Thursday, January 13, 2011

Checklist for Delhi Trip

Diam tak diam, countdown ke India sudah makin hampir ke penghujungnya. Tapi geng semua macam buat dek je. Apa sudah jadi? Mau main belasah je kah? Mahukan cabaran baru sempena tahun baru? Emm bagus nih!!!! Traveller SEJATI. Geng Sekupang, memang kaki main hentam, setakat hari ni, tak penah lagi pergi travel ikut mana-mana travel agent!! Cayalah!

Apa rahsianya? Aaaa mudah je. Perlu rajin membaca, dan baca, dan baca... Kan sekarang zaman informasi dihujung jari. Petik saja sudah mari!!!

Ok, berbalik semula cerita pasal pengembaraan ke India akan datang nih, memang tak sabar sebenarnya. Kalau orang lain takut nak pegi, aku terkedek-kedek nak pegi hik hik hik..

Expectation? Tak berani nak expect apa-apa pun. Takut frust menongeng. Kalau boleh nak pergi sana dengan minda yang terbuka, senang nak absorb apa patut ahahahaha.. Main concern aku adalah kebersihan!! Toilet especially!!Cam mana la agaknya kan? Emm agak seram sejuk juga memikirkannya ni. So sesiapa yang pernah ke India, sila lah khabarkan berita public toilet disana ya, kerana saya ingin tahu...

Checklist untuk Delhi, sehingga ke hari ini yang masih belum ada apa-apa action adalah seperti berikut;

1. India Visa - Harga mahal nak mampus RM 168 per person ok!!! So imagine la kami sekeluarga RM 168*3 = RM ?? (u do the maths!!) Infant pun price macam adult....Masa ooohh masa, duit oooh duit..dimana kamu??

2. Indian Rupees - Indian Rupees memang murah berbanding RM, tapi kami tak tukar lagi. Tak tau nak bawa berapa banyak. Budget pun tak abis kira lagi. Apa kes kan?

3. Accessories utk D90 - lens baru? Hahahah mimpi la kamu nak beli baru!!! Pakai saja apa yang ada. Memory card pinjam dari Lane je, jimattttttttttttttttttt.. Tripod? Geng sila bawak, kitorg tak cukup kaki tangan dah nak angkut tripod hik hik hik..

4. Pick A Seat - Belum beli lagi, baru-baru ni beli Meals and Baggage je.. Mungkin seminggu dua lagi kot..berlambak je tengok seat kat web AA tuh..

5. Luggage - Kononnya nak beli backpack, tapi Cawan kata tak payah, pakai je apa yang ada. So tugas aku, adalah meng*utilise*kan bag yang ada untuk kasi muat barang untuk 2 adult & 1 infant!! Dah mula ke? BELUM LAGI..hahaha..last minute packing is always the meriah one I tell u..I lioke the kelam kabutness!!!

6. Olympus - Sejak ada D90, dia seakan merajuk, time aku pakai je, kejap-kejap bateri nak kong, kejap-kejap viewfinder jadi blank!!! Sakit jiwa kan!!! Nak hantar servis macam tak sempat dah..ooooohhh apalah nasib. Ada sapa-sapa nak kasi pinjam camera??? hik hik hik.. Pastu 2 set bateri AA (8 bijik) yang selalunya dijaga rapi, entah hilang ke mana, jumpa yang ni, satu set lagi hilang entah ke mana..pagi tadi tengok yang 1 set ni dah tingal 3 biji, mana lagi sebijik entah!! Aqilah makan kot?? Apakah action berikutnya? Beli bateri barukah? Atau tingal je dia nih!!!!!!

7. Baby Aqilah - Banyak benda nak kena beli untuk Aqilah, insect repellent, bodysuit untuk tidor, baju baru sehelai dua, light weight stroller dan macam-macam lagi.... Bila? Tak tau!!

8. Mummy Aqilah - Nak beli mascara baru, dan baju baru sehelai dua. Bila? Tak tau jugak!!

9. Daddy Aqilah - Paling sempoi, tak payah apa-apa yang baru..hik hik hik..

10. ....

11. ....

12. ....

The list goes on and on and onnnnnnnn....Emm macam tu la cerita nya...

Harapan saya? Harapnya, MASA tu akan tiba la satu hari sebelum berangkat ke Delhi...supaya segala urusan saya diatas dapat diselesaikan dengan jayanya...AMIN... (eleh buat-buat busy konon huhuhu)

6 comments:

Biqque said...

buku hikmat??????? TAK MULA APA2 PUN LAGI, NOT EVEN THE COVER!

battery AA baru? telepati lagi! ye, i nak angkat satu set lagi, bilakah? jom!

barang mekap? dahhhhhhhhhhh :D settle!

masalah i skang ni, BAJU & KASUT! TATAU NAK PAKAI APA NIIII! hmmm...

Unknown said...

Ye buku hikmat pun tak buat apa lagi..haha buat Biq jgn tak buat!!!!!

Bateri tu rasenya nak beli satu set lagi, leh guna utk breastpump gak hahahaha..

Baju dan Kasut memang masalah besar..Takde baju dan kasut sesuai takat hari ni..emmm...kene cari stylist kot kuang kuang kuang..

Harlaney said...

yangon nye pun aku tak buat lagi.. hohoho..

Unknown said...

Tak pe byk masa lagi. Jgn lupe flight Yangon dh kene reschedule..

Lily Riani said...

guys, battery spare kat spore cheaper, if tau sesapa kat sana gi cari. kat it mall diarang. lucky plaze pun shud ada.

buku delhi DK brand i ada, si javier bawak next week, i can pass to you guys.

Unknown said...

Ha cakap pasal buku travel ni. Buku HK & Macau u ada lagi nih. (eh lupe i letak mana..rasa dlm beg tu lagi..nanti i pas kat cawan suh pas kt u yek!)