Chawanna sekeluarga tiba di KLIA menjelang senja. Sunset yang cantik menyambut kedatangan kami lewat petang itu, jadi terpaksa la keluarkan camera dan amik gambar, kot-kot la kat Europe nanti tak dapat gambar sunset hehehe.
Selesai urusan check in, Chawanna dan Aqilah terus ke terminal departure menaiki Aerotrain yang disediakan. Aqilah memang suka bab-bab naik train ni, dan yang terbaru menjadi kesukaan Aqilah ialah travelator ni! Sampai siap bertinggung, budget macam naik skateboard agaknya hahahaha. Dan part paling mengembirakan hati aku selaku seorang ibu yang gemar travel ialah, apabila Aqilah diberikan seat walaupun tiket dia hanya Infant yang hanya melayakkan untuk duduk di atas lap aku saja! dah la flight penuh plak tu. Gigih pramugari tu tolong adjustkan seat untuk kami sekeluarga. Habis disuruhnya passengger lain tukar-tukar tempat, demi Aqilah. Terima kasih cik pramugari.
Kami tiba tepat di CDG pada 6.10 AM. Tanpa berlengah terus menuju ke belt untuk collect luggage semua. Wow, aku masih tak percaya yang Chawanna dah sampai ke Europe. Semuanya nampak normal, kecuali signboard dalam french! hahahaha
Mengikut agenda yang aku dah prepare 2-3 minggu lepas, kami akan berangkat ke Barcelona. Maka ke Terminal 2 la kami tuju dengan menaiki shuttle train yang disediakan. Agak jauh dari terminal 1 tadi.
Yeay kami dah tiba di Barcelona airport. Tapi agak kaget sekejap, bila dalam airport macam gelap je. Energy saving kah? Kedai-kedai dalam airport pun semua tutup, bila aku cek jam, baru jam 1 tengahari! so takde chance nak survey magnet dan cenderamata yang berkaitan. Ish memang potong! Seriusly, airport BCN sangat kecik ok! Kalau tadi tengok signboard dalam french, sekarang dalam spanish pula hehehehe
RENFE Menuju ke Barcelona City
Dari airport BCN kami menaiki train RENFE menuju ke city center dan turun di Passeig De Gracia. Kos tiket Euro 4.70 per person (one way). Train station ni agak jauh dari terminal arrival tadi, kitorg pun meraban cari, sebab takde atau aku yang tak nampak signboard. So kena la bertanya di kaunter I (information) yang disediakan. Luckily diorg speak english dengan baik, so takde la aku nak angkat-angkat tangan bagai hehehehe..
Untuk map train dan metro Barcelona, boleh rujuk di sini --> Barcelona Metro Map. Pembelian tiket train boleh di beli di kaunter (secara manual), tapi queue agak panjang. Aku beli tiket di mesin saja, tapi dengan bantuan officer yang ada disitu, cepat dan mudah, queue pendek saja.
Aku dan Aqilah gigih baru nak study map metro dan train di Barcelona. Takde la complex mana pun, cuma kena tahu station mana yang nak turun dan tukar ke line mana saja. Disebabkan aku dan Aqilah dah survive di Japan dulu, jadi yang trip ke Europe ni kitorg tak study apa-apa pun hahaha
Kami tiba di station Barcelona Passeig de Gracia 30 minit kemudian..humm takde la jauh sangat..tapi sepanjang perjalanan, aku nampak tanah kontang je, macam kat gurun pun ye..cuaca nampak sangat panas. Seterusnya, kami kena mencari station metro yang juga terletak di sini. Dengan yakin, kami mengikut signboard yang disediakan untuk ke metro station (Passeig de Gracia) yang dimaksudkan.
Wowwww weeee..apakah ini semua???? Mana metro station nye? Ini exit terus ni!! Kalau tadi nampak tanah kontang macam gurun je sepanjang perjalanan menaiki RENFE tadi, lepas tu duduk bawah underground berminit-minit, sekarang kami sedikit teruja bersama beg-beg besar dan stroller, boleh berhenti amik gambar pulak lagi..sebab tak tahan tengok cuaca yang cantik macam ni. Terlupa sekejap misi nak cari metro station!!
Boleh rasa keterikkan matahari, tapi nasib baik sejuk..tak mustahil Chawanna sekeluarga akan 'rentung' tidak lama lagi hehehe. Ok, berbalik pada cerita mencari station metro tadi, disebabkan kami terpinga-pinga nak menuju ke arah kiri atau kanan, dengan takde signboardnya, so aku tanpa membuang masa terus bertanyakan orang yang lalu lalang disitu arah ke metro station. Rupanya kena berjalan kaki sikit, lebih kurang 600-700meter dari Renfe station tadi. Metro station dan Renfe station tadi tak bersambung sekali, ish leceh betul!!
Destinasi yang perlu kami tuju ialah Drassanes. Cuma 3 station dari Passeig De Gracia. Tiket metro boleh dibeli di mesin. Ada bermacam-macam pilihan jenis tiket yang disediakan, dan Chawanna telah memilih tiket T-10 (Zone 1 ticket). Kelebihan tiket ini ialah, ianya boleh digunakan lebih dari seorang. Macam kes aku ni, aku kongsi dengan Cawan. Tiket T-10 ini ada 10 journeys. Jadi if share dua orang, setiap sorang dapat 5 journey. Aku rasa beli tiket macam ni lebih mudah, dan tak membazir. Sebab kite boleh kira berapa banyak perjalanan yang kite perlukan. So, bila tiket yang pertama kali dah abis guna, boleh beli tiket lain, nak share 4/5 orang pun boleh, demi meMAXIMIZEkan tiket sebaik mungkin tanpa sebarang pembaziran. Harga tiket T-10 ni cuma EURO 10.75. Kalau beli tiket single EU 2.00! Jimatkan?? ;p
Cara guna tiket ni mudah saja, masukkan kad pada slot pintu automatic tu, sehingga gate turnstile tu terbuka, kemudian lalu la keluar, tapi kad tu perlu ditinggalkan di slot machine tu untuk orang yang berikutnya. Mudahkan? Untuk mengetahui pasal tiket T-10, sila masuk sini --> Barcelona Metro T-10 ticket
Mencari exit terdekat. Sebabkan apartment yang disewa dekat dengan metro station, jadi takde la meraban sangat nak menapak ke apartment Nou Rambla tu.
Maka berjalan la kami anak beranak mencari apartment yang dimaksudkan. Sebaik sampai je disitu, kami disambut dengan receptionist.. 'olaaaaa' katanya.. Aku tunjukkan booking. Dia angkat telefon dan telefon (aku pun tak tau di call sapa).. lepas tu terus dia kasi direction suh pegi tempat lain!! Aiksssss..ni yang buatkan aku panas hati ni. Dalam booking, ko cakap kat sini, apahal plak nak suh aku pegi tempat lain. Aku pura-pura tak paham. Aku cakap 'English please'..dia geleng-geleng plak! Balik-balik asyik duk cakap Rambla 25...Rambla 25.. ye aku paham ko nak suruh aku pegi Rambla 25, tapi aku tak nak!!! Sebab aku malas nak cari. Last-last dia pun tension dengan aku, sebab aku buat angkat-angkat bahu hehehe..so dia kata dia tunjukkan jalan. Heihhh kan ke senang kalau dari tadi ko je bawak kan, tak yah nak Rambla 25, Rambla 25!!
Rupanya office apartment ni kat tempat lain. Betul-betul kat La Rambla. Nasib baik dekat je, kalau tak memang aku nak mengamuk la kan! Tapi sayang, semua kat office ni tak reti cakap english plak dah. So semua urusan antara aku dan receptionist tu english-spanish, dia kata cam tu, aku kata macam ni. Bila masuk part payment, dia kata diorg tak accept semua credit card! (padahal dalam website kata accept!!) Dangggggggg..maka susut sudah Euro kami untuk hari pertama.. EU 315 goneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..
Inilah rupa apartment kami. Nasib baik bersih dan complete semua. Siap ada balcony kat living hall dan bilik! Dapat la merasa duduk kat apartment spanish hahahaha.. Apartment ada 2 bilik, 1 bilik air, dan ruang tamu, dining, dan kitchen yang spacious, sesuai la untuk keluarga.
Disebabkan kelaparan tahap maksima, jadi kitorg masak-masak dulu. Masak nasi je, lauk cuma panaskan dalam microwave je.. Bila dah kenyang rasa malas pula.. lepas solat, tanpa membuang masa, terus Chawanna sekeluarga landing atas katil. Haihhh sedapnyaaaaaaaaaaaaaa baring. Mata memang mengantuk sangat. Waktu ketika itu lebih kurang 4 petang..
Entah macam mana, tanpa kami sedari, Chawanna dan Aqilah memang tertidur terus..baekkkkkkkkkkk punya tidur, maklum la, kalau ikut time Malaysia, memang waktu tidur pun. Sehingga la aku terdengar adik aku terjerit-jerit nama aku kat luar bilik.. 'oiiiiiiiiiiiii bangun! bangun! yang korang pegi tidur tu buat apa..abis la malam kang tak leh tidur!! jom jalannnnnnnnnnnnnnn'
Oh mai..tak pernah la dalam sejarah aku p travel mana-mana, sampai hotel terus nak tidur (kecuali sampai malam la kan)!! Ni pecah rekod! Tapi seriusly memang sangat letih dan mengantuk..heheheh
Apartment kami cuma beberapa langkah saja dari La Rambla. (dekat pokok tinggi tu), manakala Palau Guell bersebelahan saja (yang ada pokok kecik dalam pasu tu)
Itinerary aku dah tak layan, mengikut plan asal, kitorg sepatutnya ke Casa Battlo dan Sagrada Familia, tapi aku plak rasa malas, sebab takde mood tetiba, so aku cuma ajak diorg pusing La Rambla je, seriusly aku mamai gila, no mekap, cuma basuh muka, gigih sarung seluar dan jaket. Masa tu rasa nak nyumpah-nyumpah je sebab tidur terganggu! hahahaha..
La Rambla
Terdapat attractions lain berdekatan dengan La Rambla, semuanya walking distance saja. La Rambla ni adalah salah satu street yang famous di Barcelona. Bermula dari Barri Gotic hingga ke El Raval, tempat ni memang menjadi tumpuan tourist. Sebab kat sini macam-macam ada, restaurants, souvenir shops, museums etc. Gigih dengan tak je nak tengok semua tu hehehe.
Ternganga jugak aku masa ni bila ditanya para jemaah nak hala ke mana dulu? Aku yang biul-biul, cuma jawab..ha pusing je la kat sini sampai lebam..malas aku nak pikir!!! Nasib para jemaah tak banyak soal hehehe..
Makanan bersepah-sepah di La Rambla ni, ada yang halal ada yang tak halal. Tapi memang nampak menarik.. Disebabkan kami dah makan tadi, jadi takde la kebulur sangat tengok menu paella ni.
La Rambla sepanjang 1.2 KM ini dipenuhi dengan pelukis-pelukis jalanan, selain dari restaurants dan souvenir shops tadi. Tempat-tempat macam ni memang menjadi kegemaran Cawan la kan, banyak peluang nak tengok macam-macam.
Buku guide Barcelona dalam pelbagai bahasa juga terdapat banyak dijual di sini, tapi bahasa Melayu takde la ok.. Sambil-sambil berjalan tu, sempat la jugak survey harga fridge magnet. Dan nasib baik harganya boleh tahan. Tapi kebanyakkan kedai letak harga lebih kurang. Rasa macam nak beli semua magnet yang ada, sebab semua cantik-cantik!! Tak menahan kekdahnya setakat nak tengok saja kan hehehehe..
7.45 PM, masih cerah lagi..katanya sunset lebih kurang 8.45 PM.. hummmm nasib siang panjang, takde la ralat sangat aku tertidur tadi hehehe
Statue di hadapan Museu De Cera Barcelona (Wax Museum), salah satu attraction yang dekat dengan La Rambla
Hmm pilih-pilih nak yang mana..sepanjang-panjang La Rambla ni leh pilih, janji korang kena ingat kedai yang mana satu korang berkenan hehehe
Taxi pun canggih mangih..
Barcelona Military Buidling & Maritime Museum
Kami berjalan sehingga ke penghujung La Rambla, dan kemudian menjumpai military buidling. Aku tak ingat namanya dalam spanish. Tapi bangunannya agak menarik, ramai pulak tu amik gambar depan tu hehehe.
Terserlah bendera Espanya dengan latarbelakang langit biru!
Maritime Museum Barcelona. Bila lihat bangunan ni, memang terasa berada di Europe, sebab kat KL takde macam ni hehehe. Aku paling suka waktu ni, sebab cuaca sangat best, tak berapa sejuk, dan matahari cantik sangat menyuluh bangunan dan kawasan tu semua..
Aku tak paham napa Cawan berkeras gak aku bergambar dekat pintu bangunan military ni. Apakah yang cuba disampaikan? Nak tunjuk pintu tu besar kot? ha? tapi sebabkan gambar ni buat aku nampak kurus, aku taruk la untuk tatapan korang okeh!! hehehehe
Port Vell & Mirador De Colon
Port Vell & Mirador De Colon
Seterusnya kami terus berjalan ke hadapan lagi, sehingga berjumpa Port Vell. Ianya merupakan waterfront harbour Port of Barcelona.
Christopher Colombus Monument atau dalam bahasa spanishnya Mirador de Colón. Tugu ini dibina di atas lokasi ketika Columbus pertama kali menjejakkan kaki pulang ke Spain selepas pelayaran beliau ke Amerika.
Monument ini sebagai tanda memperingati Columbus. Dikatakan statue diatas sekali tu menunjukkan tangan kanan Columbus menghala ke Dunia Baru!
IMAX dan aquarium terbesar di Europe ada di sini! Mengikut sejarahnya, Barcelona hari ni terhasil daripada pelbagai bangsa, kaum, dan juga agama. Dari Christianity, ke Jewish, hinggalah kedatangan Islam, oleh Moorish sekitar 711.
Sebelum harbour ni popular macam sekarang, ia pernah menjadi tempat untuk kilang-kilang beroperasi dan juga gudang simpanan barang, sehinggalah kedatangan sukan Olympic pada tahun 1992, tempat ini telah di-revamp, oleh kerajaan Barcelona hehehehe.. Dan sekarang, dah jadi port tourist.
Placa Reial
Nama gempak yang lain ialah Royal Plaza. Sini tempat-tempat lepak. Banyak restoran. Suasana kat dalam ni best, sebab memang rasa macam kat Spain. Dengan bangunannya, musicnya, cahaya-cahaya yang suram, dan menu-menu makanannya yang sungguh mengancam..ish
Terliur je aku tengok diorg makan, time lalu lalang sini! Padahal halal haram belum tentu, tapi aku terliur gak hahaha.
Terletak di Barri Gotic, bersebelahan dengan La Rambla tadi dan waktu yang sesuai untuk ke sini adalah waktu malam, baru dramatic sikit sebab ada lampu-lampu tu semua.
Abaikan muka aku yang macam tak siap tu. Sebabnya kena paksa dengan Cawan untuk bergambar! Tension aku tau, tak abis-abis dia mengungkit, yang kononnye aku kan dah lama nak ke europe, so bergambar la dengan muka-muka aku sekali! Tapi aku punya muka blur-blur bangun tidor. Time ni baru teringat kat Biqque dan John, kalaulah diorg ada, terselamat la aku dari kena paksa. Seriously aku tak reti bab2 nak posing bila sengsorang ni, otomatik jadi kayu..cam mana tah..cer kabor!! Cawan pun naik bengang nak suh aku posing, katanya aku tak paham bahasa yang dia cakap, last-last dia kata ilang mood amik gambar aku.. salah aku ke?? dia yang paksa!!!
Selepas selesai aktiviti paksa memaksa bergambar tadi, aku pikir dah alang-alang di Barri Gotic (salah satu attraction yang memang aku nak sangat pegi dan tak sangka sangat dekat dengan apartment kitorg) elok la kitorg ronda-ronda satu round dulu, leh tengok suasana belah malam kan..lagi pun jam baru pukul 10..... errr 10 malam? emm patut la aku penat semacam jek..
Celah-celah lorong kecil di area Barri Gotic. Aku suka jalan kat sini, sebab rasa sama macam tengok dekat dalam movie je tempat-tempat macam ni, tapi sekarang, aku sendiri dah jejak kaki... eh terfeeling pulak :p
Vandalism bersepah-sepah di Barcelona, terutama di Barri Gotic, tapi nasib baik cantik-cantik..ish teringat pulak graffiti kat Melbourne hari tu..heheheh
Kami berjalan, dan berjalan, sampai masuk balik ke La Rambla, nasib baik jumpa lorong nak balik ke apartment, kalau tak jenuh la malam-malam buta tu..aktiviti kami berakhir di depan pintu apartment, sebab kunci apartment ada 1. Adik aku dah balik awal tadi, so diorg yang pegang kunci, maka terjadilah kejadian terjerit terlolong di celah-celah lorong kecil tu nak panggil diorg suh bukak pintu kat bawah tu, walaupun apartment kami di tingkat 1, tapi jenuh nak panggil, sebab diorg tak dengar.. Ish tak sesuai betulllllllll..
Ok sekian..cerita akan bersambung di episod berikutnya..sila bersabar..