Haaaaa seperti tahun-tahun yang sudah, tahun ni, Sekupang team (Chawanna & Biqque) sekali lagi menganjurkan contest PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011! Penat tau, kami bertungkus lumus memikirkan challenge-challenge untuk tahun ni, setiap tahun makin susah pulak..ish ish... Ada yang sampai jatuh kusi, duk gelak memikirkan challenge2 ni..adeh...
So diharapnya tahun ni lebih BANYAK blogger-blogger yang masuk untuk memeriahkan contest ni! Hadiah? Hmm part ni paling best! Jangan risau..pasti ADA!!! Ini bukan contest biasa-biasa yang korang join tu..NI LAIN DARI YANG LAIN!! So of course la hadiahnya pun lebih hebat dari contest-contest yang lain..kan Biqque kannnnnnnn?
Kepada yang nak tau history mana datang nya contest PHOTO CHALLENGE NI, boleh baca di sini
Ok jom layan apa syarat-syarat contest ni... kalau ada yang tak clear/ tak paham, sila tingalkan comment anda, insya Allah akan dijawab :)
------------------------------------------------------
Copy paste dari Biqque
SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.
Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah la.
10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.
2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.
3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.
4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.
5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!
7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.
8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala.Kaki tak leh pijak tanah ok!
9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!
10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!
REMINDER!
Ingat! Semua aksi-aksi diatas, mesti ada tiga syarat utama tu (refer kat atas). Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011”dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari.
Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (12 Sept 2011) jam 12.00 tengah hari.
Segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!
HADIAH-HADIAH NYER?
GRAND PRIZE :
SATU* TIKET/VOUCHER*
1ST RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*
2ND RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*
*Tiket/voucher could be in various of medium/method/form. Jangan main-mainnnn...
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.
APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA!
DAN PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN
SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE?
Originated by Sekupang Team.
-----------------------------------------------
Ha amacam? Susah ke? Mana ada susah!!! Ini semua ikut creativity masing-masing. Jangan la pikir straight sangat, belok-belok sikit, janji dapat hasil yang dikehendaki.
Akhir kata, jangan lepaskan peluang keemasan anda untuk memenangi tiket/voucher gempak itu.. Hokayyyyyyyyyyyy...