Thursday, April 26, 2012

Cerekarama Hari Ini: Aku Yang Sangat #Drama!

Dua tiga hari ni aku macam takde mood sangat, sebabnya dalam minggu ni aku KURANG sangat masa bersama dengan Cawan. Keduanya, sebab site office aku berada diluar daerah (nunnnnnnnnnnnnn kat Shah Alam!) so memang aku tak suka la sangat, sebabnya..(eh banyaknya sebab), aku kena bangun awal pagi, dan tak boleh rileks2, keluar rumah kena awal, before 7.30 AM! Pastu nak kena hantar dan ambil Aqilah kat nursery, kalau ikutkan hati aku macam nak suruh Aqilah pergi sendiri je, sebab dia kadang-kadang bangun lambat!! eiiiii..

Aku juga banyak berbuat dosa semenjak masuk ke project baru ni, sebab setiap hari aku mencarut sengsorang dalam kereta gara-gara sikap pemandu yang tidak prihatin dan terhegeh-hegeh macam siput ba**! (silap2 gary lagi cepat! kan kak Coco?)

Ok nak tambah lagi sebab apa aku takde mood, malam tadi Aqilah saja dengki tahap dewa langit ke 19, dia rendam handphone aku masa dia tengah syok layan sembang dengan daddynya! Tau-tau plapp masuk dalam cawan air minum aku! Eiiii time tu aku rasa nak campak je Aqilah ke pool bawah, tapi tak boleh la pulak aku nak berbuat begitu, sebab Cawan ada pasang webcam dekat living hall, semata-mata nak skodeng aktiviti aku di malam hari!!! Huihhhh memang tak sesuai, setiap benda aku buat mesti dia nak sms tanya macam-macam pastu..eiiiii  maka bertambah stress la aku malam tadi. Elok-elok nak siapkan buku hikmat europe aku, terus CANCEL!!

Tapi hari ni aku dah ceria balik, walaupun gtalk aku tak berfungsi, jadi tak dapat la sangat nak bergosip, ye kat site ni semua diorg nak block..aku ceria sebab aku dah dapat email yang ditunggu-tunggu sejak berbulan lamanya... so tak perlu la aku macam orang sawan nak calling sana sini tanya pasal e-ticket ni, sebab dah sampai dengan selamatnya dalam mailbox aku hehehehe..




Dan yang paling best antara semuanya untuk petang ini, sebab Cawan dah abis shift malam ni, so aku ada banyak masa nak mengadap dia yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuu, tapi kena kasi Aqilah tidur awal, supaya tiada gangguan, mungkin aku patut singah di mana-mana klinik untuk beli batuk? korang ada suggestion??? muahahahahaha..

Oh ya, sebelum terlupa..terima kasih pada korang-korang atau sesiapa saja yang vote aku untuk kategori Malaysia International Tourism Photography/Art Blog. Segan sebenarnya nak masuk, sebab ramai lagi yang hebat-hebat di luar sana, tapi sebab dah dapat sokongan orang ramai..(cewah org ramai la sangat!!) aku masuk juga..targetnye nak dapat 10 vote je, sebab aku sedar diriku siapa, takde la glamer sangat, tapi sekarang dah ada 97 vote! So apa kata kite genapkan jadi 100 vote? Jom undi aku kat sini http://mitbca.com/category.php?id=6 dan vote CHAWANNA!!

Akhir kata..majulah blogger-blogger sekalian!!



Nota kecik: Kepada kawan-kawan di kategori yang lain tu..selamat berjaya!!! nanti kalau menang, ingat kawan-kawan yang lain... hahahah overst nye statement!! memang #drama!! 




Monday, April 23, 2012

Roadtrip Taiping Bersama #Travelholicawesome!

Tak nak tulis panjang-panjang boleh tak? Sebabnya aku dah mengantuk, tunggu masa nak tidor je ni. Pilih gambor pun berjam-jam dari semalam..ish ish..macam la ada KPI!! 

Ok dipendekkan cerita sebelum aku melalut sehingga menyebabkan entry ini menjadi sampah, baik aku teruskan..

Plan nak ke Taiping dicadangkan oleh Biqque, dan ianya telah dipersetujui oleh ahli lembaga pengarah dan suku-sakat geng travelholicawesome! Jadi pada Sabtu minggu lepas kami ramai-ramai berdesup ke Taiping. Sebenarnya ada banyak drama yang terjadi sepanjang perjalanan menuju ke Taiping ni. Tapi biarlah insan-insan yang terlibat saja yang bercerita, karang redundant pula ye dak??? 

Disebabkan sikap kurang sabar aku ditahap 9.9 ketika menunggu para LEMBAGA2 pengarah geng travelholicawesome tiba dari KL, maka aku dan Cawan telah merempit ala-ala Fast 5 menuju ke Taiping, sebab ada perkabaran cuaca hari itu sungguh cantik sekali, jadi untuk tidak melepaskan peluang keemasan itu, kami melupakan LEMBAGA2 geng travelholicawesome yang terkedek-kedek tadi, demi langit biru di Lake Garden Taiping!! Sorry geng, aku bukan jenis manusia Sumpah Taat Setia Berani Mati punya kawan..hokeyy??

Yeayy dah tiba di Lake Garden....walaupun lokasinya HANYA di TAIPING..tapi scenery memang cung!!

 Tumbuhan menjalar memanjat dahan-dahan pokok di Lake Garden..

Ingat di NZ saja ada Mirror lake? Taiping pun ada!! Sabit ada budak baling batu je time ni, kalau tak memang tenang je air tu!! Cis!! saja sabotaj kan??


Sedang berkonspirasi, sambil buat nak menampakkan rupe lisptick fushia tu? Geng korang tak bagitau buruk ke lawa aku pakai warna tu!??? baik korang bagitau sekarang juga!

 Oh mereka telah tiba..Lake Garden telah di'invaded' oleh Lembaga2 ini..

 Berlakon lagi..

Dan lagiiiiiiiii..tengok muka anak tokeh satey..FAKE gileeeeeeeee..muahahahaha budget Kim K la tuuuuuu..citttt


 Icam si pengembara tumpangan pun turut serta.. Siap la korang..tunggu je le entry dia keluar okeh!! Yang baju kuning pegang camera tu spokesperson Nikon ke? Baju dan sama color ngan logo Nikon...



Yes, kami ada new joiner yang baru.. paling kanan sekali -- Dan Arif. Nama dia lahir2 terus GLAMER! tidak seperti orang tu..sila jangan jeles Danny..eh John..eh Danny! (confuse jap..)

Dah puas di Lake Garden, kami ke Hutan Paya Bakau Matang..Orang Taiping sekalian, dah penah korang jejak kaki ke sini???

First time aku dapat tengok pokok bakau secara dekat..agak menarik..tapi hari dah nak senja..semuanya cepat-cepat je..


 Sunset semakin hampir..

Gambar dia kena paling besar sekali, sebab dia penganjur majelis, dan sponsor dinner kami malam itu..jadi orang lain sila ke belakang pentas!!

 3 dara pinggitan muahahhaha..abaikan teruna di tepi lukut tu..

Pelakon tambahan saja..

Budget nak tengok sunset, tapi nun jauh kat hulu mana tah..takpe la..kami terima seadanya..ini pun bolehkan?

NEXTTTTTTTTTTTT... (aku dah mengantuk sangat ni..kalau boleh nak laju2 karang nih)

Jom pekena Mee Udang Mak Jah...

Pergh tidak sia-sia kami makan sini, sebab memang sedap! Maka hilang sudah mengidam aku petang tu. Aku share dengan Cawan je, sebab takut tak larat habis. Harga mee udang biasa RM7 (mangkuk bulat), yang di belakang tu, mee udang special, RM11. Bezanya cuma saiz udang, rasa tetap sama! Thank u Danny kerana baik ati belanja kitorg...kau lah SEGALANYA.. #drama!

Okeh, ini bukan di Mee Udang Mak Jah, ini satey Pak Ein @ Pak Ian (nama glamer omputihnya). Perghhhhh korang kena rasa satey daging dia..memang marbeles..tp sila jangan jeles, kami makan free malam tu, sebab kami berkawan dengan anak tokey satey..korang MAMPU??? #ok ada riak disitu hehehe.

Bukan 10 cucuk, bukan 50 cucuk, malah kami tanpa rasa segan silu telah makan bercucuk-cucuk! Terima kasih pak Ian, kerana sudi menaja dinner kami!! we lap u!!

Malam kami tidak berakhir disitu, kami dibawa ronda-ronda oleh anak tokey satey tadi pegi ambush tempat pondan melepak..eh ye ke? walaupun tak berapa nak ada, tapi dapat la tengok seorang dua..isk isk..sapa punya idea la nih? eh lupa..ini memang idea anak tokey satey tadi..dia memang suka aktiviti mengintai2 nih..ishhh

Dan rupanya malam kami tidak berakhir dengan melihat pondan saja, balik ke homestay, kami sembang sampai lebammmmmmmmmmmmmmmmmmm sehingga 4.30 pagi!! macam 20 tahun tak jumpe sembangnya!!

OK FAST FORWARD LAGIIII..

Pada keESOKkan harinya.. Pak Ian telah membawa kami ke KILANG ARANG!! sekali lagi aku nak tanya..korang penah pergi kilang arang??? Kalau pernah, korang pernah masuk sampai tempat bakar dan semua-semua restricted area tu??? lalalalalala..sila jeles lagi.. dengan adanya PAK IAN, kami telah mendapat special access untuk melawati kilang arang tersebut.. Motif melawat kilang arang? Saja nak cari kelainan..hahahaha...

Bukan kilang ini..tapi dibelakang sekali..

Dalam ni nak bakar orang pun boleh. Walaupun arangnya dah dikeluarkan, tapi bahang panasnya boleh terasa dalam ni..


 Kayu-kayu yang nak dibakar untuk dibuat arang akan diasingkan mengikut gred memasing..

 Kayu yang telah dibakar menjadi arang.. 

Cer korang agak berapa lama nak bakar kayu-kayu ni supaya jadi arang? sehari? 3 hari? seminggu?..hmm jawapan sebenarnya adalah 1 Bulan okay..sila berkhemah depan tempat bakar ni kalau korang nak tau progress pembakaran arang tersebut..ehehehehe (acah je)


Rupa kilang arang yang dilawati oleh Travelholicawesome! memang AWESOME! Dasat pak Ian boleh pikir nak bawak kami pegi sini.. we lap u again!! Jangan bawak orang lain dah tau!! 



 Sawang-sawang yang dah berubah wajah seakan-akan arang jugak..


Lalang dan bunga liar yang kental hidup di kilang arang yang berbau arang nih hahahah..


Ok tamat sudah..kalau korang nak cerita panjang lebar, sila gigih ke blog-blog travelholicawesome yang lain... 

Walaupun trip ni pendek cuma 1 hari 1 malam dan lokasinya cuma di Taiping, tapi kitorg tetap gembira. Siapa sangka, tempat yang orang tak pandang boleh jadi best kalau kena gayanya..oleh itu, jom cuti-cuti Malaysia lagi.. so ke mana kita lagi lepas ni geng??

Kot-kot la ada yang bertanya berapa kos penginapan kami 1 malam di Taiping tu? harga homestay tu RM180, bahagi dengan berbelas orang, jadinya sorang bayar RM17 je, makan ditanggung halal oleh geng-geng yang bermurah hati.. Akhir kata terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat okay...peluk ciummmmmmmmmmmmmm..



Friday, April 20, 2012

Lipstick Fushia dan Pak Ian


Ingat nak cuba lipstick color fushia
Tapi muka tak macam Fazura, 
Kim Kardashian lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii la bukan,
Chawanna dan geng dah tak sabar nak jumpa pak Ian,
Kata si anak Pak Ian yang minat mengintai pondan tu, satay Pak Ian, paling mantap!
Errrr apa kena mengena lipstick color fushia, pondan dengan Pak Ian?
Ke mana? apa? dan siapa? arghhhhhhhhhhhhh
Sama-sama la pembaca setia nantikan..



p/s: Bertabahlah dengan pantun aku yang tak berapa nak masuk tune nih hehehehe


Message tajaan Chawanna: Ingat!! Jangan mengumpat sambil drive..Semoga korang selamat ke destinasi yang nak dituju esok wahai rakan-rakan sekalian.. au revoir..

Tag: BiqqueDanny (KakiBerangan)LilyMasMZKak CocoJanggelIcamMasZuberByya dan semua yang terlibat la..sori aku tak tag semua..memang hilang ingatan nih huhuhuhu


Sunday, April 15, 2012

Dah Dapat!

Ingat tak pasal post ni Diskriminasi Kad Kredit? Terima kasih kepada yang sudi berkongsi info dan pengalaman tentang transportation dari Amsterdam ke Paris.

Untuk makluman korang, aku dah pun berjaya menbeli tiket Thalys secara online dan MURAH! Terima kasih bebanyak kepada Amer dari TendtoTravel yang SUDI membantu dalam process pembelian tiket ni, jasa mu akan kami kenang okeh. Nanti balik KL, roger la, boleh kita lepak ramai-ramai bersama geng-geng yang lain ;)

Hmm lepas satu masalah, kalau tak pening jugak nak pikir cara nak beli tiket tu. Actually ada beberapa cara lain lagi, tapi harga sangat mahal. Ada juga cara yang murah macam menaiki bus Eurolines tu, tapi perjalanan dekat 7-8jam, beza harga tiket bus dengan Thalys, cuma 10 euro saja! Tiket hi-speed train tadi cuma 59 euro saja, bus pulak 49 euro! So baiklah aku amik Thalys je, yang confirm sampai dalam masa 3 jam. 

---------------------------------------------------------------------------------------------------
Update lain pulak....

Tiket flight untuk semua destinasi yang bakal kami lawati, semua dah dapat. Accommodation pun dah settle, cume itinerary 2 buah negara je tak siap lagi. Ok meh aku share total budget untuk accommodation dan transportation yang kitorg dah bayar.

Kos transportation dan accommodation untuk 17 malam di Europe! 

Setelah membuat ujikaji (cewahh ujikaji, mcm belajar sains pulak). Sebenarnya kos sewa satu apartment lagi murah berbanding harga hotel di Europe. Malah harga apartment silap haribulan lagi murah dari hostel! 

Bayangkan average menginap di hostel private room (1 malam) lebih kurang 30 Euro, manakala harga satu apartment untuk 4 adults pula average lebih kurang 110 Euro (1 malam), so bahagi 4 orang = 27.50 Euro seorang . 

Jadi dah alang-alang harga yang tak jauh beza, aku book apartment je la. Ada privacy. Private bathroom, shower, fully furnished, kitchen siap dengan peralatan memasak bagai. LENGKAP! 

Meh aku share website yang aku guna untuk booking accommodation di Europe, ada banyak website aku guna sebenarnya, tapi yang aku suka dua website ni je..

HouseTrip - yang ni korang kena check availability dengan owner apartment. Mudah saja, cuma masukkan date yang korang nak stay, dan tekan button Enquiry. Nanti owner apartment akan reply sama ada available ke tak. Nota: Sila tengok bebetul info apartment tu, kadang-kadang ada yang murah nak mampus, tapi kt 5th floor WITHOUT ELEVATOR! Kalau tak kisah, sebab nak murah, amik jela, gigih je la menapak anak-anak tangga tu ok. Satu lagi tengok additional fee yang ada dalam setiap apartment yang korang pilih tu, kadang-kadang ada additional deposit (refundable), cleaning fee la apa la, so cek betul-betul. Dan kalau korang ada apa-apa persoalan, boleh la message owner tu, sebelum buat keputusan nak booking ke tak..mudah bukan? 

Booking.com - Favourite aku ni! Selalunya 3-4 bulan sebelum pegi, aku dah buat booking awal-awal. Sebab boleh dapat harga murah. Dan yang paling bestnye dia ada Free Cancellation (kalau korang choose bilik yang ada option Free Cancellation tu la), kalau kite tiba-tiba tak jadi, masuk je balik, and cancel je la booking tu, FOC. Tapi make sure la ikut range date yang pihak booking.com kasi, kalau tak korang kena bayar charge lain la pulak. So aku selalunya akan pilih hotel/apartment yang ada option Free Cancellation sebab mudah nak main tukar-tukar tarikh, tapi harga tetap sama macam harga Promo! Contohnya di Amsterdam. Aku dah buat booking dalam bulan November tahun lepas dengan harga EU 558 (double room, 4nights), sekarang ni kalau aku sesaja gatal pegi search balik hotel tu, tarikh yang sama, bilik yang sama , 4night = EU 3000+ gila kan! (Note: Tapi perubahan harga ni tertakluk pada availability, tapi nasib aku setakat hari ni memang baik je la, dah berpuluh kali main ubah-ubah date, harga tetap sama!). 


Untuk flight pula, aku gunakan Easyjet, sebab aku baca perkhidmatan dia ok sikit dari Ryan Air. Dan destinasi yang aku nak pergi pun semua ada tersenarai kat Easyjet tu, dan yang paling bestnye, semua flight Easyjet tu turun kat main airport, tak macam Ryan Air yang turun kat airport ceruk-ceruk. Masa itu EMAS! Belanja lebih sikit janji kite senang. Harga yang aku letak dalam gambar kat atas tu dah inclusive baggage untuk 60KG dan semua fee dan tax yang berkaitan, untuk 3 destinasi. Murah kan???

Mudah dengan Easyjet, dapat memendekkan masa perjalanan hehehehe dan MURAH yang tidak disangka-sangka, walaupun aku baru beli minggu lepas!! Uishhh lega.. 



So kepada kengkawan yang nak pergi ke Europe nanti, jangan lupa buat ujikaji tersebut, supaya mendapat penjimatan maximum. <-- Mungkin not applicable untuk orang-orang yang dah sedia kaya dan duit berkepuk-kepuk, sampai tak tau nak buang duit kat mana,..



Tuesday, April 10, 2012

Osaka: Keseronokan Tidak Mencapai Tahap Maxima

Ish..marah orang Osaka baca tajuk entry aku nih hahaha. Sorry la if aku dah spoilt kan mood kepada para-para pengembara yang akan ke Osaka akan datang nanti. (Ini pendapat aku saja, pendapat orang lain mungkin berbeza)

Oh ya satu lagi, entry kali ni aku tak kan bercerita panjang dan eloborate macam-macam, sebab hati aku memang dah ke lain ditambah lagi dengan keMALASan tahap MAXIMA, maka pendek saja la ye.. yang penting kena jaga hati peminat (bak kata Janggel kekeke)

Mencari arah tuju, dari hotel nak menuju ke Osaka Castle. Aku bukan macam blog lain yang akan tulis turun station mana, exit kat mana, platform nombor berapa etc etc blah blah blah, sebab agak membosankan, jadi if korang nak tau station mana nak ke Osaka castle atau mana-mana saja destinasi korang nak pergi dekat dalam Japan, sila cari sendiri di Jorudan atau Hyperdia. Sekian wasalam..

Osaka Castle


Western gate di Osaka Castle. Sebaik melangkah masuk ke kawasan Osaka Castle, hujan mula turun rintik-rintik, nasib tak lebat, kalau tak confirm lenjun. 

Osaka castle dikelilingi sungai kecil..eh sungai ke?

Osaka castle ni antara istana yang popular di Jepun, dan selalu menjadi tumpuan pelancong asing dan rakyat tempatan.


Central tower Osaka Castle. Aku tak masuk dalam castle ni, sebab malas nak berebut-rebut dan beratur. Dalam tu memang crowded dengan orang diorg je. So aku skip. Tengok dari luar la kekdahnya.

Jangan tingalkan abanggggg! Kata panglima jepun di belah kanan nih hahaha

First time merasa takoyaki, 400 Yen saja. 

Jom kita ke plum grove pula, tengok apa yang ada!

Banyak pokok plum, tapi tak semuanya tengah berbunga..ada la segelintir macam ni yang kembang tersenyum lawo..heheheheh

Osaka Museum of History

Berdekatan dengan Osaka Castle tadi. Jadi dah alang-alang ada Osaka Unlimited Pass, kami dapat masuk sini secara percuma, kalau tidak kena bayar 600yen seorang. Nak tau pasal Osaka Unlimited Pass? Sila click Sini.

Dalam ni ada history tentang Osaka sepanjang 4 zaman. The Age of Naniwa, The Age of Osaka Greater Distribution, The Age of Greater Osaka dan The Age of Osaka Hongan-ji temple. Korang akan disuruh naik lif ke level 10, untuk memulakan misi menjejak sejarah Osaka. Dan dari situ korang akan turun dari satu floor dan floor berikutnya sampai le ke bawah okeh!





Osaka castle dari museum ni..

If sesiapa nak mencuba pakai kimono percuma, dalam Osaka Museum of History ni ada disediakan. Tapi aku malas nak cuba, sebab malas aku nak main sarung-sarung ikat sana sini hehehehe. 

Replika rupa bandar Osaka bila dah masuk ke era moden. ok nextttttttttttt..

Dotombori

Tak sah rasanya kalau ke Osaka dan tidak menjejakkan kaki ke Dotombori. Sebab ni salah satu tempat menarik untuk dilawati. Macam-macam ada. Tapi aku tak feel sangat kat sini. Tak tahu kenapa entah. Tiba-tiba je rasa menyesal tak duk lama kat Kyoto! cissss

Hmm tiba-tiba hujan renyai-renyai muncul sekali lagi petang itu. Tapi nasib baik kitorg dah bawak payung siap-siap.


Luas, dan besar. Tak larat aku nak jalan setiap lorong-lorong yang ada. 

The famous crab! Hahaha. Kat Dotombori ni BANYAK sangat restoran makanan. Takoyaki bersepah-sepah. So if korang jenis kaki makan, sila la try, tapi aku tak jamin halal la ek. Pachinko parlor pun banyak gila kat sini...zzzz

Aku terkejut masa nampak Ju-on ni..

Muka tak excited hahahah..dipaksa senyum oleh Cawan!

Ok masuk toilet sat, nak lepaskan hajat. Cawan tanya, ada tak aku main tekan ke button flusing sound tu, aku jawab tak! Aku tak darat sangat cam dia! hahahaha


BIC Camera, salah satu chain kedai kamera yang terbesar di Japan. Aku tak masuk tengok, sebab aku yakin harganya mahal. Baik aku pegi Low Yat or BB Plaza jek..kekekek

DenDen Town

Katanya lebih kurang macam Akihibara di Tokyo..ye ke?

Banyak la kedai-kedai games dan toys di sini. Of course Cawan sengih la, aku muka toya jek..tiada perasaan hahaha..

Minah maid yang bekerja di restoran kucing perasan lawa, nampak Cawan nak amik gambar, main nyorok-nyorok plak. 

Masuk kedai toys. Syurga buat Cawan. Katanya banyak yang tak masuk Malaysia. Tapi harga lebih kurang macam kat KL je, so kalau nak beli cuma beli yang tak masuk Malaysia je la.


Tomica Shop @ Umeda

Tak puas di Namba dan Denden town tadi. Cawan mengajak aku ke Tomica Shop di Umeda. Pergh..tetiba je dia nak pegang map dan bertanya kat orang kat sana mana nak cari kedai ni. Sampaikan tulisan dalam Jepun pun dia mintak orang tu translatekan, sebab alamat dalam buku Tomica tu semua dalam Japanese! GIGIH sangat!

Ha sebesar-besar alam...

Ha pilih-pilih! Memang aku kasi chance kat Cawan amik la masa lama mana pun nak pilih kekekek.. Kat sini leh buat custom car dan lihat sendiri cam mana diorg pasang keta ni sebijik macam kat kilang Tomica. Tu yang dia beria-ia sangat nak pegi tu.

Ni la booth pasang keta Tomica tu. Kecik je pun, tak sampai 1 minit dah siap assemble..apa daaaaa

Aqilah pun sama nak tolong daddy dia pilih keta. Maklum la daddy dia dah rambang mata. Damaged hari itu RM 400+ ...GIGIH dua beranak nih hahahah

Merchandise lain yang ada dalam Tomica Shop ni..nasib takde baju budak pompuan yang comel, kalau tak, dengan aku sekali damage nak membayor hahaha

Umeda Floating Garden


Sebabkan masuk sini percuma jugak dengan pass tadi, kitorg pegi la tempuh jugak, walaupun dah lewat malam. Ketinggian Umeda Sky Building ni ialah 173meter. Katanya boleh nampak satu Osaka.

Macam nak naik kapal angkasa pun ada nih. Wah memang bergemerlapan sky gardennya.

Osaka skyline dari Umeda Sky Building ni. Aku tak keluar pun, sebabnya angin sangat kencang, dan satu lagi sebab aku gayat, tempat ni macam terlalu open. So aku duk belah dalam je dengan Aqilah.

Umeda Sky Building ni pernah masuk dalam Amazing Race dulu hahahah..

Aqilah gigih menemani aku yang kesejukan dan kecut perut di situ

Berbaloi sangat amik Osaka Unlimited pass tu, sebab boleh naik semua subway dan ada banyak attractions menarik yang percuma. Cuma korang larat nak kejar masa nak tengok semua ke tidak..itu je..tapi kitorg berjaya jugak dapat balik modal dengan pass tu hari ini.. Puas hati? tak puas! Sebab apa aku tak rasa se-best macam Kyoto nih?? Aku tak feel Osaka! 


Nota kecil: Mungkin aku je berperasaan begitu kot, orang lain mungkin suka. Pada aku, Osaka adalah satu bandaraya besar! That's it la..lain-lain tu macam biasa je..