Monday, July 26, 2010

Sudah 2 Tahun..

Hari ini genap tahun ke 2, kami bernikah..waaaa...macam tak percaya. Tapi kali ni, dah ada Aqilah..So untuk celebration, belum buat apa-apa lagi, sebab Cawan dah mula kerja minggu ni, so agak busy la sikit nak celebrate waktu-waktu macam ni. Maybe this Thursday kot nak pegi celebrate. Di mana dan buat apa tu, belum dipastikan lagi..kena consider si Aqilah ni..maklum la sekarang bertiga huhuhuh..

Tahun lepas, Cawan kasi kad..lepas tu, kebetulan pulak dapat tiket murah ke Melbourne, so kitorg anggap la tu hadiah anniversary yang pertama (walaupun beli tiket bulan July, tapi perginya September). So tahun ni macam mana? Ada ke mana-mana ke???

Untuk si Cawan tersayang, terima kasih untuk segala-galanya..Muah muahsssssssssssssssssssssss..I HEART U.. Semoga jodoh kite terus berpanjang-panjangannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dan murah rezeki, bahagia aman damai..Amin. (tak leh over2 sgt tulis cintan2 nih hehehe)

Wednesday, July 14, 2010

Hello, Aqilah Di Sini

Aqilah lena diulit mimpi, selepas dimandikan oleh daddynya. Setakat hari ni, aku baru sekali je mandikan dia hik hik hik..

Tidur je Aqilah ni..

Lama betul nak amik feel nak update blog ni. Al maklum la, schedule harian dah berubah, asyik melayan Aqilah je hehehe.. Tapi nasib baik la Aqilah ni tak banyak ragam sangat, cuma menangis time nak susu dan tukar diaper je. Yang paling tak tahan, time tukar diaper, kalau lambat sikit, menjerit macam nak keluar anak tekak!!! Nasib la daddynya penyabar dan pandai melayan. Kalau ikutkan aku, saiko jugak rasanya..huhuhuhu...

Pasal pengalaman bersalin pulak, ada yang bertanya macam mana? Senang ke susah? Emm tak tau la aku nak cakap senang ke susah, sebab baru sekali je bersalin, so tak boleh la nak kasi rating. Tapi yang pastinya, sakit contraction di saat-saat akhir sebelum baby kuar memang sangat sakit. Macam period pain tahap dewa punya. Sampaikan terpikir nak ambil epidural!!!! Nasib la tak amik heheheh...Tapi time nak push tu, tak de la teruk sangat sakitnya, cuma rasa cam nak ter'berak' sangat2 je, tapi tak de benda nak kuar hehehe..ibarat macam orang kene sembelit la..hehehehe..Aku admit kan diri sendiri jam 5.30 PM, 3 July. Jam 8.05 PM, Aqilah selamat dilahirkan...yippie!!!

Selesai yang tu, timbul lagi rasa tak senang. Sebab lepas bersalin tu, dalam 2-3 jam lepas tu, rasa nak terkencing sangat2!! Mengenangkan cerita dari member2 yang rata-rata mengatakan "nak kencing dan buang air besar amat la sakit, sebab dah kena gunting kat bawah tu"..Aku pun apa lagi, fobia gila la nak ke toilet. Tapi nature call itu telah mengatasi segala-galanya, mana boleh tahan-tahan kan kalau nak kencing uhuhuuhuh..dengan berat hati, pegi la toilet. Hairan! Apsal tak sakit pun?, tadi tak silap doctor kata memang kena gunting, siap kena jahit lagi. Ok ok ni sudah bagus.. hehehe.. lepas tu terus sambung tidor dengan senang hati. Pagi esok nya, selamat buat 'bisnes besar' pulak heheheh...uweee...so tak payah la berdiri ke, menongeng2, atau bersimpuh seperti yang diwar-warkan tu...

So kepada yang bakal bersalin tu, jangan terlalu mendengar cerita-cerita gerun tu, sebab tak semua orang sama :) Pikir positive, maka positive la hasil nya, insya Allah..

Eh lupa plak nak kasi tau, nama baby Nur Aqilah Bt Mohd Faizul (smlm baru official, sebab baru buat daftar kat JPN), berat masa lahir 3kg!! ..Tarikh Lahir: 3 July 2010, di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju..