tu, cuma bayar SGD 20 seorang, dari 9 AM sampai 9 PM tak silap aku, sila refer di website MBS, sebab aku bukan jurucakap MBS, sekian wasalam :p

Friday, December 14, 2012

Singapore: Rumah Peranakan di Koon Seng Rd

Entry kali ni aku malas nak bercerita panjang, sebab rasanya ramai dah kot tau tempat ni, dan mungkin juga korang juga pernah jejakkan kaki di sini. Aku terpanggil nak melawat Koon Seng Rd ni sebabkan bangunan di sini kebanyakkannya bangunan lama yang dihiasi dengan pelbagai warna, dan yang penting masih terpelihara cantik lagi. 

Dari pasar Geylang Serai, kami berjalan melalui Joo Chiat Road dan 340 meter kemudian, berjumpalah dengan Koon Seng Rd ni. Dan station MRT terdekat untuk ke sini adalah Paya Lebar, tapi harus berjalan lebih kurang 1 kilometer, membayangkan nak berjalan dalam cuaca panas, jadi kami mengambil langkah bijak dengan mengambil teksi dan turun di depan Geylang Serai sebab nak isi perut dulu hehehe.



Rumah kedai ini dibina sekitar tahun 1920 dan kemudian digazetkan oleh kerajaan Singapore sebagai salah satu warisan senibina mereka.
Rumah-rumah ini masih lagi didiami manusia hehehe

Dekorasi yang bersumber inspirasikan dari barat dan timur telah menzahirkan rumah-rumah peranakan yang cantik nih..



Ni rumah favourite aku antara banyak-banyak rumah di sini, sebab aku suka warna ni. Detailing yang ada ditiang dan pada tiles itu sangat mengagumkan..rumah modern memang xde la kan macam tu..


Rumah nombor 5 di Koon Seng Rd, rumah siapalah agaknya kan?

Dekorasi rumah-rumah ini dilengkapi dengan tiles pelbagai motif bunga dan warna, jadi memang nampak meriah sangat rumah diorg ni.


Rasanya di Malaysia juga masih terdapat rumah Peranakan (Baba Nyonya) macam ni, antaranya di Melaka dan Penang, dekat negeri-negeri lain korang pernah jumpa tak?? 

Oklah, itu je aku nak share untuk entry kali nih, saja-saja nak tebas sawang yang menebal di blog ni..sehingga bertemu lagi..

Oh ya, selain di Joo Chiat dan Koon Seng Road, korang juga boleh ke Emerald Hill untuk lihat rumah-rumah peranakan di Singapore ni :)




Wednesday, December 5, 2012

Singapore: Makan-Makan

Selain misi tiada hala tuju di Singapore dan berphotography, Chawanna juga telah melaksanakan misi makan-makan di sekitar Kota Singa (aummmmm). Ye lah, sebelum ni pergi Singapore tak sempat nak singgah makan-makan, jadi dah alang-alang sampai, jom kita cuba apa yang orang-orang war-warkan kata sedap dan mesti cuba tu..

1. Kacang Pool - Kami naik teksi dari hotel menuju ke Geylang Serai Market, semata-mata malas nak jalan, maklumlah Singapore ni bukan negara 4 musim, silap-silap baru keluar hotel je, ketiak dah basah kot hahaha. Tak susah nak cari kedai kacang pool Mustafa nih, naik je food court Geylang Serai tu, nanti pepandai la cari sendiri. Harga murah saja, kalau telur 2 bijik ni cuma SGD 2.80 je, kalau nak sebijik telur harnyanya SGD 2.30. 

Setelah berbulan-bulan lamanya menunggu nak makan kacang pool nih, akhirnya dapat juga merasa. Memang kena dengan taste aku, sebab ada masam-masam (hasil perahan limau nipis), cumanya kalau cili hijau tu kalau digantikan dengan cili api, mungkin lagi terangkat. Memang syok la makan benda ni di pagi hari yang indah. Total kalori lebih kurang 400 kcal. (gila banyak!)

So yang ini aku kasi 7.5/10

 Kacang Pool Mustafa:  #02-118 Geylang Serai Market & Food Centre

2. Murtabak Zam-Zam - Banyak sangat yang memuji murtabak ni, jadi kami pun cubalah, mula-mula masuk kedai macam tak tau nak pilih yang mana. Menu murtabaknya tak banyak, ada 4-5 jenis je, rusa, kambing, ayam, sardin pun ada, yang jadi susah nak pilih tu adalah saiznya, sebab ada yang harga SGD 5, 6, 7 dan 12. Selepas bersoal siasat dengan tukang amik order tu, kami sepakat pilih yang SGD 6, katanya yang tu sesuai untuk makan berdua. So kitorg pun order la beef murtabak. 

Ha amik kau..besar gila kot, aku ngan Cawan mengah nak abis kan, siap main tolak-tolak lagi suh masing-masing abiskan hahaha.. Overall, memang sedap, kuah kari dia pun sedap, inti dalam murtabak tu pun sedap, terasa daging-daging hancur tu, agak kasar. Yang tak bestnya, servicenya agak lembab, diorg sibuk layan orang yang take away je, dah la yang order semua berplastik-plastik, tak tau la nk buat kenduri ke hapa..eiii nak marah dah aku tunggu turn aku tau!

Tapi aku tetap baik hati nak kasi 8/10 untuk murtabak dia yang lazat hehehe :)

 Restoran Zam Zam, Arab Street

3. Nasi Campur Minang - Ini sebenarnya tiada dalam senarai jalan-jalan cari makan kami, tapi kami termakan di sini, skali makan, alamak sedap la pulak.. so terpaksa share ngan peminat semua (poyoss) . Masakan di restoran ni semua masakan minang, semua menu 80% ada perkataan BELADO. Boleh pilih nak sambal belado merah atau hijau. Harga pun boleh tahan, takde la mahal sangat. 

Untuk makan tengahari, memang berbaloilah makan kat sini, kalau korang tak lalu nak makan nasi beriani mamak-mamak yang bersepah di Arab street tu hahaha.. Memang berbaloi-baloi, tapi kalau tengok takde tempat duduk, jangan kaget, sila naik ke tingkat atas, sebab ada air-cond, dan banyak tempat kosong, tak paham napa semua nak rebut duk bawah dan berpanas-panasan begitu..ish ish.. So yang ni aku kasi 7/10 la.

Rumah Makan Minang, bersebelahan Sultan Mosque di Arab Street.

4. Sup Merah - Yang ini yang paling aku nak cuba sekali, sebab jarang dengar ada sup warna merah nih, ke ada sup warna lain diluar sana yang aku tak tau?? biru? hijau? hehehe.. Ok mari kita bercerita, kedai ni kat belakang Kampung Glam je, kitorg pusing maha la jauh, sebab masa tu tak reti short cut. Sekali sampai kedai dia kata tak bukak lagi, padahal masa tu dah jam 1.40PM. Hoi gila ke hapa, aku lapar kot, nak lunch ni..ewahhhh.. So dia kata datang balik pukul 2 PM. Tepat 2 PM aku dan Cawan dah terpacak depan kedai hehehe. 

Sekali lagi kami tak tau nak order macam mana, mintak menu dia kata takde (tipu gile, sebab lepas kami order, ada sekeluarga datang, dia kasi je menu!) so dia pun story mory la jenis-jenis saiz yang ada, dan kami pilih sup tulang yang berharga SGD 10, dalam tu ada 6 ketul tulang dan lelemak binatang (lembu okkkkk)

Bila hirup sup, aku dan Cawan terus macam 'emmmmm emmm sedapnya nyom nyom nyom..' terus tak jadi nak marah orang kedai tu sebab tak kasi menu hehehe.. Makan sup merah cicah roti panjang tu memang layan la, cumanya agak keletihan nak gigit dan melapah tulang dan sedut daging dan lemak yang ada, dari lapar terus jadi kenyang, sebab letih mulut kot, tapi kami gigih la jugak menjilat-jilat sampai licin.. yang pastinya pipi di kiri kanan abis kena sup merah, nasib baik boleh hilang merahnya. Yang ni aku terpaksa kasi rating 9/10!!! Kerana sup merah ini sangat cemerlang hehehe (yang ni aku tak berani nak kira kalori sebab aku yakin kalori dia mau pecah meter DCR aku sehari kot hahahah)

Sup tulang: Restoran M.A Deen Biasa Pte Ltd, di Jalan Sultan

Wednesday, November 14, 2012

Kenapa Kurang Update Blog..

Nak tau kenapa aku jarang dan makin liat update blog? Inilah sebabnya..PHOTOBOOK!

Ok, jangan buang masa, sebelum kita mula, mari sini semua dengar..

(Ting..ting..ting..) Dengan ini saya istiharkan PHOTOBOOK Malaysia adalah yang terbaik dan terefisien sekali. Sila jangan amik dari company photobook lain. Minggu lepas submit untuk printing, hari ni dah sampai, maka saya pun senyum sampai ke telinga :)



Front cover jenis image wrap, saja guna gambar awan ni, katanya land of the long white cloud kan? tapi yang ni tak white sangat, sebab dah nak senja..hehehe.. Jom lihat isi dalam pulak..

Agak penat jugak nak menyusun gambar-gambar ni, tambah lagi aku tak suka crowded sangat, jadi kena la cari gambar yang paling umph, tapi gambar pulak bukan semuanya ada umph..sebab tu la aku amik masa dekat 2 minggu lebih untuk pilih gambar je! adalah lebih kurang 20 kali kot kuar masuk folder NZ semata-mata nak pilih gambar yang ada umph.. #gigih

Moeraki Boulders, mereka ini deserved untuk dapat 2 page penuh untuk muka diorg saja hehehe..

The Catlins Coast juga layak mendapat tempat di setiap satu page tanpa share dengan gambar-gambar lain.. diva sangat!

Oh ini paling nostalgik, oleh itu, Purakaunui falls juga layak mendapat 2 page terus kekeke..gambar lain sila bengang! Dan sebab itu jugaklah aku terpaksa tambah satu lagi photobook untuk NZ ni (yang kini masih dalam proses pembikinan..cewahhh)

Tidak ketingalan budak ni, sibuk jugak nak bergambar bila nampak camera keluar, esok-esok cik adik dah besar jangan miang nak jadi Amerika's Next Top Model sudah!! Emm rambut dah nak kena gunting tu, nanti malam kita tengok katalog rambut ye cik Aqilah??


Monday, November 12, 2012

Tiada Jodoh Antara Kami..

Jangan speku ok, DOSA! Emm macam dah lama gila tak mengarut dalam blog sendiri, jadi hari ni aku nak kongsi cerita-cerita suam kuku Chawanna yang tak berapa nak inzal sangat.

Patutnya minggu ni aku terbang ke Jogja, tapi malangnya ada orang tu kena standby gantikan kawan dia yang nak bercuti sakan demi Deepavali, jadinya kenalah bagi laluan pada yang memerlukan, esok-esok kita pulak kan. Oleh itu secara rasminya, burn je la tiket murah tu. makanya tiadalah jodoh antara Chawanna dan Jogja..kita tengok je la orang lain pegi, dan cuci mata je la tengok gambar-gambar orang lain bersuka ria, terlompat sana sini.. aku pasrah! ;-p

Emm bila last sekali aku pegi jalan-jalan?? Emm last sekali adalah Redang! Bulan bila tu? Julai kot..sekarang dah November, waaaa weeee patut la duit aku cam tak membazir jek selama beberapa bulan ni hehehehe.. Hmm tak pe lah, ada hikmahnya, tahun depan aku balas dendam hahaha..

Untuk melepaskan segala rengsa sebab dah lama gila tak pegi mana-mana, so aku dan Cawan nak pergi libur-libur dan mengabiskan duit di Singapore saja..just the two of us gitu! aii tak sabor teman, tak penah lagi selama ni aku rasa seronok nak pegi Singapore, tapi this time memang tak sabar la hahaha, katanya nak tengok Singa Merlion tu..jakun sangat! 

Credit: Google Image


Dikesempatan ni jugak aku nak melayarkan beberapa gambar teaser untuk trip ke Paris hari tu, buat masa ni memang tak la nak update blog untuk Paris, sebab aku malas sangat. So tengok je la gambar kecik-kecik dalam collage ni ye.. 




p/s: Bila dah tengok gambar rasa macam Paris best pulak..aihhhh.. Paris Aku Datang..dalam masa 10 tahun lagi mebi, tapi next time pegi, aku nak pegi time winter plak kot, sebab malam cepat sikit, leh tengok Eiffel Tower lip lap cepat sikit, hari tu pegi siang cam lama sangat, penat tunggu, last-last tak dapat night shot kt Eiffel Tower tuh..eeee iouls iz menyesal.. :)

Thursday, November 1, 2012

Holland: Menikmati Hari Akhir di Amsterdam

Disebabkan kesibukan aku dengan kerja-kerja hakiki, ditambah pula dengan kerja part time sebagai editor photobook yang berjaya hehehe (lantik diri sendiri), maka habislah saki baki 24 jam yang diberikan untuk mengemaskini blog yang sedia ada. Tapi pagi ni, tiba-tiba je macam dapat ilham untuk berblog, jadi haruslah jangan disia-siakan, peluang bukan datang selalu kan? cewah..ok sila jangan muntah dan terus bertabah, ini adalah entry akhir untuk Amsterdam, lepas ni aku janji takde update dah hehehe.

Anne Frank House

Disebabkan kepopularan budak bernama Anne Frank ini sangat berleluasa dek kerana sebuah diarinya, aku memasang hajat nak lihat dengan mata aku sendiri apa yang hebat sangat tentang budak ni sampai diari dia habis dicetak berpuluh-puluh kali dan diterjermah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. So pagi itu, aku mengigihkan diri untuk bangun awal dari biasa, sebab tak menahan sangat dah nak pegi ke situ. 

Dan disebabkan aku sangat gentleman, jadi aku meng'offer'kan diri untuk beratur di barisan yang maha panjang dan Cawan pula bersiar-siarlah di kawasan sekeliling untuk mengambil gambar-gambar. Harga tiket untuk masuk ke Anne Frank House ini ialah EUR 9 untuk dewasa, budak umur 0-9 free, dan yang lain-lain informasi sila refer ke Anne Frank House Website.

Gambar kiri: Nampak anak panah orange tu? Itu sebenarnya rumah Anne Frank, terletak di  Prinsengracht, salah satu canal utama di Amsterdam, yang bangunan sebelah dia tu adalah tempat beli tiket dan main entrance ke rumah beliau. Ye macam biasa, Cawan mesti tersalah amik gambar hehehe, rumah lain plak yang diamiknya, adehhh.. Gambar kanan: Patung batu Anne Frank.

Dalam muzium/rumah Anne Frank ni, photography adalah tidak dibenarkan, barang-barang lain macam stroller dan yang seangkatan dengannya pun tak boleh. Semua kena tingal kat bawah, ada tempat yang disediakan. So aku takde gambar dalam rumah Anne Frank ni, terpaksa cilok gambar-gambar dari Google Image. 

Walaupun dilahirkan di Germany, tetapi Anne Frank dibesarkan di Amsterdam, sebab keluarganya berpindah dari Germany untuk mengelak dari kekejaman pihak Nazi pada ketika itu. Mereka sekeluarga ni adalah mangsa holocaust. 

Rumah ni dari luar memang nampak macam biasa je, sama je macam rumah-rumah lain dikawasan tu. Tapi siapa menyangka dalam rumah ini ada lagi bilik-bilik kecil untuk orang menyorok. Selama dua tahun di dalam persembunyian cuma duduk dalam rumah ni je..boleh korang bayangkan? Nak buat bising tak boleh, nanti jiran nampak kena tangkap pulak, nak ke sekolah tak boleh. Walaupun diorg ni kaum Yahudi, tapi agak kesian jugaklah bila dilihat dari konteks kemanusiaan tak kisahlah agama apa sekali pun, sebab tak sepatutnya manusia dilayan macam tu. 

Di dalam diari Anne ada ditulis bagaimana mereka tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam di Amsterdam, nak keluar rumah nak beli barang pun susah, kena berharap pada orang-orang yang dipercayai je, tingkap pun sentiasa kena tutup, tak boleh buat bising, sebab nanti jiran-jiran dengar takut kena report kt Nazi, perasaan takut dia yang sentiasa datang setiap kali dengar orang ketuk pintu rumah sebab takut kena tangkap, dan dihantar ke concentration camp di mana tu kira final destination la, sebab sah-sah kena mati jugak walaupun tak rela.

Tangga menuju ke Secret Annex, tempat persembunyian keluarga Frank dan beberapa keluarga yahudi yang lain, selama 2 tahun! Aku dah merasa naik tangga tu, dan lihat sendiri bilik-bilik persembunyian tu, memang kecik sangat, tak tau la diorg duk ramai-ramai macam mana. Kata Anne, memang lemas sangat orang ramai-ramai, dengan makcik-makcik mulut kepoh yang ada je nak komplen itu ini. (ni aku baca dari dairi dia, bukan reka sendiri okeh hahahaha)

Gambar dari Google Image

Bilik tidur Anne Frank, poster dan stiker gambar-gambar artis pujaan beliau masih lagi ada di dinding biliknya. (Gambar dari Google Image)

Akhirnya sekitar bulan Ogos 1944, keluarga Frank berjaya ditangkap oleh Nazi, dihantar ke headquater Gestapo untuk disoal siasat, kemudian last sekali dihantar ke Auschwitz concentration camp untuk di'proses' oleh pihak Nazi. Eeee memang kesian.. tapi apa pun aku yakin Hitler ada sebab tersendiri kenapa nak bunuh semua yahudi yang ada hehehehe.. 

Secara jujurnya, aku rasa berbaloi aku spend EUR 9 untuk masuk dan lihat rumah Anne Frank ni. Video-video interview ayah dan rakan-rakan Anne yang survive dari holocaust pun ada disiarkan selain dari diary dan tempat persembuyian, jadi memang best la kesimpulannya. Tapi untuk yang tidak minat dengan sejarah, atau tak tau apa-apa pasal holocaust dan apa-apa yang seangkatan dengannya, mungkin korang akan blur-blur je kot. 

Ok ke mana kita lepas ni? Jom ke salah satu canal kecil tercantik berdekatan dengan Anne Frank House tadi.

Bloemgracht Canal

Kami hanya mengetahui tentang tempat ni sebelum keluar dari hotel pagi itu. Dan kebetulan pula dekat sangat dengan Anne Frank musium tadi, so apa lagi..jom je la.. Bloemgracht ataupun flower canal, terletak di  kawasan kejiranan Jordan. Sangat sunyi dan tak sesak seperti canal-canal lain di Amsterdam. Dan aku sangat SUKA! jadi jom jalan lengang kangkung amik gambar dan menikmati hari yang indah di Bloemgracht.


Antara seni bina yang cantiklah di Amsterdam ni..tidak dapat disangkal lagi..


  Boat house pun ada nombor rumah okay, senang nak cari..


  Rasa best gile bila dapat berjalan perlahan-lahan dan menikmati suasana tenang dan cantik tanpa perlu terkejar-kejar nak ikut itinerary sangat hehehe

Tak tau bunga apa, tapi nampak sarat sangat, dan lawa :)

Cuaca makin cantik..

The Westerkerk church yang berdekatan dengan Anne Frank House tadi. Cari church ni, maka jumpalah rumah si Anne tu...


Amsterdam Canal Cruise

Kalau ada masa singkat di Amsterdam, aku cadangkan naik mana-mana canal cruise, sebab pasti korang tak kan nyesal! Pilihan cruise yang ada terlalu banyak, ada yang murah, ada yang mahal. Kami pun tak decide nak naik cruise yang mana tengahari tu, main pilih je masa dekat kaunter tiket hehehe.. dan kami memilih cruise dari Holland International, 100 Highlights Cruise harga dewasa EUR 12.60 , cruisenya pula mengambil masa selama 1 jam. 

Hightlight utama cruise yang kitorg naik ni, membawa kami melihat salah satu tapak warisan dunia UNESCO iaitu Daerah canal-canal Amsterdam dari kurun ke 17, rumah-rumah merchant, pelbagai jenis  bumbung yang unik di setiap rumah di sekitar canal Amsterdam, dan macam-macam la yang aku sendiri pun tak ingat dah hehehe. Tapi yang pastinya, pemandangan sepanjang menaiki cruise ini sangat cantik. Memang berbaloi-baloi sangat.

 Jom cruising..eh bukan naik yang ni tau..

Best jugak kalau dapat naik yang ini hehehe..

 Katanya ini skinny bridge..menghubungkan sungai Amstel dan canal-canal disekitar Amsterdam..

Merchants' houses yang menghiasi canal-canal Amsterdam.
Boat menghampiri Skinny bridge atau nama dutchnya Magere Brug..

 Ber'cruise' di Prinsengracht


Pelbagai jenis bumbung rumah di Amsterdam..

Inilah rupa boat yang kami naiki untuk cruising di canal-canal tadi tu.. 

Boat yang kami naiki berhenti semula di hadapan Central Station Amsterdam. Untuk yang berminat nak naik cruise ni, tak perlu risau, sebab tempat beli tiket cruise dan terminal boat tu semua depan Amsterdam Central iaitu station keretapi terbesar Amsterdam. 

Sekali lagi aku berpisah dengan adik aku kerana kami masing-masing ada agenda tersendiri. Tapi sebelum kami memulakan agenda kami yang terakhir di Amsterdam hari itu, kami ada appointment dengan minah negro conductor tram bernombor 17. Korang mampu nak buat-buat appointment ngan minah negro keje conductor tram?? tak kan!! hahahaha..

Al kisahnya, hari sebelum tu, masa kami naik tram yang sama untuk pulang ke hotel, tiba-tiba je minah negro tu panggil aku dan Cawan, dah la muka garang gila, agak cuak la jugak kan..rupa-rupanya dia nak pulangkan jaket Aqilah yang tertingal dalam tram..pfff.. so semalam dah berjanji la dengan dia tunggu depan Central Station, lebih kurang jam 4.15 - 5 PM dia punya tram akan lalu depan Central station. Sayang pulak kalau tak amik balik jaket tu, hadiah pemberian kakak cantek Ely Hasrul..uish rugi-rugi! Jadi kami gigih la menunggu, hampir sejam gak la, akhirnya, jumpa jugak, memang rezeki Aqilah dapat balik jaket yang cantik tu hehehe..

Ha depan ni la kami tunggu, letih ok! tram 17 lalu je, kena intai conductor negro tu ke tak..aduhaiii.. tapi cantik kan Amsterdam Central ni, bangunan memang classic habis, tapi sayang ada construction  plak kat depan tu..lain kali aku datang lagi sini sila pastikan takde kerja-kerja construction dah! hahaha

Dah dapat jaket, tanpa buang masa terus sambung jalan-jalan kt Damrak untuk shopping kali terakhir, untuk diri sendiri dan keluarga tercinta..untuk kawan-kawan tercinta aku memang dah beli FM untuk diorg, tapi akhirnya aku rembat semua (TAMAK), jadi kalau korang datang umah aku tiap-tiap kali tu, sila cuci mata je la kat pintu peti ais tu, anggap je la tu korang punya FM, tapi tak sampai, dicuri jangan!! paham???

Maka dengan ini, aku istiharkan tamat sudah entry Holland, dan entry Europe yang selebihnya akan bersambung bila kerja-kerja aku sebagai editor Photobook selesai..