Wednesday, January 19, 2011

Drama Si Drama Queen

Ikutilah kisah si Drama Queen Aqilah..


(Mummy) Stalking Aqilah dari jauh &  (Aqilah) Me in La-La Land.. having a good time..lalalalalaaaaa

(Mummy) Haaa tangkap dia!!!  (Aqilah) No mood for photo today mummy..get the camera out of my face NOW!!!

(Aqilah) Kan saya dah kata!! Jangan ganggu saya..saya nak nangis kuat-kuat..padan muka mummy!!

(Aqilah) Tengok muka saya ni..saya sedih ni..merah mata saya menangis..jangan ambil gambar saya...

(Aqilah) Kenapa mummy masih tak paham?? Saya kata tak mo bergambar!! Jangan suruh saya pandang camera tu!!!! Annoying la mummy ni...Biar saya merajuk disini sorang-sorang. Mummy pujuk saya sekarang!!... (Mummy) Aqilah..Aqilah..tengok sini...ooo Aqilah..tengok la sini cepat....

(Aqilah) Aaargg malas la..tak de maknanya saya terus menangis, baik saya beralih ke tempat lain, tak kuasa saya nak layan mummy yang senget tu..


(Aqilah) Wah menariknya nampak display rack daddy tu, kalaulah saya reti bukak cermin tu, saya ambil semua yang ada dalam tu...eemm bestnye..


(Aqilah) Emmm mainan daddy tak boleh nak capai, tengok tv kejap la sementara tu...Mummy saya masih lagi main camera, takde keje la mummyku ini..pegi masak untuk daddy lagi bagus..

 
(Aqilah) Emm rocking chair ni nampak menarik jugak, boleh saya enjut-enjut...apa dia tulis kat label ni? Emm tak cakap pun baby tak boleh naik..so boleh la saya naik kan????

 
(Aqilah) Tak sampai la saya nak panjat kerusi tu..lain kali la..emm kena pikir nih, nak buat apa yek, mummy saya masih lagi terpanggil-pangil nama saya untuk bergambar..eeee tension la saya macam nih...susah dapat mummy yang tak paham bahasa ni..nak saya cakap tamil ke mummy oi??


(Aqilah) Saya dah kehabisan idea ni, baik saya pandang bawah je. Mummy dah tertonggeng-tonggeng ambil gambar saya. Bosan betul laa, dari ambil gambar saya, baik main dengan saya..ada gak faedahnya... Biar la saya sendirian disini..


(Aqilah) Arrgg saya give up...saya tak boleh sendirian, tolong la sesiapa layan saya. Saya menangis lagi nih.Mummy tolong la paham sikit!! Sudah-sudah la tu ambil gambar saya, pujuk saya ni lagi baik...kasihani la saya ini...saya terasa nak lari dari rumah je..baru mummy menyesal tak dengar cakap saya.. (Mummy) Aqilah, cepat la..last nih..last gambar nih..ooo ci comei..cepat la..oo jual mahal yek!!!


Akhirnya, mummy Aqilah membiarkan Aqilah keseorangan, dan terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk daddy Aqilah. Aqilah pula terus terdiam sendiri, sebab tau mummynya malas nak layan..Sesekali, kedengaran dari dapur, Aqilah seolah menangis, dan kadang-kadang ketawa. Mungkin confuse agaknya, mana satu nak buat untuk tarik perhatian mummynya... Sekian...

Pengajaran: Lain kali jangan jual mahal dengan ibu anda. Nanti anda akan dibiarkan keseorangan. Hehehe

Sunday, January 16, 2011

Malaysia Hot Wheels 2nd Anniversary Dinner


---------------------------------------------
Venue;
Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, KL

Date & Time
15-01-2011 / 6 Pm - Midnight

First 50th registered members (qualify for club car + dinner car)

---------------------------------------------

Nak dijadikan cerita, sabtu mlm pergi dinner Hot Wheels Club Malaysia.. tp Aqilah ngan Mummy nye kena ikat kat rumah.. kesian..

Bawak balik this exclusive cars

+ lucky draw.. best!!


Video by Member *Atom

Ringkasan nye, macam2 perangai dr member club, aktiviti racing tak dilupa, dgn charity bid untuk kereta custom, dan cabutan bertuah.. hope tahun depan dpt join lagi.. Penganjur memang best!

Another club member blog: Kurz

2040


Berhutang sehingga ke hujung nyawa?

Beberapa hari sudah Cawan ke Ambank untuk ambil Surat Baki Pinjaman. March tahun ni, genap setahun menghuni di rumah baru dan sudah hampir setahun juga kami membayar loan rumah. So tingal lagi 29 tahun to go!!!  (huh lama lagi tuuuuuuu!!!). Tarikh Bayaran Akhir adalah 01.02.2040 (seperti yang dilihat dalam gambar diatas)

Bila mengenangkan lagi 29 tahun lagi nak bayar loan rumah (entah-entah umor lagi pendek dari last payment huhuhu..takutttttttttt), aku dan Cawan dah berbincang untuk memendekkan dari 29 tahun ke 25 - 20 tahun, Insya Allah (masa sign agreement dengan bank tahun 2007, tak berani nak amik yang 20-25 tahun punya repayment installment, sebab rasa tak mampu sangat time tu..so we end up taking 30 years punya installement plan!!) Macam mana? Entah la, kami pun tak sure macam mana, tapi antara optionnya, adalah bayar monthly payment lebih lagi dari jumlah sepatutnya (kalau mampu) ..so tahun ni nak cuba la strategi tu. Harap-harap boleh pendekkan 2-3 tahun pun ok. Penyelesaian lain, adalah mengeluarkan EPF account 2 untuk mengurangkan baki loan perumahan :p

Hutang lain, sudah sampai ke penghujungnya. Starting March ni boleh la Cawan meronggeng dan sambung balik hobi dia!!! (boleh simpan lebih untuk gadget baru?? dan topup savings kan?? :p) Yippie... oh jangan lupa savings kitchen cabinet kita juga, strategi 1 Bulan - 1 Ribu (logickah? memang logic pun, kalau tak, tak dapat la kami travel, D90 dan benda-benda lain..tapi kelemahannya??? lambat la sikit dapat barang-barang yang dihajati tu, orang lain dah dapat, kami terkebil-kebil tengok je..hik hik hik :p)



P/s to Cawan: Sila bayar consultation fee untuk pengurusan wang ringgit anda kepada saya :p

Friday, January 14, 2011

Aqilah Portraiture


8 Jan 2011 - Aqilah & Auntie Biqque @ Wedding Nizam & Ainey, Ipoh. Masa ni Aqilah dah mula rimas, sebab pakai baju kurung. Dapat je dia kat Auntie Biqque, haaa amik ko..abis kena selak-selak, seksi meksi la Aqilah tengahari tu. Dan akhirnya, terlucut jugak kain baju kurung Aqilah, sebab nak mengurangkan ke'panas'an dan ketidakselesaan Aqilah tengahari itu.. (Auntie Biq, jangan lupa share gambar 50D yang ada muka Aqilah yek...tag daddy saya dalam FB tu nanti, saya nak glamer gak :p)

 11 Jan 2011 - Gambar diambil dekat waktu senja, aku baru je balik dari office. Tengok dia macam comei sangat lepas bangun tidur, tak buang masa, terus capai camera, dan snap moment ni..huhuhuhu..(muka bangun tidur memang terserlah!!)

13 Jan 2011 - Diambil selepas Aqilah mandi pagi. Hari ni pakai cun sikit, sebab daddy Aqilah nak bawak Aqilah jalan-jalan kat Midvalley lepas antar mummy pergi office (tak aci berjalan berdua je diorg nih!!!). Kasut H&M Aqilah yang beli kat HK hari tu dah boleh pakai. Muka Aqilah masa ni macam sopan je huhuhuhu.. (control ayu le tu)


~ Aqilah January 2011 ~

Thursday, January 13, 2011

Checklist for Delhi Trip

Diam tak diam, countdown ke India sudah makin hampir ke penghujungnya. Tapi geng semua macam buat dek je. Apa sudah jadi? Mau main belasah je kah? Mahukan cabaran baru sempena tahun baru? Emm bagus nih!!!! Traveller SEJATI. Geng Sekupang, memang kaki main hentam, setakat hari ni, tak penah lagi pergi travel ikut mana-mana travel agent!! Cayalah!

Apa rahsianya? Aaaa mudah je. Perlu rajin membaca, dan baca, dan baca... Kan sekarang zaman informasi dihujung jari. Petik saja sudah mari!!!

Ok, berbalik semula cerita pasal pengembaraan ke India akan datang nih, memang tak sabar sebenarnya. Kalau orang lain takut nak pegi, aku terkedek-kedek nak pegi hik hik hik..

Expectation? Tak berani nak expect apa-apa pun. Takut frust menongeng. Kalau boleh nak pergi sana dengan minda yang terbuka, senang nak absorb apa patut ahahahaha.. Main concern aku adalah kebersihan!! Toilet especially!!Cam mana la agaknya kan? Emm agak seram sejuk juga memikirkannya ni. So sesiapa yang pernah ke India, sila lah khabarkan berita public toilet disana ya, kerana saya ingin tahu...

Checklist untuk Delhi, sehingga ke hari ini yang masih belum ada apa-apa action adalah seperti berikut;

1. India Visa - Harga mahal nak mampus RM 168 per person ok!!! So imagine la kami sekeluarga RM 168*3 = RM ?? (u do the maths!!) Infant pun price macam adult....Masa ooohh masa, duit oooh duit..dimana kamu??

2. Indian Rupees - Indian Rupees memang murah berbanding RM, tapi kami tak tukar lagi. Tak tau nak bawa berapa banyak. Budget pun tak abis kira lagi. Apa kes kan?

3. Accessories utk D90 - lens baru? Hahahah mimpi la kamu nak beli baru!!! Pakai saja apa yang ada. Memory card pinjam dari Lane je, jimattttttttttttttttttt.. Tripod? Geng sila bawak, kitorg tak cukup kaki tangan dah nak angkut tripod hik hik hik..

4. Pick A Seat - Belum beli lagi, baru-baru ni beli Meals and Baggage je.. Mungkin seminggu dua lagi kot..berlambak je tengok seat kat web AA tuh..

5. Luggage - Kononnya nak beli backpack, tapi Cawan kata tak payah, pakai je apa yang ada. So tugas aku, adalah meng*utilise*kan bag yang ada untuk kasi muat barang untuk 2 adult & 1 infant!! Dah mula ke? BELUM LAGI..hahaha..last minute packing is always the meriah one I tell u..I lioke the kelam kabutness!!!

6. Olympus - Sejak ada D90, dia seakan merajuk, time aku pakai je, kejap-kejap bateri nak kong, kejap-kejap viewfinder jadi blank!!! Sakit jiwa kan!!! Nak hantar servis macam tak sempat dah..ooooohhh apalah nasib. Ada sapa-sapa nak kasi pinjam camera??? hik hik hik.. Pastu 2 set bateri AA (8 bijik) yang selalunya dijaga rapi, entah hilang ke mana, jumpa yang ni, satu set lagi hilang entah ke mana..pagi tadi tengok yang 1 set ni dah tingal 3 biji, mana lagi sebijik entah!! Aqilah makan kot?? Apakah action berikutnya? Beli bateri barukah? Atau tingal je dia nih!!!!!!

7. Baby Aqilah - Banyak benda nak kena beli untuk Aqilah, insect repellent, bodysuit untuk tidor, baju baru sehelai dua, light weight stroller dan macam-macam lagi.... Bila? Tak tau!!

8. Mummy Aqilah - Nak beli mascara baru, dan baju baru sehelai dua. Bila? Tak tau jugak!!

9. Daddy Aqilah - Paling sempoi, tak payah apa-apa yang baru..hik hik hik..

10. ....

11. ....

12. ....

The list goes on and on and onnnnnnnn....Emm macam tu la cerita nya...

Harapan saya? Harapnya, MASA tu akan tiba la satu hari sebelum berangkat ke Delhi...supaya segala urusan saya diatas dapat diselesaikan dengan jayanya...AMIN... (eleh buat-buat busy konon huhuhu)

Tuesday, January 11, 2011

Beach Vacation Wishlist

I've been dreaming about having a beach vacation lately. Why? Because I LOVE beaches! With crystal clear water, clear blue sky, and the thought of swimming dalam crystal clear water tuh....ewah bermimpi lagi..but seriously, when was the last time I had beach vacation? 2009!! huh lama gila kan??

So check out my dream beach vacation spots below..hopefully tercapai ler..

1. Maldives - very pricey but who cares!!! cewah.. When? 2011? err cannot..2012 perhaps?? *wink *wink

2. Sipadan, Sabah - quite pricey too.. boleh try diving & amik PADI cert sekaligus here kan??

3. Perhentian Island - Terengganu - the nearest yet until today tak sampai-sampai lagi..and very afforable too.. ha bile??? bile?????????????????????

4. Mauritius - the farthest, somewhere in Africa continent... sila berangan lagi Na

5. Lombok, Bali - quite cun jugak..

6. Byron Bay, Australia - Nak pergi lagi untuk kesekian kalinya..World's sexiest beach tuh..when? 2016? 2017?? * wink lagi sekali hehehe


Ha amacam? Any other suggestions my frens? huwaaaaaaaa..nak mandi laut!!!!!! 

P/S: Tolong jangan suggest PD atau Pangkor yek!!!!

Friday, January 7, 2011

Guilty Pleasure

I Love Daim Cake..and I want one NOW..nyammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


Note to Cawan: Let's head down to Ikea tonight!!!

Monday, January 3, 2011

I Love Click : My Best Travel Picture Contest!



1) Create an entry with this title : I Love Click : My Best Travel Picture Contest! - Done

2) Copy paste the contest BANNER into your post and LINK BACK to this post. - Done

Click banner bawah nih kalau nak tau pasal contest tu..

3) Pick your BEST photo and briefly DESCRIBE about it. - Done

Gambar ni diambil masa Sekupang team pegi travel ke Gold Coast. Lokasi sebenar gambar ni kat Byron Bay, cun gila tempat ni...dan yang paling bestnye jugak, dalam ramai2 member kitorg pergi ke GC tak penah lg sampai ke sini, balik2 diaorg cuma tau Movieworl, Dreamworld, Surfers Paradise huhuhuhuh, tak ke boring namanye tu??? Dan yang paling tak boleh lupa, sekali lagi aku mengalami allergic reaction just before kitorg nk bertolak ke sini. Tension beb, mata bengkak, sampai tak boleh bukak, sepanjang hari kena pakai shade, even kat dalam mall pada waktu malam!!!! Gambar ni pun bukan senang nak capture, entah attempt yang ke berapa kali baru dapat, ada yang tak nampak muka, ada yang tak ready nak lompat, jenuh gak la setting camera..dan hasilnya, gambar ni lah yang termantop sekali huhuhuhu... Tapi reason yang paling best pasal gambar ni, adalah sebab semua geng Sekupang turut serta, memang happening habis!!!!!



4) Be my follower. (Optional but it's a bonus :) - dah berkurun pun jadi follower

5) Leave a COMMENT of your link entry, in this post. - Done!!