Wednesday, October 8, 2014

Happy Birthday Mummy!

Lama betul tak update blog. Nampak macam takde apa yang berubah pun, aku yang berubah adalah hehehe.

Ok berbalik pada tajuk entry di atas.. Minggu lepas aku bagitau Aqilah pasal birthday aku yang akan tiba tak lama lagi. Since then, dia la manusia paling busy sekali, tiap-tiap hari nak cari gambar kek, kononnya nak buat kek untuk mummy (meyesal betul aku bagitau pasal birthday aku tu)

So tiap-tiap hari la mintak nak tengok Pinterest. Kadang-kadang dia surf Pinterest dekat laptop, kadang-kadang dekat tab/iphone lepas tu sengih sengosorang. Banyak jugak design cake yang dia pilih untuk *party* birthday aku ni hahaha..

"Aqilah dah jumpa ke design cake macam mana untuk birthday party mummy?" tanya aku serius.
"Tunggu jap, tengah pilih la ni..ok tak yang ni??" jawab Aqilah confident.

Aku pun tengok la contoh cake yang beria-ia sangat dia nak buat tu..rupanya cake Little Pony kau! 

"Mummy pilih, nak cake Little Pony ke nak cake Dora?" tanya Aqilah lagi..
Aku buat muka kerut-kerut. "kenapa dua jenis je boleh pilih???" aku tanya.
"Ye la, mana boleh banyak, nanti membazir, teacher kata membazir nanti macam syaitan" jawap Aqilah
"Hmm ok, meh mummy pilih.."

Pilih punya pilih, last-last aku cakap nak design macam ni...



Lepas tu dia amik iphone aku, dia cek gambar tu.."hmm..cantik yang ni..tapi susah la nak buat.." kata Aqilah

"Lerr pulak..tadi suruh mummy pilih!!" mummy rasa tercabar hahaha.
"Ok mummy cari lagi yang lain..nanti Aqilah buat.." ada hati mau suh aku pilih lagi!

Fine!! Aku pun cari la design lain..setiap design aku pilih yang lawa-lawa semua dia reject, alasan susah nak buat!! Motif? bukan tadi ko yang offer nak buat kek untuk mummy? ni dah kenapaaaaaaaaaaaaa??

"Mummy dah pilih ke cake mummy nak? " tanya Aqilah tak sabar nak tau hasil pilihan kek yang aku nak.
"Belum!" jawab aku tak puas hati kekeke..
"Mari la sini Aqilah pilih..Aqilah pilih yang senang buat la, Aqilah kan kecik lagi.." 

Terus dia rampas iphone aku, scroll scroll scrollllllll...dan akhirnya, dia pilih yang ni!!



Aku rasa nak nanges je tengok rupa bentuk cake LITTLE PONY yang dia pilih untuk aku ni. Ni bukan sebab senang nak buat, ni dengki sebenarnya..hahahah

"Kenapa Aqilah pilih cake ni? buruk la...comot pulak tu.." tanya aku curious nak tau jawapan!
"Ye la..kan senang nak buat tu, sebab cake tu kecik, lepas tu colorful jugak, ada banyak..comel kan?" Aqilah jawab sengih-sengih..

"Bila kita nak beli barang buat kek mummy? nanti Aqilah nak pakai baju ikat-ikat tu mcm dulu (read Apron)" tanya dia dengan penuh yakin yang dia boleh buat kek huduh ni hahaha..
"ha nanti la hari cuti kite beli barang.." jawab aku malas nak layan dah lepas tu..sedih okay..kek buruk dia nak buat untuk aku huhuhu...

Dan malam semalam, aku saja kacau dia lagi..

"Aqilah jangan lupa tau Ahad ni birthday mummy, Aqilah nak kasi hadiah apa??" 
"Aqilah nak kasi mummy fridge magnet.." jawab Aqilah selamba, sebab dia tengah busy kemas mainan kat bilik dia.
"Ha fridge magnet?? kenapa fridge magnet??" tanya aku kekagetan!
"Kan mummy suka fridge magnet..kasi je la fridge magnet" jawab Aqilah macam malas nak layan aku hahahaha

"Aqilah dah beli ke fridge magnet tu?" aku tanya soalan bola tanggung..
"Ambik je la fridge magnet yang Kak Anash kasi mummy tu.." seposen muka dia jawab!
"HAAA FRIDGE MAGNET KAK ANASH KASI MUMMY? KENAPA NAK AMIK YANG KAK ANASH KASI MUMMY PUNYA PULAK??? " tanya aku macam tak percaya dia jawab gitu 
"Ala sama je ..fridge magnet jugak..kan ada banyak kat peti ais tu!" 

Hahahaah..pengsan anak terlebih bijak sangat ni, ingat aku yang nak kenakan dia, sekali aku yang terkena, daddy tumpang gelak je la..huhuhu nanges..takpe Aqilah, ada hari mummy balas!! AWAS!!

Budak busuk dan mengada yang bakal merebut kasih sayang dengan daddy dan adik baru..rasain loh hahahaha.




Monday, May 5, 2014

South Korea: Seoul Part III

Ini cerita musim luruh tahun lepas. Saja nak update hari ni di bulan ini, sebab aku takde banyak memang takde trip oversea tahun 2014 ni. Kalau ada pun, tengok la nanti macam mana. Jadi untuk tidak membuang masa, jom tengok gambar dan cerita kosong kami di Seoul ni.

Changdeokgung Palace. Pegi sini konon nak tengok taman dia. Tapi bila sampai kaunter tiket, tour pukul 11 pagi yang bahasa inggeris dah sold out. Jadi kena tunggu pukul 1.30 PM punya tour. So al malas la aku nak tunggu, lagi pun kitorg bukan follow rancangan kaw-kaw pun, kalau beli tiket kang, sekali waktu tu aku sibuk berjimba kat tempat lain, tak ke haru nak kejar ke sini balik? 



 Jadi tukang amik gambar pulak dia.

Jadi kami pun duduk la depan palace ni sekejap, ambil gambar, tengok-tengok orang. Dan jumpa dua budak comel Korea ni yang asyik tengok map hehehe.

So untuk tidak membuang masa, kami terus nak sambung rancangan hari tu untuk ke Buckhon Hanok Village, yang hanya beberapa sepelaung je dari palace tadi. Berjalan kaki ke sini dari palace tadi lebih kurang 10-15 minit, tertakluk pada kelajuan masing-masing berjalan.

Aqilah dalam versi Gangnam style dia, masa ni on the way nak ke Buchkon Hanok Village. Tujuan kitorg jalan kaki je sebab malas nak naik train sebab nanti nak kena angkut stroller turun naik tangga hehehe. Jadi terpaksa layan kerenah budak ni nak menari tengah jalan :D

 Ha amik ko.lagi..dan lagi..

Siap melompat-lompat..tskkk

Dan akhirnya, sampai jugak kami ke sini.. hmm 

Buckhon Hanok Village. Takde la susah pun nak ke sini, ikut je crowd dan signboard je. Kawasan ni tempat perumahan yang masih didiami penduduk tempatan, so adab kena jaga la, tak boleh buat bising, menganggu ketenteraman awam katanya. 

Tempat ni kiranya macam kampung tradisional Korea la yang dah wujud sejak 600 tahun dahulu.

Dalam banyak-banyak rumah kat sini, ada yang dah jadi galeri art, musium pun ada, so if korang ada kelapangan dan suka benda-benda macam tu, sila la datang jengok.

Kreatif


Travelholic in the making :)


 Masa kat Seoul ni tetiba sarung bantal plak diusung Aqilah, ish heran aku..rindu katil kat rumah ke pun?

Kesian, gigi patah terbelah dua sebab jatuh kat nursery :(

Kawasan ni agak berbukit sikit, jadi adalah sangat bagus untuk membakar kalori di badan. Untuk yang ada anak kecik-kecik tu, semoga bertabahlah untuk menolak stroller menyusuri jalan-jalan berbukit ni, semoga korang kuat semangat :)

Pintu hanok tradisional dan juga tempat dan object paling mainstream untuk posing bila di Bukchon Hanok Village ni. Betul tak? muahahahaha

Aku tak dapat nafikan bumbung yang kelihatan bertingket-tingket ni, agak menarik, cumanya yang kurang menarik bila ada tourist yang tak reti bahasa buat bising bila bercakap kuat-kuat. Paham-paham sendiri la tourist negara mana yang selalu over tu #drama sangat.


Lepas habis tawaf Buckhon Village kitorg balik ke guesthouse semula, nak isi tank perut dan charge tenaga ahahahaha. Siap sempat tidur 2 jam memasing. Tak tau la kenapa, tapi rasa tak berapa semangat je pegi Korea ni hew hew hew. Lepas asar kami gerak ke Namsan Tower.

Namsan Tower. Katanya lagi kat sini boleh dapatkan view cantik untuk tengok kota metropolitan Seoul. So dari station Myeongdong, kami berjalan kaki ke sini. Tak susah pun, ikut je website Visit Korea - Namsan Tower, siap ada gambar dan landmark penting, untuk guide kita sampai ke tower ni. Mula-mula kitorg ingat nak naik bas, tapi dah terlepas pulak, so tanya orang dekat situ, katanya baik jalan kaki je dari nak tunggu bas, tak jauh sangat katanya. 

So kitorg pun jalan la kaki, tapi sekali lagi, jalannya berbukit-bukit, so agak azab la jugak aku nak menolak stroller dengan muatan 15kg berat Aqilah lagi. Di sini banyak kejadian sumpah seranah. Sebabnya cable car dia slow nak mampus, macam tak setanding dengan kehebatan teknology lain yang ada di Korea nih! Mohon upgrade dan tambah cable car yang ada!

Entrance fee seingat aku 7000 won dewasa, dan free untuk budak 4 tahun ke bawah. Tiket beli kat situ juga.

View standard kalau di Namsan tower. Mainstream? Yes!

Nak kejar sunset, tapi sunset pun tak berapa nak sunset. Orang ramai atas ni, jenuh la nak menyelit-yelit celah-celah couple yang sedang memadu asmara duk peluk cium macam esok kiamat dah. So akhirnya lebih banyak gambar gegar walaupun ada tripod, sebab kiri kanan orang duk tolak-tolak, dan tempat pijak pun jenis kayu yang ada gegaran tu. 

So bila dah bosan dengan view yang ala kadar tu, disertakan lagi dengan makluk yang ramai tu, so kitorg buat kerja bengong sikit, Cawan paksa semua orang amik gambar, lepas tu letak shutter paling slow, sebab dia kata nak test sapa yang boleh stay still tak gerak-gerak selama beberapa saat tu! Bleh? Dan orang yang paling kalah teruk adalah AQILAH hahahah..sebab memang tak reti duk diam..Orang yang lalu lalang depan kitorg pun pelik tengok apahal diorg satu family ni kaku je kat situ tersengih-sengih amik gambar dalam gelap muahahaha. 

 Tak tau la apa yang special sangat padlock macam ni, sebab aku pegi Paris pun ada menatang nih..

Selepas kebosanan di Namsan tower, kami sambung agenda malam tu ke Cheonggyecheon stream yang terletak di Dongdaemun. Buat apa kat sini? Takde apa, saja-saja lepak nak menghabiskan sisa malam sambil makan nenas 1000 won hehehe.

Dongdaemon ni kawasan shopping sebenarnya, tapi sebab aku malas nak menjejak kaki kat setiap kedai yang ada, lagi pun tak tau nak beli apa, so aku pun ala kadar je la tengok-tengok shopping complex besar-besar kat situ. So sapa yang memang hantu shopping, elok la abiskan masa kat sini, katanya tempat ni semua bukak sampai ke awal pagi.




Hmm lepas abis makan nenas yang kitorg beli dua kali (sebab manis sangat, tak terasa kat lidah rasa payau2 tu) sambil keja usha orang, kitorg pun balik semula ke guesthouse. Tidur memang indah malam tu, maklum la penat katanya.



Monday, April 21, 2014

Royal Belum Trip (Part I)

Sebab kengkawan lain dah cerita macam-macam intro kat blog diorg, so aku skip la, malas nak repeat citer kuih mak aku la, kuih kaswi la, sesat tak jumpa jeti la. Mohon ke blog mereka-mereka itu. Bukan saja aku nak skip cerita intro, tapi aku nak bagitau jugak aku tak amik gambar masa mula-mula sampai sini, sebab macam tak rasa nak amik gambar, aku macam nak tengok je dengan mata sendiri, ha gitewwww..boleh?

Jadi aku kasi Aqilah yang pegang camera dan inilah jadinya masa atas houseboat tu. Time ni aku memang fefeling nak tidur sangat dah, sedap gile kot, ada tilam bagai, dengan angin sepoi-sepoi, belum kira lagi tengok pokok kiri kanan hijau je, segar mata memandang. Inilah Royal Belum! Antara tempat terbaik untuk charge ion-ion positif yang makin berkurangan di badan selama duduk di Kuala Lumpur ni. So bila ada peluang nak charge ion-ion positif ni, mestilah grab peluang ni kan!


Kami pun ada bawak ustaz sendiri :) Ustaz Afif in the house y'all.

Miss B, Aqilah and Sami, cute!

First stop untuk hari ni!





Kat belakang tu la houseboat kami. Paling best antara semua houseboat yang ada di Royal Belum ni. Ruang terbukanya sangat besar, ada 2 bilik saja. Tapi sememangnya kami suka houseboat yang ni, lagi tak banyak dinding lagi bagus, sebab luas mata nak memandang, tak payah nak berebut usha dari tingkap je kan? Memang terbaiklah, kiri kanan terbentang hutan tertua di Malaysia ni. Oh lupa nak cakap, sebabkan aku ni penakut sikit toilet yang kotor-kotor, so mulanya agak gerun la nak tengok toilet, tapi Alhamdullilah, bila mata sendiri dah tengok, nasib baik bersih toiletnya, lega sangat rasa hati ni :)

Sebabkan houseboat ni best sangat, sampai terbaring dia amik gambar. Gigih sangat tengah panas mengelejat tu..hee idak le teman..heheheh

Aktiviti santai kami ketika menuju ke destinasi lain selepas rafflesia tadi, masing-masing sibuk duduk dekat depan houseboat, dekat tempat letak kasut plak tu! Demi sangat! Sentap la tu kan tak dapat cop hammock macam aku hew hew hew..

Aku amik gambar dari hammock je, demi dengki tak mo diorg curi hammock tu ahahaha..Sami pun aku halau main kat lain (aku sebenarnya curik hammock Sami... #matilah kena dengan kakak cantek) Anak aku masa ni entah ke mana la, kejap aku tengok ada kat bawah, sekali pandang lagi takde, sekali lagi tengok dia baru turun dari tangga, sekali lagi pandang tengok duduk depan houseboat. Suka betul dia atas houseboat ni. Maklum la percutian murah mengalahkan naik yatch di Bahamas, haruslah excited! Royal Belum hanya satu di dunia weh..mau tak excited kan?


 Ya ampun tak sabar nak tunggu BBQ malam ni, lapar mengalahkan singa betina time ni hahahaha

Sebabkan aku malas bangun nak join kengkawan lain kat depan yang mungkin tengah cemburu dengan aku duduk atas hammock tu, so aku terpaksa posing sendiri dengan seluar baru hiks.

 Air dari bawah houseboat. Hijau ok!

Ha datang dah budak kecik ni. Tapi aku buat tak layan je, melayan perasaan katanya hahaha


 Aktiviti kedua, melawat kampung orang asli.




Kampung ni kecik je, macam dekat atas sebuah pulau kecil. Katanya di sini diorg ni ada dapat subsidi dari kerajaan, macam beras dan barang keperluan asas yang lain. Dan mengikut kata abang Hisham, kadang-kadang ada orang luar yang mengajar di sini subjek basic matematik dan bahasa Melayu, untuk memudahkan orang asli ni keluar dan berkomunikasi ketika membeli barang runcit di pekan Gerik. Ada jugak sekolah berhampiran terletak 20KM dari sini, tapi tak semua budak yang nak pergi sekolah.


Ini bukan orang asli hehehe. Tapi captain Amereka katanya, dan juga merangkap president Travelholicawesome yang baru sessi 2014/2015 sehingga mantan president balik semula ke tanahair ahahaha. Jaga-jaga dia ni, sebab ada banyak ilmu memikat hati orang, bukan hati perempuan je dia pikat, malah hati laki aku jugak dia pikat! Sentap kejap..sob sob.. (biar je la aku je yang tau apa yang jadi antara suami aku dan dia ni..sedeyyy ;p)


 Tansree dan anak-anak orang asli

 Tengah pilih gambar la tu nak instagram, nanti ada line terus update je kan? saya tau dah!

Lepas balik dari Kampung Orang Asli tu, kami ke basecamp di Sg Tiang untuk bermalam di situ. Katanya kawasan ni animal active. Malam-malam kadang-kadang ada harimau atau gajah datang melawat kawasan ni. So kena la hati-hati sikit. Lepas solat magrib, kami semua turun ke bawah, untuk dinner dan bbq.

 Kambing..sedapppppppppppppppppp.. 

Driver dan co pilot hehehe.

Sebelum masing-masing masuk tidur, kami ada session tidak formal untuk kritik gambar. Haih memang berdebar-debar nak tunjuk hasil, maklum la tak terer, Hang Dhamin punya pasal la paksa-paksa aku suruh pegi amik camera jugak tunjuk hasil! eiii takpelah, walaupun kena kritik, tapi membina, bukan bro Hilmi sesaja kritik, kata nak gambar lawa kan? Harus lah..hehehe.. 

Jam 11.30 malam, masing-masing balik ke tempat beradu memasing. Yang perempuan semua tidur di atas. Yang paling bestnya dapat tidur bergolek-golek ramai-ramai di kelilingi tasik dan hutan-hutan, sunyi sepi. Angin malam tu agak sejuk jugak. Pengalaman yang paling best sepanjang 2014 dan sepanjang hidup la, sebab tak pernah tidur open macam tu je, ala-ala safari sangat hehehe.

Pakej RM 150 dari Belum Outdoor (BOA), memang sangat affordable, makan usah cakap la, walaupun harga pakej murah, tapi makan SEDAP! Tak dan nak lapar dah ada makanan lagi. Aku yang makan nasi sehari je, kat sini makan nasi 3 kali sehari oi! Dan krew-krew dalam houseboat ni jugak sangat knowledgable dan baik hati, senyum-senyum je belaka, takde la rasa macam ikut trip yang bosan-bosan tu, sebab diorg boleh sembang macam member je.

Ok nantikan seterusnya entry ke dua, sebab lagi best! AWAS!