Pagi ni sekali lagi ke Sannomachi street, sebab nak tengok rumah-rumah lama semalam. Dapat amik sekeping dua gambar waktu siang pun jadilah. Tak boleh lama-lama nak ronda kat sini, sebab nak kejar bas ke Shirakawa-go jam 8.50 pagi.
Jalan laju-laju..nasib baik dekat je..
Dah tiba pun..masih tak ramai orang, mungkin sebab masih awal lagi..
Cepat-cepat posing dengan berlatarbelakangkan rumah lama ni..
Kelihatan dibelakang sana pokok-pokok yang berwarna warni..ish kalau lah ada banyak masa untuk jalan-jalan ronda satu kawasan nih, best jugak..
Basikal. Pengangkutan utama di pekan kecik ni.
Ruang menanti di Takayama bus station. Sedap duduk dalam ni, sebab ada heater untuk panaskan badan waktu-waktu sejuk pagi ni.
Bas ke Shirakawago di platform 4. Harga tiket bus, round trip Takayama ke Shirakawago ialah 4300 Yen (RM 135, JR pass tak boleh guna untuk bas ni), dan perjalanan dengan bas mengambil masa selama 45-50 minit. Mahal nak mampus huhuhu. Untuk pengetahuan, memang takde train direct ke Shirakawago ni, memang kena naik bas atau drive sendiri atau naik beskal, atau nak lebih mencabar sebab nak tayang kehebatan pada orang kampung, boleh la berjalan kaki hehehehe.
Jadual bas dan harga tiket bas boleh tengok kat sini --> Nohi Bus
Dan sepanjang perjalanan dari Takayama ke Shirakawago ni, kitorg melalui banyak sangat tunnel, dalam gambar ni cuma sebahagian yang sempat kitorg amik hehehe.. Dah la banyak tunnel, setiap satu tunnel sangat la panjang, paling lama bas kitorg lalu dalam tunnel tu adalah selama 9 minit! Terkagum kejap. Ni first time lalu dalam tunnel lama-lama macam tu.
Haaa sampai jugak akhirnye, dari semalam nak datang, tapi tak sampai-sampai..
Tengah tanya kakak ni, kat mana viewpoint tu, sebab dalam map tu takde pun tunjuk viewpoint tu. Kakak ni suh jalan straight dan lintas jambatan kat depan tu.
Tercari-cari arah..kakak tu cakap kena jalan 2KM nak ke view point tu.
Melintas jambatan.. jeles tengok air sungai yang kehijauan ni.. awat la sungai Gombak tak kaler macam nih?
Arah yang nak kitorg tuju adalah Shiroyama viewpoint. Siap ada warning kalau ada snow tak leh lalu jalan tu..abis tu cam mana ada je orang amik gambor time snow2 tu?
Buah persimmon (pisang kaki) bersepah kat sini, musim la agaknya tu.
Honda. Dare to dream? Power of dreams? giteww tagline nye..hehehe
Sambil aku syok jalan kat celah-celah rumah nak pegi ke view point tu, hujan plak start turun rintik-rintik..haih dugaan betul la. Awatla tak salji je turun, ramalan cuaca pagi tadi cakap esok akan turun salji kat area ni. Untunglaaaa..
Kegiatan utama kat kawasan kampung Shirakawago ni adalah tanam padi, tapi kat area gunung ganang ni katanya padi tak berapa nak jadi sangat, so diorg ada la bertani benda-benda lain jugak sebagai back up katanya.
Gassho-zukuri..bumbung rumah ni yang mahal nih hehehe..katanya setiap beberapa PULUH tahun kena tukar material bumbung ni, dan orang-orang kampung akan bergotong royong ramai-ramai nak tukar jiran-jiran punya bumbung ha.
Huh, nampak cam landai je kan, tapi bayangkan kitorg berlari naik atas ni, sebab nak kejar masa hahaha..macam nak pitam jap mengejar nafas...dan la tak breakfast, ada sekali sekala nampak macam bintang-bintang kat dalam bijik mata..
Gassho style. Lain dari yang lain. Rumah tradisional di era Edo ni berjaya mengamit aku untuk ke sini, walaupun jaraknye yang sangat jauh nun di celah-celah lembah gunung di Gifu perfecture ni. Puas hati bila dapat tengok dengan biji mata sendiri.
Perasan tak yang semua rumah di sini mengikut arah yang sama, kalau tak menghala ke utara, rumah ni menghala ke selatan, tapi yang pastinya takde yang pandang ke timur atau ke barat? Sebab apa macam tu? Sebabnya adalah untuk kurangkan kesan rintangan angin.
Diiktiraf sebagai salah satu Unesco site sekitar 90an.
Rumah-rumah ni semua dah wujud sejak abad ke 19, iaitu di zaman Edo. Satu lagi yang buat aku kagum, rumah ni bina untuk disesuaikan dengan segala jenis musim di Jepun. Terutamanya musim panas dan sejuk. Dan rooftop yang tinggi melonjong bentuk 3 segi ni memainkan peranan yang penting sangat bila tiba musim panas dan sejuk, musim panas dia boleh jadi ekon, musim sejuk nanti ada heater..ha kelasss sangat kan!
Satu lagi keunikkan Gassho-Zukuri ni ialah kerana bumbungnya yang berbentuk 3 segi (triangle), direka macam tu dengan tujuan supaya rumah diorg ni dapat bertahan dalam salji yang tebal. Tebal yang dimaksudkan bukan la 1-2 meter, tapi mencecah 4 meter. Maklum la kawasan ni antara kawasan yang menerima salji yang banyak diwaktu musim sejuk. Pandai kan orang dulu-dulu nak pikir benda ni hehehe.
Selain Shirakawago, ada satu lagi village yang ada style rumah yang sama, dan jugak diiktiraf oleh Unesco, iaitu Gokayama, nun kat belah-belah Toyama tu. Kalau sapa rajin dan kuat semangat nak redah salji tebal, aku saran pegi time tu, sebab diorg ada lit up event untuk winter, memang cun melecun lah..tapi kena pegi belah malam la, baru nampak kesan lampu-lampu tu.
Ini adalah kelakar sikit..aku pun tak perasan yang berdiri situ orang sebenar, ingatkan patung jugak..kekekeke
Cute gile lah ada tangga nak naik kat tingkap..huhuhu.. Masuk kawasan Shirakawago ni percuma je, tapi ada beberapa rumah ni yang kena bayar, antaranya Wada house, iaitu sebanyak 300 yen (adult), dan Kanda house , 300 yen jugak. Aku tak sempat nak masuk dan jenguk rumah-rumah tu, sebab kitorg dah beli tiket bas untuk balik ke Takayama pukul 10.45 pagi tu.
Walaupun sejam lebih saja dapat luangkan masa kat sini, tapi aku puas hati la. Benda ni yang first sekali aku letak dalam itinerary aku. Walaupun jauh gile nak sampai sini, tapi aku tekad jugak nak pegi. Alhamdullilah sampai. Lepas ni kami nak kejar train dari Takayama dan balik ke Nagoya untuk teruskan destinasi seterusnya.
Ni view on the way balik ke Nagoya dari Takayama tadi. Sumpah lawa Gifu perfecture ni. Memang tak sia-sia duduk dalam train lama-lama hahahaha.
Cuaca cantik!
Tak ini bukan Osaka. Osaka tak secantik tempat ni. Ini Hida-Osaka masih lagi di Gifu perfecture.
Tengok view ni, rasa tak percaya macam di Jepun. Haih memang cun la country side diorg ni.
2 jam 45 minit kemudian, kitorg tiba di Nagoya station. Nak naik train ke Yokohama pulak..jauh betul perjalanan hari ni, boleh dikatakan separuh hari abis masa dalam train saja huhuhu..
Blueghh..nak muntah dah naik shinkansen..
Dah sampai Yokohama, kami naik train (tak ingat nama train) untuk ke Kawaguchiko. Pergh..kalau ada Aqilah ni, sure dia bising tak mo naik train dah macam kat Korea hari tu hahaha..
Train menuju ke Kawaguchiko. Kitorg dapat seat dekat dengan pintu, tiap kali train bukak pintu je, kitorg mesti menyumpah sebab angin sejuk masuk. Sejuk gila, ada heater pun aku rasa tak jalan..hehehe
Hah, sampai pun ke Kawaguchiko station. Lengang! Tanpa buang masa, kami terus cari hotel kitorg menginap nun diseberang jalan. Malam gelap gelita macam ni, kedai pun dah tutup, yang ada pun cuma kedai serbaguna Lawson dan 7E.
Malam ni dinner makan meggi je dekat pantry hotel ni, sambil ditemani seorang jejaka dari Singapura yang super poyo budget bagus, duk kutuk Air Asia, pastu sibuk duk compare Air Asia dengan Singapore Airlines! Dan seorang brother dari Malaysia, dalam mid 40, yang sangat cool dan berhemah, dengan bestnya kami berkomplot membantai hujah-hujah mamat Singapore yang sangat poyo tu, point yang pertama je dah kalah. Mohon jangan compare Singapore Airlines dengan Air Asia in the 1st place boleh? sah-sah la lain kelas, al bangang sangat lah!
Mmm selesai pun upacara hari ni, harapnya esok cuaca cantik la, sebab banyak upacara melihat alam sekitar..dan harapnya juga dapat bertentang mata dengan si dia yang gagah perkasa kebanggaan orang Jepun tu..