Thursday, November 1, 2012

Holland: Menikmati Hari Akhir di Amsterdam

Disebabkan kesibukan aku dengan kerja-kerja hakiki, ditambah pula dengan kerja part time sebagai editor photobook yang berjaya hehehe (lantik diri sendiri), maka habislah saki baki 24 jam yang diberikan untuk mengemaskini blog yang sedia ada. Tapi pagi ni, tiba-tiba je macam dapat ilham untuk berblog, jadi haruslah jangan disia-siakan, peluang bukan datang selalu kan? cewah..ok sila jangan muntah dan terus bertabah, ini adalah entry akhir untuk Amsterdam, lepas ni aku janji takde update dah hehehe.

Anne Frank House

Disebabkan kepopularan budak bernama Anne Frank ini sangat berleluasa dek kerana sebuah diarinya, aku memasang hajat nak lihat dengan mata aku sendiri apa yang hebat sangat tentang budak ni sampai diari dia habis dicetak berpuluh-puluh kali dan diterjermah dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. So pagi itu, aku mengigihkan diri untuk bangun awal dari biasa, sebab tak menahan sangat dah nak pegi ke situ. 

Dan disebabkan aku sangat gentleman, jadi aku meng'offer'kan diri untuk beratur di barisan yang maha panjang dan Cawan pula bersiar-siarlah di kawasan sekeliling untuk mengambil gambar-gambar. Harga tiket untuk masuk ke Anne Frank House ini ialah EUR 9 untuk dewasa, budak umur 0-9 free, dan yang lain-lain informasi sila refer ke Anne Frank House Website.

Gambar kiri: Nampak anak panah orange tu? Itu sebenarnya rumah Anne Frank, terletak di  Prinsengracht, salah satu canal utama di Amsterdam, yang bangunan sebelah dia tu adalah tempat beli tiket dan main entrance ke rumah beliau. Ye macam biasa, Cawan mesti tersalah amik gambar hehehe, rumah lain plak yang diamiknya, adehhh.. Gambar kanan: Patung batu Anne Frank.

Dalam muzium/rumah Anne Frank ni, photography adalah tidak dibenarkan, barang-barang lain macam stroller dan yang seangkatan dengannya pun tak boleh. Semua kena tingal kat bawah, ada tempat yang disediakan. So aku takde gambar dalam rumah Anne Frank ni, terpaksa cilok gambar-gambar dari Google Image. 

Walaupun dilahirkan di Germany, tetapi Anne Frank dibesarkan di Amsterdam, sebab keluarganya berpindah dari Germany untuk mengelak dari kekejaman pihak Nazi pada ketika itu. Mereka sekeluarga ni adalah mangsa holocaust. 

Rumah ni dari luar memang nampak macam biasa je, sama je macam rumah-rumah lain dikawasan tu. Tapi siapa menyangka dalam rumah ini ada lagi bilik-bilik kecil untuk orang menyorok. Selama dua tahun di dalam persembunyian cuma duduk dalam rumah ni je..boleh korang bayangkan? Nak buat bising tak boleh, nanti jiran nampak kena tangkap pulak, nak ke sekolah tak boleh. Walaupun diorg ni kaum Yahudi, tapi agak kesian jugaklah bila dilihat dari konteks kemanusiaan tak kisahlah agama apa sekali pun, sebab tak sepatutnya manusia dilayan macam tu. 

Di dalam diari Anne ada ditulis bagaimana mereka tidak dibenarkan menggunakan pengangkutan awam di Amsterdam, nak keluar rumah nak beli barang pun susah, kena berharap pada orang-orang yang dipercayai je, tingkap pun sentiasa kena tutup, tak boleh buat bising, sebab nanti jiran-jiran dengar takut kena report kt Nazi, perasaan takut dia yang sentiasa datang setiap kali dengar orang ketuk pintu rumah sebab takut kena tangkap, dan dihantar ke concentration camp di mana tu kira final destination la, sebab sah-sah kena mati jugak walaupun tak rela.

Tangga menuju ke Secret Annex, tempat persembunyian keluarga Frank dan beberapa keluarga yahudi yang lain, selama 2 tahun! Aku dah merasa naik tangga tu, dan lihat sendiri bilik-bilik persembunyian tu, memang kecik sangat, tak tau la diorg duk ramai-ramai macam mana. Kata Anne, memang lemas sangat orang ramai-ramai, dengan makcik-makcik mulut kepoh yang ada je nak komplen itu ini. (ni aku baca dari dairi dia, bukan reka sendiri okeh hahahaha)

Gambar dari Google Image

Bilik tidur Anne Frank, poster dan stiker gambar-gambar artis pujaan beliau masih lagi ada di dinding biliknya. (Gambar dari Google Image)

Akhirnya sekitar bulan Ogos 1944, keluarga Frank berjaya ditangkap oleh Nazi, dihantar ke headquater Gestapo untuk disoal siasat, kemudian last sekali dihantar ke Auschwitz concentration camp untuk di'proses' oleh pihak Nazi. Eeee memang kesian.. tapi apa pun aku yakin Hitler ada sebab tersendiri kenapa nak bunuh semua yahudi yang ada hehehehe.. 

Secara jujurnya, aku rasa berbaloi aku spend EUR 9 untuk masuk dan lihat rumah Anne Frank ni. Video-video interview ayah dan rakan-rakan Anne yang survive dari holocaust pun ada disiarkan selain dari diary dan tempat persembuyian, jadi memang best la kesimpulannya. Tapi untuk yang tidak minat dengan sejarah, atau tak tau apa-apa pasal holocaust dan apa-apa yang seangkatan dengannya, mungkin korang akan blur-blur je kot. 

Ok ke mana kita lepas ni? Jom ke salah satu canal kecil tercantik berdekatan dengan Anne Frank House tadi.

Bloemgracht Canal

Kami hanya mengetahui tentang tempat ni sebelum keluar dari hotel pagi itu. Dan kebetulan pula dekat sangat dengan Anne Frank musium tadi, so apa lagi..jom je la.. Bloemgracht ataupun flower canal, terletak di  kawasan kejiranan Jordan. Sangat sunyi dan tak sesak seperti canal-canal lain di Amsterdam. Dan aku sangat SUKA! jadi jom jalan lengang kangkung amik gambar dan menikmati hari yang indah di Bloemgracht.


Antara seni bina yang cantiklah di Amsterdam ni..tidak dapat disangkal lagi..


  Boat house pun ada nombor rumah okay, senang nak cari..


  Rasa best gile bila dapat berjalan perlahan-lahan dan menikmati suasana tenang dan cantik tanpa perlu terkejar-kejar nak ikut itinerary sangat hehehe

Tak tau bunga apa, tapi nampak sarat sangat, dan lawa :)

Cuaca makin cantik..

The Westerkerk church yang berdekatan dengan Anne Frank House tadi. Cari church ni, maka jumpalah rumah si Anne tu...


Amsterdam Canal Cruise

Kalau ada masa singkat di Amsterdam, aku cadangkan naik mana-mana canal cruise, sebab pasti korang tak kan nyesal! Pilihan cruise yang ada terlalu banyak, ada yang murah, ada yang mahal. Kami pun tak decide nak naik cruise yang mana tengahari tu, main pilih je masa dekat kaunter tiket hehehe.. dan kami memilih cruise dari Holland International, 100 Highlights Cruise harga dewasa EUR 12.60 , cruisenya pula mengambil masa selama 1 jam. 

Hightlight utama cruise yang kitorg naik ni, membawa kami melihat salah satu tapak warisan dunia UNESCO iaitu Daerah canal-canal Amsterdam dari kurun ke 17, rumah-rumah merchant, pelbagai jenis  bumbung yang unik di setiap rumah di sekitar canal Amsterdam, dan macam-macam la yang aku sendiri pun tak ingat dah hehehe. Tapi yang pastinya, pemandangan sepanjang menaiki cruise ini sangat cantik. Memang berbaloi-baloi sangat.

 Jom cruising..eh bukan naik yang ni tau..

Best jugak kalau dapat naik yang ini hehehe..

 Katanya ini skinny bridge..menghubungkan sungai Amstel dan canal-canal disekitar Amsterdam..

Merchants' houses yang menghiasi canal-canal Amsterdam.
Boat menghampiri Skinny bridge atau nama dutchnya Magere Brug..

 Ber'cruise' di Prinsengracht


Pelbagai jenis bumbung rumah di Amsterdam..

Inilah rupa boat yang kami naiki untuk cruising di canal-canal tadi tu.. 

Boat yang kami naiki berhenti semula di hadapan Central Station Amsterdam. Untuk yang berminat nak naik cruise ni, tak perlu risau, sebab tempat beli tiket cruise dan terminal boat tu semua depan Amsterdam Central iaitu station keretapi terbesar Amsterdam. 

Sekali lagi aku berpisah dengan adik aku kerana kami masing-masing ada agenda tersendiri. Tapi sebelum kami memulakan agenda kami yang terakhir di Amsterdam hari itu, kami ada appointment dengan minah negro conductor tram bernombor 17. Korang mampu nak buat-buat appointment ngan minah negro keje conductor tram?? tak kan!! hahahaha..

Al kisahnya, hari sebelum tu, masa kami naik tram yang sama untuk pulang ke hotel, tiba-tiba je minah negro tu panggil aku dan Cawan, dah la muka garang gila, agak cuak la jugak kan..rupa-rupanya dia nak pulangkan jaket Aqilah yang tertingal dalam tram..pfff.. so semalam dah berjanji la dengan dia tunggu depan Central Station, lebih kurang jam 4.15 - 5 PM dia punya tram akan lalu depan Central station. Sayang pulak kalau tak amik balik jaket tu, hadiah pemberian kakak cantek Ely Hasrul..uish rugi-rugi! Jadi kami gigih la menunggu, hampir sejam gak la, akhirnya, jumpa jugak, memang rezeki Aqilah dapat balik jaket yang cantik tu hehehe..

Ha depan ni la kami tunggu, letih ok! tram 17 lalu je, kena intai conductor negro tu ke tak..aduhaiii.. tapi cantik kan Amsterdam Central ni, bangunan memang classic habis, tapi sayang ada construction  plak kat depan tu..lain kali aku datang lagi sini sila pastikan takde kerja-kerja construction dah! hahaha

Dah dapat jaket, tanpa buang masa terus sambung jalan-jalan kt Damrak untuk shopping kali terakhir, untuk diri sendiri dan keluarga tercinta..untuk kawan-kawan tercinta aku memang dah beli FM untuk diorg, tapi akhirnya aku rembat semua (TAMAK), jadi kalau korang datang umah aku tiap-tiap kali tu, sila cuci mata je la kat pintu peti ais tu, anggap je la tu korang punya FM, tapi tak sampai, dicuri jangan!! paham???

Maka dengan ini, aku istiharkan tamat sudah entry Holland, dan entry Europe yang selebihnya akan bersambung bila kerja-kerja aku sebagai editor Photobook selesai.. 

18 comments:

just.HY said...

1 je aku nk bwt nnt. amek bahagian aku kt FM umah ko nnt! better ko sorok siap2! ahha aku x main2 tau. ni betol2 akan dibuat! hahahah

cantiknya gmbr!!! cuaca pn sgt2 elok! mana gmbr cruise yg ko naik?

Unknown said...

John: Berdosa mencurik!!! kalau ikut hudud, tangan ko kena potong nanti hahaha, tak tauuuuuuuuuuuu... Gambar boat yg aku naiki dh buh dh kt atas tu, boat wana biru. Paham?

Ren said...

Aku pon nak buat2 terambek satu tanpa disedari la FM tu.

Ops.

Gambar pekan tu memang lawa. dan kisah rumah Anne Ngasri tu memang sedih tapi kagum. 2 tahun tuuuu.

Ok

Biqque said...

finally! dah lama i tunggu entry anne frank ni tauuuuu! hish!

*peminat tegar sejarah nazi*

tgk hidung anne frank tu mmg kompem dia yahudi kan hehehe! part makcik mulut kepoh tu tak leh imagine, rasa cam nak sepak2 jer hoi diam lah! kan dah kena tangkap!

cantik bloemgracht tu! kan best if bleh duk tepi2 tingkap dari dlm, patu cawan amik gambar dari luar kan?

bestnyer naik boat! ada org lambai2 tak?

huyuh! dia antar jaket tu dgn tram? kelesssssssss sgt!

HUH?? FM TU SEBENARNYA UTK KITORANG KE?? U BERDOSA NA! BURUK SIKU!! TUHAN MARAH! NANTI U KENA BAKAR DGN API NERAKA!

just.HY said...

eleh biqque, macam dia pulak ustazah sesedap hati nak jatuhkan hukum kat orang! cis! biarlah dia nk buruk siku pun, dah guna duit dia. kekeke.

tp yang penting, aku nak amek sekeping nnt. takde yg amsterdam, aku amek negara yg tak penah aku pegi sbg ganti. kekeke. takpe biq, kalo ko xde nnt aku tlg amekkan satu okeh!

Anash said...

diary of anne frank
buku cerita itu kami diwajibkan beli utk matapelajaran English di sekolah masa tingkatan 2.
(apa punya skema ayat tuh?)

so...bila citer pasal anne frank...masih teringat citer2derang dok tempat mcm tuh..ish..
best la chawana dah sampai tempat tuh..
akak dok la ingatkan rumah dia kat German ...silap ..hahaah...

gambar..tak bisa nak ucapkan lagi..
(gitu..)

Unknown said...

Janggel: Aku dh pasang cctv tepi peti ais tu, ko amik je bunyi la alarm tepi tu hahaha..

Biqque: Idung org yahudi memang semua sama je, memang senang nk detect..cewahhhh.. Mesti la antar jaket tu, Aqilah kan comei, mesti dia tak sampai ati nk ambik buat rete sendiri hahaha.. I dh kasi tau aritu magnet tu memang utk korang jgk, tp i tamak sebab rasa cam cantik combine byk2 cam tu kekeke

John: Motif sgt la ko nk mencurik hahaha

Kak Coco: Saya ternganga bila akak ckp akak baca diary si Anne utk subject english!! kagum sangat, kalau saya yg kena baca time form 2, mau saya tidur kot! Sebabkan akak dh penah baca diary dia, akak pegi la bebila nanti tgk umah tu, demi mengembalikan nostalgia form 2 dulu (gitu) hahaha

Nur said...

gambar2 sangat cantek!!!

Orga said...

gambar-gambar cantik bangat...bangunan pun pelik-pelik, pasal Anne Frank tu, aku memang tatau langsung, maklumlah buta sejarah.

Unknown said...

Nur: :)

Orga: Bangunan pelik itulah yg buatkan Amsterdam sentiasa dihatiku hahahaha..

Naramas Aman said...

Salam,
Memang cantik-cantik2 gambar yang diambil photo editor BlueEwoke!

So much green and unique!

Baik ya minah negro tu pulangkan jacket Aqilah.

Saya ingin pergi ke sini, tapi belum ada peluang lagi.

Hamra said...

Menarik kisah Anne frank,nice info..sblm ni xpenah tau..he2 nmpk sgt bute sejarah ;p
Pic sume cun..mmg bersih amsterdam ni eh..

Unknown said...

Kak Naramas: Hahaha photo editor la sangat kekekeke.. Saya pun teringin nk ke sini lagi, mungkin nk pegi time winter plak, sebab teringin nk amik gambar canal waktu malam2, aritu tak sempat nk tunggu mlm, sb lewat benor matahari masuk tidor..

Hamra: usah gusar, setakat history Anne Frank tak yah kisah sgt la kalau buta pn, lebih baik kite study history tamadun islam dan yg seangkatannya kannn..

Mulan said...

kalo la last year my hubby banyak hari dapat cuti, i korek tabung nak duduk semalam kt boathouse.. tapi dapat 9 full days je utk drive & cover 6 countries... huwaaaaa... but sangat lah tak dapat dilupakan trip itu.. alhamdulillah all went smooth..

NanyFadhly said...

Assalammualaikum...
Salam singgah..sy planned nak ke sana bulan 4 tahun depan. 3 hari 4 malam.cukup tak? Nak gi keunkehof juga..travel ngan anak2 kecik.3 org. Boleh bgtau tpt tinggal yg sesuai utk kami yg ade anak2 kecik2 nih. Kami pergi naik train dr paris dan stop di amsterdam centraal. Kalau boleh nak cari hotel yg walking distance saje dr amsterdam centraal.

Unknown said...

mulan: Alhamdullilah, ok la dpt jugak merasakan? hehehe

Nany: Cukup je 4hari kt Amsterdam. Keukenhof lebih kurang 1 jam pjalanan dr Amsterdam. Hotel2 kt area Amsterdam Central tu memang banyak, esp kt area Damrak, you cari je, dari yg budget sampai ke harga mahal, semua ada :)

Azian Elias said...

bila tgk gambar2 u yg amat menarik ni, rasa menyesal pulak tak ke sana masa my sister duk kat sana 2 years ago.. sangat2 menyesal..

Unknown said...

Azian: Xpe, lain kali boleh pergi juge :)