Wednesday, February 15, 2012

Japan Tidbits

Aku percaya tahun ni pasti ramai yang merancang nak ke Jepun, ataupun memang dah confirm nak ke Jepun, jadi aku nak share la segala info/ilmu yang aku cari selama 2-3 bulan ni dengan korang, mudah-mudahan boleh membantu trip kite ke Jepun nanti :)

Sebenar-benarnya, itinerary Jepun aku belum 100% siap lagi, rasa macam malas bebenor nak siapkan. Mood tu ada, rasa nak pegi terkinja-kinja tu pun ada, tapi MALAS telah mengatasi segala-galanya, so aku rilek2 je la dulu. Lagi pun cuti  baru apply tadi, tak tau la approve ke tak..jeng jeng jeng...

Ok lah, jangan buang masa korang membaca cerita aku yang tak berapa memberikan faedah tu, jom tengok apa aku dah jumpa setakat hari ini.

Note: Info dibawah ini lebih banyak refer pada Osaka & Kyoto

Japan Train Route Finder - Ini sangat berguna untuk merancang masa depan korang untuk trip di Jepun nanti, so rajin-rajin la jenguk sini.
  • Hyperdia - Aku gunakan yang ni untuk merancang segala urusan transportation aku dari point A ke point B, informationnya sangat tepat, dan disertakan dengan jadual train, harga tambang train, distance, dan travel time, selain dari tu, korang juga akan diberikan beberapa pilihan lain dari Point A ke Point B bagi memudahkan korang buat pilihan masing-masing berdasarkan budget dan waktu yang korang ada :)
  • Jorudan- Lebih kurang seperti Hyperdia, tetapi tak cukup lengkap (pada pandangan aku ler)
Japan Info - Yang semua orang pun tau nak cari kot kan? Takpe la, aku share jugak hehehe. Forum dia pun membantu jugak, tapi tertakluk pada apa info yang korang nak cari la ye..
  • Japan guide - Segala informasi tentang Japan boleh didapati di sini antaranya transportation, attractions, accomodation, shopping, etc..
Kansai International Airport Info - Ini pun penting juga untuk diambil tahu. Beberapa minggu lepas, aku syok je duk main tekan-tekan kat Hyperdia (train finder kat atas tu), sesuka hati je aku taruk Osaka Airport (sebab ingatkan Kansai Airport dan Osaka Airport tu adalah dua airport yang sama!), so bila aku tekan Osaka Airport menuju ke Kyoto, of course la harga, dan laluan nya berbeza, tapi nasib baik aku tersedar, so aku punya plan dah berubah, kalau tak, mengagau la aku masa nak cari train dari Kansai airport nak menuju ke Kyoto tu nanti lalalalala
Osaka-Kyoto Guide
Transportation in Osaka & Kyoto - Option transport yang ada disekitar Kyoto dan Osaka
  • Kyoto City Bus (Bus Navi) - Option paling murah dan paling senang. Kyoto lebih mudah diterokai dengan berjalan kaki dan naik bas (laluannya lebih dekat dengan semua attractions di sekitar bandar Kyoto),  manakala subway di Kyoto berada jauh dari kawasan attractions, jadi kena berjalan kaki + harga tiket subwaynya mahal.
  • Kyoto Subway & Train Map - Di Kyoto hanya terdapat 2 subway line iaitu Karasuma Line (green) dan Tozai Line (brown). So kena plan betul-betul, tengok berbaloi atau tak nak beli pass subway diorg nih.
  • Kyoto Walks - Map untuk yang nak berjalan kaki pusing keliling Kyoto. Agak-agak kaki tu kuat nak tawaf satu Kyoto, boleh la opt untuk berjalan, memang sihat untuk badan dan minda :)
  • Osaka Subway - Map subway Osaka.
Tourist Pass/Discount card in Osaka-Kyoto/Kansai Region - Ni pun sangat berguna, especially budget traveller macam aku ni, sebab ada discount macam-macam, tapi apa-apa pun kena make sure la mana satu yang paling ngam dengan korang, silap-silap beli single ticket lagi untung dari pass ni semua IF korang tak banyak sangat nak turun naik train, dan jarak perjalanan tak jauh sangat. Ilmu matematik sangat berguna disini hehehe
  • Kyoto Visitor Card - Info untuk segala jenis visitor kad yang ada di Kyoto. Visitor kad ni tak silap aku boleh dibeli di Kyoto Central Station. (aku dah lupa la, nanti aku cek balik)
  • Kansai Thru Pass - Pass untuk subways, private railways dan bas  (excluding JR lines), di sekitar daerah Kansai antaranya Osaka, Kobe and Kyoto, Nara, Wakayama, Koyasan dan boleh digunakan dari Kansai Airport Station pada Nankai Train apabila tiba di Kansai International Airport. Benefit lain dari Kansai Thru Pass ni ialah ada discount kepada 350 tourist attraction yang terdapat di sekitar bandar berkenaan (sila rujuk website untuk mengetahui attractions yang dimaksudkan). Dan sila rujuk Map Kansai Thru Pass untuk lihat train dan bas mana yang accept pass ni dan juga di mana ianya boleh dibeli.
  • JR West Pass - Ada 2 jenis Sanyo Area Pass & Kansai Area Pass. Sila rujuk website untuk tahu info selanjutnya. Tapi pass ni hanya boleh digunakan untuk JR Lines saja. Sanyo Area Pass lebih mahal harganya berbanding Kansai Area Pass, sebab bullet train Sanyo Shinkansen ni route nya lebih jauh dan panjang. Korang boleh beli pass ni dekat Matta fair (hari tu bulan 9 aku pegi, memang ada jual), tak pun pergilah ke mana-mana travel agency, ataupun office Nippon Airways, Japan Airlines. Kalau tak sempat jugak, boleh beli online :)
  • Osaka Unlimited Pass - Penggunaan subway/bus tanpa sebarang limit untuk tempoh 1/2 hari di sekitar Osaka. Benefit lain ialah terdapat free admission pada 27 tempat attraction dengan menggunakan Osaka Unlimited pass ni, dan ada jugak discount untuk restoran dan attraction lain dengan pass ni. Harga pass 1 hari - 2000 Yen. Pass boleh dibeli di Osaka's Visitors Station Center (Shin-Osaka, Namba, Umeda, Tennoji dan Kansai Airport)
  • One-day unlimited Pass “Enjoy Eco Card” - Fungsinya lebih kurang seperti Osaka Unlimited Pass, cuma yang ni lagi murah - 800 Yen (1 hari). Tetapi tak boleh guna pada Hankyu, Kitakyu, Kintetsu private lines yang lain. Pass yang ni boleh dibeli di mesin tiket yang ada di subway/train station atau pejabat penjualan tiket yang berada di station train dan Osaka's Visitors Station Center (Shin-Osaka, Namba, Umeda, Tennoji)
Hmm apa lagi ek nak share? Oh pasal accomodation, aku cuba untuk cari hostel, tapi malangnya harga hostel per/pax average adalah 3000Y, so kalau aku dan Cawan, dah jadi 6000Y, jadi untuk penjimatan yang lebih maximum (maklum la trip kali ni memang budget abis) so aku berjaya mendapatkan hotel di Kyoto dengan harga 5800Yen, dan di Osaka pula 5000Yen, jenis double room, siap dengan bathroom, dan segala room amenities yang lain. Ok la kan?? hehehe (nama hotel aku tak boleh kasi lagi, nanti aku dah selamat balik, aku update nama hotel-hotel yang dimaksudkan tu ok!)

Duit tak tukar lagi, semalam tengok kat berita Yen dah turun sikit, dalam 5-10sen (tak beri impact besar langsung!), tapi apa-apa pun tetap mahal juga, apa nak buat, nak tak nak, kena gak beli nanti, kalau tak nak pakai apa plak kat sana kan!

Pasal makanan, usah tanya aku, sebab kitorg macam biasa akan bawak stok serunding atau maggi dua-tiga cup sorang, sebab malas nak pikir sangat. Untuk Aqilah, aku akan cari bubur nasi segara, tak pun beli je nasi kat sana, dan makan dengan serunding/apa-apa yang bersesuaian. Mungkin nak cuba jugak apa-apa makanan Jepun yang sesuai dan halal untuk dimakan kat sana nanti :)

Ok enough for now, kalau korang ada info/pendapat lain-lain yang boleh dikongsikan, especially yang dah khatam Japan ataupun sapa-sapa lah yang ada pengalaman, sila drop komen di bawah ok, aku nak tau juga, kot-kot boleh cedok heheheh..


Sekian bersiaran untuk kali ini...
Peace!

18 comments:

Wa said...

kyoto n osaka tak pegi hari tu, kalau tokyo banyaklah info bleh share.. korg mmg tak ke tokyo kan? kat sana ada jual nasi segera, just panaskan guna microwave je.. aku dulu mmg cari guest house ada dapur.. senang nak masak .. mana tahan oo nasi goreng rm 40 sepinggan..:(,

Wa said...

kami dulu mmg byk guna google map - walking direction.. cthnya dr hotel ke jr stesyen..mmg x buang masa dan tak kan sesat k .:-)

Ely Hasrul said...

hambooiii lomantiknye headerrr hahahahha

Ely Hasrul said...

ye tak ye gak hostel per pax tp kalu buleh duk kt hostel yg ade dapur la kan senang nk masak2 bleh jimat.. aku mmg xbrowse ape sbb route aku nk pg xdek flight dr sini.. ewahhh nyiampah ape2 pon aku xsabo nk tunggu ko balik. eh blum pg dh xsabo suh balik hahahhahaa

just.HY said...

since takde sape sebut first dulu..maka aku dengan rasminya sebut FIRST!!! even kakak santekk pun tak sebuttt!!! kekeke...

jeles dah aku nih! bencikkk

Unknown said...

Wa: Tu la, aku cadang memang nasi2 segera je le hahaha..senang kan boil/masuk microwave je hehehe.

Tu la dulu selalu gk pakai google map tiap kali travel, tp lepas tu malas dah nk type direction dan print byk2, pakai GPS haram jek download kat tenet hehehe

Skin: Aku dah tukar header 1-2 minggu dah..apa kejadahnya ko nih, mabuk?? Ko bila nk pegi Japan?? Cepat la beli tiket!!

just.HY said...

outdated sungguh kakak santekkk nih! kekeke.

btw, good info! utk panduan aku masa hadapan yakni november nnt. ehem-ehem...

Unknown said...

Skin: Trip kali ni aku malas sgt nk masak2, sebab tak sama gaya macam kat NZ, aku pasti sgt yang kali ni akan memerah tenaga yg ada, sebab semua by foot je, so aku rembat je apa yg ada kat kedai ala2 7-11 diorg nanti buat bekalan..pastu terus krohhhhhhhhhhhhh

Ko bagitau aku ko nk pegi tang mana Japan tu, meh aku cari kan flight, siap segala harga aku kasik kat ko, senang ko merancang masa depan, aku tak bz nih..mari! mari! hehehe

John: Kan ada BIG sale, pegi la rembat satu kali utk thn depan hehehe..mcm tak biasa!!! :p

Unknown said...

John: EHEM EHEM...ko ke sinun ke November nih!! cissss patut la ALHAMDULLILAH dalam status ko tadikkkkkkkk... jaga la ko!! aku balas balik muahahahaha.. (omai dengki plak dah!)

Biqque said...

mana tempat yg ko nak gi tu skin sampai takde flight? meh sini na tlg carikan :D

zassssssssssss, sah2 nanti sume keje sharul ye na :D ayangggggggggg, sila copy! :D

Unknown said...

Biqque: Dah tlg cari dah Biq, kena upah magnet nih hhehehe..
Ha copy la mana yg perlu :) (ingatkan u nk ayangkan i tadik...huhuhu)

Ren said...

ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ "̮ kakak santek bz kekdahnya.
Nak kirim FM!!!

Anash said...

err..
nak poskad je ..leh? (kalau pos dari sana lagi akak gumbiraa..)

fm..dah tatau nak paste mana sebab dah penuh minibar tuh dgn fm..
err..
best la..jepun..
(ade RM6k ker ko dalam account??? tak de? dendiam ok?)

Ely Hasrul said...

Na, ko dh tuko lama???? hoii tipulah napa aku xtau???? cis!

hahahah aku mmg nk suh ko jadik agent aku.. ko kan cekapp hahahaha

MasZuber said...

watashino nama-e-wa, mastura des.

watashino nihonga sukoshi-shika hanasimasen ;p

BRAVO! GOOD INFO NAA! nanti bile sampai rejki aku ke sana, aku refer entry neh!!! bagusssssssssssssshhh

Unknown said...

Janggel: Insya Allah aku carikan FM utk korang2 nanti hehehe

Kak Anash: Boleh je poskad tu. Nanti email/msg kan address umah okay ;p

Skin: Biasa la aku, memang suka buat keje2 cam gini. Heran betul napa la aku tak amik course pelancongan je time study dulu ihikssss. Tapi make sure ko pegi tauuuuuuuu, kalau tak aku marah, penat aku carik!! heheheh

MasZuber: Ameen, Insya Allah nanti masa ko akan tibe, jgn risau.. Pandai ko ckp nihon!! hehehe

Aku Along25 said...

hi mastura/blue-ewoke,

nak pi osaka eh? best tu..saya pun dah pi tahun 2009. adik ipar saya konvo kat fukui university. kami turun kansai airport. sebab pi dgn family, kami sewa van yg besar punyer, dah ada gps & kami ikut gps tu je la.

byk jalan2 kat osaka & fukui. tak jln ke tokyo pun. agak jauh & ada bawak budak kecik. saya ada 1 pdf file tmpt2 menarik tp di fukui. lau pi fukui, nanti saya emel la ek..pdf tu kat notebook umah :)

1 thing yg kami suker kat jepun, org2 nyer sgt sincere & respect each other. susah nak jumpa sampah sarap. longkang leh jadik tmpt bela ikan..bygkan...adik ipar saya yg study sana, tak pernah kunci umah bila kuar. free criminal. bestnya...

good luck!

berdasarkan pengalaman kami yg tak seberapa di negara matahari terbit, kami selalu pesan kat kawan2 lau nak pi tmpt yg english depa tak brp paham, better engaged local @ someone yg leh ckp & baca bahasa deap.

kedai 100 yen is a must walaupun sama denso kat sini tp feel tu lain laa kan. hehehe..

enjoy gambo2 kat sana:
http://along25.fotopages.com/?entry=1854399&back=http://along25.fotopages.com/?page=0

Unknown said...

hi M1ss F0r3st,

Wah komen paling panjang. Terima kasih diatas semua info dan cadangan tu. Kedai 100yen? memang teringin nk cube tgk apa ada situ hehehe.

Oh ye, saya Nazirah, Mastura tu kawan saya :))