Friday, September 27, 2013

Cerita Crayon Aqilah

Hari ni, aku work from home, Aqilah, aku tak hantar pegi day care, sebab saja nak spend time dengan dia. Minggu ni asyik balik lewat je, selalunya dah sampai rumah, cik Aqilah dah tidur..

So lunch hari ni, aku saja bawak jalan-jalan kat Festival City, saja suka-suka berjalan berdua-duaan dengan anak, mother-daughter bonding time katanya hehehe. So kasi chance la Aqilah pergi main la, pegi jalan-jalan kat Kaison la, dan of course ada makan-makan juga hehe. Tengah syok-syok aku cuci mata kat Kaison, tiba-tiba Aqilah kata nak pegi kencing, haish tak dan aku nak membeli belah, dah kena keluar kedai! So aku suh Aqilah pilih apa dia nak, Aqilah ni bagus nya, kalau pegi shopping, dia dah diajar, amik 1 barang je, tak leh lebih, kalau lebih, dia kena pilih hehehe..bagus daddy Aqilah training dia macam tu, selamat duit mummy daddy. So last-last dia pilih crayon hehehe..Dah bayar kat kaunter RM2.90, cepat-cepat aku keluar bawak dia pegi toilet secepat mungkin. 

Aqilah sebenarnya tengah potty training, walaupun macam lewat sikit start training (Aqilah 3y 2m) tapi so far so good la, hari pertama training, 3 kali dia bocor, kat rumah 2 kali, kat kedai makan sekali, tapi lepas terkencing kat kedai makan tu, balik rumah terus dia pandai cakap nak kencing, dan sejak hari tu, dia tidak menoleh kebelakang lagi hehehe..Alhamdullilah, takde susah-susah aku nak training. 

Lepas dia dah pergi toilet, nampak pulak kedai mainan, so dia ajak berhenti, nak main dulu, kat depan kedai tu memang ada kasi main blok kecik-kecik tu free. Dia memang pantang main susun-susun ni, aku pun layankan je la..

Serius betul bila dapat mainan macam ni, macam la kat rumah takde!



Aqilah dah ke belum? aku tanya.. Belummm, mummy tunggu sikit lagi nak siap ni.. (cess..padahal buat line panjang je, ingatkan buat castle ke dragon ke..beria betul budak ni!)


Nak siap dah ni mummy..tunggu ye..tunggu ye..sabar..  kata Aqilah hehehe, tak pasal aku kena sebijik! Sabar ok!

Dah siap buat line tu, dia pun berdiri, siap babai-babai kat mainan..esok datang lagi katanya..jangan tanggal tau (dia pesan kat kat mainan tu huhuhuh)

Ok next, kita pegi makan pulak, Aqilah request nak makan french fries, so terpaksa la mummy bawak makan tempat western sikit. Kita makan San Fransisco Pizza! Sambil aku busy tengok menu, Aqilah sibuk suh bukak crayon dia beli tadi, aku sua kertas promosi barang yang dapat tadi tu, so dia boleh kill time nak hilang bosan, so gigih la dia melukis itu ini..kejap-kejap dia kata ayam..kejap lagi dia kata..mummy tengok ni duck.. mummy tengok ni Qilah lukis car..cantik tak? sambil tersengih-sengih..aku pulak, masih lagi terpinga-pinga tengok menu, ish susah betul nak buat keputusan! Sambil tu aku jeling kat Aqilah, betul ke ada rupa ayam atau duck seperti yang diwar-warkan tu..sambil jeling ke kiri..hmm takde pun....aku sambung balik order..lepas order..aku tanya dia..

Aku: mana duck dengan car Aqilah lukis tadi?? 
Aqilah: Ni!! tak nampak ke.sini mummy..sini..tengok ni.. (sambil tunjuk kertas kosong)..
Aku: (kerut dahi jap, biar betul budak ni..) maanaaaa? tak nampak pun...
Aqilah: (Menghela nafas) Mummy niiiii..siniiiiiiiiiiiii... kan Qilah tunjuk sini ni...
Aku: Bak sini crayon tu, mummy nak lukis pulak..

Gigih anak aku melukis..adalah dalam 10 minit menconteng-conteng atas kertas tu, tapi apa pun tak kuar! So masa aku sendiri try lukis, baru aku sedar rupanya crayon tu bukan crayon sebenar! tapi benda tu pemadam! Ya Ampun..aku rasa nak tampar diri sendiri je masa tu...grrrr...

Nasib la Aqilah ni imiginasi tinggi, abis ayam, duck, car semua ada dia lukis atas tu, pastu iya-iya pertahankan pendirian dia yang semua dia lukis tu ada kat situ, aku yang tak nampak..uwaaa..takpelah, mummy paham Aqilah..asalkan Aqilah bahagia walaupun sebenarnya mummy rasa bersalah sebab crayon tu bukan crayon sebenar! Ampunkan mummy, mummy tak reti bahasa korea nak baca kat kotak crayon tu hahaha..terpaksa la Aqilah bertabah ok!

Crayon pemadam ni cukup stok untuk 2 tahun bila dah sekolah esok, so tak yah gatal-gatal nak beli pemadam lagi dah lepas ni..

Bila kenang balik, memang tergelak aku sengsorang dalam restoran tu tadi, sangat kelakar ok..memang best la hari ni spend masa bersama berdua dengan Aqilah walaupun ada minit-minit yang buatkan aku rasa nak tendang je dia kat ceruk diam-diam hehehe..i love u always Aqilah!!



Monday, September 23, 2013

Trip 5 jam ke Kota Singa

Cuti hari Malaysia baru-baru ni, kitorg sempat jalan-jalan ke Johor, memang senjaga bawak passport, kalau rajin, kitorg nak masuk Singapore. Tapi bila dah sampai Johor, aku baru perasan yang Snugbaby carrier tertingal, jadi aku batal terus niat nak ke Singapore, sebab stroller pun tak bawa. Tapi Cawan beria-ia nak jugak pergi, katanya duduk kat Johor pun macam takde apa nak tengok. Aku bukannya apa, mood Aqilah ni kadang-kadang ok, buatnya karang tetiba dia nak tidur, larat ko nak mendukung tiap masa? Aku sah-sah la tak gigih sangat dalam cuaca panas Singapore tu kan..ya ampun sangat!

Sebabkan daddy Aqilah gigih sangat, maka terjadilah jugak pergi Singapore. So lepas Zohor, baru kitorg gerak ke Singapore, tingal kereta kat stesen bas Larkin, dan terus naik bas kuning Causeway tu. So far so good, Aqilah excited je, siap HELLO HELLO lagi kat orang dalam bas..ihiks.. nasib baik masa turun naik bas nak cop passport pun berjalan lancar je, tiada adegan dukung mendukung..kus selamat..

Sampai Kranji station di Singapore dalam jam 4 petang , kitorg pun tak tau nak pergi mana, so kitorg main tikam je la, jom lah ke Orchard Road, padahal bukan bawak duit nak shopping pun..belasah je la..hehehe..

Ha apa lagi aktiviti kat sini, melainkan amik gambar je lah setakat yang mampu..Cawan gigih melayan Aqilah terloncat sana sini, riang sungguh, nasib baik petang tu cuaca mendung sikit, so takde la panas terik yang melekit-lekit badan tu.

Masuk kedai cenderamata untuk cuci mata je, tak tau nak beli apa pun.

Ni lah rupa Orchard Road hari minggu lepas, ramai gila pinoy bertenggek tepi-tepi jalan, dah macam kat negara diorg je, ingatkan kat Malaysia je jadi macam ni, rupanya Singapore pun sama. Paling geli bila tengok mamat-mamat bangla duk mengorat minah-minah pinoy ni, siap pegang-pegang tangan, dan bertukar no phone, haih memang tak boleh blah la tengok muka mat-mat bangla tu..seram beb hahahah

Ambik gambar depan butik mewah uols...aku pun tak sempat nak bergambar macam ni, dah penuh dengan diorg je hahaha

Untunglah ada yang gigih nak mendukung..

 
Bukan main suka Aqilah dapat berjalan..

Nak tengok air pancut plak dah..nasib dia tak mintak nak mandi..phewwww..


Butik mewah yang tak layak untuk orang-orang macam aku nih hehehehe

Bertabahlah, gambar Aqilah memang banyak dalam entry ni, watak utama katanya hahaha




Tourist dan penduduk tempatan penuh sepanjang Orchard Road ni..

Ikon terkenal kota Singa

Kitorg berjalan sampai station Somerset, lepas tu amik train lain untuk ke Esplanade, tujuannya nak amik gambar Aqilah dekat 2 landmark terkenal di Singapore! 

Meriah sungguh kat station Esplanade ni, rupanya ada exhibition untuk kanak-kanak bulan Oktober akan datang ni, iaitu Octoburst, Children's Day Festival.

Aqilah leka la tengok lukisan ni semua, cantik katanya hihihi..

Advertisement kat tepi-tepi jalan tu pun Aqilah nak tengok, sebab colorful sangat, dia ingat sama macam lukisan yang tadi kot hehehe..penat kena dukung, sebab dia kata tak sampai nak tengok!! nasib baiklah daddy gagah perkasa huhuhu..


Benda alah ni banyak di sepanjang laluan pejalan kaki di stesen Esplanade. 




Ni bukan Aqilah yang bergambar, tapi mummynya, payah betul kalau nak suruh dia posing betul-betul. Sikit-sikit marah jangan ambik gambar dia!

Tengah berlakon masak-masak kat depan Marina Bay Sands.. "nak order apa??", lepas main masak-masak, dia bantai nyanyi plak kat sini..korang leh dengar kat video bawah ni, memang tak bleh blah, dah la lagu Wau Bulan! heee

Video dari handphone

Orang memang ramai la time ni, maklum la cuti hari minggu, orang tempatan dan rombongan bas berduyun-duyun masa ni, semua pakat nak tengok light show la tu, padahal bukan best kot, kitorg lepak kat situ dalam 15 minit je kot, sebab nak balik semula ke Johor naik bas, kang takde bas kang, naya je hehehe

Tripod tak bawak, bertabah je la amik gambar malam-malam macam ni.. lepas ni kitorg nak ke Arab Street, pekena sup merah, tapi aku risau lambat nanti, maklum la naik public transport, so aku suh Cawan tapau je sup merah tu, makan kat hotel nanti.

Maka balik la kitorg ke Johor dengan seplastik besar sup merah, Cawan beli untuk 4 orang makan! Padahal yang makannya aku dengan dia je, adik aku tengok sup merah menyala tu, terus takde niat nak makan, hahahaha, Aqilah pulak, on the way balik, masih segar bugar lagi, sibuk duk "Hi Hi" kat orang belakang seat dia, bila mamat tu tak respond, dia cakap "eh mummy, orang belakang ni dah tidur la tu", bila bas berenti lama-lama kat traffic light, Aqilah cakap "ee cepat la bas ni, orang nak balik ni, tak nak balik ke ha??" kekekeke.. nasib baik dia tak nyanyi wau bulan lagi dalam bas tu, sampai ke stesen Larkin, masuk kereta, tak sampai 5 minit, baru Aqilah tidur..penat sangat la tu hehehe..


Friday, September 13, 2013

Senang ke Travel Dengan Anak?

Soalan cepumas yang selalu ditanya kat aku --> senang tak nak travel bawak anak? (maklumlah aku kan ada anak hehehe, tak kan nak tanya kat John (Kaki Berangan) pulakkkkkkkkkkkk! hiks)

Hehehe..jawapannya adalah TAKDE LA SENANG SANGAT! tak percaya? tapi itulah hakikatnya! bukan mudah ok, yang pertama-tama sekali, sifat SABAR kena tinggi, maklum la kerenah anak-anak kecik ni macam-macam, kadang-kadang senang nak handle, kita boleh la tersengih girang macam mudah sangat nampaknya bawak budak jalan merata turun naik flight/keretapi, pegi sana sini sinun bagai, tapi bila datang tantrum anak buat benda pelik pastu nangis terpekik terlolong macam mati laki/bini tu, itu jam, aku punya temperature pun boleh naik sampai 101 celcius, bingit ok, bila budak kecik nangis kuat-kuat ni, aku confirm la memang hilang sabar! (pengakuan berani mati huhuhuhu)

Yang keduanya, kena PANDAI dan KREATIF, pandai di sini bukan bermaksud ada ijazah atau phd bertingkat-tingkat, tapi pandai nak pikir mana yang betul/salah, perlu ke tidak, sesuatu yang aku rasa tak boleh belajar dari buku teks, tapi hanya dari pengalaman sendiri je. Sebab apa aku cakap tak leh belajar? sebab perangai anak masing-masing bukan sama, yang dari darah daging sendiri pun belum tentu kuar sama perangai, kalau 3 orang anak, 3 perangai berlainan ye. Semua try and error je kekdahnya hiks..

Yang ketiganya, kena GIGIH. Kalau tak gigih, nak pergi Giant bawak anak pun belum tentu, inikan pula nak pergi travel jauh-jauh kan?..betul tak para-para ibubapa sekalian? Betulkan? kan? kan? 


Situasi 1.
Bayangkan situasi ni, sambil korang tengah syok-syok duduk bawah pokok sakura sambil-sambil kira kelopak bunga sakura atau tengah syok main-main baling salji laki bini, tiba-tiba anak korang "mummy.mummy nak susu.." sambil buat muka terkebil-kebil tak bersalah kacau korang tengah syok-syok tu, boleh bayangkan? situasi biasa bukan?.. ha itu kira ok lagi ye, kalau anak kata nak tidur, itu pun kira ok lagi. Tapi macam mana tiba-tiba dia mintak nak tidur, tapi bantal atau selimut kegemaran dia tertingal di tanahair tercinta, sebab kebodohan dan kealpaan korang berada ditahap paling maxima ketika itu? Haru takkkkkk? Haru kan???? dah la anak nak tidur, bantal pulak takde, anak pulak pesen tak boleh tidur kalau takde bantal/selimut kegemaran..memang parah!! Nak memujuk budak yang nak tidur memang memerlukan KESABARAN yang tinggi, sebab aura tantrum diorang nak masuk alam tidur tu memang lain macam sikit, tak payah la korang nak cubit-cubit anak, nak tinggikan suara suruh diam, memang tak berhasil, percayalah cakap aku ni hehehe, pujuk dan cakap elok-elok, yang penting, jangan sekali-kali janjikan benda yang korang tak boleh kasi, aku memang pantang macam tu. Jadi keywordnya disini ialah SABAR dan kena PANDAI, ikut KREATIVITI masing-masing, jangan buat benda terlarang sudah hehehe..

Contoh Situasi 1: Aku baru nak posing dengan payung sambil berbackgroundkan buluh-buluh tu, dan2 tu la Aqilah sibuk nak mintak dukung! Menyumpah jugak dalam hati, tapi sabar je la...tak baik menyumpah depan anak..dalam hati takpe (acah je) hehehe


Situasi 2.
Bayangkan negara yang korang pegi tu, banyak memerlukan korang naik subway/bus untuk melawat ke tempat-tempat menarik tu, tapi kat station subway tak kelihatan pun tanda-tanda ada lif atau escalator, yang ada hanyalah tangga dan tangga dan tangga dan tangga. Jadinya disini ibu bapa akan diuji dengan KESABARAN untuk kesekian kalinya, tak kan pasal tangga sanggup cancel plan? tak kan la jugak nak tinggalkan anak kat tepi jalan? hehehe..Bayangkan berpuluh-puluh anak tangga yang nak kena naik atau turun, boleh bayangkan hazab yang bakal korang tempuhi??? kalau anak kecik setakat berat 3-4 kilogram (saiz newborn) ok la, tapi kalau berat anak pun macam berat beras sekampit (10-15 kilogram), pitam weh nak mengangkat! Jadinya di sini memerlukan KEGIGIHAN yang tinggi yakmats. Perlu diingat ye, mengangkut backpack seberat 15kg tak sama dengan angkut manusia seberat 15kg melainkan korang segagah The Rock kekekeke.. Strategy nak mengangkat anak pun kena ada, kalau dia tidur dalam stroller , kena pikir nak angkat macam mana, so kat sini memerlukan KEPANDAIAN jugak, disamping KEGIGIHAN tadi. Tangga tu antara salah satu contoh la yang memang confirm menguji kesabaran dan kegigihan ibabapa yang suka travel, tolak tepi la isu cuaca sejuk/panas/hujan dan yang lain-lain, sebab semua kena gigih. Jadi aku tinggalkan korang dengan imiginasi masing-masing macam mana nak handle situasi macam ni ye hehehe..
 Baru turun train kat Barcelona, Aqilah dah mintak dukung..uwaaa..tensi aku! 

 Mood Aqilah tengah baik, sebab dengar cakap aku suh jalan sendiri naik tangga tu hehehe


Situasi 3.
Kadang-kadang bila anak bosan, diorg bukan nak main dengan toys diorang, walaupun kita bawak. Budak-budak ni sama jugak macam kita, kadang-kadang ada bosan. So kita parents kena la kreatif, tak semestinya kena beli barang mainan baru, tapi boleh la ajak bermain dengan apa yang ada disekitar kita masa tu, ajak lari-lari kat taman ke, kasi dia main benda yang dia tak pernah main ke, contohnya masa road trip di NZ dulu, Aqilah agak bosan la duduk lama-lama dalam kereta, so dia asyik meragam je, ada je tak kena, kasi teddy bear favourite dia pun tak jalan, so akhirnya aku kasi main handbag aku, abis la bersepah dalam keta tu kan, tapi asingkan la siap-siap kad-kad penting tu, kang hilang satu hal la pulak kan. Tapi zaman sekarang ni, orang suka kasi anak leka dengan Ipad dan smartphone, walaupun sebenarnya aku dan Cawan tak gemar cara tu, melainkan terpaksa sesangat. So ibubapa, start la jadi KREATIF dari sekarang, kreatif tidak bermakna kena spend duit beli macam-macam, tapi cukupla kita ajak dia ber*main* dengan apa yang ada disekeliling kita untuk hilangkan bosan dia :)

Mood tak baik, penat dah agak nya roadtrip di South island ni, mainan dia tak pandang dah, last-last handbag aku jugak dimainnya..isk..

Main la puas-puas cik Qilah oi..janji u gembira..

Cik Qilah nak tolak stroller sendiri...suka hati uols la, tertingal bus jangan menangis kat tepi jalan tu hehehe

Akhir sekali, untuk para ibubapa yang gila travel dan bawak anak sama tu, aku ucapkan tahniah la, sebab bukan semua orang mampu dan gigih macam kita ni, yang hairannya yang selalu melontarkan kata-kata berbaur negatif pasal susah nak travel dengan anak ni, adalah orang-orang yang takde anak lagi, ataupun orang yang travel solo/berkumpulan (belum berkahwin/takde anak), jadinya aku pun musykil la sikit, macam mana diorg boleh rasa susah, sedangkan diri sendiri pun tak penah rasa lagi kan? Apapun yang paling penting, esok lusa diorang dah berkeluarga dan beranak pinak, mampukah diorg nak pergi travel segigih kita ni? huhuhuhu, aku risau lepas kawin terperuk kat rumah je, jadi aku doakan korang, supaya dapat suami/isteri yang gigih travel jugak ye, kalau tak dapat pun, sekurang-kurangnya korang contohi la orang rumah abang Supermeng tu, selamba je dia tak ikut Supermeng pegi travel merata heheheeh.. aku kagum sangat!! Kalau nak tahu rahsia macam mana nak tingalkan pasangan korang kat rumah sewaktu travel, sila mintak nasihat dari abang Supermeng! hehehe

Nasihat pada ibubapa yang selalu tingal anak kat rumah masa korang bersuka ria pegi sana sini, kasihanilah anak korang, diorg pun manusia jugak, nak jugak bersuka ria macam korang, tak payah la nak bising-bising kata anak korang buas la, tak dengar kata la, bukankah anak kita cermin diri kita?? mohon renung-renungkanlah.. (aku pun pernah tinggal Aqilah untuk trip Mabul dan Singapore haritu, sekali sekala apa salahnye, kalau nak berdua-duaan suami isteri)

Untuk bakal ibubapa yang gila travel pulak, jangan biarkan kata-kata negatif yang suka takut-takutkan korang dengan *kesusahan travel dengan budak kecik* menghantui jiwa raga korang, cuba dulu, baru cakap susah ke tak .. Wink* Wink* hehehe..

Dan akhir sekali, wah banyak benor kata-kata nasihat dari aku! nih, macam la hebat sangat kan?! hehehe.. KERJASAMA antara suami isteri tu adalah yang nombor SATU sekali, kalau korang ada kualiti diatas tu, tapi pasangan korang takde kualiti tu, hmmm jangan cakap nak pegi Amereka, pegi Ulu Yam pun belum tentu tercapai hasrat lalalalalala.....


Untuk tips lain, sila rujuk entry ni --> Tips travel dengan baby


Nota: Semua diatas adalah dari pengalaman Chawanna selama berkecimpung dalam dunia travelling ni. 

Monday, September 2, 2013

Cherating Pahang

Sepatutnye bulan April hari tu, aku sepatutnya berada di Myanmmar, tapi dek gara-gara keadaan yang kacau bilau, terpaksalah trip tu dibatalkan. 

2 minggu before tarikh nak berlepas ke Myanmmar, kami pegi buat visa dulu, dan inilah rupa tempat/pejabat buat visa Myanmmar, gigihkan aku beratur kat situ. 

Selang tiga/empat hari, visa dah siap. Visa Myanmmar ni collectionnya hanya belah petang je, jadi jangan la buang masa sibuk nak amik belah pagi ye. 

Lagi 3/4 hari nak berangkat, Cawan bagitau keadaan di Myanmmar makin teruk, dan merebak sampai ke central Myanmmar, even kat Yangon pun dah mula kacau bilau. Apa aku buat? buat dek je, sebab aku confident je benda ni kecik je, maklum la aku tak baca paper, apatah tengok berita kan? TV pun jarang-jarang bukak. Then next morning, Sharul pulak tanya benda yang sama, "korang pasti ke nak pegi Myanmmar ni? Semalam berita kata dah makin teruk.." 

Bunyi cengkerik kejap.. krik krik krik.. Aku google sendiri nak pastikan dua orang mamat ni tak kelentong aku hahaha.. 5 minit lepas tu, aku message Cawan "ok la cancel la trip Myanmmar tu, kita pi la mana-mana kat Malaysia ni..huhuhuh" Cawan reply "i cakap tak caya! ha pegi booking hotel mana-mana kang menangis pulak u tu tak dapat berjalan.."

Seriusly, aku agak buntu sikit nak pikir ke mana la kitorg nak pergi kali ni..hmmmm..last-last aku pilih pegi Cherating je, tanpa sebarang justifikasi dan sebab, maklum la kan, trip last minit..ishh

Awal pagi kami bergerak meninggalkan KL, lebih kurang jam 12 lebih, dah sampai Cherating, kami menginap di Impiana Cherating, katanya hotel 4 bintang! Ye ke?? 

Process check in, sekejap je. First impression tengok macam biasa je. Dah la parking jauh, bilik kat tingkat 2, takde lif, so sapa-sapa yang bawak beg trolley besar-besar tu memang hazab la kan. Tangga nak naik macam nak reput, sekali lagi, sapa yang bawak beg troller besar ditambah lagi dengan berat badan yang BESAR, confirm boleh patah tangga-tangga tu, pastikan korang amik insuran dulu before pijak tangga tu okeh??!

Langit memang biru, tapi ya ampunnn panas yakmats!


 Bilik tidur..hmm macam biasa jugak..apa yang 4 bintangnya?? Oklah, jangan buang masa menangisi bilik yang tak berupa 4 bintang ni.. Jom buat aktiviti berkaitan??

Sebelum buat aktiviti, kami beraktiviti tidur-tiduran dulu, maklum la kat luar tu panas terik, baik tidur dalam bilik berekon kan?

 Hmm dah petang sikit, ok jom Aqilah kita pi jalan-jalan kat tepi laut..katanya sini private beach..

 Aqilah ternganga tengok buaian macam ni..suruh naik takmo, takut le tu..

 Rerumput tepi laut hehehe

 Aqilah demand tak nak dekat dengan air..takut katanya.. penat kitorg panggil dia ajak turun dekat sikit dengan laut, tapi dia tak nak!

 Aqilah tengah perati laut dan ombak yang berderu-deru.. masih tak berani nak turun..

Aktiviti memujuk Aqilah turun ke laut tidak berjaya..so kitorang ajak dia jalan-jalan ke bilik permainan kanak-kanak.

Jommmm??!! Tempat dekat, jadi jauh, tengok betapa telitinya dia jalan atas pasir, sebab tak mo pasir kena kat kaki/selipar? Diva sangatttttttt.. dasar orang bandar!! mummy ngan daddy dulu bergelumang main pasir tau!! iskkk


 Best jugak panas-panas ni minum air kelapa..

Aqilah suka la kat sini, tapi ya ampun sekali lagi, bilik bau hapak gila, panas pulak tu, ekon ada pun macam takde! Inikah yang dikatakan hotel 4 bintang? Weiii sia-sia je, mesti korang suka suka je taruk bintang-bintang tu kan?? 

 Nak ajak Aqilah main dam, tapi dia tak reti pulak..ihiks..

 Ajak Aqilah main congkak, abis guli aku disapunya masuk rumah dia..iskkk dasar orang bandar tak reti main congkak!

Hmm apa lagi nak buat ye?? perut dah lapar, tapi baru pukul 6.30 petang..tanya kat budak-budak hotel ni, makan malam best kat mana? diorg cakap area nak ke arah Kemaman nun..hmm oklah, kami lepak kat lobi dulu..

Duduk kat sini, tak berapa selesa jugak, dah la tempat ni open, kipas pun takde, apa korang ingat ini New Zealand? musim summer NZ memang la tak yah pasang kipas, sebab sejuk, tapi ini MALAYSIAAAAAAAAAAAAAA..ya ampun sekali lagi. Cawan dengan Aqilah, tak abis-abis duk tampar nyamuk, kulit diorg memang sensitif, nyamuk lalu pun dah rasa gatal-gatal, kalau kena gigit, memang abis la aku yang tak senang duduk, suh garu la apa la..ish apa la nasib badan..

So malam tu kami pergi bermakan-makan di Kemaman, tak jauh pun, tapi harga makanan sama macam KL, nasib baik sedap, takde la nak berkira sangat hehehe.

Esoknya, aktiviti tidur disambung lagi, tapi Cawan macam bosan je duduk bilik lama-lama, so dia paksa gak aku dengan Aqilah pergi tengok orang buat batik. Motif? sebab dia kata macam menarik je nak tengok..duhhhh.. Panas kot weh kat luar tu, aku memang malas la kan..macam-macam janji ditabur oleh Cawan nak pastikan aku berganjak keluar dari bilik..

Dan akhirnya, kami sampai ke sini.. Natural Batik Village nun kat area pantai Balok.

Gigih la dua beranak tu berlari sepantas kilat meninggalkan driver terkedek-kedek nak suh posing depan kedai, kengkonon ni first dan last nak ke sini..puiiiii.. tak kose teman, PANASSSSSSSSSSS ok! 

Ok ada banyak kain yang dah dilukis dan digantung dalam pelbagai corak dan motif.

Sekali pandang dari jauh, aku tengok macam sangkar nak tangkap tikus hahaha.. tapi bukan, inilah cop batik huhuhu.

Encik ni sedang menegangkan kain yang sedang dilukis dan diwarna, sebab kain masih basah, so dia jadi kendur sikit.

Corak burung hantu ni agak lain sikit, sebab jarang tengok design ni. Tapi yang pastinya, ini bukan untuk buat baju la kan..mungkin untuk diframekan dan tampal kat dinding.

Kain yang dah siap dicanting, tapi masih belum diwarnakan. Mungkinkah ini design yang sesuai untuk dibuat baju?

Lagi burung hantu...

Wax untuk canting batik yang sedang dipanaskan. Masa kat sekolah dulu, pernah belajar mencanting batik, yang letihnya, wax tu cepat je keras, so sikit-sikit nak kena panas kasi cair, baru la boleh lukis atas kain tu.

Aqilah ni pulak, dari tadi asyik la komplen , kat sini bau busuk, sekejap komplen kat mummy, sekejap komplen kat daddy, katanya bau wax tu busuk, ajak balik dengan kadar segera..ish..

Tour ke Natural Batik Village ni, takde sapa yang jadi guide, kami pepandai sendiri je tengok-tengok dan amik gambar hehehe, lepas Cawan dah puas hati, aku paksa balik ke hotel, sebab sambung berehat, maklum la, trip kali ni katanya santai dan tidur, nak qado tidur-tidur aku yang dicatu masa project nak go-live bulan 3 hari tu kekekeke.

Esok paginya, takde aktiviti lain lagi, melainkan pergi breakfast, dan lepak-lepak di swimming pool yang tak berapa nak inzal tu, sebelum check out dan bermalam di Kuantan pula.

Yep, diva in action sekali lagi..majalah Mangga sangat rupanya hahaha

Sekian sudah trip adhoc kami yang tiada hala tuju ni..semoga berjumpa di cerita yang lain..